Tuesday, September 23, 2014

#1467 - Kemana Aku Menghilang?

Hye Readers,

Rupanya ramai jugak yang merindui aku sepanjang aku kurang berblog ini. Aku memang saje tak publish comment sebelum ini supaya lebih senang untuk aku aku membalas kunjungan bila aku ada masa nak bw seperti sekarang.

Sebenarnya aku tak kemana-mana pun, cuma aku ade komitmen lain yang tak dapat aku nak ceritakan tapi insyallah kalau ada masa nanti aku akan jelaskan semuanya. Tapi seperti entry aku sebelum ini, Alhamdulillah aku masih sihat dan sempat untuk update status kat laman social media yang lain.

So far dari segi idea untuk menulis sebenarnya makin lama makin banyak tapi mostly idea daripada apa yang aku bincangkan dengan kawan-kawan during waktu melepak. Insyallah ade few topik menarik akan aku kupas dalam entry yang berikutnya.

Sekian entry pendek dari aku sebab aku nak manfaatkan masa yang ada untuk BW ke blog-blog korang yang ohsem tuh...till next time....

Regards,
-Strider-


Thursday, August 28, 2014

#1466 - Did You Miss Me?

Hye Readers,


Apa khabar semua??Ada yang merindui aku sepanjang hampir seminggu aku tak update entry nie?kahkahkah.. Sebenarnya aku takde pergi mana mana pun and rutin masih macam biasa cuma kekadang mood blogging itu kurang plus tiada masa untuk aku update entry.

Regards,
-Strider-

Tuesday, August 19, 2014

#1465 - Nahas Projek MRT : Jangan Keliru

Hye Readers,

Aku rasa hampir semua orang dah tahu mengenai kemalangan yang membabitkan projek MRT di site Kota Damansara. Kalau ada yang miss the story, semalam telah berlaku kemalangan di salah satu tapak pembinaan MRT dan sebanyak 3 orang dikhuatiri mati apabila dihempap oleh konkrit seberat 300 tan.



Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, tiga lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemasangan satu bahagian konkrit pada ketinggian 38 meter bersama seorang lagi pekerja apabila ia terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah.

Klau tak silap aku, ini merupakan pertama kali projek MRT terlibat dengan kemalangan  yang melibatkan nyawa orang. Kenapa aku kata jangan keliru ialah kerana sebelum ini memang ada kemalangan berlaku tapi ia merupakan daripada projek penyambungan projek LRT dan ia totally different projek dengan MRT. 

Banyak kemungkinan kenapa kemalangan boleh berlaku dalam projek-projek besar macam nie, dan tak adil kalau kita judge siapa salah sebelum sebarang siasatan terperinchi dijalankan. Buat masa sekarang. kawasan tapak pembinaan tersebut ditutup dan kerja-kerja diberhentikan buat sementara waktu.

Regards,
-Strider-