Sunday, March 3, 2013

#1088 - Lepas Lahad Datu, Kini Semporna

Hye Readers,



Sekarang nie negara dikecoh dengan kes pencerobohan dari satu kumpulan yang mendakwa mereka nie Askar Sultan Sulu, Sebenarnya mereka dah mula bertapak di Sabah sejak dari awal Febuari lagi..Tapi according to my last entry kerajaan telah menjalan usaha untuk mengusir mereka sehingga berlaku kejadian tembak menembak di Lahad Datu.

Dalam kejadian tu kita kehilangan 2 anggota polis apabila mereka terkena mortar yang dilancarkan oleh penceroboh.Takziah diucapkan kepada keluarga mereka. Hari ini lain pula cerita yang timbul, Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan yang seorang anggota polis telah terkorban dan 2 lagi cedera akibat diserang hendap oleh kumpulan yang tak dikenali.

Namun setakat nie polis masih belum mahu nak mengulas lanjut apa yang terjadi walaupun pelbagai khabar angin yang aku dengar..but since its a serious matter, biarlah pihak yang bertanggung jawab yang mengulas.Hopefully tiada lagi kemalangan jiwa dilaporkan.

Apa-apa pun marilah kita doakan keselamatan rakyat serta pasukan keselamatan kita di Sabah..Nanti aku update entry lain, sekarang aku sedang sibuk nak edit gambar-gambar yang aku amik dekat Downtown Kampung Baru semalam.

Regards,
-Strider-

Friday, March 1, 2013

{Special Entry} - Update Terkini (Harian) Kejadian Di Lahad Datu

New Update Daily :- Note: Kenyataan dibawah tidak mencerminkan pendirian saya dalam situasi ini

14 March
- Keluarga Kiram menyangkal dakwaan bahawa Komander Muda telah terbunuh dalam Ops Daulat.
- Panglima ATM mengumumkan yang lebih banyak anggota tentera akan ditempatkan di Sabah bagi menjaga keamanan.

13 March
- Menteri Pertanan menyangkal dakwaan media Filipina yang menyebut pasukan keselamatan negara bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah.
- Timbalan Ketua polis telah mengesahkan video seorang lelaki yang dikelar bukan anggota keselamatan kita seperti yang di gembar gemburkan di laman social.

12 March
- Setelah beberapa hari bertempur, Ops Daulat kini hampir ke pengunjungnya apabila penceroboh telah ditewaskan oleh pasukan keselamatan negara.
- Saudara rapat kepada Sultan Jamalul Kiram III telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.

11 March
- Komander Musa iaitu komander yang mengetuai serangan pihak penceroboh dipercayai mati ditembak di  Kg Tanjung Batu.
- Kg Tunduo kini telah bebas dari penceroboh setelah Ops Daulat dilancarkan.

10 March
- Polis menafikan dakwaan ade anggota mereka yang dijadikan tebusan oleh tentera Sulu.
- Pihak keselamatan melancarkan gerakan mencari senjata dari rumah ke rumah sejak jam 8.00pg
- The Star melaporkan 2 orang anggota keselamatan tercedera akibat satu pertempuran di Kg Tanjung Batu

9 March
- Pasukan keselamatan menembak mati seorang penceroboh Sulu yang cuba untuk meloloskan diri
- Biro Siasatan Negara Philipina (NBI) akan memanggil penasihat kesultanan Sulu untuk disoal siasat oleh  kerajaan kerana disyaki dalam konspirasi dalam krisis yang sedang berlaku di Sabah. -PhilStar-

8 March
- Sultan Sulu Ulangi tawaran genjatan senjata selepas ditolak Malaysia semalam- Phil Star memetik kenyataan jurucakap Kiram "Jika Malaysia menolak gencatan senjata UN harus campur tangan"
- Malaysia mengecam tindakan kejam Tentera Sulu keatas mayat anggota polis yang diperlakukan 


7 March  
- Menteri Pertahanan menolak genjatan senjata melainkan pihak penceroboh menyerah diri tanpa syarat
- Sultan Sulu meminta genjatan senjata dari kerajaan Malaysia
- PM telah tiba di Lahad Datu bagi meninjau Operasi yang dijalankan..


6 March 
- MNLF mendakwa telah menghantar bantuan askar mereka kepada Sultan Sulu.
- Seorang pemberontak Sulu ditembak mati.
           
