Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Thursday, June 26, 2014

#1440 - Ireland Negara Paling Taat Kepada Ajaran Islam

Hye Readers,

Hampir seminggu rasanya aku tak update apa-apa kat sini, bukan sebab tiada apa nak update tapi kesibukan dengan komitmen lain kadang kala membataskan diri. hari ini aku nak story pasal negara Ireland, iaitu negara yang baru dinobat sebagai negara yang paling taat mengamalkan ajaran Islam (klik sini)

Bukan setakat  Ireland jer tapi negara-negara seperti  United Kingdom Dan Amerika Syarikat Juga Berada di kedudukan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kesemua negara Islam di bawah Persatuan Kerjasama Islam (OIC) seperti gambarajah dibawah. Malah ahli tertinggi OIC dalam senarai tersebut merupakan Malaysia pada 33, manakala Arab Saudi dan Qatar masing-masing menduduki tangga 93 dan 111

Menurut Hossein Askari, seorang Profesor dari Universiti George Washington di Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada dua penulis indeks Islamicity bersama-sama dengan Scheherazade S. Rehman, memberitahu bahawa kesemua negara dinilai melalui bagaimana mereka menggunakan pengajaran dari Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat.

Mungkin satu hari nanti kita akan dapat memberbaiki ranking kita dan seterusnya menjadi negara Islam yang menduduki tangga teraatas. Pada pendapat korang laa kan, apakah sebab negara yang bukan Islam mendapat ranking yang lebih tinggi? Adakah kerana mereka minoriti jadi mereka lebih menghargai ajaran islam?

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 16, 2014

#1391 - Halal atau Tidak

Hye Readers,

Entry ini sebenarnya merupakan kesinambungan dari entry kak Diana Rashid yang bertajuk "Yang Kau Makan Ni Halal Ke". Aku rasa kalau ko kat tempat kak Diana tu pun mesti korang panas sebabnya..yang tu korang kena baca sendiri.



Hari ini aku nak sentuh sikit bab Haram dan Halal dalam mencari makanan. Kepada mereka yang biasa baca entry aku, jarang sebenarnya aku update mengenai topik-topik yang islamic nie. Bukan sebab aku tak tahu pasal islam cuma aku rasa ilmu di dada nie tak cukup nak bercerita tentang agama.

So berbalik kita kepada topik ini tadi, Mencari sesuatu yang Halal itu adalah satu kewajipan sebenarnya (Klik Sini). Mencari sesuatu yang Halal dan mencari Sijil Halal adalah satu benda yang berbeza sedikit kerana bukan semua kedai yang ada kat Malaysia ini mempunyai sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Kalau tak silap aku hanya restoran-restoran yang besar, Hotel, Franchais makanan yang ada sijil Halal.

Tetapi, jika tiada sijil Halal, adakah bermakna ia Haram?jawapanya tidak sama sekali kerana jika anda berfikiran tiada sijil halal itu haram, maka anda telah mengharamkan makanan yang dijual oleh mak cik nasi lemak di tepi jalan, mereka yang berniaga di pasar malam, kedai-kedai makanan bawah pokok, kebanyakkan medan selera di Malaysia dan untuk lebih tepat, peniaga-peniaga kecil.

Betulkan jika aku salah tapi pada pendapat aku, selagi kita yakin dengan cara penyediaan sesebuah menu makanan ia tetap halal dimakan walaupun tanpa "Sijil Halal" dan jika kita was-was dengan cara penyediaan tersebut maka kita perlu mengelakkan daripada memakan makanan tersebut.

Tapi apa yang aku tulis nie merupakan pendapat peribadi aku jer, dan pendapat aku ini tak semestinya salah. Sometimes kita jangan terlalu cepat dalam menghukum kedai/restoran/tempat makan yang tidak mempunyai sijil Halal.

Jadi berbalik kepada entry Kak diana tadi, lain kali kalau kita dah tau orang yang makan tu seorang muslim, jangan la dipertikai apa yang dia makan kerana sebagai seorang muslim sudah tentu dia tahu yang mana Halal dan yang mana Haram.

Regards,
-Strider-

Monday, February 17, 2014

#1460 - JAKIM Dipersenda Oleh Orang Ramai.

Hye Readers,


Minggu lepas, JAKIM mengeluarkan satu artikel mengenai Valentine's Days dalam bahasa Inggeris yang malangnya tidak difahami oleh kebanyakkan orang termasuk aku sendiri. Sebenarnya aku sendiri tak tahu mengapa situasi sebegini boleh berlaku kepada sesebuah institusi besar seperti JAKIM.

