Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry aku kali ini. Mungkin pendapat korang berbeza dan mungkin pendapat aku berbeza. Semalam ada seseorang cuba ecudate aku pasal kenapa kita perlu boycott Mcd. Mungkin sebab dia nampak aku macam lebih kepada pro Mcd kot.
Susulan dari itu, dia bagi aku screenshot ini sambil berkata adakah aku tak tercabar dengan kenyataan Israel Defence Force (IDF) ini. Sebenarnya sedikit pun aku tak tercabar kerana aku tahu Israel nie bijak dan pandai memperdayakan orang.Mungkin budak tu cepat terpengaruh kot.
Aku ambil contoh Mcd laa paling senang. Walaupun tiada bukti conclusive yang mengatakan Mcd memberi bantuan kewangan terhadap tentera zionis, Kita tetap ingin memboikot Mcd kerana atas pelbagai alasan. Aku bagi satu contoh yang senang dah mudah difahami. Siapakah pemilik Mcdonalds dekat Malaysia ini? Ia dimiliki oleh orang Malaysia sendiri.
Jadi kalau kita berjaya memboikot sehingga Mcdonalds (M) tiada lagi cawangan di dalam Malaysia siapa yang rugi?Kita sendiri yang rugi dan bukan kerana tak dapat makan burger tetapi orang Malaysia yang berkait rapat dengan Mcdonalds akan rugi seperti:-
- Pemilik Franchice dari Malaysia
- Pembekal Ayam Halal
- Pembekal daging Halal
- Pembekal sayur-sayuran.
- Pekerja restoran yang kehilangan pekerjaan
- Pekerja Corporate Mcdonalds (M)
- Penerima bantuan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC)
Itu antara 7 golongan yang rugi andaikata kita boikot Mcdonalds sampai lingkup. Jadi apa kaitan dengan cerita ini dengan kenyataan IDF tadi? Cuba baca dah pahamkan corporate info Mcdonalds yang korang boleh baca kat sini
- McDonald’s is the world’s leading quick service restaurant chain with more than 34,000 restaurants worldwide, serving more than 69 million customers daily in over 100 countries. In Malaysia, McDonald’s serves over 13 million customers a month in more than 250 restaurants nationwide
Kalau tengok jumlah restaurant Mcdonalds seluruh dunia, dan dibandingkan dengan jumlah restaurant di malaysia, kita hanya memegang 7.3% jer restaurant mcdonalds. Jadi secara logiknya, adakah 7.3% itu mampu memberi perubahan besar kepada perniagaan Mcdonals (assuming dorang beri bantuan kewangan kepada zionis)
Jadi betul laa kata IDF tu, setakat 7.3% yang mereka hilang tu tak mendatangkan kerugian kepada mereka sebaliknya kita sendiri yang rugi. Walaupun Mcdonalds (M) tidak memberi bantuan kepada Zionis, mereka masih mempunyai ramai lagi negara bersekutu yang akan menghulurkan bantuan.
Oleh itu, boikot lah dengan bijak dan jangan terlampau mengikut nafsu. Ada pelbagai lagi cara untuk kita membantu rakyat palestin yang benar-benar memerlukan bantuan seperti bekalan ubat-ubatan, pakaian, dan lain-lain. Jadilah seorang yang realistik dalam menghulurkan bantuan.
Akhir sekali aku minta maaf kalau ada yang terasa dengan entry ini, bukan niat nak mempertahan Mcdonalds apatah lagi Israel tapi aku sebenarnya seorang yang realistik dalam menghulurkan bantuan. kepada yang ingin membantu rakyat palestin korang boleh lawat facebook Aman Palestin dan lihat bagaimana anda boleh membantu.
Regards,
-Strider-
Regards,
-Strider-


.jpg)












.jpg)

.jpg)








.jpg)











