WELCOME MY FREN

Hi there welcome to my blog and have a good time here ..Thank You!!! :)

Thursday, May 16, 2013

#1122 - Fast & Furious 6 Kembali

Hye Readers,


Sebenarnya aku masih blank nak tulis pasal apa..So ketika aku tengah surf internet tadi aku ternampak promo tentang Fast & Furious 6 (Klik Sini) dan sebagai salah seorang followers cerita ini aku sedikit teruja menanti cerita ini di pawagam..

Fast 6 akan ditayangkan pada 23 May 2012 dan untuk kali ini Dominic Torreto akan bekerjasama dengan Hobbs di kota London untuk menumpaskan satu kumpulan jenayah autotheft..Aku ade baca beberapa review kat internet dan hasilnya sebenarnya bercampur baur..ade yang kata best dan ade yang kata Fast 5 lebih hebat.

Aku tak mahu cepat membuat keputusan dan biarlah aku tengok dulu movie tu sebelum aku membuat personal review aku...hehehe..tapi yang menarik Fast 6 ini mempunyai aksi dimana mereka berlumba secara haramdi tengah-tengah kota London.

So kepada peminat cerita Fast and Furious pastikan anda membuat temujanji dengan pawagam berhampiran anda..hahha..dah macam iklan laa plak..Aku sendiri tak tahu bile aku ade masa untuk menonton movie tapi yang penting aku tak akan menunggu lama...

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 15, 2013

#1120 - I'm Back

Hye Readers,

Lama gila dah rasanya aku x update entry kat sini...dari zaman sebelum pilihanraya sampai laa dah abis pilihanraya..Mood aku untuk menulis sebenarnya hilang kejap aritu...mungkin sebab terlalu busy sangat dengan kerja kot..

Hari ini aku ade sedikit masa terluang so aku ingat aku nak amik masa untuk lawat blog yang lama aku tak jenguk..aku tak tahu laa bila lagi aku bleh buat posting macam dulu..hehe

Okay laa..posting aku kali ini nak cerita pasal yu jer..bosan kan?? Posting yang tak membina langsung....hahaha

Regards,
-Strider-

Monday, April 29, 2013

#1119 - PRU 13..Perlukah Kita Merasa Terancam?

Hye Readers,



Lama gak aku tak menulis something kat sini..Bukan sebab lupa atau tak ada mood tapi  urusan peribadi banyak yang perlu diselesaikan. Hari ini during lunch aku and few friends ade bercerita pasal PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013.

Kepada yang layak sudahkah anda membuat pilihan??Takpe, anda tak perlukan nyatakan pilihan anda kerana itu hak peribadi..Kalau nak nyatakan pun aku tak melarang kerana negara ini mempunyai sistem demokrasi dan aku tak akan bermusuh hanya sebab berbeza pendapat tentang politik.

So berbalik kepada soal PRU 13 tadi, perlukah kita rasa terancam dengan mana-mana pihak yang akan menang? Tadi kawan aku cerita dia ade menerima sms dari persatuan penduduk di tempatnya yang mahu sistem keselamatan diperketat untuk seminggu selepas pilihanraya kerana risau berlaku kekecohan akibat daripada keputusan PRU13 nanti.

Aku bersetuju dengan pendapatnya yang merasakan kita tak perlu takut tentang sebarang ancaman mengenai kekecohan selepas pilihanraya kerana itu semua belum pasti.Ia mungkin satu taktik atau gimik sesebuah parti.

Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keputusan pilihanraya ini kerana kuasa ade ditangan kita.   Sebenarnya ini semuanya adalah ugutan politik sahaja. Tak perlu kita ambil serius kerana aku yakin rakyat Malaysia tidak menyokong tindakan sedemikian.

So, itu jer aku yang aku nak cerita kat korang pasal PRU..hehehe..Kalau korang ade terima broadcast bbm/whatsapp/ twitter/facebook etc tentang ancaman-ancaman sebegini, baiklah korang delete dan tak perlu sebarkan ke orang lain kerana itu hanya akan menceruskan panik...

Sekian  Terima kasih,

Regards,
-Strider-

From Other Blogger!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...