Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

#1488 - Etika Di Bazar Ramadhan

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan merupakan salah satu tempat yang popular sepanjang bulan ramadhan di Malaysia ini. Hampir setiap negeri dan daerah mempunyai bazar yang mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai.

Namun disebalik kemeriahan bazar ramadhan, aku perasan masih ada orang yang kurang mempunyai etika ketika di bazar ramadhan dan yang paling tak boleh diterima, ia datang dari umat islam sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa etika di bazar ramadhan yang perlu dipatuhi. Ia bukannya undang-undang tetapi lebih kepada kesedaran sivik. Antara etika yang aku nak share ngan korang ialah:- 

1) Pakai pakaian yang sesuai.
- Ini biasaya terjadi pada golongan wanita. Kalau nak berkunjung ke bazar ramadhan, silalah pakai pakaian yang sesuai. Seluar pendek dan legging tu amatlah tak sesuai dipakai dibazar ramadhan. Aku bukan nak jadi ustaz blogger tapi at least hormatlah pada mereka yang sedang berpuasa mata, telinga dan lapar dahaga..

2) Parking di tempat yang betul.
- Bukan anda seorang sahaja yang lapar dan perlu sampai ke rumah tepat pada masanya. jadi kalau anda ingin singgah ke bazar ramadhan pastikan anda parking di tempat yang tidak menggangu lalu lintas walaupun untuk sekejap sahaja.

3) Beratur dengan sopan.
- Salah satu benda yang aku perasan kalau pergi kat gerai-gerai yang famous, kadang kala ada orang yang jenis tak reti nak beratur, adakah memang perangai semulajadi dia begitu atau dia tak tahu nak mula dari mana. Kalau ada rezeki anda pada hari itu, insyallah dapat laa juadah yang anda nak beli. Kalau takde rezeki, anggaplah ia sebagai satu ujian anda dibulan puasa.

4) Jangan ambil makanan guna tangan
- Baik pembeli atau peniaga, elakkan mengendalikan makanan dengan tangan. Bayangkan apa perasaan orang kat belakang kalau ko dah pegang-pegang makanan tu tetiba tak jadi beli? Bagi peniaga pulak jagalah sensiviti pembeli. Bukan semua orang jenis tak ambil kisah dengan pengendalian makanan guna tangan. 

Itulah antara beberapa etika yang perlu diambil kira ketika kita mengunjungi bazar ramadhan. Etika ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan untuk kebaikkan bersama. Selamat beramal dan selamat berpuasa.

Regards,
-Strider-


Tuesday, July 8, 2014

#1448 - 9 Tanda Anda Berjaya Tanpa Disedari

Hye Readers,



Adakah korang semua sudah berjaya? Kalau ya, Alhamdulillah tapi kalau korang rasa korang masih belum berjaya, mungkin korang kena check balik realiti itu. Sometimes tanpa kita sedar, kadang kadang kita sudah pun berjaya tanpa disedari.

Kejayaan seseorang bukan hanya diukur dengan kewangan yang kukuh ataupun kemewahan harta. ada banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan anda sudah berjaya. Kali ini aku nak share ngan korang 9 tanda orang yang telah berjaya tanpa disedari. 

1) Hubungan anda tidak menjadi dramatik seperti dahulu
- Dramatik sebenarnya bukan sesuatu yang matang. Semakin kita berjaya/matang konsep dramatik perlu dikurangkan. Jika perhubungan korang semakin kurang dramatik seperti dahulu, ia bermakna korang telah berjaya....

2) Jangan takut untuk meminta bantuan dan memberi bantuan.
- Meminta bantuan sebenarnya tidak sama dengan kelemahan, ia sebenarnya satu kekuatan. Tiada orang yang pernah berjaya tanpa mendapatkan bantuan. Meminta bantuan seseorang bermakna anda telah matang untuk menjadi seorang yang berjaya.

3) Tingkatkan tahap standard anda.
- Korang tidak lagi bertolak ansur terhadap kelakuan buruk, sama ada untuk diri sendiri ataupun orang lain, orang yang berjaya selalunya berpegang kepada prinsip "bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri"

4) Anda boleh meraikan kejayaan orang lain.
- Hanya kerana orang lain berjaya, itu tidak menjadikan korang seorang yang gagal. Raikan orang yang telah berjaya kerana ia akan memberikan impak positif  kepada korang.