Adakah JAKIM kekurangan kaki tangan yang boleh berbahasa inggeris ataupun ia merupakan satu hasil kerja dari sikap pemalas pekerja JAKIM yang tidak menyemak dahulu sebelum sesebuah artikel diterbitkan. Perkara ini tak seharusnya dipandang remeh oleh JAKIM kerana ia hanya akan membuka ruang untuk orang mengkritik JAKIM atas hasil kerja mereka.

Banyak kritikan yang aku baca kat internet nie akibat artikel ini. Ada yang mempersendakan artikel itu sebab penggunaan ayat yang kelakar dan ada yang mempersoalkan bagaimana cara JAKIM berdakwah jika orang sendiri tak paham apa yang cuba disampaikan oleh mereka. 

Sebenarnya ini bukan kes pertama yang melibatkan institusi yang besar. Sebelum ini pihak Mindef juga pernah buat benda yang hampir serupa apabila mereka mengeluarkan staff dress code yang tidak membenarkan pakaian "clothes that poke eye" (menjolok mata).

Apa-apa pun aku harap kesilapan yang sama tidak diulangi oleh pihak JAKIM supaya mereka tidak terus dipersenda oleh orang ramai. Aku cuba berita mencari kenyataan rasmi JAKIM mengenai isu ini tapi masih lagi tak jumpa. Adakah ia disebabkan penggunaan Google Translate seperti yang dilakukan oleh pihak Mindef seperti dahulu? Hanya pihak JAKIM yang boleh menjawabnya.

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 15, 2014

#1338 - Salam Maulidur Rasul

Hye Readers,

Image: Ihsan Google


Rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada korang semua. Beberapa hari yang lepas aku tak dapat nak upadate entry selalu akibat komitmen lain tapi aku sempat buat 2 auto published entry untuk korang hujung minggu yang lalu.

Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah telah dipilih sebagai tema bagi maulidur rasul pada tahun ini dan dari tema tersebut kita semua sudah tentu tahu betapa perlunya semua umat islam di Malaysia perlu bersatu tanpa memilih latar belakang politik.

Pada pendapat aku isu-isu yang melibatkan agama ini perlu ditangani oleh ulama dan golongan yang arif dalam ilmu agama bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat. Sebab itu aku cukup tak suka bila sesuatu mengenai isu agama dipolitikan oleh sesetengah pihak dalam usaha mencari populariti atau sokongan.

Aku pun tak mahu cerita panjang kerana nak balas banyak kunjungan. Terima kasih kepada mereka yang membaca/komen entry aku yang lepas. Insyallah nanti aku akan update entry yang lain pula.

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 23, 2013

#1191 - Reaksi Rakyat Malaysia Tentang Hukum Hudud Di Brunei

Hye Readers,

Sulatan Brunei, Hukum Hudud

Semalam Sultan Hassanal Bolkiah, yang juga merupakan Sultan Brunei memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Sejurus pengumuman itu berita tersebut terus menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia di media social mahupun di kedai-kedai mamak.

Pelbagai reaksi yang aku nampak diberikan oleh rakyat Malaysia, ade diantaranya yang bersetuju jika hukum hudud dijalankan di Malaysia dan ada juga yang tidak bersetuju.Izinkan aku memberi pendapat peribadi aku tentang isu ini.

Sebenarnya aku rasa sesetengah orang yang tak bersetuju dengan hukum ini adalah orang yang takut. Mungkin mereka takut direjam, mungkin mereka takut dipotong tangan, mungkin mereka takut hukum ini akan menggugat kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia. Apa yang ditakutkan sebenarnya aku pun tidak tahu.

Sejujurnya aku sendiri takut mendengar hukuman yang berat yang bakal dihadapi jika hudud dilaksanakan di Malaysia tapi bukankah itu demi kebaikkan kita? Berikut merupakan beberapa isi penting tentang hukum hudud yang dijalankan di Brunei yang boleh diambil ikhtibar oleh kita.

  • Hudud telah dikaji selama beberapa tahun sebelum ia dilaksanakan oleh Sultan Brunei
  • Hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam di Brunei
  • Hudud akan dilaksanakan mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Kali pertama Sultan Brunei menggesa perlaksanaan hukum Hudud ini ialah pada tahun 1996. Aku rasa tak salah kalau pihak berwajib mengkaji dulu rancangan ini secara terbuka dan telus tanpa mengambil kira pendapat-pendapat individu sahaja.

