Sunday, May 11, 2014

1408 - 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Hye Readers,

Sukacitanya aku dengan ini ingin mengucapkan Happy Anniversary kepada Chipmunk and Barney dan lanjutan daripada itu, aku juga ingin menjemput korang untuk join GA yang dianjurkan oleh mereka. Pelbagai hadiah menarik menanti mereka yang bertuah. 


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)

Regards,
-Strider-

AUTO PUBLISHED ENTRY

Friday, May 9, 2014

#1407 - The Liebster Award by Niesa Lovecrew

Hye Readers,



Hari ini aku nak bersegmen sikit sebab baru-baru ini aku telah ditag oleh Niesa and few others untuk Liebster Award. So sebelum aku terlupa baik aku siapkan entry pasal ini dulu. Ini first time aku join sebenarnya.

Mengikut apa yang aku baca kat blog Niesa, Kita kena jawab soalan daripada orang yang tag kita, pastu kita buat soalan dan tag beberapa blogger untuk dorang lak jawab soalan kita. Jadi tanpa membuang masa mari aku mulakan segmen ini dengan menjawab soalan-soalan Niesa ini.

1. Tempat yang korang nak sangat pergi?
- Selain daripada rumah Allah, memang banyak tempat rasa nak pegi..tapi for now paling rasa nak pergi ialah Anfield, Liverpool..hahaha

2. BLOGGER yang teringin sangat korang nak ajak g date dan kenapa?tak kisah laki ke perempuan.(jeng,jeng,jeng,hahaha)
- Soalan killer ini kena bg jawapan killer gak...Sebenarnya lan teringin sangat nak ajak Niesa date sebab lelaki kena laa date perempuan kan??kalau lelaki date lelaki nanti orang pikir lain..hehehe

3. Antara perangai pelik korang?
Tak sure plak apa yang pelik, tapi rasanya antara yang pelik ialah bila selalu cakap depan cermin.

4. Hadiah hari jadi yang di idam-idamkan.
Ticket perlawanan bolasepak Liverpool vs Manchester United dekat stadium Anfield.

5. Ciri-ciri pasangan idaman (nak jugak tanya. Haha)
Enjin turbo, Rim 18'..bla..bla..sebenarnya saya tak ada ciri2 wanita pilihan ini. bak kata lagu backstreet boys "As Long As You Love Me" pun dah cukup dah....
6. Warna yang paling korang tak suka?

7. Bila marah,korang buat apa?
Depends pada tahap kemarahan. biasa kalau marah, saya akan walkaway..dan kalau malas nak pikir, sy akan sumbat telinga dengan earphone sambil pasang lagu kuat2...

8. Korang seorang yang.....?
Jujur, baik, cekal, amanah, taat, gigih, setia, ikhlas, perkasa, murni, rajin, dan sewaktu denganya...

9. Salah satu makanan kegemaran.
Apa-apa jenis masakan yang ada ayam..especially ayam masak lemak.

10. 1 perkataan yang menggambarkan blog korang.hehe
Carca merba

11. Komen ikhlas tentang blog niesa.
Secara jujurnya blog Niesa nie sedap mata memandang. Kombinasi warnanya just nice untuk membuatkan kita membaca entry plus takde widget-widget yang memberatkan blog dan membuatkan ia lambat loading.

So itu antara jawapan-jawapan untuk soalan yang Niesa berikan. So the next step aku kena bagi plak soalan aku and kena tag orang plak untuk jawab kan??hehehe..Jadi, ini merupakan soalan-soalan aku plak :-

1) Sampai bila korang nak blogging?
2) Apakah event blogging yang best korang pernah pergi? dan kalau tak pernah pergi join any event, apakah yang korang ingin sertai??
3) Apakah yang anda harapkan dari pasangan anda?
4)Describe your worst ex ( soalan kat facebook aku..hahaha)
5) Genre muzik yang anda minati?
6) If there one thing that can make you happy, what would it be?
7)  Kalau korang ditakdir tidak blogging, agak2 macam mana korang mengisi masa lapang??

Memandangkan aku suka no 7, jadi aku hanya bertanyakan 7 soalan sahaja. dan untuk kali ini aku akan tag sebanyak 7 orang..Mereka itu ialah seperti berikut ;-


Kepada mereka yang tak kena tag lagi don't worry, aku masih ada few Libster punya entry and aku akan tag korang next yaa.. :D

Regards,
-Strider-

Thursday, May 8, 2014

#1406 - Cerita Kakitangan Vendor MAS Mendakwa Penumpang Sial Oleh Mazidul

Hye Readers,

Banyak benda aku nak update sebenarnya hari ini, tapi aku rasa elok aku update cerita pasal story yang aku baca kat blog Bro Mazidul Akmal Sidek semalam. Sebelum itu biar aku perjelaskan yang aku tiada isu apa-apa dengan Bro Mazidul ini. Sebenarnya aku respect kepada gaya penulisan dia sebab, kebiasaanya penulisan dia penuh dengan info dan tak pernah lari daripada etika-etika penulisan.




Namun apa bila aku baca mengenai Seorang Kakitangan Vendor MAS Mendakwa Penumpang Sial aku merasakan apa yang ditulis oleh Bro Mazidul ini sedikit keterlaluan. Aku jemput korang baca entry itu untuk memudahkan korang pahami apa yang aku cuba sampaikan kat sini. Aku merasakan apa yang Bro Mazidul sampaikan itu lebih kepada teguran.

Untuk makluman korang, aku ke pergi ke Sabah menggunakan penerbangan MAS dan aku melalui situasi yang digambarkan oleh Bro Mazidul ini cuma nasib aku baik kerana aku dibantu oleh seorang kakitangan vendor MAS yang sangat friendly dan banyak membantu aku.

Mengikut Bro Mazidul tepat jam 10.45 pagi, dia terbang menggunakan pesawat MH2710. dia  menganggap isu itu selesai sehingga kakitangan vendor MAS yang terlibat didapati memaparkan status di bawah di laman sosial


Pada pendapat aku sebagai pembaca blog Bro Mazidul, perempuan itu bukan mengeluarkan statement sebagai seorang kakitangan vendor MAS tapi lebih kepada bersifat peribadi. Mungkin statement itu dimuatnaik olehnya selepas dimarahi oleh superiornya akibat kesilapan yang dilakukan.

Bagi aku agak tidak adil untuk melebel kakitangan vendor MAS yang mendakwa penumpang sial kerana bukan semua kakitangan vendor MAS yang macam itu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang bersifat demikian. Jika berada ditempatnya, aku juga tidak bersetuju jika apa yang aku muatnaik dalam account peribadi media social aku dijadikan sebagai sebahagian daripada statement yang mewakili company tempat aku berkerja.

Apa pun biar aku jelaskan yang penulisan aku ini bukan untuk menjatuhkan Bro Mazidul jauh sekali nak membencinya. Banyak juga sebenarnya yang aku belajar apabila menjadi silent reader untuk blog Bro Mazidul. Aku juga banyak belajar serba sedikit mengenai etika penulisan ini daripada blog miliknya, aku masih ingat kes pertama yang aku baca mengenai etika penulisan ini melalui blog mazidul bertajuk Video Lucah Melia

Apa apa pun aku harap agar perempuan tersebut menjadikan kes ini sebagai satu pengajaran. Bekerja sebagai front liner nie kena tabah sikit menghadapi situasi dan ragam dari customer. Walaupun aku bukan seorang front liner tapi bekerja dalam public transport industry aku rasa tak sesuai kalau kita amik statement peribadi seseorang dan menjadikanya ia sebagai sesuatu yang official.

Regards,
-Strider-