Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

#1377 - [5 Gambar] Model Gerabak MRT Dipamerkan

Hye Readers,

Penduduk Lembah Kelang terutamanya yang berada di jajaran Sungai Buluh dan Kajang sudah tentu menantikan perkhidmatan MRT yang sedang giat dibina. Ia dijangkan akan menjadi antara sistem pengangkutan awam yang efisien kerana ia akan diintergrasikan dengan beberapa buah stesen LRT dan juga Bus Hub sekitar Lembah Kelang.

Orang ramai berpeluang melihat secara dekat tren sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang dipamerkan di balai ketibaan Ekspres KLIA, KL Sentral bermula hari ini hingga 18 Mei dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Tetapi bagi mereka yang tak berkesempatan jom tengok gambar-gambat yang pihak MRT Corp sediakan.







Terdapat 31 stesen di sepanjang jajaran ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah. Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, akan beroperasi pada akhir 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasi pada Julai 2017 dan ini akan membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Update: Saya tak dapat menjalan aktiviti BW buat ketika ini. Sy akan kembali BW ke blog anda secepat mungkin.

Regards,
-Strider-

Thursday, March 7, 2013

#1093 - Gadjet Makan Tuan

Hye Readers,



Zaman sekarang macam-macam gadjet atau device yang kita guna untuk memudahkan kita melakukan tugasan seharian.Aku tak sure aku pernah tulis benda nie dalam blog aku ke tak but aku tulis jer la lagi sekali incase ade diantara korang yang belum baca..

Aku akan bagi korang 2 contoh gadjet yang berguna kepada korang but if it fall into the wrong hand,it can be dangerous.

GPS
- Ade satu cerita yang aku tak sure betul jadi ke tak mengikut cerita tu sebuah family pergi shopping di sebuah kompleks membeli belah dan kereta mereka dicuri..Akibat meletakkan alamat rumah dekat GPS, perompak itu terus menyamun rumah mereka kerana perompak tahu keluarga tersebut sedang membeli belah lagi..

Moral of the story, Jangan letak alamat rumah korang dalam GPS..Cukup laa letak alamat untuk stesen minyak, pasaraya, masjid atau landmark public lain yang berdekatan dengan rumah...Jangan beri peluang dedahkan alamat penuh anda dalam GPS tu..

Phone
- Ini device yang aku rasa semua orang guna..dari phone biasa sampai laa ke smart phone, aku rasa 90 % orang kat malaysia nie menggunakan phone..Pernah terjadi satu cerita yang tidak diketahui betul ke tak but ade pengajaran di situ.

Seorang wanita telah kehilangan beg tanganya..Setelah puas mencari 20 minit kemudian dia call husband dia and bgtau beg dia hilang bersama wallet, kad bank phone etc..Suaminya berasa terkejut kerana mendakwa ade menerima sms dari isterinya bertanyakan tentang no pin dan si suami telah reply..

Mereka berdua terus sahaja melaporkan kejadian tersebut namun bernasib malang apabila semua duit dalam bank tersebut telah dikeluarkan oleh penjenayah..Moral of the story anda tak perlu disclose hubungan anda dalam phone dan yang paling penting, jangan percaya dengan text massage bila melibatkan sesuatu yang penting.

Pengajaran
Apa yang penting dalam dua dua cerita ini adalah pengajaran yang boleh kita pelajari...Mungkin kejadian ini hanyalah rekaan semata-mata tapi benda macam nie tak mustahil berlaku dan sebelum sesuatu yang buruk berlaku baiklah kita amik jalan untuk mencegahnya..

Regards,
-Strider-

Saturday, February 9, 2013

#1060 -Komen Anonymous Mengenai Rokok Elektronik

Hye Readers,


Tadi aku menerima komen yang bernas dari seorang anonymous walaupun dia memberi pendapat yang berbeza dari aku..Hopefully dia akan baca entry yang aku buat khas bagi menjawab komen dari dia dan kepada bloggers yang lain benda-benda nie korang amik laa sebagai info sahaja..

Pertama sekali aku bersetuju dengan pendapatnya bahawa sebagai seorang pengguna statement aku kalau pusing kot mana pun akan bias terhadap Rokok Elektronik (RE) ini dan aku bersetuju yang RE sebenarnya pengganti nikotin bagi seorang perokok.