Secara dasarnya aku tak nampak kenapa Malaysia tak boleh laksanakan hukum hudud sedangkan agama rasmi negara ialah agama Islam. Sudah sampai masanya kita keluarkan isu hudud ini sebagai satu isu politik dan mula memandang ia sebagai isu memperkasakan Agama Islam.

Pendapat anda bagaimana?

Regards,
-Strider-

Monday, October 21, 2013

#1188 - Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu

Hye Readers,



Cukur jambul adalah satu amalan yang sering dilakukan oleh orang melayu ketika menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Namun istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w. mengikut penjelasan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi). Menurut beliau Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat.

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Aku sendiri sebenarnya tak cukup arif lagi terang dengan lebih detail pasal isu ini. Tapi korang boleh baca penjelasan penuh dekat Sini. Apa-apa pun kita tak seharusnya memandang remeh terhadap perkara ini kerana ia melibatkan akidah kita. Apa pandangan korang??

Regards,
-Strider-

Friday, October 4, 2013

#1166 - Ghibah atau Fitnah

Hye Readers,


Ghibah atau Fitnah??Semoga kita dijauhkan dari 2 perkara ini...Salam Jumaat

Regards,
-Strider-

Tuesday, September 24, 2013

#1151 - Imam Pranks

Hye Readers,

Hari ini aku nak share lagi satu video ngan korang. Video kali ini tak melibatkan mana-mana selebriti di Malaysia tapi melibatkan seorang yang didakwa sebagai imam. Aku tak sure video ni dirakam di mana tapi aku salute laa imam nie...jom layan video nie..




Imam ini tidak sedikit pun gentar dengan apa yang bakal terjadi kerana dia hanya takut kepada Allah s.w.t dan aku respect imam nie kerana dia sedikit pun tidak marah kepada produksi  yang cuba memperbodohkan dia..

Sabar itu separuh dari iman, semoga kesabaran imam ini dapat membuka pintu hati krew-krew produksi yang didakwa bukan Islam..

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 5, 2011

Haram Makan Dekat Kenduri Khawin.

Hye Readers,

Sibuk giler lately..nak tulis entry pun tersangkut2…anyway pasal topic tu, aku nak share sikit ape yang kawan aku bagitau aku nie..Benda ini aku tak tau laa for sure betul ke tak but so far aku dengar logik laa ape yang dia cakap tu..

Haram makan dekat kenduri khawin tu bukan secara umum tapi lebih kepada mereka yang tak dapat jemputan untuk datang…kira cam teman member pergi kenduri yang korang tak kenal laa..Betul ke kalau tak dapat jemputan khawin nie haram kita datang makan??datang tengok tu tak tau laa plak..aku pun blur bab2 nie..

Penjelasan dia senang je sebagai contoh jika kawan aku tak jemput aku datang kenduri tapi aku datang makan jugak time tu hukum makanan aku tu haram sebab aku tak dijemput..TETAPI kerana islam itu mudah tak semestinya tak dapat jemputan aku takleh makan..andai kata aku datang dan tuan rumah cakap “selamat datang..jemput laa makan” maka makanan kat kenduri tu jadi hahal untuk dimakan..

Ade logic gak penjelasan dia tu..sebab itu kalau kita tengok kebiasaanya tuan rumah akan duduk kat depan sekali dan menjemput semua tetamunya datang..mana laa tau kot2 sebelum nie ada yang tak dapat jemputan..

So ape pendapat korang??aku tak berani laa nak kata benda nie 100% betul tapi takde laa plak nak kata 100% salah..nanti kalau ade masa aku akan tanya kepada yang lebih pakar bab hukum2 nie..tapi kalau korang nak nyatakan pandangan sila laa yer..aku tak kisah walaupun pendapat korang bertentangan dengan ape yang aku cakap nie..hehehe..till my next entry!!!

Regards,
-Strider-

Friday, June 24, 2011

Bile Terlampau Taksub

Hye Readers,

Sekarang ini tengah musim Showdown 2011..aku pun ikut gak rancangan ini sebab rancangan ini bagi aku best gak laa..tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal rancangan tu tapi pasal peminat-peminat yang kadang2 melampaui batas bagi aku..cuba tengok comment kat bawah nie:


Sebab aku nie tak suka memalukan orang sgt so gambar dan sebahagian nama dia aku padam laa untuk jaga privacy dia..kang mana tau ade yang fanatic terhadap islam cari and tembak dia..nanti aku gak yang rasa bersalah..

