Friday, February 28, 2014

#1367 - Sharnazz/Fauzi Nawawi Malukan Lelaki

Hye Readers,

Gambar Ihsan Google
Aku rasa korang semua dah tahu yang antara perbalahan tentang Sharnazz Ahmad dan Fauzi Nawawi yang semakin luas diperkatakan. Ia semuanya bermula apabila Sharnazz didakwa memarahi dan memaki Lisdawati yang juga merupakan isteri kepada Fauzi (Klik Sini)

Maka bermula laa episod drama 2 jejaka ini, episod-episod yang disampaikan melalui statement mereka di dalam portal hiburan termasuk juga media-media social.  Antara episod kisah mereka adalah seperti di bawah ;-

Episod 1 :
Sharnaaz Ahmad Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati Dan Fauzi Nawawi
Episod 2: 
Episod 3:
Episod 4: 
Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak, Lulus Dengan Hensemnya!!!

Itu merupakan 4 cerita yang aku jumpa kat dalam internet. Apa yang memalukan ialah perbalahan mereka ini tidak ubah seperti sikap budak-budak dan langsung tak mencerminkan watak sebagai lelaki seperti yang selalu mereka lakonkan.

Apa masalahnya dorang nak pergi jumpa face to face and settle this like a gentleman. Mungkin mereka tidak se-gentleman seperti watak-watak yang mereka lakonkan ini. Sorry to say this tapi mereka berdua nie tak ubah seperti budak-budak perempuan bergaduh.hahahha

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 26, 2014

#1366 - 3 Cara Jimatkan Bill Telefon

Hye Readers,



Setelah beberapa hari menghilangkan diri kini aku kembali online semula bersama korang semua. Untuk kali ini aku nak share 3 tips berguna untuk korang jimatkan bill telefon korang. Actually sebenarnya ada 9 tapi aku pilih 3 yang terbaik. Kalau nak tengok tips yang lain korang boleh klik sini

1) Panggilan Percuma
- Salah satu untuk menjimatkan bil telefon adalah dengan mencari service provider yang ada menawarkan panggilan percuma kepada beberapa no yang korang pilih. Korang bleh pilih beberapa no yang korang selalu call seperti suami/isteri, kekasih, rakan karib atau yang berkenaan. 

2) Pilih plan internet yang boleh membenarkan panggilan percuma.
- Untuk pelan internet sekarang nie, pelbagai plan diwujudkan mengikut kesesuaian pengguna. Kalau korang nak pilih plan internet, pastikan plan itu membenarkan anda membuat panggilan percuma melalui apps seperti Viber, Line, skype dan lain-lain. 

3) Pilih prepaid jika anda kurang menggunakan telefon.
- Aku sebenarnya seorang pengguna prepaid kalau korang nak tahu, pelan internet aku dan call aku tak mencecah RM50 sebulan. RM30 untuk internet dan RM20 untuk call out. Kouta untuk internet usage korang boleh control jika korang jenis selalu menghabiskan masa di tempat yang mempunyai wifi seperti di rumah/pejabat.

So itu antara 3 tips yang boleh diamalkan jika korang rasa nak cuba kurangkan bil telefon. Sebenarnya kalau korang berjimat, credit untuk panggilan keluar boleh dijimatkan.Cuba maksimakan penggunaan internet free korang untuk arrange something. Make calls bila ada sesuatu benda yang urgent atau memerlukan response yang pantas. Tapi jangan laa kedekut sampai miscall and suruh orang call balik..hahahaha

Untuk lebih tips (Klik Sini)

p/s: nak menghabiskan masa membalas jejak jap...

Regards,
-Strider-

Friday, February 21, 2014

#1365 - Publisiti Murahan Akhbar

Hye Readers,

Tajuk yang sensasi tak dinafikan boleh meningkatkan jualan sesetengah akhbar. Tetapi dah banyak kali akhbar menggunakan publisti murahan untuk melariskan berita mereka walaupun sebenarnya mereka tak perlu berbuat demikian.

Aku tergerak nak menulis kerana laporan akhbar tentang dua kes berbeza melibatkan wanita berstatus Janda. Ia dipetik dari 2 akhbar berbeza.