Kami berdua (aku dan anon) memang mengakui masih belum ade kajian yang benar2 komprehensif mengenai kekurangan dan kelebihan RE tetapi mengapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cepat untuk memberi tindak balas negetif terhadap RE sedangkan ade syarikat yang menjual RE yang diiktiraf KKM???

Sebenarnya bukan semua orang menggunakan RE kerana ingin berhenti merokok..Ade yang menggunakan RE kerana mereka suka untuk merokok dan apabila ada alternatif lain yang lebih sihat dari rokok tembakau (tanpa tar dan 4000 bahan kimia)  maka mereka beralih..

Aku menghormati pendirian KKM bahawa pengambilan nikotin harus dikawal tetapi sekali lagi, kenapa RE yang menjadi mangsa sedangkan RE boleh digunakan dengan likuid yang tanpa nikotin.Apa yang aku harapkan ialah supaya KKM tidak bias terhadap statement yang dikeluarkan.

Aku ingin mengambil contoh Canada yang tidak membenarkan penjualan sebarang produk RE mengandungi nikotin tetapi membenarkan produk RE yang bebas nikotin untuk dijual/digunakan.So, itu jer laa setakat nie..dah panjang dah tulis nie..hehehe

p/s: sorry for non-smokers yang menganggap topik nie bosan..apa plan cuti CNY??? hehe :D

Regards,
-Strider-

Monday, February 4, 2013

#1050 - Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Pernah datang Kampung Baru???Untuk yang tak pernah sampai sini Kampung Baru merupakan satu-satunya penempatan Melayu yang tertua di Lembah Kelang(Betulkan jika salah).Sebenarnya Kampung Baru  terkenal dengan tempat-tempat makan yang menarik.

Gambar Lepas Launching
Kini Kampung Baru menerima lagi satu daya tarikan pengunjung apabila "Malay Agricultural Settlement (M.A.S.)" dengan kerjasama DBKL telah menubuhkan satu bazar larut malam atau lebih dikenali dengan nama Downtown MAS Kampung Baru.

Konsep dia sama dengan Downtown/Uptown yang lain dan mereka meyediakan lebih kurang 132 kedai untuk pengunjung. Target mereka adalah untuk menjadikan Downtown Kampung Baru ini setaraf dengan China Town di Jalan Petaling dan Little India di Brickfield.

Bertempat di Jalan Dewan Sultan Sulaiman Downtown Kampung Baru beroperasi dari hari Jumaat hingga Ahad bemula dari jam 7.30mlm hingga 3.00 pagi dan baru sahaja dilancarkan pada hari Sabtu yang lepas..So kepada sesiapa yang datang makan dekat area Kampung Baru jemput laa singgah ke Downtown ini..

Buat masa sekarang semua tapak telah disewa oleh peniaga namun masih ade sesetengah yang belum beroperasi atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Sebagai anak Kampung Baru dah menjadi tanggungjawab aku untuk mempopularkan tempat sendiri..hahahha

Sorry tak dapat share ngan korang gambar-gambar kat sini sebab aku terlupa nak snap picture time lauching..ade pun gambar time dah nak tutup jer...Jadi korang datang sini pandang laa kiri dan kanan kerana mungkin korang akan terserempak dengan aku...haha...

p/s: Kampung Baru Kampung Ku

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 20, 2012

Spam Bukan Cara Marketing

Hye Readers,

Pagi tadi baru dapat lagi satu spam email dari norizampkg@gmail.com berkenaan dengan satu program affiliate menawarkan peluang perniagaan..Aku sebenarnya sedih tengok orang yang berniaga macam nie..Menggunakan spam sebagai satu cara untuk berniaga...

Kali ini peniagaan yang menjadi mangsa ialah http://www.ulike.com.my dan aku nasihatkan kepada sesiapa yang membaca supaya tak payah laa join program nie..Sebab ape??Kalau betul mudah untuk dapatkan duit aku tak rasa mamat nie sampai kena spam orang untuk buat merketing..

Kalau nak buat bisnes online kita kena pandai marketing dan spam orang tu bukan salah satu dari marketing...Itu namanya meminta orang menyumpah kita supaya bisnes kita lingkup...Banyak dah aku terima email-email berbentuk spam nie..

