Monday, March 19, 2012

Ape Kes Kata Orang KL Poyo??

Hye Readers,

Aku tak tau hujung pangkal tapi tetap nak komen gak..Pasal isu Flizzow mengadu dengan Tengku Mahkota Johor(TMJ) yang dia tak boleh handle sikap poyo orang-orang  kat KL nie..Poyo ker orang KL nie???

 

 

Selaku orang yang lahir dan membesar kat KL nie aku nak betulkan skit statement tu..orang KL tak poyo bro..Yang poyo adalah orang yang datang KL 3-4 tahun pastu claim dia orang KL..Orang pure KL suma cool-cool jer bro...hehehe

Lagi satu tak elok klu seorang artis gunakan words yang tak elok dalam official twitter dia..nanti takut jadi ikutan budak2 yang menjadikan dia idola..Sebab ape aku jadikan isu??Sebab dia somebody laa..Kalau dia nobody, aku tak peduli sebab sape nak baca tweet dia??

p/s: Sampai bila aku nak biar orang nak pandang negetif terhadap Orang KL??

Regards,
-Strider-

Sunday, March 18, 2012

Bunohan Gagal??

Hye Readers,

Bila cakap pasal filem aku rasa benda yang paling penting adalah promosi..tanpa promosi yang baik aku rasa itu adalah punca kenapa sesebuah filem tu gagal..Korang pernah dengar citer tentang Bunohan??Pernah tengok iklan dia kat TV,,Pernah terpikir kenapa nak kena tengok??


Kalau jawapan korang tak bermaksud ape yang aku cakap tadi partly betul..Aku pernah terpikir nak tengok cerita nie tapi terlupa plak nak tengok..Maybe esok lusa aku pergi laa pawagam tengok sebab lepas konterversi Bunohan (Klik Sini) dulu teringin gak nak tengok..betul ke best citer nie??

Mengikut apa yang aku baca kat Roti Kaya 2 hari lepas..Filem nie hanya berjaya mengutip RM330,000 untuk 6 hari tayangan..Bunohan masih jauh dari angka kos pembikinan filem penuh seni ini, RM1.81 juta..Tapi memandangkan orang kata filem ini lain dari yang lain apa kata kita saksikan di pawagam..

Regards,
-Strider-

Muamba Bertarung Dengan Maut

Hye Readers,

Setelah seharian semalam aku meyepi hari ini aku kembali...Actually semalam aku busy menemankan kakak aku kuar berjalan-jalan...Pagi tadi aku tengok email dan terkejut apabila mendengar berita yang pemain bolton Fabrice Muamba sedang bertarung dengan maut kerana serangan sakit jantung..

Semalam aku rasa baru lepas tengok dia main untuk FA Cup..Dia rebah ketika hampir tamat separuh masa pertama dan 5 minit selepas aku tutup TV..Walaupun bukan peminat Bolton atau Muamba sendiri namun penderitaan dia tu mendapat simpati dari aku selaku peminat bolasepak...

Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku dapat dari Daily Mail..








Hopefully keadaaan dia akan bertambah baik kerana dia merupakan salah seorang pemain muda yang berbakat..

Regards,
-Strider-