Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

#1433 - Review Teater Projek Kahwin

Sticky Post Until 14 June 2014

Hye  Readers,


Sepatutnya aku nak update pasal entry ATV hari itu, tapi aku bagi laluan dulu untuk satu entry mengenai review teater yang aku pergi semalam kat Istana Budaya. Producer untuk teater nie rupanya merupakan kawan kepada kawan aku dan salah seorang pelakonya pun sebenarnya kawan aku jugak. So last night we all decide untuk datang and beri support kepada mereka.

Projek Kahwin ini merupakan salah satu teater yang sesuai untuk semua jenis golongan. Sama ada korang hendak berkahwin, baru bercinta, malah para ibu bapa juga digalakkan untuk menonton teater bagi memahami apa itu sebenarnya erti sebuah perkahwinan.

Kami yang belum berkahwin (kecuali seorang)
Latar belakang cerita ini lebih kurang sama dengan mana-mana cerita Hollywood, Bollywood, Korea dan drama lain seluruh dunia dimana ia mengisahkan halangan yang dihadapi oleh 2 pasangan bercinta iaitu Nisa dan Rizal. Apa yang membuatkan menarik ialah jalan ceritanya yang sebenarnya realiti dalam kehidupan masyarakat kini. 

Sipnosis cerita ini mengisahkan tentang Rizal yang ingin mengahwini kekasihnya Nisa tetapi mendapat pelbagai halangan apabila pihak keluarga mengambil keputusan untuk turut sama melibatkan diri dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka.

Iklan Jap..hahaha :D
Namun setiap niat yang baik pasti akan mendapat pertolongan dari Allah swt. Semakin dekat tarikh pernikahan, mereka mendapat bantuan sokongan  dari sesesorang. Kalau nak tau siapa, korang kena tengok sendiri cerita ini.

Menonton teater ini juga, korang akan dapat mixed feeling, iaitu ada part yang serius, ada part kelakar yang secukup rasa, dan juga tak dilupakan pengajaran yang boleh diambil sama pasangan yang sedang bercinta, yang hendak melangsungkan perkhawinan dan juga ibu bapa yang mempunyai anak untuk di kahwinkan satu hari nanti.

Penampilan Imam Muda Asyaf di dalam teater merupakan salah satu kekuatan dalam filem ini. Dengan cerita-cerita mengenai sirah Rasullullah s.a.w dan para-para sahabat, korang akan tahu betapa mudahnya perkahwinan itu pada sisi islam.

Jadual pementasan untuk teater Projek Kahwin dan juga para-para pelakon yang terlibat pula adalah seperti berikut:-

JADUAL PEMENTASAN TEATER PROJEK KAHWIN

ARTIS YANG TERLIBAT
TARIKH PEMENTASAN
IZZUE ISLAM, KILAFAIRY, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ
6 JUN 2014 – 8.30PM
7 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM
8 JUN 2014 – 8.30PM
9 JUN 2014 – BREAK
10 JUN 2014 – 8.30PM
11 JUN 2014 – 8.30PM
IZZUE ISLAM, HANEZ SURAYA, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ
12 JUN 2014 – 8.30PM
13 JUN 2014 – 8.30PM
14 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM


Tiket untuk Teater Projek Kahwin ini dijual pada harga  RM35, RM 55, RM85, RM125, RM155, RM185 & RM225 (PLATINUM) boleh didapati di AirAsiaRedTix dan di kaunter BoxOffice Istana Budaya. Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi lawat laman web http://redtix.airasia.com/

So, setakat ini jer review aku untuk teater ini, personally aku rasa kekuatan teater ini terletak pada jalan ceritanya yang merupakan realiti zaman sekarang. I'm sure kalau korang tak pernah pernah melaluinya, at least korang pernah dengar situasi ini berlaku. Semoga teater ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang menontonya.