Tak tau laa bagi korang tapi bagi aku agak melampau gak tindakan dia comment sampai macam tu..aku kadang2 tak paham dengan sesetengah orang yang suka main2 benda yang melibatkan agama…

Ini laa jadi kalau kita terlalu taksub dengan sesuatu..mungkin niat nya hanya untuk bergurau tapi agak kurang ajar laa kalo nak gurau petik2 surah al-fatihah nie..hehe..

Till my next entry!!!

Regards,
-Strider-

Tuesday, June 21, 2011

Kisah Pemanjat Kelapa

Hye Readers,

Ingat tak entry tadi aku ade bagitau yang nak nak post lagi satu story…hehe..tapi takde kena mengena pun ngan story kali ni Cuma ade unsur2 nasihat jer..hehehe..jom kita baca..

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. 
Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin 
kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada 
pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. 
Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah 
aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk 
seorang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. 
Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik 
daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat. Berpaut sekuat-
kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau 
selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing 
untuk orang miskin.”

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok 
kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih 
bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, 
aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah
lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.” 

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun 
melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, 
rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.” 
Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, 
manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah 
ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

Itu jer aku nak share untuk kali nie..hehe..hari nie tak jumpa topic best sangat nak discuss…hehehe J

Regards,
-Strider-


Strategi Penipuan Jin Islam

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan korang satu citer yang bagi aku agak best..citer ni aku dapat dari email kat opis tadi..tajuk dia Strategi Penipuan Jin Islam..Jom baca..

Sekitar tahun pertengahan 2000, saya ada mendengar kisah seorang siswi UKM, dia diganggu makhluk halus yang mengaku 'jin islam'.

pada malam hari, dia akan dikejutkan oleh suara jin tersebut..menyuruhnya bangun untuk mendirikan solat tahajud dan qiyamullail.

menjelang subuh pada hari tertentu, 'suara' itu menyuruhnya berniat untuk berpuasa sunat.

ada ketikanya, suara jin itu menyuruhnya membaca Al-Quran..atau menyuruhnya agar membaca surah tertentu.

maka siswi ini pun melakukan sebagaimana yang disuruh oleh 'suara' itu, setiap hari. Dia menjadi siswi yang warak dan sopan...tidak suka bercakap hal yang sia-sia, maka dia lebih suka menyendiri.

segalanya kelihatan elok...tiada sebarang perkara tak elok tentang tuanpunya 'suara' itu..sebab dia hanya menyuruh orang memperbuat amal kebaikan...kan?

SALAH! Itu hanya tipudaya syaitan jin...lakonan sementara saja.

setelah berlalu beberapa semester, akhirnya siswi tersebut ditemui pengsan oleh rakan sebiliknya...dalam keadaan tidak berpakaian.
Terdapat beberapa gulungan kertas yang kecil..Di dalam mulut, lubang hidung, lubang telinga, qubul dan dubur siswi ini. Apabila diperiksa, setiap gulung kertas kecil itu terdapat tulisan nama ALLAH.

Siswi tersebut menjadi hilang akal apabila sedarkan diri.
Setelah dirawat menggunakan kaedah rawatan spritual cara Islam, akhirnya dia beransur pulih.

menurut siswi itu, arahan terakhir yang diberikan oleh 'suara' itu...mahu agar siswi ini 'bersatu dengan Allah'.
suara itulah yang menyuruhnya menulis nama Allah pada kertas, menggulung dan memasukkan ke SETIAP RONGGA TUBUH YANG TUJUH...termasuk ke dalam kemaluan.

hakikatnya, suara itu adalah syaitan jin..atau jin kafir yang mahu menyesatkan anak Adam.

tapi, dia bijak. Dia tak terus suruh buat benda salah sejak mula. Dia suruh buat benda yang elok-elok dulu. Berbulan-bulan..atau mungkin bertahun!
Akhirnya apabila orang dah mula percaya dan serahkan seluruh kepercayaan kepada makhluk itu...barulah dia tunjukkan sifatnya yang sebenar..dia MAHU AGAR SEMUA ANAK ADAM MENJADI KAFIR DAN MASUK NERAKA.