Tajuk "Janda kena tipu RM200,000". diterbitkan oleh Sinar Harian mengisahkan seorang wanita yang ditipu oleh seorang lelaki yang baru dikenali. Lelaki tersebut telah menipu wanita tersebut dengan alasan mahu membantu menyelesaikan pembahagian harta pusaka milik arwah suaminya.


"Geram lihat janda muda" pula diterbitkan oleh pesaing akhbar Sinar Harian iaitu akhbar Harian Metro. Ia mengisahkan seorang lelaki bertindak cuba merogol wanita apabila menyelinap masuk ke dalam bilik sebelum perbuatannya disedari mangsa.

Aku tak nampak status mangsa sebagai seorang "Janda" adalah relevan dalam berita ini dan ia mampu terjadi kepada mana-mana wanita tanpa mengira status. Apakah yang  sebenarnya yang cuba disampaikan oleh akhbar ini. 

Kenapa aku timbulkan isu ini? Kerana bagi aku status mereka sebagai seorang "Janda" telah dieksploitasi oleh pihak akhbar bagi melariskan jualan dan ia sebenarnya tidak perlu kerana mereka mempunyai pembaca sendiri dan tak perlukan tajuk-tajuk panas untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Regards,
-Strider-

#1364 - Rembat Sampai Gol

Hye Readers,


Rembat Sampai Gol merupakan salah satu program yang membicarakan tentang bola sepak tempatan. Konsep rancangan ini sebenarnya berbentuk santai sesuai dengan set  program ini yang nampak menarik dan nampak fresh.

Last week aku ada menonton rancangan ini dan sebagai peminat bolasepak tempatan sudah aku menyokong program-program mengenai bolasepak tempatan sebab bagi aku kita kekurangan program mengenai rancangan bola sepak tempatan walaupun ia merupakan acara sukan yang paling popular di Malaysia.

Dalam program ini terdapat 3 pengacara yang akan tampil setiap minggu bersama 2 orang tetamu undangan. Minggu lepas kalau tak silap aku Alif Satar dan seorang lagi aku dah lupa. Isu yang dibacarakan minggu lepas juga agak menarik kerana mereka membicarakan tentang pengharaman topeng di stadium Sarawak.

Bagi mereka yang minat pada bolasepak tempatan dan yang rasa nak menonton rancangan ini korang boleh mengikutinya secara live pada setiap Jumaat pada pukul 11.30 malam dia TV1.

Majulah Bola Sepak untuk Semua!!!!

Regards,
-Strider-

Thursday, February 20, 2014

#1643 - Mentality Penyokong Bolasepak

Hye Readers,

Segelintir penyokong dan juga ultras di beberapa negeri tidak bersetuju dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini yang melarang mereka membawa tiang atau objek keras ke dalam stadium untuk mengikat bendera. Walaupun aku tak suka dengan kepimpinan FAM tapi dalam isu ini aku rasa aku bersependapat dengan mereka.

Tapi aku harap pengharaman panji itu hanya bersifat sementara sehingga mentaliti penyokong bolasepak tempatan kembali pada keadaan yang baik.Kebanyakkan penyokong tempatan sering mengaitkan kenapa dekat eropah mereka tak mengharamkan penggunaan tiang ini?


Hanya satu jawapan sahaja untuk persoalan ini. Adakah mentaliti kita sudah bersedia untuk membawa masuk sesuatu yang boleh dijadikan senjata ke dalam stadium? Apa yang terjadi kepada tiang dan object yang dibawa jika penyokong gagal mengawal emosi?

Saksikan 3 gambar penyokong tempatan ini yang gagak mengawal emosi ini.




Adakah wajar untuk kita mempercayai mereka dengan benda yang boleh dijadikan senjata jika mereka gagal mengawal emosi. Mentality ini melibatkan hampir semua penyokong bola sepak sebenarnya tanpa mengira pasukan. Aku tak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Aku rasa FAM patut bertindak lebih tegas terhadap penyokong yang menimbulkan kekacauan di dalam stadium termasuk mendenda pasukan bermain tanpa kehadiran penyokong, sekiranya kekacauan masih berlaku di dalam stadium. Biar penyokong merasa sekali hukuman yang dikenakan. Mungkin dengan cara ini penyokong akan berpikir panjang sebelum melakukan tindakkan melulu.