Regards,
-Strider-


Thursday, May 22, 2014

1417 - Filem Tempatan Tidak Berkualiti

Hye Readers,


Lama gak aku tak buat cerita based on Nuffang punya keywords so, tadi aku pergi laa check today punya keyword kat nuffnang. Dalam banyak banyak keywords, ada satu yang menarik perhatian aku disitu. Adakah filem tempatan tidak berkualiti?

Sku pernah membuat entry mengenai drama/filem tempatan yang tidak mempunyai kekuatan (Klik Sini). Korang boleh untuk tidak bersetuju dengan aku dalam hal ini tapi sebenarnya, inilah pendapat peribadi aku. Filem/Drama tempatan bagi aku memang kurang berkualiti dan aku tak sentuh bab-bab teknikal. Ini hanyalah gambaran umum dari luaran sahaja.

Kenapa aku kata ia kurang berkualiti? Kerana filem melayu sangat streotype sebenarnya. Filem yang paling senang untuk dijual ialah filem Cinta dan juga Lawak jenaka. Aku rasa ampir 80% filem dan drama zaman moden ini menggunakan elemen cinta ataupun lawak yang berlebihan dalam filem mereka.

Sebenarnya banyak lagi filem tempatan yang berkualiti cuma kurang diketengahkan dan kurang mendapat sambutan. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin kerasa penonton filem tempatan begitu selesa dengan jalan-jalan cerita Cinta dan Lawak ini sehingga mereka susah untuk menerima idea dan konsep baru.

So, itu jer laa pendapat aku mengenai industri perfileman kita sekarang. Please be advice yang pendapat ini merupakan pendapat peribadi aku yang tak semestinya betul. In a meantime, korang ada terpikir tak citer tempatan yang best tapi tanpa ada elemen cinta & lawak yang keterlaluan?

Regards,
-Strider-

Tuesday, April 22, 2014

#1398 - Shah Jaszle Playboy Malaya

Hye Readers,


Tak teruk sebenarnya kalau aku sendiri melabel pelakon yang dianggap kacak oleh ramai wanita iaitu Shah Jaszle sebagai seorang Playboy Malaya. Ini semua gara-gara kisah cintanya yang terbaru bersama seorang gadis yang bernama Hanis Husna.

Melalui cerita yang aku baca kat Beautiful Nara, Shah Jaszle telah memuat naik gambar kekasih terbarunya. Sementara itu Hanis Husna juga turut meluahkan kata cinta kepada Shahz dan mendakwa Shahz telah memutuskan pertunangan dengan Redzwani Puteri..WOW!!! yang ini aku terkejut, 


Lebih terkejut apalah Redzwani menyatakan yang dia tak tahu apa-apa, mengenai cerita ini. Ini semua diluahkan melalui twitter peribadi milik Redzwani sendiri dan dia masih maintain cool dan sempat mengucapkan maju jaya kepada mereka berdua.


Sebenarnya Hanis bukan gadis pertama Shahz nie, tapi sebelum ini Shahz juga pernah ditangkap khalwat sebelum ini dengan seorang gadis bernama farah sebelum dia menuduh gadis tersebut physco dah sengaja ingin memutuskan pertunanganya. 

Untuk rekod pada 22 January 2014 yang lepas Shahz melalui satu berita yang aku baca kat Roti Kaya menyatakan dia Insyallah akan melangsungkan perkhawinan hujung tahun. Tak sangka dalam masa 3 bulan, dia boleh putus cinta dan rebound balik dengan Hanis Husna.

Regards,
-Strider-

Thursday, April 17, 2014

#1393 - Raja Azmi, Erma Fatima Cetus Kontroversi

Hye Readers,

Raja Azmi dan Erma Fatima baru baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi. Sebenarnya aku terkejut jugak dengan kenyataan-kenyataan mereka memandangkan mereka berdua ini merupakan orang senior dalam industri hiburan,


Kita mulakan dengan Raja Azmi, semalam aku ada terbaca yang Dalam laporan sebuahh akhbar tempatan hari ini menyebut Penerbit kontroversi, Raja Azmi tetap dengan pendiriannya mengenai isu pemakaian tudung.

