Monday, April 25, 2016

#1472 - Datuk Vida Patah Hati Dengan Pasukan Kelantan

Hye Readers,


Hari ini aku ada baca berita Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Datuk Vida) mengenai tidak menolak kemungkinan beliau menarik diri daripada menaja skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Bunyinya seakan pasrah dengan prestasi yang tidak menentu dari pasukan Kelantan.

Sebagai seorang ahli perniagaan, aku tahu pulangan bagi setiap pelaburan ada satu elemen yang penting. Aku harap sebelum dia membuat pelaburan keatas skuad Kelantan, beliau telah melakukan beberapa penyelidikan mengenai business model sebuah kelab bolasepak.

Pada pendapat aku, kedudukan pasukan Kelantan pada musim ini tidaklah begitu teruk. Dengan menghuni tempat kelima selepas 9 perlawanan, keputusan itu dianggap tidak terlalu teruk memandangkan Kelantan sedang mengalami penstrukturan semula.
Kedudukan selepas 9 Perlawanan

Sebenarnya Datuk Vida perlu bersabar dalam usaha untuk mendapatkan pulangan hasil dari pelaburan yang dilakukannya. Jika dilihat contoh pasukan-pasukan lain baik dari dalam dan luar negara, kejayaan yang mereka kecapi kebanyakkan mengambil masa. 

Chelsea, Man City, dan JDT antara beberapa kelab yang mengambil masa untuk berjaya selepas melakukan perstukturan semula. BH Online melaporkan yang Datuk Vida berkata Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk 'memenangi' semula hatinya.

Jadi sama-samalah kita nantikan keputusan baki 2 perlawan bagi menentukan prestasi pasukan Kelantan untuk pusingan pertama Liga Super. Bagi penyokong Kelantan, teruskan berada dibelakang pasukan anda kerana mereka memerlukan anda disaat-saat penting ini.

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. kira ok kedudukan macam tu, mngkin Dato vida mahu prestasi pemain dengan lebih cepat sedangkan prestasi ni kena ambil masa baru boleh up. Terpulang kepada Dato Vida sendiri dia yang taja dan dia pun memang berhak kalo nak tarik balik mgkin dia ada perancangan dia yang tersendiri.

    ReplyDelete
  2. bola msia bukanlah boleh untung mana pun kan

    ReplyDelete
  3. tak ambik port sangat pasal bola hehe

    ReplyDelete
  4. Boleh untung ke taja pasukkan bola... Kalau untuk tujuan pengiklanan boleh laa...

    ReplyDelete
  5. sape sruh dia pi kacau pengurusan dan pemilihan/pembelian pemain. tapi dah tu duit dia, suka hati dia nak taja ke tak kan. hehehe... tapi rugi la sebab nak tarik diri cepat2. labur duit dah banyak dah tu.

    ReplyDelete
  6. Itu laaaa bila kelab Red Warrior sengkek tak berduit, senang senang je orang permainkan. Sebab duit Red Warrior macam Red Begar... Sedih

    ReplyDelete