Wednesday, September 14, 2011

Jangan Ketawa!!!

Jangan Ketawa!!!!
Hye Readers,
JANGAN KETAWA 1: 

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri 
yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang
 
mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .
 
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!" 
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
 
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
 
membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan
 
senjatanya ia berkata,
 
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang
 
menjadi korbanku."
 
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."
 

JANGAN KETAWA 2: 

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur 
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita
 
akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang
 
gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah
 
memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis
 
kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
 
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan 
montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM
 
1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik
 
sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!"
 

JANGAN KETAWA 3: 

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia 
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
 
tempatan...
 
Samdol :"Bang harga durian ini berapa?" 
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
 
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu 
kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol
 
buat2 tahu dan cuba menawarinya..
 
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? 
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
 
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
 
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.. 
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?" 
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
 

Hahaha..ini pun aku dapat dari email orang..ape lagi??ketawa je laa..ketawa itu kan penawar duka…hahaha. :P

Regards,
-Strider-

Tips Menghilang Rasa Bosan Di Lif

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “Diam, semuanya diam!”.
3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik… tik… tik…
6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. “Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!”.
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah “Oksigen cukup tak kat situ?”
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu “Ini adalah area SAYA”
Hahaha..Yang 1st tu aku nak gak try buat tapi takut plak kena lempang dengan orang yang tak dikenali tu..hehe..korang pernah buat benda-benda camni tak??hahaha

Regards,
-Strider-

Untitled Post!!!

Hye Readers/Bloggers.
Lama da aku tak online blog nie..sekali sekala rasa gak rindu nak online blog..hopefully member2 blogger suma sehat-sehat belaka..hehehe..

Anyway Selamat hari Raya bagi yang menyambut raya…hehe..aku pun tatau ape nak cerita..nak cerita pasal raya xde yang menarik untuk diceritakan..hehehe

Ok laa..nanti ade masa aku update blog aku nie..hehehe…

Thanks for reading..

Regards,
-Strider-