Sebelum itu dia juga pernah mencetus kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu.”

Aku tak paham statement dia nie, kawan aku pun ramai jer yang free hair tapi takde laa berpikiran macam dia. kalau betul tak nak pakai jugak tudung just keep quite laa kan???kenapa nak pertikai plak hukum yang ditetapkan dalam islam??



Erma Fatima pulak tak kurang hebatnya..Dalam menjawab isu pelakon berkemban dalam drama arahannya yang bertajuk Drama Takhta 3 Ratu, Erma Fathima berkata  yang dia redha andaikata adegan berkemban itu membawanya ke neraka.

Seorang umat islam yang normal pasti mengimpikan Syurga dan minta dijauhkan daripada neraka tetapi lain pulak dengan Erma Fatima ini. Dia redha untuk masuk ke neraka hanya semata-mata mahu menaikkan idustri perfileman dan juga demi sejarah bangsa melayu.

Regards,
-Strider-

Thursday, March 6, 2014

#1372 - Dimana Logik Hanez Suraya?

Hye Readers,

Picture Credit: Rotikaya
Semalam telah berlangsung satu sidang media yang diadakan oleh pelakon kontroversi mengenai Hanez Suraya mengenai hubungan cintanya dengan suami orang.  Seperti yang aku jangka dalam entry sebelum ini, nampaknya sidang media itu telah memerangkap diri Hanez sendiri dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan olehnya sendiri. (klik sini)

Pertama sekali, mari kita saksikan sesi temuramah wartawan Melodi (klik sini) dan Hanez beberapa minggu yang lepas. sila dengar sendiri kenyataanya: pada minit berikut

2.30 : Kalau Hanez tau dia nie berstatus suami orang, Hanez pun tak nak dekat dia, Hanez tak nak cari risiko.

3.00: Kalau dia berstatus suami orang, kenapa dia sendiri yang membuka mulut untuk melamar Hanez

Berbalik kepada sidang media semalam, Hanez telah meminta isteri Mr R untuk memohon maaf secara terbuka kerana kerana Hanez telah mendakwa isteri Mr R telah membuat tomahan yang  tidak benar. Masih ramai orang yang mencari dimana logiknya permohohan maaf itu jika ketika sidang media itu dijalankan, memang Mr R berstatus suami orang cuma belum selesai lagi perbicaraan di mahkamah.

Mr R pula dalam sidang media yang sama mengesahkan yang memang dia belum bercerai dan Hanez bukan punca keretakan rumah tangganya kerana rumah tangga mereka telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 lebih kurang 3 bulan yang lalu.

Sekarang aku nak tanya adakah penjelasan kontroversi Hanez Suraya berpelukkan dengan lelaki 5 bulan seperti yang dilaporkan oleh melodi (klik sini) 5 bulan yang lepas adalah sebenarnya Mr R?? Dan adakah dalam masa 3 bulan cukup untuk Hanez mengenal hati budi seseorang lelaki sehingga sanggup menerima lamaran Mr R.

Apa-apa pun siapa kita nak mempertikai jika Mr R memang ditakdirkan jodoh Hanez. Cuma hopefully ini bukan lagi satu kisah cinta lamaran jangka pendek seperti yang dilalui oleh Johan As'ari dan Lana Nordin baru baru ini.

Aku seorang yang berfikiran terbuka, walaupun ramai wanita tak suka kepada wanita yang bercinta dengan suami orang tapi sebenarnya tak kisah sangat pasal itu. Pada pendapat aku Hanez sepatutnya tunggu sehingga kes Mr R betul-betul selesai sebelum membuat apa-apa pengakuan atau kenyataan.