Regards,
-Strider-

Friday, March 16, 2012

Matta Fair Kembali Lagi

Hye Readers,


Weekend nie ade macam-macam event...Ade F1 event, ade acara belon pasas kat putrajaya...Aku sendiri tak sure mana nak pegi...Tapi kalau korang merancang nak bercuti kemudian hari, minggu nie juga ade Matta Fair yang akan berlangsung seperti berikut :-

Date: 16th – 18th March 2012 (Friday-Sunday)
Time: 10.00 a.m. – 9.00 p.m.
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur..(Luar Kuala Lumpur click here)

So bila tiba time Matta Fair salah satu airline yang akan popular ialah  booth MAS sebab dorang akan bagi diskaun untuk tiket dorang...Bukan senang nak dapat diskaun untuk 1st class airline nie..Info yang aku dapat antara tiket yang aku rasa murah :-

Medan/Phuket - From RM253
Sandakan - From RM221
Bangkok - RM 313
Bali - RM 415
(All-inclusive fares)

Itu antara tempat-tempat yang menarik laa..Ade banyak lagi tempat dan pakej sebenarnya..Kalau korang nak tengok yang lain(Klik Sini)...Actually teringin nak gi Matta Fair tapi sebab bulan 4 nie aku nak gi bandung aku batalkan je niat tu..Kang jumpa harga tiket murah rasa nyesal plak..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Saturday, March 10, 2012

Kenapa SMART Ditutup Selama 3 Hari

Hye Reader,


Utusan Msia
KUALA LUMPUR 9 Mac – Terowong Lebuhraya SMART yang ditutup kepada lalu-lintas sejak Rabu lalu, dijangka dibuka semula kepada pengguna selewat-lewatnya Ahad ini. -Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong-(SMART)






Ini petikan dari akhbar Utusan Malaysia...Kalau korang nak tau setiap kali digunakan, terowong SMART akan ditutup selama 3 hari sebelum mereka dapat buka semula untuk kenderaan..Ini sebab mereka perlu membersihkan semula terowong tu dari lumpur2 yang melekat kat dinding...

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 31, 2012

Kepentingan Slogan

Hye Readers,

Slogan merupakan satu benda penting dalam memperkenalkan sesuatu..Pemilihan slogan atau tagline juga perlulah ringkas dan mudah untuk difahami dan diingati..hehe..Semua orang pun tau tapi sebab ape aku membebel???

Ntah laa..aku pun lost dan tatau kenapa aku still taip entry nie walaupun aku sedar takde pape yang bermanfaat pun..hehehe..anyway aku tinggalkan korang dengan lima slogan brand terkemuka di dunia..enjoy!!! :)



Nokia




Sony


News Statesman


Subway


Untuk slogan yang lain : Klik Sini

Regards,
-Strider-

Monday, January 30, 2012

Evanescence Live In KL 2012

Hye Readers,


Evanescence live at KL...Mereka akan membuat persembahan di KL Live Jalan Sultan Ismail pada 23 February nie..Aku tak sure laa plak berapa ramai tak yang tengok konsert nie..Evanescence nie ade mempunyai beberapa lagi yang top seperti Bring me To Life, My Immortal dan Beberapa lagi..

Tiket yang dia jual plak standard harga international artist iaitu RM298, RM198 dan free standing RM98..Aku memang tak pegi pun sebab aku tak berapa minat sgt ngan Evanescence walaupun lagu dia kadang2 sedap gak didengar..hehe

Sesiapa yang berminat nak beli ticket boleh dapatkan di Ticket Pro(Klik Sini)

Regards,
-Strider-

Doing Things Alone: Would You?

Hye Readers,

Doing Things Alone: Would You?

  

Going to the movies. Sitting at a coffee shop. Going for a walk in the park. Shopping. Eating out. Normally we would do all of these activities with a friend or two or in a group. But would you do it alone? Or would you cringe at the very thought of watching a movie alone in the cinema, worried people might think and afraid they’ll feel sorry for the loner?

Trust me I know how it feels. I wouldn’t be caught dead in the cinema alone, no matter how badly I wanted to watch a movie. Neither would I consider sitting in a restaurant eating alone because I’d feel self conscious. Even if I were out alone and hungry, I would rather pack the food to go and eat it in the privacy of my own home rather than sit in the shop alone.

