Alhamdulillah hari ini badan saya rasa lebih sihat sedikit walaupun berjaga pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan EPL Game Week 14 yang menyaksikan Liverpool menerima kunjungan Norwich City. Sebagai seorang peminat tegar Liverpool berjaga awal pagi akan lebih bermakna jika Liverpool menang.
Liverpool berjaya menewaskan Norwich City 5-1 dan paling manis ialah apabila penyerang sensasi/kontroversi sekali lagi menutup mulut-mulut pengkritik apabila hanya perlu mengambil masa sebanyak 35 minit untuk menjaringkan hatrik ketika menentang Norwich sekaligus mencipta rekod kelab.
Hartik yang dijaringkan semalam merupakan hatrick ketiga beliau ke atas satu pasukan (Norwich City). Musim lepas Suarez telah mencipta hatrik pada kedua-dua perlawanan. Secara keseluruhan Suarez telah menjaringkan 11 goal apabila bertemu Norwich Cty.
Pada minit 75 Suarez sekali lagi menambah koleksi gol hasil dari sepakan bebas, sebelum membantu Raheem Sterling menjaringkan gol pada minit ke 88. Sebanyak 9 perlawanan lain yang berlangsung semalam dan berikut merupakan keputusanya.
Disember merupakan bulan yang agak sibuk untuk jadual EPL kerana selepas bermain minggu lepas dan juga pertengahan minggu ini, Mereka akan kembali turun ke gelanggang pada hujung minggu ini.
Regards,
-Strider-