Anyway, good luck and all the best to Hanez dan Mr R dan hopefully sentiasa hidup dalam bahagia ;-)

Regards,
-Strider-
  

Tuesday, March 4, 2014

#1370 - Hanez Suraya Perangkap Diri Sendiri

Hye Readers,

Picture Credit: gua.com.my
Berita mengenai pelakon Hanez Suraya bercinta dengan suami orang bukan sesuatu yang baru. Aku rasa benda nie dah spread few week ago dan minggu lepas kes ini semakin panas apabila isteri kepada Mr R lelaki yang digosip dengan Hanez telah membuat kenyataan yang mereka masih lagi suami isteri yang sah.

Kenyataan itu dibuat oleh wanita terbabit setelah Hanez Suraya mengeluarkan statement yang Mr R adalah seorang duda dan juga mendakwa wanita tersebut telah memfitnahnya merosakkan rumah tangganya (klik sini) 

Kenyataan isteri Mr R itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai orang especially golongan wanita, maklum laa isu rampas merampas nie sensitif sikit bagi golongan wanita. Maka berbakul-bakul laa makian serta cacian diterima oleh Hanez sama ada di twitter atau instagramnya.

Terbaru, hanez Suraya membuat kenyataan yang dia tidak mahu menjawab persoalan buat masa sekarang dan sidang media yang akan diadakan selewat-lewatnya Rabu ini. Mungkin dia perlukan sedikit masa untuk menjawab semua persoalan dan itu sebenarnya perkara biasa.

Memetik kenyataan Hanez dalam portal Gua, dia berkata orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. dia akan lakukan sidang media supaya orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah,

Pada pendapat aku sidang media ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia hanya mampu memerangkap Hanez Suraya dengan soalan-soalan spontan yang mungkin tidak boleh dijawab dengan serta merta. Wawa Zainal dan Aeril Zafril pernah terperangkap dengan soalan-soalan spontan dari wartawan yang akhirnya membuatkan mereka terpaksa melarikan diri.

Sama-sama laa kita nantikan sama ada Hanez Suraya ditipu oleh Mr R ketika dia mengeluarkan statement yang Mr R itu duda ataupun dia hanya ingin menjelaskan yang ajal, maut dan jodoh itu ketentuan tuhan dan dia sebagai manusia hanya mampu merancang.

UPDATE: 10 March 2014
- Setelah usaha mengadakan sidang media tidak berjaya mendapat sokongan umum dan usaha untuk meminta Liyana Manan memohon maaf tidak berhasil, (klik sini) Kini Hanez Suraya memfail saman fitnah terhadap pembantunya (klik sini) 

Regards,
-Strider-

#1369 - Kualiti Filem Tempatan.

Hye Readers,

Kalau semalam aku tulis pasal bila, hari ini aku tulis pasal filem pulak. Aku bukan seorang yang dari industri perfileman atau hiburan. Aku juga bukan pengkritik filem tapi apa yang bakal aku taip ini adalah 100% daripada pendapat aku sendiri sebagai seorang pengguna yang membayar tiket untuk menonton filem tempatan.

Apakah kualiti filem tempatan sekarang bagus dan berbaloi dengan harga yang korang bayar? Adakah korang rasa puas menonton filem setelah mengeluarkan purata RM13-RM15 setiap kali menonton filem di wayang? Jawapan aku sebenarnya lebih berat kepada tidak.


Mengapa ini terjadi? Adakah ia berpunca daripada penerbit-penerbit yang mengeluarkan filem yang tidak berkualiti atau masyarakat sendiri mahukan filem yang kurang berkualiti. Apa yang aku tengok sekarang ada beberapa faktor yang menjadikan filem itu box office walaupun filem itu sebenarnya tidak mempunyai kualiti yang bagus.

Populariti Pelakon
- Populariti pelakon sentiasa menjadi senjata utama kepada penerbit. Sebagai contoh, Filem Kongsi (2011) lakonan Shaheizy Sam berjaya mencatat kutipan RM 8.09 juta walaupun filem itu mendapat review yang negetif dari pengkritik tempatan. Seriously aku sendiri rasa tak berbaloi menonton filem itu di wayang. Begitu juga dengan filem Hantu Bonceng (2011) yang berjaya mengutip RM 8.53 juta dengan hanya menjual populariti Zizan walaupun cerita itu mempunyai jalan cerita yang teruk.