I don’t know why it bothers me to be alone. Not only do I not like feeling lonely and friend-less, I also can’t bear the thought of looking like a loser who has no choice but to hang out by herself (even though this is not necessarily what people think!).

I don’t know why a lot of us do this. Some people are perfectly fine doing things alone, but some aren’t. But why are a lot of people afraid to be seen doing things in public alone? I have no idea. Perhaps we’re just being self conscious thinking people might be wondering why we’re doing things alone like losers. Or maybe we’re afraid they’ll feel sorry for us, like we don’t have friends of our own that’s why we’re out doing things alone instead of with company.

I admire the independence of those who can do things alone. Which is why I’m trying to be more like that. We can’t rely on people to be around for everything that we need, so we might as well suck it up and learn to be OK with flying solo at times.

Doing things alone:

· Helps You To Be More Independent: When you do things alone, you learn to be more independent and self sufficient, and slowly you’ll learn to rely less and less on others and learn how to survive on your own. Much like when you moved out of your parents’ home for the first time. These things take time to learn and adapt to.

· Helps You Build Confidence:
When you’re independent and do things for yourself without relying on others as a means to fall back on, you’ll naturally grow to be more confident of yourself and your abilities. After all, if you can survive on your own for the most part without the help of others, it would seem like there isn’t anything you can’t do.

· You Have More Options:
When you depend on others to do things, you’re limiting yourself because you’re only able to do things if they are. If they’re not available to do it with you, you can’t do it. By going at it alone, you have a lot more options because, hey, who’s stopping you?

· You Learn Not To Care What People Think:
When you do things alone, you might feel awkward and self conscious at first thinking people are giving you funny glances or stares all the time, but you’ll soon realize that most people don’t really care. Sure they might give you a curious glance or two at first, but they eventually go off and do their own thing after that. Human beings are curious creatures by nature so no matter what you do, somebody is always look, criticize, comment or have something to say. You just have to learn not to care.

· You Might Inspire Or Encourage Someone:
You never know. Much the same way I admire those with the courage and independence of mind to do things alone, you might just be encouragement someone else needs.

Learning to go solo is not the easiest thing in the world, but then again, how many things in life are actually a piece of cake anyway? Most things come down to learning, getting use to it and the willingness to adapt and change.

Just think of it this way, if other people can do it, why can’t you? They don’t have any superpowers, they’re just ordinary people like you and me. Except they made the choice to do things alone sometimes. So can you.

Regards,
-Strider-

Australia Open & AJL26

Hye Readers,

Sebenarnyua aku da post ade satu entry tapi aku tunggu besok je laa..untuk last entry for today jom citer skit pasal 2 menda yang berlaku hari ini..satu kat Australia dan satu lag kat Malaysia..hehe..

First aku start ngan AJL26..Lagu yang menang ialah Awan Nano by Hafiz dan aku rasa semua orang setuju ngan keputusan nie sebab lagu nie memang unik skit ngan lirik2 nya yang banyak kias2..hehehe..Actually this are one off my favorite selain dari lagu Alyah Kisah Hati..


Sementara itu Alyah memenangi persembahan terbaik dan Hafiz juga menang untuk vocal terbaik..Lagu 3 Suara mendapat tempat kedua dan Faizal tahir plak menang tempat ke tiga...More on AJL 26 esok kalau aku rajin nak tulis..hehehe..

Second event yang berlansung adalah final Australia Open yang menyaksikan Nadal tewas kat tangan Djokovic dalam perlawanan yang mengambil masa hampir 6 jam...Korang boleh tengok 2 movie and they still tak habis main lagi..hehehe..


Tipu laa kalau aku cakap aku tengok dari awal sampai abis sebab aku bukan tenis enthusiast tapi Nadal nyer fighting spirit mengagumkan dan membuatkan aku terpaku kat depan TV jap.aku start tgk AJL pun lambat skit sebab nak habiskan tengok tennis dulu..hehehe...


So that all 4 today and my weekend is nothing special...Melainkan spend time ngan my sister and train anak dia to be young reds supporters on saturday bila Liverpool vs Manchester United...hehehe..So Good night to all and have a good dream!!!