Walaupun aku memang tak suka ngan kepimpinan FAM yang bagi aku lemah tapi ada kalanya aku tak boleh menafikan ada juga tindakkan mereka yang wajar dilakukan demi meningkatkan mutu bola sepak tempatan. Akhir kata majulah bolasepak untuk semua..

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 18, 2014

#1642 - Shopping Kasut di Zalora

Hye Readers,


Ini merupakan gambar kasut "baru" aku yang aku ambil pada hari Isnin lepas. Aku berjaya purchase kasut nie dengan menggunakan vaucher Zalora yang aku dapat. Secara jujurnya ini baru pertama kali aku beli barang secara online.Jadi mari aku kongsikan pengalaman aku membeli secara online di Zalora untuk pertama kali ini.

Sebenarnya sebelum ini aku tidak berapa yakin nak beli barang secara online-online ini tapi akhirnya pada Jumaat yang lepas aku cuba gak beli barang online melalui Zalora. Nampaknya percubaan aku tidak mengecewakan apa bila barang yang aku beli sampai lebih awal daripada tarikh yang dijanjikan.

Pembelian secara online sebenarnya mengambil masa 3-5 hari (waktu bekerja) untuk penghantaran. Kalau aku beli hari jumaat ini bermakna barang aku akan sampai sekurang-kurangnya pada hari selasa (hari ini) atau hari rabu (esok).

Tapi barang yang aku beli rupanya sampai pada hari Ahad. Ada beberapa faktor yang membuatkan penghantaran dapat dilakukan dengan cepat. Mungkin sebab lokasi aku yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur memudahkan kerja penghantaran.


Sehari barang aku sampai, aku menerima sepucuk surat yang mengandungi slip penghantaran balik item. Untuk makluman korang Zalora mempunyai polisi penghantan balik secara percuma dalam tempoh 30 hari jika tersalah item, item rosak, tukar saiz atau pun lain lain.

Tapi nampaknya slip ini akan aku simpan secara kenangan kerana item yang sampai pada aku dalam keadaan yang baik dan saiz pun tak lari. Jadi tiada sebab untuk aku pulangkan semula item tersebut.

Bagi korang yang belum pernah beli barang secara online, aku suggest korang cuba shopping kat Zalora. Mereka mempunyai pelbagai jenis barang dari pakaian lelaki/wanita. Kalau korang berminat aku boleh tolong dapatkan korang vaucher diskaun sebanyak RM25.00 just email aku at "azlan.strider7@gmail.com"

Regards,
-Strider-

#1641 - Cara Menghadapi PMS Blues

Hye Readers,

Image: Photl

Entry kali ini khusus untuk female readers kat sini, tapi kepada mereka yang lelaki pun boleh baca gak kalau rasa nak tambah general knowledge. Sebenarnya aku sendiri tak tahu yang wanita pun ada sindrom PMS blues ni sehingga aku terbaca artikel ini.

Kepada perempuan kat luar sana pernah tak korang menonton filem Disney, dan tetiba rasa seperti nak menangis. Bila mintak sos tomato untuk burger anda tetapi mendapati so takde dan korng mula sedih. Well, hello sindrom pra-haid (PMS)! beremosi sensitif adalah salah satu perkaran biasa ketika PMS. Sindrom ini meliputi pelbagai gejala-gejala yang berkaitan dengan kitaran haid, dan berbeza bagi setiap individu

Ini disebabkan oleh perubahan hormon badan semasa haid. Ketidakseimbangan antara estrogen dan progesteron boleh menyebabkan apa yang dikenali sebagai PMS. Gejala biasanya muncul sehingga satu minggu sebelum permulaan kitaran haid dan dalam tempoh tersebut. PMS memberi kesan kepada kedua-dua negeri fizikal dan mental.

Sebenarnya ada beberapa benda yang boleh membantu korang ketika mengalami gejala PMS nie. Berikut aku kongsikan beberapa tips untuk korang ketika mengalami PMS ;

1) Teh Kamomil ( Camomile Tea)
Teh kamomil adalah bebas kafein dan ia mempunyai kesan untuk membuatkan bdan anda rasa tenang. Ia juga disyorkan untuk seseorang yang mengalami PMS. Teh kamomil boleh membantu kekejangan haid yang kerana ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan ketegangan otot. 