5)Mempunyai perancangan untuk masa hadapan.
- Jika anda tiada lagi benda yang untuk dilakukan untuk masa hadapan, sebenarnya korang is "slowly dying" kerana orang yang berjaya akan sentiasa ada perancangan untuk masa hadapan

6) Tak peduli apa kata orang lain.
- Kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua pihak jadi jangan cuba.  Setiap orang yang berjaya akan dikritik dan apa yang penting ialah korang percaya dengan apa yang korang lakukan.

7) Sentiasa "Look on a bright side"
- Hidup ini akan ada kekecewaan - jika korang nak pandang dari sudut itu. Tapi kalau korang boleh jadikan kekecewaaan itu sebagai pengajaran untuk menjadikan diri korang lebih baik, ini bermakna korang sudah berjaya.

8) Boleh menerima kenyataan.
- Let's face it. Bukan semua benda dalam hidup ini boleh berubah, sesetengahnya memang tak boleh diubah. Jika anda boleh menerima kenyataan dan memandang sesuatu yang negetif menjadi postif, maka korang adalah orang yang berjaya.

9) Perasaan Gembira
- Ini yang paling penting dalam hidup. Tak kira berapa baki dalam akaun anda, tak kira berapa besar rumah korang ada, berapa banyak kereta yang ada. Sekiranya korang merasa gembira dengan apa yang korang ada, ini bermakna korang adalah seorang yang berjaya.

Itu adalah 9 tanda orang yang berjaya tanpa mereka sedari. Aku pasti salah satu daripada yang aku mention kat atas ada dalam diri korang. So kalau korang ada 2 ciri yang  seperti  yang diatas ini bermakna korang ada 7 lagi lagi benda untuk dibuat bagi menjadikan korang berjaya dengan cara korang sendiri.

Regards,
-Strider-

Friday, June 20, 2014

#1438 - Ego Lelaki dan Wanita

Hye Readers,



Beberapa hari lepas melalui FB, aku ada bertanyakan pendapat orang mengenai ego siapa lebih tinggi antara lelaki dan wanita. Kenapa aku tanya soalan macam ini? Sebenarnya ia takde kena mengena dengan current situation pun. Benda nie just random topic jer.

Melalui status itu juga aku mendapat feedback sesetengah orang dan ternyata ramai yang memilih lelaki sebagai seorang yang mempunyai ego yang tinggi termasuk lelaki sendiri.


Persoalanya adakah ego lelaki ini tinggi dan kenapa agaknya mereka bersikap demikian? Adakah disebabkan mereka akan memegang prinsip akan menjadi ketua keluarga.. jadi mereka kena tegas dan tak boleh cepat mengalah mengenai sebarang keputusan yang mereka buat?

Bayangkan apa yang terjadi jika seorang lelaki tiada mempunyai ego langsung didalam diri? Ia sudah tentu akan menjadi seorang lelaki yang sering mendengar kata wanita atau dalam erti kata lain dayus. Tidak semua wanita inginkan lelaki yang asyik jadi pak turut mereka.

Wanita juga sebenarnya mempuyai ego mereka tersendiri cuma berbeza sedikit daripada lelaki.. Ada yang berpendapat Ego wanita bergantung kepada personality seseorang itu. Ada yang berpendapat wanita yang berkerjaya mempunyai Ego mereka sendiri kerana tidak mahu nampak lemah di dalam dunia professionalism.



Dalam proses bercinta pula, ego wanita nie kekadang kelakar jugak, Bila gaduh dan teman lelaki pujuk kemain ego lagi dia, nak bagi ini tak nak, nak ajak pegi sini tak nak, merajuk muncung sampai ke tembok cina tapi bila lelaki penat nak pujuk dan perasaan rindu  mereka datang, Ego pun hilang.

Sebenarnya Ego nie satu benda yang subjektif kalau nak dibincangkan kerana ia melibatkan personaliti seseorang dan seperti yang kita tahu, bukan semua orang sama. Kadang-kadang Ego itu boleh menjadi satu benda yang baik kerana ia membuatkan kita menjadi seorang yang tegas dengan keputusan yang dibuat.