Genre Cerita
- Ini merupakan salah satu eleman yang penting dalam menjual filem. Adakah korang tahu yang sehingga Mac 2013,  3 filem bercorak komedi berjaya menduduki carta top 5 kutipan filem tertinggi. Filem tersebut ialah Hantu Bonceng (2011) Ngangkung (2010) dan Kongsi (2011) manakala lagi 2 filem adalah filem bergenre aksi iaitu KL Gangster (2011) dan satu filem berunsur cinta iaitu Ombak Rindu (2011)

Itu merupakan antara 2 eleman yang membuatkan sesebuah filem itu mendapat kutipan tinggi di Malaysia. Elemen-elemen lain seperti jalan cerita, teknik penjanaan imej berkomputer (CGI), populariti pengarah dan lain-lain merupakan elemen tambahan sahaja kerana tanpa ada 2 elemen di atas tak mungkin sesebuah filem boleh mendapat kutipan yang tinggi.

Sebenarnya bila aku tengok kutipan filem daripada website FINAS aku pun pelik dengan carta yang ditunjukkan (klik sini). Bagi aku ada filem yang berkualiti tapi tak mampu mencapai kutipan yang tinggi. Tapi itu semua subjektif dan bergantung kepada majority penonton. Penerbit akan sentiasa menghasilkan filem mengikut kehendak penonton supaya mereka mendapat kutipan yang tinggi.

Regards,
-Strider-

Friday, February 28, 2014

#1367 - Sharnazz/Fauzi Nawawi Malukan Lelaki

Hye Readers,

Gambar Ihsan Google
Aku rasa korang semua dah tahu yang antara perbalahan tentang Sharnazz Ahmad dan Fauzi Nawawi yang semakin luas diperkatakan. Ia semuanya bermula apabila Sharnazz didakwa memarahi dan memaki Lisdawati yang juga merupakan isteri kepada Fauzi (Klik Sini)

Maka bermula laa episod drama 2 jejaka ini, episod-episod yang disampaikan melalui statement mereka di dalam portal hiburan termasuk juga media-media social.  Antara episod kisah mereka adalah seperti di bawah ;-

Episod 1 :
Sharnaaz Ahmad Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati Dan Fauzi Nawawi
Episod 2: 
Episod 3:
Episod 4: 
Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak, Lulus Dengan Hensemnya!!!

Itu merupakan 4 cerita yang aku jumpa kat dalam internet. Apa yang memalukan ialah perbalahan mereka ini tidak ubah seperti sikap budak-budak dan langsung tak mencerminkan watak sebagai lelaki seperti yang selalu mereka lakonkan.

Apa masalahnya dorang nak pergi jumpa face to face and settle this like a gentleman. Mungkin mereka tidak se-gentleman seperti watak-watak yang mereka lakonkan ini. Sorry to say this tapi mereka berdua nie tak ubah seperti budak-budak perempuan bergaduh.hahahha

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 11, 2014

#1355 - Zubir Bipop Menghina Pengawal Keselamatan

Hye Readers,

Malam semalam aku ade menerima satu printscreen Zubir Bipop yang mendakwa pengawal keselamatan di sebuah kompleks membeli belah tidak membenarkanya untuk meletakkan kaki di atas kerusi. Apa yang menarik perhatian aku ialah susun atur ayat dalam meluahkan perasaanya,



Umum mengetahui yang Zubir Bipop nie merupakan seorang wartawan yang mempunyai suara lantang. Bukan sahaja artis tapi ramai juga orang yang tidak gemar dengan karakter Zubir nie. Tapi selepas melihat printscreen instagram nie, dapatlah kita simpulkan dimana IQ sebenar si Zubir ni.

