Thursday, April 5, 2012

Bila Tanya Soalan Yang Jelas

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan  korang satu video clip dari Jinnboy TV..Dorang nie banyak gak produce video-video pendek yang menarik..Yang nie bab soalan yang kadang-kadang kita tanya...hehe..korang pernah buat camnie???


Hehehe..Okay aku mengaku yang aku pun ade tanya soalan-soalan yang jelas..Tapi bukan yang macam situasi kat tren station tu ek..hehehe..korang pernah buat???hehehe

Regards,
-Strider-

Tindakan Kurang Wajar FAM

Hye Readers,


Semalam Jawatankuasa Tatatertib FAM membuat satu tindakan kurang wajar bagi aku terhadap Tan Sri Annuar Musa apabila mereka memutuskan yang Tan Sri Annuar bersalah kerana mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran badan induk itu...

Kalau korang perasan benda itu wajar bagi orang yang bekerja dekat sektor swasta..Kalau aku kritik company aku melalui media memang dah lama kena pecat tapi sebab FAM ini milik rakyat Malaysia kami rasa tindakan tu agak keterlaluan..

Keputusan FAM menggantung Tan Sri Anuar Musa hanya menambah lagi ruang untuk rakyat membidas FAM secara terang-terangan atau secara diam..Mengambil kira pengaruh Tan Sri Annuar Musa di peringkat kelab aku tak terkejut jika majoriti penyokong kelantan mula membenci FAM selepas ini..

Aku rasa tindakan amaran adalah lebih bersesuaian kerana kalau tak silap aku ia merupakan kesalahan pertama Tan Sri Annuar Musa...Aku sendiri dah mula tak percaya dengan institusi FAM ini sendiri walaupun aku bukan penyokong Tan Sri Annuar Musa atau penyokong Kelantan..

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 4, 2012

Bersih 3.0

Hye Readers,


Aku tak menggalakan mahupun menghalang...Sebagai rakyat Malaysia terpulang laa kepada anda ape nak buat..Semalam Persatuan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah mengumumkan yang Bersih 3.0 akan dijalankan pada 28 April 2012 bertempat di dataran Merdeka.

Benda nie memang dah dijangka sejak dari berakhirnya Himpunan Bersih 2.0 haritu..Bagaimana korang nak take this news terpulang laa...Tapi sesiapa yang tinggal kat area central KL macam aku nie mesti dah boleh agak ape yang berlaku...

Aku jenis yang suka privatekan political view aku..Kira aku nie macam lalang gak..Tapi time vote hanya aku jer yang tahu...hehehe...Lama dah tak online nie..Nak gi BW blog geng2 jap..till then...

Regards,
-Strider-