Kita sepatutnya menjadi orang yang mengawal Ego kita dan jangan sesekali membiarkan Ego mengawal diri kita kerana itu boleh  mendorong kita untuk membuat keputusan yang salah. Jadi kalau berhadapan dengan orang yang ego, normally apa korang buat?

Regards,
-Strider-

Thursday, May 22, 2014

#1416 - Selfie Dan Kehidupan

Hye Readers,

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas, untuk kali ini aku akan membawa satu topik mengenai lifetyle zaman sekarang iaitu selfie. Sebenarnya selfie ini bukan laa satu isu yang baru tapi kadang-kadang aku rasa ia menarik perhatian aku.

Self potrait photograph atau lebih kenali sebagai selfie ini adalah satu perbuatan mengambil gambar diri sendiri menggunakan sama ada camera atau smartphone. Sebenarnya kalau ikut sejarah, selfie bermula sejak tahun 1839 lagi (klik sini) tetapi ia mula popular dan menjadi mainstream sejak tahun 2012 sehinggalah pada tahun lepas selfie direkodkan sebagai word of the year (klik sini)

South Korean President Lee Myung-Bak and footballer Ji So Yun
Namun semenjak selfie menjadi popular, aku perasan society seperti berpecah kepada 2 pandangan mereka terhadap selfie. Ada sesetengah orang menganggap selfie itu adalah satu perbuatan yang menyeronokkan dan mereka mempunyai alasan mereka sendiri.

Tetapi wujud juga segolongan orang yang berpendapat selfie ini sebagai satu perkara satu perbuatan yang poyo atau tergedik-gedik dan tak kurang juga ada yang menganggap dia sebagai satu penyakit berdasarkan kajian-kajian bebas yang tidak diketahui sejauh mana tepatnya.

Brader ini pun nak merakam kenangan manis
bersama kami yang melawat Sabah Baru baru ini
Tapi pendapat aku bila bab selfie ini adalah apa tujuan anda sebenarnya, Adakah kita selfie untuk merekod kenanagan manis bersama semua yang ada pada ketika itu. Adakah kita selfie hanya kerana ingin menunjukkan sesuatu di sekeliling kita? ataupun adakah kita selfie kerana kita teruja dengan perbuatan kita menangkap gambar?

Aku ingin quote seorang kata-kata seorang blogger yang juga merupakan photographer iaitu Eshamz Halim yang berbunyi lebih kurang begini "Photographer pun ada nak bergambar sekali gak". lebih kurang gitu laa ayat dia yang aku paham..hehe

Apa yang aku cuba sampaikan ini adalah bukan mengenai siapa betul atau siapa salah tapi lebih kepada pendapat umum aku mengenai selfie ini. Secara jujurnya aku selalu jugak selfie tapi Alhamdulillah aku masih tahu batas dimana tempat yang sesuai dan tidak untuk selfie ini.

Fyi, Tengkorak ini bukan real, Ini dekat giftshop
Bagi mereka yang minat atau #kakiselfie ini teruskan jer apa yang korang lakukan asalkan ia masih berlandaskan etika-etika bergambar kerana  setiap benda yang kita lakukan pasti akan ade mereka yang tidak menyukainya. You can't pleased everybody.

Ada juga yang menganggap selfie ini is a girl's things. Sebenarnya selfie bukan sahaja untuk perempuan tapi lelaki pun okay what kalau selfie.Tapi ingin aku tekankan kat sini yang selfie dan duckface adalah 2 benda berbeza. Kalau duck face itu memang nampak gedik sikit okay..hahaha

Jadi itulah cerita aku mengenai Selfie kali ini. Sebenarnya impact dia dalam kehidupan kita tak besar pun. Tajuk tu saje nak bagi nampak sedap..haha..Jadi apa anda tunggu lagi? Lets take a selfie and jangan lupa hashtag #Selfie #kakiselfie di dalam account media social anda..hehehe

p/s: disebabkan aku busy few weeks ini, jadi aktiviti BW hanya dapat dilakukan pada waktu malam..see you tonight..