Zubir kini berjaya menempatkan dirinya dikalangan manusia yang bongkak apa dengan terang-terangan menulis yang dan mempersendakan pergawai keselamatan dengan caption berbaur penghinaan terhadap mereka yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Sebelum ini seorang wanita yang merupakan isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan pernah mencetuskan kontroversi dengan memanggil seorang pengawal keselamatan dengan perkataan "bodoh" dan "dayus".

Aku malas nak komen panjang-panjang tapi kalau ada yang rasa macam tak suka duduk Malaysia anda dipersilakan keluar ke negara.

Regards,
-Strider-

Monday, January 27, 2014

#1347 - Finalis AJL 28 Kena Game?

Hye Readers,


Sebelum aku tulis panjang-panjang biar aku terangkan sikit apa definasi  "Kena Game" ini. Ia merupakan bahasa pasar di kalangan rakan-rakan aku yang membawa maksud "dianiaya" atau "dipermainkan". Aku tak tahu laa korang diluar gunakan bahasa yang sama. Kenapa aku cakap finalis AJL 28 kena game dan bukanya game on.

Ini gara-gara pihak pengurusan AJL yang menggunakan sistem undian sebagai penentu kemenangan untuk persembahan terbaik yang di menangi oleh Hafiz. Bukan aku tak menghormati kemenangan Hafiz tapi aku tak rasa ia merupakan persembahan terbaik malam itu.

Aku rasa peminat muzik kat Malaysia masih tidak dapat menilai sesuatu berdasarkan apa yang dipertandingan. Setiap kali ada undian-undian macam ini, yang menang selalunya penyanyi yang popular sahaja tambahan pengacara pun sering menggalakkan orang untuk mengundi artis yang diminati.

Bagi ade beberapa persembahan mengikut tema yang layak memenangi persembahan terbaik. Segala usaha finalis menyediakan prop, penari latar, penyanyi latar akhirnya sia-sia saja kerana mereka kalah dengan artis/lagu yang lebih popular.

Hopefully, tahun depan tiada keputusan yang akan ditentukan melalui SMS kerana semakin lama pertandingan dalan industri hiburan ini menjadi pertandingan popular. So far ia bukan merupakan AJL yang terbaik pernah dianjurkan dan pada pendapat aku AJL 28 masih lagi berada di zaman 90an.

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 21, 2014

#1343 - Latihan UTK, Farid Kamil Masih Membisu.

Hye Readers,

Terima kasih kepada korang semua yang dah memberi pendapat tentang entry Date or Hangout aku yang lepas. Lepas ini aku akan beri pendapat aku pulak, tetapi sebelum itu aku nak cerita pasal berita beberapa hari yang lepas.

Beberapa hari yang lepas, akhbar Utusan Malaysia ade menyiarkan yang pelakon dan pengarah Farid Kamil sedang menjalani latihan Unit Tindakan Khas (UTK). Mengikut laporan Farid Kamil telah seminggu menjalani latihan tersebut di Maktab Teknik PDRM Muar Johor.


Benda ini sesuatu yang agak mengejutkan kerana setahu aku latihan untuk anggota elit PDRM dan juga ia merupakan latihan taktikal untuk anggota polis. Jadi bagaimana orang awam seperti Farid Kamil boleh mengikuti latihan seperti ini?


Aku juga mengambil kesempatan untuk tweet kepada official twitter untuk PDRM bagi mengesahkan tentang berita ini dan tak lama selepas itu PDM mengeluarkan satu kenyataan melalui Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asmawati Ahmad yang menafikan wujudnya latihan seperti tersebut kepada orang awam. (klik sini)

Setakat ini Farid Kamil masih membisu tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai isu ini. Mengapakah dia mengaku menjalani latihan seperti UTK ini? Adakah ia salah satu daripada gimik untuk filem terbaru, adakah wartawan "misquote" kenyataan Farid Kamil? Itu semua Farid Kamil jer yang boleh jawab.