Regards,
-Strider-

Saturday, January 28, 2012

Apa Dia Unit Trust

Hye Readers,

First sekali aku nak bagi tau aku bukan buat unit trust..aku memang takde bakat pun nak buat sale nie..Apatah lagi nak meyakinkan  orang supaya mengamanahkan duit mereka kat aku...Tapi ari ini aku nak cerita skit ape yang aku tau pasal unit trust..


Ape itu unit trust??ia merupakan satu alat pelaburan kolektif dimana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana professional.Ini bermakna kita tidak boleh melabur dengan unit amanah dengan sendirinya.kita perlu melantik seorang consultant untuk memastikan pelaburan kita boleh mencapai seperti yang kita inginkan..

Jika ada sebarang penipuan,kita boleh mengadu kepada badan-badan yang telah ditanggungjawabkan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas consultant kita.tak larat pulak aku nak ingat apa nama badan tu..hehehe..

Sebab tu setiap orang yang nak jadi ejen perlu ade lesen yang diiktiraf dulu..aku pun bleh jadi ejen tapi kalau tak di iktiraf macam mana korang nak report kalau aku bawak lari duit korang..hehehe..

Pelbagai cara untuk melabur yang disediakan iaitu melalui potongan kwsp, cash mahupun potongan gaji setiap bulan tanpa ada efek ke atas komitmen kita.selalunya orang akan takut jika potongan gaji di buat, nanti nak buat loan semua susah tetapi dengan unit amanah tidak sama sekali..

So kepada yang ade duit lebih tu boleh laa start melabur kat mana2 tempat yang korang rasa sesuai..kat Malaysia nie banyak peluang untuk melabur..jangan silap melabur sudah la sebab rakut nanti lebur...hehe..Tapi pelaburan tu mmg jangka masa panjang..kalau pendek itu nama Skim Cepat Kaya...

So terima kasih laa kat kawan aku Ad Afnadi yang sudi buang masa dia cerita kat aku pasal unit trust nie...Aku selalu dengar tapi tak tau secara detail..kalau aku nak cerita satu2 apa yang kawan aku nie cerita
sampai besok korang baca tak abis..hehehe...Kalau korang rasa nak kenal dia korang leh contact dia kat 012-2042223..hehehe :)
Regards,
-Strider-

Tuesday, January 3, 2012

Berhati-Hati Jika Menggunakan Credit Card

Hye Reders,

Aku tak mempunyai kad kredit..tapi infomasi yang ade nie elok untuk dibaca..mana laa tau kot2 one day kita tergerak nak apply credit card..Sekurang-kurangnya kita tau bagaimana orang menipu menggunakan credit card..

Gambar Hiasan
 
Dipetik dari emel seorang rakan..

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.


Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. 

Moral of the story kita kena peka bila melibatkan benda-benda yang penting macam nie..cuba elakan dari memberi detail peribadi..langkah terbaik adalah jika kita pergi ke bank sendiri dan bercakap dengan customer service assistant..

Regards,
-Strider-

Thursday, December 8, 2011

Pesta Buku Gila-Gila

Hye Readers,

Jaafar Taip antara Legendary Kartunis Gila-Gila
Tadi aku pergi lunch kat KL Sentral...lepas makan aku ade terperasan "Pesta Buku Gila-Gila" yang berlangsung di ruang legar KL Sentral..

Banyak gak benda-benda menarik kat sana...Disebabkan aku jalan dengan budak opis jadi banyak laa kenangan yang mengimbau kembali..hehehe

Time aku kecik-kecik dulu majalah gila-gila merupakan satu majalah lawak yang paling popular..sebelum kartunis Ujang bertindak untuk keluar dari majalah gila-gila dan keluarkan majalah Ujang..namun sekarang majalah tu pun dah takde diatas sebab-sebab yang aku tak berapa tak ingat...

Tapi aku rasa sekarang dah kurang orang baca majalah macam nie..aku pun tak tau budak2 sekarang baca majalah ape untuk menghiburkan diri..mungkin sebab sekarang orang dah tak membaca majalah lawak kot..hehehe..banyak tengok Raja Lawak jer..