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 16, 2014

1392 - Jangan Macam Tu Dowh

Hye Readers,

Korang pernah guna perkataan "dowh" di belakang ayat tak macam tajuk aku tu. Secara jujurnya aku sendiri ada menggunakan perkataan tu bila bersembang dengan rakan rakan. Asal usul sebenar perkaatan ini aku tak tahu dari mana tapi kalau mengikut forum Cari Gold, perkataan dowh/doh ini berasal daripada singkatan bodoh.

Sebenarnya penggunaan dowh ini agak common bagi mereka yang membesar di Kuala Lumpur. Oleh disebabkan perkataan itu agak urban, jadi penggunaanya harus disesuaikan mengikut keadaan. Kenapa aku cerita pasal dowh dalam entry aku kali ini?


Ini merupakan satu teguran dari rakan FB aku mengenai penggunaan dowh. Seriously aku bersetuju dengan dia kerana walaupun perkataan dowh itu mungkin nampak stylo, tapi ia sebenarnya tak sesuai jika digunakan terhadap mereka yang lebih tua apatah lagi ibu bapa kita sendiri.

Sebenarnya bukan semua perkataan yang kita guna dengan kawan boleh digunakan terhadap mereka yang lebih tua daripada kita. Ia sama juga seperti perkataan "beb" yang selalu digunakan oleh remaja sekarang. Oleh yang demikian, cuba laa elak menggunakan bahasa urban ini terhadap orang yang lebih tua daripada kita kerana ia nampak tidak hormat.

Bagi mereka yang dah terbiasa atau dah menjadi habit menggunakan bahasa ini, cuba kurangkan penggunaanya. kepada yang tak pernah pakai, lebih baik jangan cuba pakai kerana ia tak membawa apa apa makna yang special pun.

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 17, 2013

#1307 - Kombinasi Maut Membunuh Mita Diran

Hye Readers,


Mita Diran merupakan seorang copywriter (penulis iklan) telah meninggal dunia akikat kerja yang berlebihan. Kejadian ini berlaku di Indonesia beberapa hari yang lepas. Sebelum kejadian Mita yang bekerja dengan Young & Rubicam Indonesia dikatakan seorang yang ceria.



Namun di sebalik keceriaan itu, Mita juga merupakan seorang yang remaja yang bekerja keras. Ini diakui melalui tweetnya yang mengatakan dia sudah bekerja selama 30 jam dan masih lagi bertenaga.Namun siapa sangka sehari selepas tweet it, Mita menemui ajalnya.



Mita dikatakan pengsan dan terus dikejarkan ke Hospital Pertamina dimana dia berada di dalam keadaan koma. Dalam satu text yang dikirimkan oleh ayah kepada rakan-rakan Mina,ayahnya memberitahu yang anaknya telah bekerja selama 3 hari berturut-turut.

Sejam selepas text tersebut dikirim, Mita telah meninggal dunia dan mengikut laporan, Mita dikatakan meninggal dunia akibat kombinasi yang membawa maut iaitu kerja yang berlebihan dan minuman Kratingdaeng iaitu Redbull version Thailand. Seperti yang kita tahu, minuman sebegini mampu memberi tenaga yang lebih ketika badan kita sudah tidak ada tenaga lagi.


Pengajaran yang kita dapat dari kejadian ini ialah jangan biarkan kerja membunuh kita. kadang kala akibat komited untuk menyiapkan satu-satu tugasan kita mengambil ringan tentang limit yang boleh ditampung oleh badan kita.

Walaupun terdapat pelbagai produk diluar sana yang mampu memberi kita tenaga extra tetapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak berehat dari membuat sesuatu kerja. Aku harap kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua termasuk diri aku sendiri.

Regards,
-Strider-

Sumber: Venusbuzz

Thursday, December 12, 2013

#1298 - Felixia Yeap: Model Playboy Yang Kini Bertudung.

Hye Readers,


Seorang model playboy Malaysia Felixia Yeap berkata yang dia mempunyai benda lain yang berharga daripada mempertontonkan tubuh badanya. Itu antara kenyataan yang dipetik dalam satu artikel Star Online hari ini.

