Monday, May 2, 2011

Girlfriend Merajuk Tahap Tertinggi

Wah..ape kes nie??merajuk ngan BF sebab lambat nak celebrate anniversary..isk..isk..mintak2 jangan ade geng blogger kat luar sana terpikir nak merajuk smpai tahap cammnie..ni merajuk tahap dewa-dewa nie..hahahaha..ulang tahun percintaan maksudnyer blum kawin lagi laa kan??isk..isk..pastu cari la tempat landing lain..kesian kat pemilik kereta perodua tu..isk..isk..


KUALA LUMPUR: Gara-gara merajuk dengan teman lelaki berusia lewat 30-an, seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sentul, di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 28 tahun itu merajuk dengan teman lelakinya kerana lewat pulang ke rumah hingga terlepas sambutan ulang tahun percintaan mereka yang dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian, teman lelaki mangsa berada kurang 30 meter dari balkoni tempat mangsa terjun.

“Teman lelaki mangsa mendakwa berada di kaki lima depan pintu utama rumah mereka, malah lelaki itu mendakwa cuba menghalang mangsa daripada terjun. Namun, disebabkan kejadian berlaku terlalu pantas, dia gagal menghalang mangsa daripada berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh atas bumbung sebuah Perodua Kancil milik penghuni lain di tempat letak kereta kondominium berkenaan.
“Tersentak dengan perbuatan itu, lelaki terbabit bergegas turun sebelum mendapati teman wanitanya itu masih bernyawa. Dia segera menghubungi hospital dan polis memaklumkan kejadian berkenaan.

“Ambulans tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian sebelum mangsa dikejarkan ke HS.
“Mangsa yang parah di kepala dan badan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam,” katanya.

Katanya, setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Harian Metro

Regards,
-Strider-

Definasi : Ambil Berat Vs Busybody ( Part 3)

Hye Readers,

Lama da aku berhutang untuk entry nie..ntah ade yang ingat lagi ke x aku pun xtau..hehehe..tapi kalo rasa nak refresh balik memory boleh baca balik entry aku part1 and part 2..

So dari ape input yang aku dapat campur dengan pandangan peribadi aku ni aku boleh simpulkan yang beza yang ketara antara org yang busybody ngan orang yang mengambil berat terdiri dari 2 faktor..

1)  Timing atau masa yang sesuai
Orang yang ambil berat nie akan tunggu time yang sesuai untuk bertanyakan soalan tentang masalah yang kita hadapi berbeza dengan busy body nie..asal ade orang berkumpul tengah discuss masalah kat situ gak dia nak ade..

2)  Action atau Tindakan
Orang yang mengambil berat pasal kita nie biasanya disusuli dengan tindakan yang sepatutnya..sama ada bantuan dari segi nasihat,harta benda, atau input2 yang boleh membantu..Kalau yang busy body nie biasa lepas da dengar citer tiada tindakan ape-ape..kira buang masa jer kalau citer masalah ngan dorang nie..kalau yang busy body tahap dewa-dewa tindakan yang ade hanya lah bercerita pasal masalah kita kepa da orang lain(orang yang tak sepatutnya)..

Jadi, itu la pandangan aku tentang perbezaan antara dua sikap nie..walaupun pada dasarnya dua-dua sikap nie adalah mengambil perhatian terhadap sesuatu tapi still ade bezanya tersendiri..ade juga sesetengah orang yang busybody tapi menggunakan alasan untuk mengambil berat…

So, itu je laa entry aku untuk kali nie..sebelum aku close this entry aku nak tekan kan yang entry nie takde kena mengena ngan sesapa mahupun entry luahan hati..saje menulis untuk menambah isi blog..hehehe

Regards,
-Strider-

Sorry My Fellow Bloggers!!!

Hi Readers,

Aku rasa da lama aku x update blog nie..kalo ade pun suma auto publish..tapi comment tu aku still sempat nak reply coz before aku buat entry aku akan pastikan comment suma aku da reply..hehehe..bukan sebab minat aku da kurang terhadap blog nie tapi its because my hectic schedule..time aku write this entry nie pun da pukul 3.30 am..hehe..but 2morrow I will definetly  write something..aku pun ade beberapa entry yang abis buat buat lagi macam sambungan part3 utk definasi busybody vs take care and jawapan untuk school boy nyer teka teki..so i will hope to write soon…till then happy holiday!!!!

Regards,
-Strider-