2) Pengambilan Magnesium
Makan makanan yang mempunyai tahap magnesium yang tinggi, seperti kacang, ikan, dan gandum untuk melegakan PMS. Magnesium berfungsi dengan baik dalam menangani perubahan emosi dan pengekalan air. Mulakan hari dengan sebahagian daripada beras perang mendahului dengan ikan kembung dimasak dengan bijan untuk membantu mengusir mereka perubahan mood.

3) Berenang
Tiadk dinafikan letika sedang dalam haid, mood dan energy korang berada di tahap yang rendah. Semua benda malas nak buat, tapi sebenarnya sedikit senaman boleh membantu melegakan korang ketika menghadapi PMS. Antara salah satu aktiviti yang digalakkan ialah pergi berenang. Tak perlu lama-lama pun, cukup sekadar untuk menyegarkan diri.

4) Pengambilan Kalsium
Meningkatkan pengambilan kalsium sebenarnya sangat bermanfaat kerana kalsium boleh memerangi gejala PMS, termasuk kekejangan, kemurungan dan mood swings. Susu adalah salah satu sumber terbaik kalsium, jadi shake your PMS with milkshake, ladies!!!

5) Minum Air
Tidak dinafikan meminum air putih memang banyak kebaikkanya, dan sebenarnya pengambilan air masak adalah juga cara yang baik untuk melegakan PMS. Minum air yang cukup akan membantu penghidratan badan anda dan melegakan gejala, seperti kekejangan perut dan kembung perut.

6) Membeli Belah
Ini antara benda yang paling perempuan suka kan?? Bagi sesetengah orang, membeli belah itu merupakan satu cara yang baik untuk melegakan tekanan. Membeli-belah juga memerlukan banyak berjalan yang merupakan bentuk yang baik latihan dan, dengan itu, ubat PMS yang baik.

Itu merupakan beberapa tips untuk menghdapi PMS blues, aku rasa perempuan lagi arif kot bab-bab ini. Apa yang aku tahu tak semua perempuan mengalami sindrom PMS yang sama. Biasa kalau perempuan marah-marah mesti orang ingat mereka ni PMS...hahaha

Regards,
-Strider-

Monday, February 17, 2014

#1460 - JAKIM Dipersenda Oleh Orang Ramai.

Hye Readers,


Minggu lepas, JAKIM mengeluarkan satu artikel mengenai Valentine's Days dalam bahasa Inggeris yang malangnya tidak difahami oleh kebanyakkan orang termasuk aku sendiri. Sebenarnya aku sendiri tak tahu mengapa situasi sebegini boleh berlaku kepada sesebuah institusi besar seperti JAKIM.

Adakah JAKIM kekurangan kaki tangan yang boleh berbahasa inggeris ataupun ia merupakan satu hasil kerja dari sikap pemalas pekerja JAKIM yang tidak menyemak dahulu sebelum sesebuah artikel diterbitkan. Perkara ini tak seharusnya dipandang remeh oleh JAKIM kerana ia hanya akan membuka ruang untuk orang mengkritik JAKIM atas hasil kerja mereka.

Banyak kritikan yang aku baca kat internet nie akibat artikel ini. Ada yang mempersendakan artikel itu sebab penggunaan ayat yang kelakar dan ada yang mempersoalkan bagaimana cara JAKIM berdakwah jika orang sendiri tak paham apa yang cuba disampaikan oleh mereka. 

Sebenarnya ini bukan kes pertama yang melibatkan institusi yang besar. Sebelum ini pihak Mindef juga pernah buat benda yang hampir serupa apabila mereka mengeluarkan staff dress code yang tidak membenarkan pakaian "clothes that poke eye" (menjolok mata).

Apa-apa pun aku harap kesilapan yang sama tidak diulangi oleh pihak JAKIM supaya mereka tidak terus dipersenda oleh orang ramai. Aku cuba berita mencari kenyataan rasmi JAKIM mengenai isu ini tapi masih lagi tak jumpa. Adakah ia disebabkan penggunaan Google Translate seperti yang dilakukan oleh pihak Mindef seperti dahulu? Hanya pihak JAKIM yang boleh menjawabnya.