Oh. Ada orang bertanya..mengapa jin/syaitan tu tak kepanasan apabila siswi tu bangun solat tahajjud, baca Quran, dan sebagainya?

Jawapannya..
Sebab semua amalan itu dilaksanakan kerana disuruh oleh jin..bukan 100% ikhlas kerana ALLAH.
Apabila kita lakukan sesuatu amalan ibadat disebabkan kerana makhluk, maka amal itu TIADA KEKUATAN.
Zero. Memang syaitan tak rasa panas langsung...bahkan mungkin rasa selesa berdamping dengan kita..

Siswi dalam kisah ini, beliau sudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada 'suara tanpa rupa' yang mendampinginya tiap hari, siang malam menyuruhnya buat perkara 'baik'.

Biasanya jin atau syaitan jenis ini gemar mendampingi manusia yang baik-baik tetapi kurang ilmu. Lebih-lebih lagi jika memiliki asas ilmu Tauhid yang lemah.

Jika siswi itu memiliki asas Tauhid yang kuat, maka dia tidak akan patuh kepada suara tersebut. Amalan ibadat hanyalah kerana Allah, dan bukan kerana disuruh sesiapa. Lebih-lebih lagi amalan sunat. (Amalan wajib seperti solat fardhu dan menutup aurat tetap mesti dilaksanakan tanpa mengira ada orang suruh atau tidak!)

Dan jika asas ilmu tauhidnya mencukupi, dia tidak akan terpedaya dengan 'suruhan agar bersatu dengan Allah'...kerana Sifat Allah adalah haram dan mustahil bagiNya untuk bergabung dengan mana-mana makhluk.

Kerana perbuatan menggabungkan Allah dengan sebarang makhluk bererti mengadakan kufu bagi Allah. SubHanahu min dzalik.

Berhati-hatilah..Jangan mudah terpedaya.

So..itu laa ceritanya..since aku takde idea ape nak buat aku post je laa entry nie..best gak la..nanti aku post kat korang lagi satu cerita..hehehe..till my next entry

Regards,
-Strider-

Monday, June 20, 2011

Pendapat Aku Tetap Sama

Hye Readers,

Aku pernah buat entry sekali pasal ade kartun yang pada pendapat aku menghina agama aku kan??kalo sape tak sempat baca boleh klik sini…Hari ini aku dapat keratan akhbar yang menyatakan kartun itu tidak menghina agama islam..korang baca laa sendiri kat bawah ni kenapa..

KUALA LUMPUR 18 Jun - Penyiaran kartun bertajuk Kekeliruan kes rogol yang disiarkan Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu yang mendapat kecaman banyak pihak, tidak menghina Islam.
Lulusan Pengajian Islam Universiti Mutah, Jordan, Shamsul Muda dalam analisisnya yang disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini menegaskan bahawa sebenarnya tiada apa-apa isu berkaitan kartun itu.

Ini kerana, kata beliau, ia tidak mempersenda hukum Islam tetapi hanya mempersenda tanggapan dan kefahaman manusia yang telah terbukti salah tentang hukum Islam.

"Bahkan, boleh diterima jika dikatakan bahawa semua pihak wajar 'berterima kasih' kepada pelukis dan penyiar kartun itu kerana telah memberi sumbangan dalam mengikis kefahaman salah masyarakat berhubung hukum Islam," tegas Shamsul.

Justeru, jelas beliau, penyiaran kartun itu tidak memerlukan apa-apa tindakan mahupun kecaman dan kutukan daripada mana-mana pihak manakala pelukis dan penyiarnya juga tidak perlu memohon maaf kerana mereka sebenarnya tidak menghina Islam.

Sebaliknya, tambah Shamsul, isu sebenar yang lebih besar dan sangat serius ialah mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah sebagai hukum Allah.

"Dalam reaksi banyak pihak, kartun yang mempersenda 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', disifatkan sebagai menghina hukum Allah. Kartun itu disifatkan demikian, tidak lain dan tidak bukan kerana mereka beranggapan apa yang dipersendakan itu adalah hukum Allah.
"Dalam bahasa lebih mudah, mereka mengatakan 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', adalah hukum Islam. Ada yang mengatakan sedemikian secara terang-terangan dan terbuka.
"Sedangkan, sebenarnya ia bukanlah hukum Allah seperti yang difahami daripada hadis yang dinyatakan dan kenyataan Imam al-Baji.