Ia merupakan satu artikel yang menarik dimana mengikut dunia modelling pencapaian  Yeap 26, boleh dikatakan baik selepas dia merupakan rakyat Malaysia yang ketiga berjaya dipilih untuk menghiasi majalah Playboy Philipines.

Yeap dikatakan kesal kerana kerjaya modelingnya dia telah  disalahgunakan oleh sesetengah orang yang hanya mencari dirinya untuk diajak keluar mencari keseronokan atau berhibur dan bukannya sebagai calon isteri untuk dikhawini.

Namun segalanya berubah apabila dia menjadi salah seorang model berhijab beberapa bulan yang lepas, dia mula merasakan yang dirinya dilindungi, bebas, dan juga selamat. Sejak beberapa minggu yang lepas Yeap telah memuatnnaik gambar dirinya memakai hijab di la Facebook pages beliau yang kini  mempunyai lebih daripada 148,000 likes.


Walaupun Yeap selesa untuk berhijab dan menjadi model untuk pakaian muslimah, namun dia menegaskan yang dia belum lagi memeluk agama islam dan masih kekal sebagai seorang "free thinker". Tetapi dia mengakui jika agama boleh menunjukkannya keindahan dalam kehidupan, mengapa tidak dia cuba untuk memahaminya? 

Untuk meneruskan hidup Yeap masih lagi menerima kerja modelling yang berbentuk "sexy" tetapi sekarang dia lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tugasan. Untuk makluman korang  Yeap belum pernah berbogel untuk sebarang majalah.

So itu jer la cerita mengenai Felixa Yeap yang boleh aku ceritakan kat sini. Kalau korang nak baca lebih lanjut pasal kisahnya, korang boleh pergi membaca entry blog peribadi beliau yang bertajuk "The Truth Behind My Hijab".

Regards,
-Strider-


Friday, November 22, 2013

#1257 - Boleh Hidup Di Kuala Lumpur Dengan RM10

Hye Readers,


Ade sesiapa boleh hidup di Kuala Lumpur dengan RM10?  Scenario 1 & 2 tu kalau dia pegi tandas kena charge 20sen dah lebih dari RM10 rasanya...

Regards,
-Strider-

Monday, September 2, 2013

#1134 - Tattoo Rambut [10 Gambar]

Hye Readers,

Pernah tengok tattoo rambut??Sebenarnya aku jarang tengok orang berambut macam nie tapi hari itu ketika aku tengah jalan kat Downtown Cheras memang aku ade perasan ade kedai yang offer buat tattoo rambut nie..Well, jom share tcontoh contoh tatto rambut kat bawah nie.













Secara jujurnya memang aku tak boleh cuba nak berfesyen macam nie..Silap haribulan kena buang kerja aku..So kepada sesiapa yang nak cuba silakan laa tapi kepada umat islam anda dinasihatkan supaya check dulu benda nie haram atau tak kalau dibuat.

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 5, 2013

#1052 - Jejaka Bawak Handbag

Hye Readers,

Pernah tengok lelaki bawak hangbag GF dia ketika pergi shopping??Situasi nie sebenarnya memang berlaku cuma tak ramai jer..Tapi adakah scenario macam nie boleh diterima pakai??Ade juga yang berpendapat scenario nie melambangkan sifat gentlemen dan protective seorang lelaki...



Pada pendapat aku semua itu bergantung kepada keadaan..Tapi kalau jalan ngan awek kat dalam shopping complex pun nak kena pegang handbag itu dah salah...ade sesetengah situasi dimana lelaki dibenarkan membawa hangbag wanita contohnya time lintas jalan atas sebab takut diragut.

So haritu aku ade post question yang sama dekat facebook dan dapat beberapa feedback..jom baca apa kata orang lain...



Sorry laa kalau gambar tu tak nampak..hehehe..Tapi majoriti tak bersetuju jika seorang lelaki membawa handbag GF dia tanpa sebab..hehehe..So apa pulak pendapat korang??pernah suruh BF bawak handbag atau pernah disuruh membawa handbag??