Regards,
-Strider-

Friday, February 14, 2014

#1359 - Kisah Syiling & Batu

Hye Reader,

Gambar Hiasan

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

(Untuk renungan kita bersama)

Regards,
-Strider-

Thursday, February 13, 2014

#1358 - Setahun Selepas Lahad Datu

Hye Readers,


Aku terbaca artikel ini tadi melalui akaun tweet rasmi  PDRM. Ceritanya sangat straight forward iaitu mengenai perasaan pilu yang dihadapi oleh seorang wanita yang kehilangan suami yang mempertaruhkan nyawa bagi melindungi kita semua. Untuk makluman suaminya terkorban ketika bertugas di Lahad Datu.

Penceroboh yang terlibat telah pun ditahan oleh pihak berkuasa ketika mereka menawan semula Lahad Datu setelah beberapa hari bertempur dengan pengganas tetapi setahu aku, dalang disebalik kejadian hitam ini masih dibawa ke muka pengadilan.


Menurut akhbar Utusan bertarikh 20 Mei 2013, Dalang di sebalik kejadian hitam ini sudah pun dikenalpasti. dalam artikel tersebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga orang pemimpin (pembangkang) itu didakwa mahkamah nanti.

Selepas setahun apakah yang telah terjadi kepada dokumen dan maklumat tersebut?Bukankah satu pendakwaan sepatutnya dilakukan bagi mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Adakah benar khabar angin yang kes Lahad Datu itu merupakan satu mainan politik?

Sebagai rakyat Malaysia aku rasa kita patut tahu siapa sebenarnya yang menjadi dalang sehingga pihak pengganas berani menceroboh perairan kita. Aku juga tidak mahu ada lagi rakyat Malaysia yang menjadi korban semata-mata kerana agenda politik. Cukup laa, politik memecah belahkan rakyat Malaysia.

Ini bukan bicara politik atau kempen politik. Aku hanya mahu mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira mereka berada di pihak yang mana.

Regards,
-Strider-

#1357 - 3 Mata Beharga Liverpool

Hye Readers,



Ketika Chelsea, Arsenal dan Man United hanya mampu mengutip satu mata, Liverpool punya berjaya membawa pulang 3 mata berharga dari Craven Cottage apabila berjaya menewaskan Fulham 3-2 awal pagi tadi walaupun ketinggalan sebanyak 2 kali.

p/s: malam nanti aku nak autopublished story pasal Lahad Datu..

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 12, 2014

#1356 - Menteri Mahu Kejadian Di Larkin Di Siasat

Hye Readers,



Menteri Belia dan Sukan Khairy dalam satu laporan akhbar berkata, Isu kejadian di Larkin baru-baru ini sebenarnya sedang menguji kredibiliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang di dapati bersalah.

Memetik kenyatan Khairy di akhbar Utusan "walaupun benda ini memang dah serius, tetapi bila angkat sumpah sahaja dia jadi satu benda yang kita tak boleh ketepikan. Saya ada hubungi Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAM) pagi tadi (semalam). Saya maklumkan kepadanya kita tak boleh ketepikan isu ini," katanya

Aku sebenarnya bersependapat dengan Khairy nie. bagi aku ini merupakan satu isu serius. Apabila pemain T-Team, penolong jurulatih pasukan, Azlan Johar, Irfan Ghani semua angkat sumpah, ia menjadi  lebih serius walaupun aku kurang bersetuju dengan tindakan menangkat sumpah itu.

Pada pendapat aku jika terdapat sesuatu isu yang kecoh macam nie seseorang harus dipersalahkan. Aku tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak. Tapi aku percaya salah kekecohan ini pasti ada puncanya. Itu yang harus disiasat oleh pihak FAM bagi mengelakkan kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Menurut Khairy lagi, sekiranya benar terdapat insiden yang tidak diingini berlaku di Larkin, FAM perlu mengemukakan pertuduhan kerana mana-mana individu yang terlibat mesti dihukum.Kalau ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di Larkin kita kena buat pertuduhan dan mesti dilihat adil dan tidak ada sesiapa yang kebal dalam perkara ini. 

Manakala dalam berita lain Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi kepercayaan penuh kepada FAM untuk melaksanakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap insiden itu dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata siasatan terhadap insiden itu hampir selesai.