Tapi itu dulu punya cerita laa..sekarang mungkin dah lain...Medium yang digunakan dulu ngan sekarang pun dah berbeza..hehe..Kalau korang ade kat area KL dan masih lagi berminat dengan gila-gila korang leh datang ke KL Sentral..aku tak sure plak sampai bile pesta tu berlangsung..hehehe

Regards,
-Strider-

Friday, October 21, 2011

Derivation Of Word @ Terbitan Perkataan

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan uolls tentang terbitan perkataaan arau derivation of word..dalam erti kata lain ia adalah asal usul sesebuah perkataaan atau short term yang digunakan ..

NEWS 
Perkataan nie diterbitan atau dirujuk daripada berita yang datang dari empat arah kompas iaitu North, East West, South.

POP MUSIC 
Perkataan ini pulak berasal dari 'Popular Music'..

TIPS 
Berasal dari ayat 'To Insure Prompt Service'. pada zaman dulu untuk mendapatkan perkhidmatan yang pantas dari hamba-hamba adalah dengan memasukkan syiling ke dalam kotak yang tertulis 'To Insure Prompt Service'. Semenjak itu adat memberi tips semakin berkembang.

BUS 
Adalah sebuak perkataan ringakas yang di ambil melaui perkataan 'Omnibus' yang bermaksud semua orang(everybody).

FORTNIGHT 
Berasal dari fourteen night atau 14 malam..(Two Weeks).

DRAWING ROOM 
Berasal dari perkataan 'withdrawing room' dimana ruang untuk tetamu selepas manghabiskan makan malam. tak lama kemudian prefix 'with' digugurkan dan menjadi drawing room.extra info rupa drawing room nie menyerupai Living Room atau ruang tamu.

JOURNAL 
Perkataan ni berasal dari diary yang menceritakan 'Journey for a day' sepanjang sehari berniaga.

QUEUE - 
Berasal dari perkataan 'Queen's Quest'. iaitu deretan orang yang panjang untuk melihat Ratu berjalan diantara mereka.

So, itu laa antara asal usul sesetengah perkataan..Sebenarnya ade beberapa lagi perkataan tapi memandangkan kita jarang pakai dan aku nak translate pun susah jadi aku biarkan je laa..hehe..Till my next entry..

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 12, 2011

Lelaki Ucapkan Maaf Mampu Membuat Jantung Wanita Sihat

Hye Readers

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“.Bagi kita terutama lelaki bendi ni hanyalah 2 perkataan biasa tetapi pada dasarnya perkataan ini dapat membuatkan jantung wanita sihat

Ape yang aku cakap nie berdasarkan kajian yang dibuat oleh sainstis Massachusetts University..Bila kita citer pasal kajian maksudnya ada laa fakta-fakta yang boleh diguna pakai oleh kita..macam mana ucapan tu boleh membuatkan jantung wanita sihat???

Perempuan memang tak suka laa dengan ape yang aku nak cakap nie tapi mengikut kajian perempuan mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Tatapi ketika mendengarkan ucapan ‘maaf‘ dari lelaki ia  dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat dari biasa.

Bagi lelaki pula walaupun mereka menerima ucapan maaf tetapi mereka akan mengambil masa 20% lebih lama untuk membuatkan tekanan darah mereka turun dan oleh sebab itu jika marah mereka lebih suka bekerja bagi mengalihkan perhatian.

Kajian ini dilakukan saintis di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan

Betul atau tak aku tak dapat nak bagi jawapan yang tepat tetapi the point is kalau kita bergaduh ngan pasangan/ibubapa/rakan ape salah  mintak maaf..Salah atau tak tu belakang kira..nanti bile dua-dua da cool try berbincang..ini bukan untuk lelaki sahaja tetapi untuk perempuan juga..

Regards,
-Strider-

Wednesday, July 27, 2011

Rupa Duit Syiling Baru 2012

Hye Readers,

Untuk tahun 2012 Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam bentuk  5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah. Jom kita tengok rupabentuk syiling baru nie..

Syiling 5sen




Syiling 10sen



Syiling 20sen





Syiling 50sen



Perbezaan duit lama dengan yang baru.



Amacam???stylo ke tak duit baru nie..hehehe..aku tak tau sangat laa sebab tak tengok dan pegang lagi duit baru nie..tapi kalau korang nak tau kenapa ade titik-titik kat duit syiling tu, atau info2 lain korang leh pergi laman web Bank Negara (klik sini)..till my next entry..