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 7, 2012

Punca Electronic Cigarrate Meletup Ketika Hisap

Hye Readers,

Semalam aku ade buat entry pasal E-Cigarrate nie bagi menggantikan tabiat merokok aku (Klik Sini)..Sebenarnya aku pernah dengar cerita pasal e-cigarrate yang meletup ketika dihisap..in fact korang leh baca berita dia kat blog Han (Klik Sini)

Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup
Pinjam Gambar Kat Blog Hans
Aku bukan laa vapers(panggilan untuk pengguna E-cigarrate) yang berpengalaman..tapi lepas dengar berita macam nie takut jugak..lebih-lebih lagi sebab aku yang pakai...tapi aku pernah terbaca komen satu artikel mana ntah aku pun dah lupa tentang sebab benda nie berlaku..

Antranya tak salah aku orang tu tak menggunakan standard e-cigarrate...kira mamat nie dah modify (DIY) bateri dia untuk mendapat voltage yang tinggi...Sebenarnya ade beteri yang memang dah didatangkan dengan spek untuk tukar2 voltage..kalau tak silap aku dorang panggil VV (VirableVoltage) tapi harga mahal skit laa..

Bagi aku accident happens..Kalau hisap rokok analog pun bleh mendatangkan kemalangan jiwa kalau puntung tu tak dipadamkan dan dibuang merata-rata..Memang takde jaminan untuk selamat 100% tapi kalau kita tau ape yang kita buat insyallah benda nie selamat...

Actually kat Malaysia nie ade banyak vapers yang lebih berpengalaman kalau korang nak tau apa-apa info..Antara tempat korang leh cari maklumat pasal Vaping dan Vapers adalah di  forum Gengsi Vapers Malaya (Klik Sini)

Okay tu je dulu..membebel panjang2 nanti korang malas baca..nanti aku buat entry pasal Vaping vs Smoking dan ape rumusan setelah aku mengkaji skit2..hehehe.. :)

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 6, 2012

Mari Beralih Dari Menghisap Rokok

Hye Readers,

New Update : 26 December 2012

Aku update sikit entry nie sebab before this tak banyak maklumat aku dapat pasal Rokok Elektronik nie..Kepada yang rasa nak beralih kepada rokok elektronik nie ade beberapa benda yang korang kena tau sebelum membeli.

1) Kenal pasti  Personal Vaporizer (PV) yang sesuai untuk korang...Normally aku akan suggest beginners set (Gambar) sebelum korang upgrade kepada PV yang lain

2) Perisa atau likuid yang korang bakal hisap nanti terdiri daripada propylene glycol (PG) atau dari tumbuh-tumbuhan glycerin (VG)..Terdapat juga likuid yang DIY (Do It Yourself) tapi aku tak sarankan korang try unless ade suggestion dari orang yang korang percayai.

3) Walaupun vaping ini tidak meninggalkan bau korang tak digalakkan untuk vape di tempat kawasan larangan merokok  seperti dalam wayang, dalam Bas dan kawasan sewaktu denganya melainkan tempat tu private property.


Entry Asal : 23 march 2012

Korang tau tak ape benda nie??Ini adalah set rokok elektronik Ego-T..kalau korang nak tau sekarang nie aku dah beralih arah dari hisap rokok tembakau kepada menghisap benda nie...Sebenarnya dulu aku pun tak berminat nak hisap rokok elektronik nie tapi ntah laa..masa berubah laa katakan...hehehe

Sebenarnya niat aku beralih alah bukan sebab aku nak berenti rokok pun..Mungkin sebab faktor harga rokok yang memang akan sentiasa naik plus rokok elektrik nie takde meninggalkan bau pun..Ade pelbagai perisa dan nampak menarik..hehehehe

Sebenarnya bukan senang bagi perokok tegar macam aku nie nak beralih arah..2-3 hari yang pertama memang menguji nasfu tapi kena kuatkan diri laa..tapi lepas 3 hari isap benda nie nak hisap rokok pun dah jadi tak sedap...

Nanti aku ulas lagi pasal benda nie..Aku pun baru dalam dalam dunia nie..Tapi lepas sebulan tak isap rokok nie rasa best laa plak..Bilik aku pun bau wangi..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 16, 2011

Perfume Tips & Guide

Hye Readers,

Today im going to share with you the guide for perfume..i think most of you might know it already but its no harm in reading it twice..hahahaha

These terms refer to the strength of the fragrance, or more specifically, to how much high grade alcohol and/or water that has been added to the fragrance oils. Parfum (generally the most concentrated form you can buy) has 15-25% perfume oil dissolved in alcohol. Any mixture with a lower proportion of oil to alcohol is known as an Eau.