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 11, 2014

#1355 - Zubir Bipop Menghina Pengawal Keselamatan

Hye Readers,

Malam semalam aku ade menerima satu printscreen Zubir Bipop yang mendakwa pengawal keselamatan di sebuah kompleks membeli belah tidak membenarkanya untuk meletakkan kaki di atas kerusi. Apa yang menarik perhatian aku ialah susun atur ayat dalam meluahkan perasaanya,



Umum mengetahui yang Zubir Bipop nie merupakan seorang wartawan yang mempunyai suara lantang. Bukan sahaja artis tapi ramai juga orang yang tidak gemar dengan karakter Zubir nie. Tapi selepas melihat printscreen instagram nie, dapatlah kita simpulkan dimana IQ sebenar si Zubir ni.

Zubir kini berjaya menempatkan dirinya dikalangan manusia yang bongkak apa dengan terang-terangan menulis yang dan mempersendakan pergawai keselamatan dengan caption berbaur penghinaan terhadap mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Sebelum ini seorang wanita yang merupakan isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan pernah mencetuskan kontroversi dengan memanggil seorang pengawal keselamatan dengan perkataan "bodoh" dan "dayus".

Aku malas nak komen panjang-panjang tapi kalau ada yang rasa macam tak suka duduk Malaysia anda dipersilakan keluar ke negara.

Regards,
-Strider-

#1354 - Sambungan Drama JDT & T-Team

Hye Reders,

Drama antara JDT dan T-Team nampaknya masih belum selesai lagi. Nampaknya pihak pengurusan dan pemain T-Team masih dengan kenyataan awal mereka tentang apa yang terjadi di dalam terowong Stadium Larkin walaupun sebelum ini pemain T-Team kelahiran Johor Ifran Abd Ghani menyatakan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku (klik sini).

Credit : Harian Metro
Menurut laporan Metro, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Antara mereka yang mengangkat sumpah ialah penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali.

Menteri Besar Terengganu itu berkatan sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar. Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan JDT.

Namun kelibat Irfan Abd Ghani tidak kelihatan pada malam tersebut walaupun dia diminta berbuat demikian. Aku rasa antara sebab dia tak datang adalah kerana dia telah membelakangi pasukannya dengan membuat kenyataan tanpa persetujuan dari pihak pengurusan T-Team.

Tapi upacara sumpah ini tidak akan mengubah apa-apa keputusan yang berlaku. Hanya mereka yang berada di tempat kejadian sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Bagi aku, Irfan tak seharusnya masuk campur dalam urusan ini kerana ia melibatkan majikkanya (T-Team) dan juga negeri kelahiranya Johor.

#StriderSays - Apa jadi kalau kita campak Maya Karin dan Shaheizy Sam dalam hutan? klik sini

Regards,
-Strider-

Monday, February 10, 2014

New Balance

Hye Readers,


New Balance Malaysia adalah antara jenama kasut sukan yang cukup dikenali di serata dunia. Mereka mempunyai koleksi kasut sukan dengan rekaan serta warna yang pelbagai dan mampu menambat hati anda. Semua orang ada pengalaman yang memberikan rasa teruja sewaktu ke kedai atau pusat membeli-belah untuk mencari sepasang kasut yang sempurna dan baik. 

Namun sering kali juga kita akan rasa kecewa kerana mendapati kasut yang tersedia tidak menepati cita rasa kita. Rasa penyesalan itu lebih mencengkam apabila mendapati pencarian yang sia-sia itu harus ‘dibayar’ pula dengan pembaziran masa dan dui tuntuk minyak, tol dan parking.
 
Apakah penyelesaian untuk masalah ini?Bagi pembeli masa kini mereka telah ditawarkan pilihan yang lebih mudah iaitu online shopping.Kini di Malaysia terdapat ratusan website online shopping yang menawarkan pelbagai jenis kasut untuk mereka pilih. Malah setiap daripada laman sesawang ini memberikan lebih banyak pilihan daripada segi koleksi, rekaan dan jenama.



Pilihan yang lebih banyak pastinya disenangi oleh pembeli namun pada suatu tahap anda akan mendapati kasut sukan yang sempurna adalah yang sesuai dengan bentuk tapak kaki dan bukan hanya pada jenama semata-mata. Dapatkan sepasang kasut yang baik adalah penting untuk mengelakkan kecederaan. Kasut yang tidak memberikan keselesaan dan tidak ‘stabil’ daripada segi rekaan juga boleh membuatkan anda mengalami kecederaan lalu mengganggu prestasi anda.