5 March
- Polis melaporkan penceroboh Sulu sudah ditewas
- Jet Pejuang memulakan operasi mengebom puak penceroboh.


Original Entry (Day 1 Lahad Datu Attaack)
Hye  Readers,

Aku tak biasa buat entry macam nie..Normally aku akan menunggu laporan rasmi..tapi since its a big issue dan sesetengah orang tak tahu nak cari kat mana aku bawakan kronologi kejadian Lahad Datu, kebanyakkan laporan nie aku petik dari twitter mereka yang tinggal di sana dan juga twitter seorang wartawan yang melaporkan kejadian.


New Update:

6.00pm: Polis mengesahkan yang 2 Komando terkorban, 3 cedera dan 12 penceroboh telah terbunuh.

5.00pm: Polis akan melakukan sidang media berkenaan kejadian di Lahad Datu

4.35pm: Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) masih cuba mengesahkan tentang kematian tentera pemberontak Sultan Sulu..Ade juga laporan menyatakan 10 orang pemberontak telah menyerah diri.

3.51; Masih  menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian di sana...

2.50pm: Laporan mengatakan yang 2 orang anggota komando telah terbunuh dalam serangan Mortar.

1.36pm: Datuk Seri Hisamudin mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa di kedua-dua belah pihak melalui social media rasminya.

12.54pm: 3 Anggota kita cedera dan diterbangkan ke Hospital Lahad Datu..Ketika ini penduduk melaporkan mereka masih mendengar bunyi tembakan.

12.32: Dua pengikut Sultan Sulu dilaporkan mati ditembak.

12.20pm: Sebarang cubaan berkomunikasi dengan Raja Mudah iaitu adik kepada Raja Sulu gagal.

12.00pm : Kedai, nak dan beberapa buah sekolah berhampiran diarah tutup.

11.30am: Media Filipina mula melaporkan yang kejadian tembak menembak dimulakan oleh Msian authority

10.00am: Khabar angin pertama tentang kejadian tembak menembak di lahad Datu telah tersebar lebih kurang jam 10 pg tadi...

Gambar-Gambar Sekitar kejadian Di Lahad Datu







p/s: Sumber aku mungkin bukan 100% tepat tapi ia sumber yang boleh dipercayai..sebenarnya banyak lagi khabar-khabar angin tentang kejadian di sana..

Regards,
-Strider-

#1087 - Pandai Pinjam Tak Pandai Bayar

Hye Readers,

Gambar Dari Metro

Tadi aku ada baca kat Metro mengenai kisah seorang wanita yang berhutang dengan 11 Ah Long dengan nilai pinjaman bernilai RM 30,000...Sebenarnya ada part yang sedih sebab mengikut laporan dia tipu syarikat produksi pastu lumpun seluruh badan dan etc..

Tapi yang buat aku tak kesian ialah pinjaman pertama dia dekat along bernilai RM 5,000 ialah untuk buat PHD..Bagi seorang yang nak amik PHD level, dia sepatutnya tahu yang sebarang pinjaman Ah Long akan membawa bencana dan ia bukan pertama kali..

Aku tak tahu PHD apa yang dia nak amik sebenarnya, tapi setahu aku waktu aku tingkatan 4 atau 5 kita ada diajar tentang keperluan dan kehendak..dan bagi aku PHD itu adalah satu kehendak dan bukan keperluan dalam hidup..Banyak lagi orang surive kat Malaysia without PHD..

Aku tak tahu nak kesian ke tak bila dengar berita-berita camni..Normally orang pinjam Ah Long sebab ahli keluarga sakit, hantar anak belajar dan etc..Belum pernah aku dengar officially orang pinjam Ah Long sebab-sebab macam nie..

Aku pun tak paham kenapa dia perlu tunggu sampai dia berhutang dengan 11 Ah Long baru dia nak tampil ke hadapan..Sepatutnya since along pertama ugut dia, laporan polis harus dibuat..Tapi ntah laa, maybe she had her own reason..

Apa-apa pun aku mengingatkan diri aku dan korang semua supaya tak tejebak dengan Ah Long nie atas apa-apa sebab pun..Nanti kalau aku sempat aku akan update citer pasal kawan aku dengan Ah Long nie...till then be safe and say no to Ah Long.

Regards,
-Strider-