Eau Fraiche (Usually 3% or less perfume oil)
Eau de cologne - EDC (2 - 5% perfume oil)
Eau de toilette - EDT (4 - 10% perfume oil)
Eau de parfum - EDP (8 - 15% perfume oil)
Soie de Parfum (15 - 18% perfume oil)
PARFUM (15 - 25% -- also sometimes referred to as Extract or Extrait)
Perfume oil (15-30% perfume oil in an oil rather than alcohol base)
You may also see the term Parfum de Toilette. Most companies use this term to describe a concentration that is either the same as Eau De Parfum, or between Eau De Parfum and Parfum.
The 3 most common perfume fragrances you will purchase are:
PARFUM - This is one of the strongest perfume fragrance available. This means that you need to use less and the fragrance will last much longer depending on skin type. Will last 6 to 8 hours.
EAU DE PARFUM - EDP This is lighter than the Parfum and is less expensive, but still has long lasting fragrance smell. Will last from 3 to 5 hours.
EAU DE TOILETTE - EDT This is a lighter fragrance and is therefore most used for the casual everyday use. It is less expensive than Eau de Parfum. Will lasts for 2 to 4 hours.

FRAGRANCE TIPS:
Spray a mist of your favorite fragrance scent on your hairbrush. The aroma will last for hours and make your hair smell wonderful!! Some people will even spray a few squirts of thier favorite fragrance directly into their shampoo and/or conditioner for a added fragrance smell.
As we all know, fragrance scent rises, so for a longer last to your perfume smell, spray all your pulse points, from your ankles, behind the knee, wrist, inside your arm, neckline, ect.... Remember to FIRST put on your fragrance scented body lotion or body creme before your perfume, this will help ensure your smell will last hours longer and you will not need to use as much of your perfume :). So, if you get the gift set with all those added fragrance goodies, use them!!

Thank you for reading the guide, hope it has helped and you share it with ur fren if you think its necessary..hehehe..

Regards,
-Strider-

Thursday, May 19, 2011

Surat Murid Kepada Guru Besar

Hye Readers,

Nasi Lemak punca obesiti??btul ker??ramai ker orang gemuk pasal nasi lemak??Aku ade dengar dulu kerajaan nak melarang penjualan nasi lemak kat kantin sekolah tapi xtau plak ape outcome dia..

Aku baru dpt email pasal seorang student tulis surat kat guru besar dia..jom kit baca..hahaha…



Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,

Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama

Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.

Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.

Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.

Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.

Yang benar,
Murid pencinta nasi lemak 50 sen

Tak kesah laa sape tulis surat ni pun tp they got a point..kalau nak kata punca fast food macam Mcdonald,KFC pun leh jadi punca gak..

Pendek kata lifestyle tu penting..kalo da budak tu balik sekolah asyik main FB, PS tido  hari2 mmg membulat gak hasilnya..hehe..aku kat sekolah pun dulu hari2 gak makan nasi lemak xde pun smpai obesiti..hehe..ok laa till my next entry.. 

Regards,
-Strider-

See Blackberry in action

Friday, April 1, 2011

Koleksi Peribadi Kereta TMJ

Tengku Mahkota Johor (TMJ) cukup terkenal dikalangan kerabat2 negeri yang lain..walaupun di Kuala Lumpur singkatan nama TMJ cukup terkenal..Salah satu yang membuatkan TMJ nie terkenal adalah dengan koleksi kereta peribadi yang unik dan bermutu tinggi..Aku sendiri pernah melihat salah satu daripada kereta TMJ sendiri di Kuala Lumpur..Jom kita tengok skit koleksi keretanya.. :)


















Stylo bukan??hehehe..itu laa sebahagian daripada gambar-gambar koleksi kereta peribadi Tengku Mahkota Johor yang dapat aku sharekan..Akhir kata itu sahaja benda yang dapat aku cerita buat kali ini..moga rakyat Johor hidup aman sentiasa di bawah kepimpinan Sultan Johor...