Koleksi New Balance yang terbaru hadir dengan kualiti yang cukup baik dan diperbuat daripada bahan-bahan yang bermutu tinggi.Ini adalah kerana mereka menggunakan teknologi pembuatan yang terkini dan menjadi salah satu faktor utama mengapa kasut koleksi ini adalah pilihan paling baik buat anda.

Di Zalora My anda akan terpukau dengan koleksi-koleksi kasut sukan online dengan harga yang cukup berpatutan. Selain itu www.zalora.com juga sering menawarkan promosi yang paling hebat antara blogshop atau website online shopping yang lain. Jom shopping online dan beli kasut sukan New Balance anda sekarang!

Regards,
-Strider-



Friday, February 7, 2014

#1353 - Along Simbah Cat Merah Pada Bank

Hye Readers,


Simbah cat berwarna merah sinonim dengan amaran yang selalu dikeluarkan oleh Along jika ada peminjamnya yang tidak membayar kembali duit yang dipinjam. Tapi apa kes pulak jika Bank disimbah cat merah? Adakah bank juga meminjam duit dari Along?

Kejadian yang berlaku di ipoh ni sebenarnya berlaku apabila Along gagal mengenal pasti sasaranya. Mula-mula aku baca agak kelakar gak laa. Ini mesti kerja-kerja Along yang tak berpengalaman. Menurut berita yang aku baca, Dua lelaki dipercayai  Along mahu menyimbah cat merah ke premis sebuah syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan.

Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran bank sebelum dua lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank walaupun sasaranya adalah syarikat yang bersebelahan dengan bank tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Aku rasa Along tu mesti kena marah ngan bos dia lepas mereka baca berita ini.

Regards,
-Strider-

Thursday, February 6, 2014

#1352 - Felixia Yeap Ditekan Pendakwah Bebas

Hye Readers,


Semalam aku ada terbaca satu luahan hati mengenai Felixia Yeap yang merupakan seorang hijabster yang non muslim. Kalau gambar tu tak clear korang boleh baca di sini. Dulu aku pernah membawa cerita mengenai Felixia Yeap, seorang playboy bunny yang kini selesa bertudung. (klik sini)

Selepas itu aku semakin jarang mengikuti perkembanganya sehinggalah semalam apabila ada kawan forward printscreen luahan hatinya. Daripada apa yang aku baca dia agak tertekan dengan segelintir orang yang menjadi pendakwah bebas secara online yang tidak sabar untuk mendengar dia mengucapkan kalimah syahadah.

Tanpa mengetahui latar belakang Felixia yang merupakan seorang gadis yang degil, pendakwah -pendakwah bebas ini terus memberi tekanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada gadis ini. Antara tekanan yang diceritakan ialah bagaimana dia didesak untuk mengucap kalimah syahadah kerana kematian tidak akan menunggu sesiapa.

Selain itu ada juga pihak yang mendesaknya untuk memadamkan gambar-gambar seksinya walaupun Felixia mempunyai pandanganya sendiri terhadap gambar-gambar tersebut. Dan yang paling famous ialah mereka yang copy paste terjemahan ayat-ayat quran untuk dibaca oleh Felixia.

Sebenarnya pada pendapat aku berdakwah itu adalah sesuatu benda yang amat baik tapi harus kena pada masa, tempat dan situasi. Aku yakin yang Felixia mempunyai kawan muslim yang sedang mendidiknya dalam mendalami agama islam secara perlahan-lahan.

Aku harap golongan ini akan stop spamming facebook/blog Felixia dengan tekanan yang tidak sepatutnya. Aku pernah belajar dulu kat sekolah yang tiada paksaan dalam memeluk agama islam. Islam tak pernah mengajar kita untuk mendesak dan memaksa untuk orang memeluk islam.

p/s: Sementara itu, korang dah tengok top video untuk Chinese New Year tahun ini? Klik Sini

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 5, 2014

#1351 - Big Mac Malaysia Antara Yang Termurah

Hye Readers,



Sebenarnya draft entry ini aku dah siapkan minggu lepas tapi disebabkan entry ni tak berapa penting, jadi aku simpan jer dulu. bila nak publish tak payah nak edit banyak-banyak. Walaupun sekarang banyak benda yang mahal tapi tanpa kita sedari benda yang masih murah.