"Inilah isu yang sebenarnya, iaitu mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah sebagai hukum Allah," katanya dalam analisis itu yang bertajuk Benarkah kartun Utusan mempersenda Islam?


Pendapat aku sampai sekarang tak berubah..memang beribu cara untuk menjelaskan kekeliruan terhadap hukum islam nie tapi membuat lawak terhadapnya bagi aku bukan caranya..even Jozan yang pernah memainkan situasi kat surau pun aku banned sampai da tak undi dia inikan kartun yang dikatakan menjelaskan kekeliruan.

Aku takde laa nak berterima kasih tapi kalau tak nak mintak maaf pun takpe sebab bukan kartunis tu buat salah ngan aku..Cuma aku still ngan pendirian aku..My religion is something you should take seriously..haha..for your info ini bukan entry besifat politik ek..hehehe..till my next entry

Regards,
-Strider-


Saturday, May 28, 2011

Permainan Yang Menghina Islam (Part 2)

Hye Readers,

Sebelum nie aku ade buat entry pasal topic nie tapi itu just part 1 dari banyak lagi akan dating..kepada sesiapa yang nak baca part 1 boleh laa cari link kat akhir entry nie or klik sini..

Untuk part 2 nie ade satu lagi game aku nak dedahkan kat korang semua..tidak seperti part 1 aku tak tahu laa game ni ade kat kat Malaysia..jom kita check..

Clive Barker Undying

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan. 

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.


Kalau nak tau kenapa tindakan itu diambil jom kita tengok screenshot dia plak..



Itu laa dulu setakat nie..nanti aku akan sambung lagi dengan game yang lain..till my next sharing session...



Regards,
-Strider-

Thursday, May 26, 2011

Permainan Yang Menghina Islam (Part 1)




Hye Readers,





Baru-baru ini aku dapat satu series email mengenai Permainan atau game yang menghina Islam..Untuk 

part 1 ni aku akan reveal Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Game ini diberi nama Devil May Cry..Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati..Jom Tgk skit screen capture nya.. :)



Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".



Sebagai Rujukan: Pintu Kaabah yang sebenar

Mungkinkah ini adalah satu kebetulan atau pun memang telah dirancang??aku sendiri xpernah bermain game ini sebab dia bukan ketegori game yang aku suka..tapi bagi yang membaca dan bermain dengan game nie adalah dinasihati supaya xbermain..kerana everytime kita main game ini seem like kita support mereka..till my next sharing session…

Regards,
-Strider-

Thursday, March 24, 2011

Ketenangan Sebuah Masjid!!!

Masjid!!!satu tempat untuk kita cari ketenangan betul tak???Baru-baru ni aku ade dapat email tentang sebuah masjid kat Indonesia nie..Very simple and nmpak sungguh tenang..memang sesuai untuk dijadikan tempat beribadah dan mencari ketenangan..aku pun xtau nak membebel panjang2 so mari kita baca skit info dia and layan gmbarnya yang lawa nie..hehe...

Masjid Al Irsyad yang terletak di Indonesia mempunyai senibina yang
sangat unik. Dindingnya diperbuat daripada blok batu bata yang mempunyai
ruang untuk pengudaraan. Bukaannya yang luas juga membenarkan aliran
uadara yang ke dalam masjid. Cara ini dapat mnegelakkan menggunakan
elektrik sekaligus dapat mengelakkan pembaziran.

Bentuk masjid ini juga tidaklah seperti masjid-masjid yang biasa kita
lihat dimana ianya tidaklah menggunakan kubah sebagai simbol. Kelihatan
jelas khaligrafi yang terbentuk dari luar masjid ini.
Masjid ini bentuknya mirip seperti kaabah, dikelilingi air,terasa
ketenangannya, walaupun hanya melihat gambar.










Amacam??dari gambar nie da nmpak ketenangan masjid nie kan??hehe..Sebenarnya masjid nie hampir serupa dengan masjid Besi yang ade kat Putrajaya..Persamaannya teletak apabila kedua-duanya mempunyai sistem ventalation semulajadi..maksudnya xperlu laa nak pasang kipas atau aircond..hehe..mintak2 banyak lagi masjid macam ni dibina supaya kerana di samping beribadah kita juga dapat menyirup udara segar..bil letrik pun tak membazir..hehehe :)

Regards
-Strider-