DAULAT TUANKU!!!

Regards,
-Strider-

Thursday, March 24, 2011

Fashion Disaster!!! Tolong Laa Elakkan

Fashion Disaster!!!!..itu jer term yang bermain dalam kepala otak aku..hehehe..da banyak kali aku nampak depan mata tp xpernah plak nak terpikir nak tulis pasal nie..Fashion ape yang  aku cakap nie??Fashion Tudung, Legging dan Short Dress...

Contoh Pemakaian Legging yang betul
Salah ker pakai legging??pakai tu x salah..tapi biar laa kena dengan pakaian..aku tengok ramai jer pompuan yang suka bertudung pakai Legging...pakai legging x salah sebenarnya..kalau kena gaya nampak seksi dan menarik perhatian lelaki..TETAPI legging paling xsesuai kalau kena dengan tudung..

Untuk info..legging digunakan untuk menjadikan perempuan itu semakin seksi sebaliknya dengan tudung..kat situ da nmpak x perbezaannya dan kenapa aku kata ia x sesuai???

Short dress + Legging & Tight + Tudung = Fashion Disaster....ini lagi satu kombinasi yang tak sesuai..Nama "Short Dress" tu pun kita da tau ia untuk seksi..kalau xnk seksi orang pakai Long Dress..Tapi ade sesetengah perempuan yang xberani nak pakai pakaian seksi tetapi nak rasa seksi..

Aku pun da penat nak membebel..nak cakap tu banyak tapi bile nak tulis jadi susah sebab penulisan dan percakapan tak sama..salah tulis orang boleh pikir bukan-bukan..bukan nak mengutuk bukan nak mengata..kalo nak cari gambar orang melayu kita pakai  macam ni ade banyak..tapi malas nak letak..sebab malas nak menjatuhkan maruah sape-sape..

Ahkir kata kalau xberani nak tayang rambut jangan la mimpi nak tayang body sebab xde fashion yang sesuai..tudung tu kena dengan tema Muslimah jer..tudung tu sendiri unik dan sebab itu banyak Orang lain cuba sabotaj fesyen tudung dengan pakaian2 seksi..kalau susah sangat nak paham kita ibaratkan macam nie :

                  Tudung =Gula                               Seksi = Garam

cuba korang letak garam ngan gula dalam air..tengok ape rasa...macam tu laa rasa bile orang tengok fashion nie..xde air sedap bile kita campurkan 2 benda nie..Macam tu laa fesyen tudung ngan seksi nie..memang x akan sesuai..

Kalau ade antara sape-sape yang baca entry nie berpakaian sebegini baik hentikan laa..mungkin rasa macam dipandang tetapi orang yang memandang tu bukan sebab terpaku dengan fashion nie tapi tengah pikir ayat ape nak kutuk..hehehe..so kalo rasa nak kena kutuk boleh la berpakain sebegini..aku da jumpa ramai lelaki yang kutuk fashion nie?kenapa still pakai??Please dont make cartoon of yourself..till next entry...

p/s : Kalau short dress ngan legging is okay but not so nice..tapi disaster bile campur tudung..

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 22, 2011

Contoh Rumah Idaman Aku!!!!

Really Beautiful Villa


Pernah tak korang terpikir kalau kaya nak rumah yang macam mana??aku pernah gak berangan nak rumah besar2 nie..baru2 ni aku ade dpt satu email pasal satu villa kat Thailand..memang lawa giler rumah nie..kalau aku dapat rumah macam nie..hisshh..xtau ape nak buat.Entah sape punya rumah nie..jom kita layan gambar kat rumah dia..hehehe..




Gorgeous Villa in Thailand Stretches the Imagination
Built quite literally into and flush with a hillside, this eye popping architectural masterpiece sits on Millionaires Mile overlooking the Amandan Sea in Phuket, Thailand. Villa Amanzi sits on over 27,000 square feet and its 8,600 square feet of delicious modernism can be rented out by up to 12 guests for a mere $2,000 to $4,500 per day. If the breathtaking views and cozy rooms aren’t enough then the Infinity pool and live-in chef will certainly convince you to stay.


























-Strider-