Saturday, April 2, 2011

Misteri Ucapan Neil Armstrong

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind"

Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky".

Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah, pada akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula di tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, ia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat dihalaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Sang empunya rumah adalah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong kecil sedang merangkak mengambil bola tersebut. Dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah ke Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup.

"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"

p/s : Cerita ini adalah rekaan semata-mata..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia..heheh :p

Regards,
-Strider-

Friday, April 1, 2011

Koleksi Peribadi Kereta TMJ

Tengku Mahkota Johor (TMJ) cukup terkenal dikalangan kerabat2 negeri yang lain..walaupun di Kuala Lumpur singkatan nama TMJ cukup terkenal..Salah satu yang membuatkan TMJ nie terkenal adalah dengan koleksi kereta peribadi yang unik dan bermutu tinggi..Aku sendiri pernah melihat salah satu daripada kereta TMJ sendiri di Kuala Lumpur..Jom kita tengok skit koleksi keretanya.. :)


















Stylo bukan??hehehe..itu laa sebahagian daripada gambar-gambar koleksi kereta peribadi Tengku Mahkota Johor yang dapat aku sharekan..Akhir kata itu sahaja benda yang dapat aku cerita buat kali ini..moga rakyat Johor hidup aman sentiasa di bawah kepimpinan Sultan Johor...

DAULAT TUANKU!!!

Regards,
-Strider-

KIsah Pak Pandir!!!!

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... 







"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Regards,
-Strider-