Monday, April 28, 2014

#1401 - Eksploitasi Terhadap Janda

Hye Readers,

Ini bukan kali pertama aku menulis artikel pasal Janda nie. Sebelum ini aku pernah juga menulis pasal cerita "Janda Yang Dahaga" dan juga cerita mengenai "Usin dan Janda 18thn" Setelah beberapa hari aku menghilangkan diri aku kini kembali membawa cerita pasal janda. Kepada yang bertanya mengenai feedback pasal  kes aku dan Malindo Air tu, malam nanti aku akan update cerita terbaru.

Tapi apa yang aku belajar, ialah perkataan Janda itu sendiri sering dieksploitasi oleh masyarakat. Lebih malang apabila media massa juga sering menggunakan perkataan "Janda" itu dalam usaha untuk menjual akhbar-akhbar mereka.



Contoh terbaru ialah artikel yang ditulis oleh wartawan Harian Metro Mohd Hilmie Hussin yang bertajuk Janda Tak Tahan. Apa yang cuba disampaikan olehnya ialah kisah seorang janda yang tergamak membawa anak sendiri yang berusia 5 tahun ketika berkhalwat dengan teman lelakinya.

Kegiatan mereka terbongkar dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Apa yang cuba disampaikan dengan tajuk "tak tahan" itu aku pun tak tahu. Sebenarnya mereka boleh mengubah tajuk kepada "Wanita Membawa Anak Berkhalwat" tapi tajuk itu mungkin tak sepanas seperti tajuk "Janda Tak Tahan".

Inilah yang aku katakan eksploitasi terhadap perkataan janda itu. Sebenarnya bukan semua janda terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini. Hanya segelintir daripada mereka jer yang macam ini, itu pun mungkin sebab mereka hilang arah tujuan selepas ditinggalkan oleh suami.

Oleh itu aku tak rasa media massa harus mengeksploitasi Janda2 ini dalam usaha untuk melariskan akhbar mereka kerana jika ia dibiarkan berterusan persepsi masyarakat terhadap janda mungkin berlainan. Secara jujur dalam masa 10 saat apa jawapan anda kalau orang suruh describe secara umum pasal janda? ada tak korang terpikir yang negetif?

Regards,
-Strider-

33 comments :

  1. Assalamualaikum azlan, haa dulu sheila pernah baca entri pasal azlan update tentang eksploitasi terhadap janda. memang dada akhbar suka tulis tajuk gempak. menyakitkan hati.. kasihan baca cerita2 camni.. kita tahu wanita tu bersalah, tapi tak perlu kut malukan dan jatuhkan maruah dia T________T"

    ReplyDelete
  2. tajuk panas tu..:)
    klik iklan..:)

    ReplyDelete
  3. Semua manusia adalah sama je...termasuk janda..Saya mempunyai tanggapan positif terhadap semua orang.

    ReplyDelete
  4. Tidak dinafikan...persepsi masyarakat kita terhadap perkataan janda adakalanya sangat negatif

    ReplyDelete
  5. Orang Melayu kalau bab janda ni memang cepat tertarik. Memang mudah je media memperalatkan terma janda ni demi melariskan jualan akhbar.

    ReplyDelete
  6. tu la kan. nak bikin paper laku. kena taruk word hot2. byk lg tajuk lain yg lebih sesuai

    ReplyDelete
  7. mungkin bagi mereka janda itu seksi kot..:p

    ReplyDelete
  8. Urmm.. sebenarnye, tidak ada beza pun antara janda dgn gadis biasa, yang membezakan keimanan dan pembawaan diri...

    ReplyDelete
  9. Betul tu... banyak kali dah idah perasan wartawan buat tajuk sensasi macam nie... kalau janda nie boleh tahan lagi... sebelum nie tajuknya mengaitkan pelajar usuluddin dengan khalwat... khalwat nie tak kira la apa latar belakang dia pun... tapi tak perlu la sensasikan menda2 yg tak perlu...

    ReplyDelete
  10. Bukan setakat akhbar.... sekarang nie kopi janda pun ada.... tak percaya, pegi check kat river side tu.... ada jual kopi janda....

    ReplyDelete
  11. Biasalah media.. Tmbh2 Metro kn.. Huhu...

