Friday, March 16, 2012

Matta Fair Kembali Lagi

Hye Readers,


Weekend nie ade macam-macam event...Ade F1 event, ade acara belon pasas kat putrajaya...Aku sendiri tak sure mana nak pegi...Tapi kalau korang merancang nak bercuti kemudian hari, minggu nie juga ade Matta Fair yang akan berlangsung seperti berikut :-

Date: 16th – 18th March 2012 (Friday-Sunday)
Time: 10.00 a.m. – 9.00 p.m.
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur..(Luar Kuala Lumpur click here)

So bila tiba time Matta Fair salah satu airline yang akan popular ialah  booth MAS sebab dorang akan bagi diskaun untuk tiket dorang...Bukan senang nak dapat diskaun untuk 1st class airline nie..Info yang aku dapat antara tiket yang aku rasa murah :-

Medan/Phuket - From RM253
Sandakan - From RM221
Bangkok - RM 313
Bali - RM 415
(All-inclusive fares)

Itu antara tempat-tempat yang menarik laa..Ade banyak lagi tempat dan pakej sebenarnya..Kalau korang nak tengok yang lain(Klik Sini)...Actually teringin nak gi Matta Fair tapi sebab bulan 4 nie aku nak gi bandung aku batalkan je niat tu..Kang jumpa harga tiket murah rasa nyesal plak..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Peminat Aaroz Aziz Ditipu

Hye Readers,

Kesian peminat Aaron Aziz yang kena tipu dengan orang yang menyamar sebagai pembantu peribadi dia...Penipu tu menggunakan nama Aaron Aziz untuk untuk menjalankan aktiviti penipuan dia..Dalam portal mStar Aaroz Aziz jelas berang dengan tindakan penipu itu..

Penipu tu menjanjikan harga yang murah untuk iPad yang dijual..Bagaimana transaksi dijalankan takde pulak diberitahu...hehe...Pekara itu terbongkar apabila ada peminat memberi tahu isteri Aaron yang ade orang menggunakan namanya untuk menjual iPad di laman web Facebook..

Moralnya dalam dunia sekarang nie jangan cepat terpengaruh dengan benda yang harganya murah...Da banyak daa aktiviti penipuan gadet seperti iPad dan iPhone nie tapi yang menggunakan nama artis ini baru pertama kali aku dengar...

Credit: mStar

Regards,
-Strider-

Thursday, March 15, 2012

Petronas Grand Prix Showcase

Hye Readers,


Musim F1 telah kembali dan kepada peminat sukan F1 nie mesti tak sabar-sabar menantikan kedatangan acara ini dekat litar sepang...

Kali ini Petronas memberi peluang kepada peminat F1 untuk berjumpa dengan pelumba Petronas iaitu Lagenda F1 Micheal Schumacer  Dan Nico Rosberg bertempat di KLCC...Pelbagai program ada sepanjang pameran yang akan diadakan di Concourse KLCC..

Detail adalah seperti berikut:-

2012 Formula One™ PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase
17th - 25th March 2012
KLCC Concourse | 10 AM - 10 PM

Untuk jadual program dan maklumat lanjut (Klik Sini)

Regards,
-Strider-