Tahukah korang semua yang Big Mac di Malaysia merupakan antara Big Mac yang termurah di dunia. India merupakan negara yang menjual  Big Mac paling murah dengan harga US$1.54, untuk sebuah burger yang dibuat melalui daging ayam atau kambing bagi menggantikan lembu.

Indek harga ini dibuat oleh The Economist yang telah mengeluarkan indeks Big Mac setiap tahun sejak dari 1986, Ia mengesan harga  burger McDonald di seluruh dunia. Ia menggunakan kadar pertukaran untuk menukar harga tempatan dengan dolar Amerika Syarikat.

Antara negara yang menawarkan harga Big Mac pada kadar yang rendah ialah  South Africa (US$2.16), Malaysia (US$2.23), Ukraine (US$2.27) and Indonesia (US$2.23). 

Big Mac di Norway dijual pada harga  US$7.80, diikuti oleh Venezuela (US$7.15), Switzerland (US$7.14) and Brazil (US$5.25) dan ia lebih mahal daripada tempat asal burger tersebut iaitu United States (US$4.62).

Dengan kadar barangan yang sering meningkat sekarang nie, adakah korang harga yang dikenakan oleh Mcdonals utk Big Mac di negara ini berpatutan dengan keadaan ekonomi sekarang?So far aku tak ada laa rasa harga Mcd nie mahal sangat. Mungkin sebab aku jarang makan Mcdonalds kot. Pendapat korang pulak cammana?

p/s: ada sesiapa yang tak makan Mcdonald sebab ianya dikatakan menyokong yahudi?

Regards,
-Strider-

Sumber: The Star 


Tuesday, February 4, 2014

#1350 - Striderbuzz Q&A

Hye Readers,


Sebelum aku bercuti haritu, aku ade buat satu entry pasal anniversary blog aku dan akan menjawab apa juga soalan pasal diri supaya korang lebih mengenali penulis ini dengan lebih dekat (macam poyo jer ayat). Oleh yang demikian ini antara beberapa soalan yang korang tanya kat aku.

Mana datangnya Stridebuzz tu?
- Nama Strider tu datang datang dari sebuah watak dalam cerita Lord of The Ring (Fellowship of The Ring) dimana watak Aragorn menggunakan nama Strider sebagai nama samaran. Buzz tu pulak datang ilham dari rancangan E Buzz, dimana ia membawa berita berita sensasi dari dunia hiburan.

Boleh kupaskan sikit apa dia Striderbuzz ini?
- Idea awal striderbuzz ini adalah untuk membawa berita-berita yang terdapat di dalam dan luar negara. Tapi berkat pandangan dan nasihat dari blogger-blogger yang lebih senior saya jadikan Striderbuzz sebagai satu platform untuk saya meluahkan pendapat peribadi saya mengenai sesuatu berita yang dilaporkan bagi mengelakkan wujudnya entry plagiat. Tapi sekali sekala saya selit juga beberapa entry yang bersifat motivasi dan tips-tips remaja berdasarkan apa yang saya baca atau pengalaman orang di sekeliling saya.

Soalan: Berapa umur Strider
- Saya dilahirkan pada 1984 dan sekarang umur saya dah mencecah 30 tahun.

Adakah Strider sudah berkhawin.
- Saya masih lagi pemegang status bachelor (bujang)

Strider ada berapa orang anak?
- Disebabkan saya masih belum berkhawin saya masih belum mempunyai anak tetapi mempunyai ramai anak buah.

Bila Strider nak upload gambar pemilik blog ini?
- Untuk entry ini saya upload sekeping gambar saya yang tak berapa nak kacak ni.

Bila nak start buat entry bersifat peribadi?
- Sebenarnya bukan tak nak buat tapi tak ada benda yang menarik dalam hidup ini yang boleh dikongsikan bersama..hehe.. Tapi Insyallah, lepas ni kalau tergerak hati nak tulis, mungkin aku akan tulis terus.

Bulan berapa start blog?
- Saya start blogging pada January 2011

So itu laa, serba sedikit mengenai diri aku yang biasa-biasa ini. Walaupun aku dah hampir 3 tahun blog tapi aku rasa masih banyak benda yang aku boleh belajar dalam dunia blogging ni. Aku tak nafikan yang aku pernah terpikir nak stop blogging lepas setahun  (lepas target aku) tapi bila pikir balik rasa macam sayang pulak nak tinggalkan.

Regards,
-Strider-