    ReplyDelete
  12. Janda tu sebut perlahan2 eh...hihihi..sebut Ibu tunggal kan best...akak bukan janda tp Ibu tunggal Lan...

    ReplyDelete
  13. Tak elok kita memandang rendah kepada janda. Yang tergelincir dari landasan hanya segelintir, sebaliknya yang tabah, ikhlas dan teguh dalam pengorbanan membesarkan anak-anak sehingga berjaya terlalu ramai dan kita jarang pula mendendangkan pengorbanan mereka. Saya suka artikel terbaik dari Azlan Strider ini.

    ReplyDelete
  14. Setuju..thanks strider kerana membela kaum hawa..mereka ni manisia juga dan wanita..should be treated equally..bukan wemua yang buat perangai..bukan salah mereka pun dah takdir jadi janda kan..

    Risiko Anemia Semasa Mengandung

    ReplyDelete
  15. lumrah manusia mmg akan pandang rendah dekat janda, kadang2 kesian gak, bukan semua janda tu tak baik, bila sebut janda jer mesti pandang negatif..itulah manusia ;)

    ReplyDelete
  16. Sorang wanita punya problem, janda pun dapat tempias :/

    ReplyDelete
  17. rasa kesian ada la, serius tak tipu... first thing on my mind is "pity", n harian metro is a well known trashy news material ^^

    ReplyDelete
  18. Pada pendapat saya tak semua janda begitu.

    ReplyDelete
  19. janda ja yg terkena tempias negatif..dipandang serong...dimusuhi oleh kaum sejenis yakni isteri2..
    tp kena duda tak sepanas janda??duda buat apa pun org tak peduli...

    ReplyDelete
  20. tak semua janda tu jahat/x baik.. kesian dgn mereka2 yg jadi janda kerana perbuatan bekas suami tu sendiri... sbb tu lah masyarakat masih ada yg memandang rendah pada janda ni kerana media asyik memburukkan sahaja

    ReplyDelete
  21. Betul tu setuju.. kenapa mesti digunakan tajuk seperti tu kan.. kesian golongan nie..

    ReplyDelete
  22. Melihat kpd apa yg hendak disampaikan...Kadang2 lebih elok guna ibu tunggal...atau balu...

    ReplyDelete
  23. Yup kita pun rasa perkataan tu dah diexploitasikan...itulah kuasa pembaca. suka oada perkataan yang sensasi...

    ReplyDelete
  24. Mmg apa yg dilakukan tu salah & terkutuk.. tp tajuk yg penulis akhbar tu tulis pun tak patut juga. Mmg lah utk melariskan akhbar & bukan sesuatu yg personal. Tp kesian juga kat janda2 yg baik.. cuba klu penulis atau editor tu ada anak perempuan & jadi janda.. apa perasaan dia klu terbaca.. aku cakap ni pun nothing personal utk org2 yg gilakan rating mcm kebanyakkan penulis & editor yg mcm tu. Aku bukan apa, tp kesian sbb aku ada makcik yg janda jugak & membesarkan 6 org anak sbg ibu tunggal. Aku respek ketabahannya...

    ReplyDelete
  25. janda tu cuma status . mrk mcm org lain juga . cuma bila nak org baca , kena buat keyword yg menarik cam blog juga ... lbh manis klu guna ibu tunggal kan ... jumpa inti kat sini .

    ReplyDelete
  26. ini ibarat krn nila setitik rosak susu sebelanga.. hmm.. kesian janda2 yg baik tu terkena tempias sama..

    ReplyDelete
  27. kebanyakan akhbar tempatan mmg selalu amek kesempatan dgn menulis tajuk yg sensasi. terlebih sensasi drpd berita itu sendiri.

    ReplyDelete
  28. ermmm cerita2 macam itu lah yang mendapat rating tertinggi. Kadang2 ida rasa nak ketawa juga...tajuk biar gempak walaupun jalan cerita tidak seberapa....

    ReplyDelete
  29. nina anti dgn paper tmbah2 metro.. skrg nk buat laku berita diorang mesti letak tajuk hot je walhal isi lain dr tajuk. kesian pula nasib janda

    ReplyDelete
  30. xde modal nk lariskan akhbar..biasala..cerita2 panas gak la yg org2 kita suka kan..

    ReplyDelete