Showing posts with label Reveal. Show all posts
Showing posts with label Reveal. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Permainan Yang Menghina Islam (Part 1)




Hye Readers,





Baru-baru ini aku dapat satu series email mengenai Permainan atau game yang menghina Islam..Untuk 

part 1 ni aku akan reveal Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Game ini diberi nama Devil May Cry..Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati..Jom Tgk skit screen capture nya.. :)



Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".



Sebagai Rujukan: Pintu Kaabah yang sebenar

Mungkinkah ini adalah satu kebetulan atau pun memang telah dirancang??aku sendiri xpernah bermain game ini sebab dia bukan ketegori game yang aku suka..tapi bagi yang membaca dan bermain dengan game nie adalah dinasihati supaya xbermain..kerana everytime kita main game ini seem like kita support mereka..till my next sharing session…

Regards,
-Strider-