Regards,
-Strider-

Sunday, July 10, 2011

Tangani Stress Anda

Hye Readers,

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
1-Berfikir secara positif
2-Jangan salahkan orang lain bila berlaku kesilapan
3-Belajar menyukai diri sendiri
4-Belajar bertenang
5-Adakan hobi
6-Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
7-Dapatkan tidur yang cukup
8-Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
9-Bersifat tegas/arsertif
10-Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
1-Menyedari yang anda sedang marah, katakan "saya sedang marah"
2-Bertenang, kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
3-Kenal pasti kenapa anda marah
4-Cuba dengar penjelasan orang lain
5-Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
6-Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
7-Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia
 juga melakukan kesalahan

Itu antara-antara cara untuk kita tangani stress kita..tapi sesetengah orang lain plak cara..klu macam aku time tengah stress aku suka dengar lagu..hehe..sekurang-kurangnya ade aku boleh mengalihkan perhatian dari marah ke tempat lain..till my next entry!!

Regards,
-Strider-

Saturday, July 9, 2011

Sekitar Perhimpunan Bersih Dan Patriot

Hye Readers,

Aku rasa korang mesti de lama dengar berita nie..lebih-lebih lagi dalam minggu nie..makin dekat makin hangat laa beritanya…Bersih Dengan agenda mereka tersendiri..Patriot pun dengan agenda mereka pulak dan 9 July 2011 dua dua pihak dapat membuat perhmpunan masing-masing

Kali ini aku tulis bukan nak bagi pandangan aku tentang mana satu yang aku sokong entry nie lebih daripada bagutau ape yang jadi..aku tak suka sangat tulis benda yang tak jadi lagi..sejak dari pagi polis mengawal ketat sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kawasan tempat aku tinggal iaitu Kampung Baru.

Bangun dari tido da nampak polis berkawal depan umah aku(gambar) dan benda nie jarang-jarang jadi sebab aku bukan sape-sape pun..hehe..dari pagi lagi polis telah berada di kampung baru sambil menahan kumpulan2 yang disyaki nak join perhimpunan bersih nie..


Itu yang jadi depan rumah..yang tempat lain sekitar Kampung Baru pun havoc jugak..aku dengar ramai jugak yang kena tangkap dari Kampung Baru..jom tengok video suasana di Kampung Baru


Video tadi aku cilok dari Malaysia Kini..hehehe..tapi suasana dia macam tu laa pagi tadi…nasib baik aku tak kena soal siasat dalam kawasan kampung sendiri..hehehe..tapi alhamdulillah takde ape jadi kat kampung baru sepanjang hari tadi..tapi kat tempat lain khabarnya lain plak cerita..sebab aku takde kat sana korang tgk je laa sendiri ape yang terjadi sekitar Kuala Lumpur





So itu je laa yang aku nak tulis setakat nie..entry nie bukan bersifat politik tapi 1001 benda boleh debat pasal politik nie..kalau cerita kat kedai kopi sampai tutup tak abis topic..kalau nak dedah buruk ahli politik sampai besok pun citer tak abis..hehe..till my next entry…



Regards,
-Strider-

Thursday, July 7, 2011

Perjalanan Ke Cameron Highland

Hye readers,

Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20KM sebelum simpang tol tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tampa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu.

Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper. Emmmm... Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highlang saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh ssya berhenti dioffice toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti ditoll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan memphotocopy kad touch&go saya untuk simpanan record mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya Seperti:

Cermin depan pecah disebabkan batu2 diatas lebuh raya.

mungkin ramai yang tak tau kita boleh claim dari pihak PLUS.

Ini baru pembukaan dari aku..yang kat atas tadi tu adalah cerita yang aku dapat dari email..hehehe..aku pun tak tau laa ini cerita betul ke cerita tipu....memang betul ke kita leh claim dari pihak lebuhraya kalau kereta kita ade kerosakan yang bukan akibat kecuaian kita..hehe

Kalau ade sesiapa yang nak share info ngan aku pun leh gak..aku pun blur skit bab nie..hehe..anyway ade masa aku tulis lagi..hehehe..

Regards,
-Strider-