Apa-apa pun ini bukan kali pertama Farid Kamil "digossip" dengan PDRM. Pada 2012 Farid Kamil pernah mencetus kontroversi apabila perkhawinanya dikatakan mengikut istiadat (sword barrel) anggota polis walaupun dia hanya seorang orang awam. (klik sini)

Regards,
-Strider-

Friday, December 27, 2013

1323 - Rap Pasar Perosak Bahasa

Hye Readers,

Beberapa hari lepas ketika aku dekat Johor, aku ada terbaca satu artikel daripada Berita Harian tentang Rap Pasar Rosakkan Bahasa Melayu. Artikel tersebut ditulis oleh Sasterawan Negara dan pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA

Antara benda yang dikupas oleh penulis ialah penerapan bahasa pasar yang akan menyerlahkan penulis liriknya kepada dua situasi berikut. Pertama, kecenderungannya melayan ‘selera rendah’, ertinya tidak mahu memilih bahasa yang lebih baik. Kedua mungkin ia tiada upaya berbahasa Melayu tinggi, ertinya tiada kebolehan memilih diksi yang berkesan.

Korang boleh baca selanjutnya artikel melalui link yang aku dah berikan, ade few point dan pendek kata penulis berpendapat yang  bahasa Melayu mempunyai begitu banyak kata perbandingan dan kiasan yang baik. Mengapa lirik lagu rap kita masih memilih bahasa pasar?



Rap Sebagai Muzik Jalanan
Aku bukan seorang rappers mahupun ahli muzik tapi aku seorang peminat muzik dan aku rasa kebimbangan sasterawan tersebut langsung tidak berasas. Ini kerana aku berpendapat yang muzik hip hop ini merupakan muzik yang berasal dari jalanan dan menggunakan bahasa jalanan (street word)

Kemunculan rap mula di kesan di kawasan Bronx New York, dimana penduduknya yang majoriti berkulit hitam memulakan rap bagi meluahkan perasaan atau menceritakan kepada masyarakat apa yang terjadi di jalanan. Kebanyakkan lagu nie menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di dunia realiti dan disebabkan itu penggunaan bahasa pasar itu lebih sesuai. Sape cakap ngan kawan-kawan guna bahasa formal? 

Penyalahgunaan Bahasa.
Sasterawan tersebut sepatutnya lebih menumpukan perhatian terhadap penyalahgunaan bahasa yang lebih bersikap professional. Sepatutnya mereka perlu menegur pemimpin/politician yang menggunakan bahasa ketika ditemuramah oleh media.

Penggunaan perkataan seperti "Bajet" yang menggantikan belanjawan baru-baru ini boleh dikatakan sebagai satu penyalahgunaan bahasa kerana kita semua tahu yang perkataan "bajet" itu dimelayukan dari perkataan bahasa inggeris iaitu "Budget". Ada beberapa lagi perkataan macam ini dan aku rasa korang pun tahu.

Bahasa Pasar Realiti Kehidupan
Rap sebenarnya merupakan satu genre muzik untuk rakyat. Kalau korang perasan kebanyakkan lagu rap sebenarnya menceritakan tentang realiti kehidupan dan apa yang kita tutur di jalanan, itu yang dimuatkan dalam sesebuah lagu rap. ia juga termasuk pencampuraan bahasa inggeris dan melayu.

Namun realitinya ia bukan saja berlaku dalam lagu rap tetapi aku percaya dalam sesetengah novel juga ada menggunakan bahasa pasar supaya pembaca lebih senang untuk menghayati apa yang sedang diceritakan oleh penulis novel tersebut.

Kesimpulan
Sama ada dalam lagu rap atau novel, benda ini bagi aku bukan satu isu yang besar kerana ianya bukan satu medium yang rasmi untuk pembelajaran. Dalam industri muzik, penggunaan bahasa kebangsaan lebih sesuai jika ia berbentuk irama traditional tapi dimanakah komposer muzik tradisonal?

Penggunaan bahasa pasar dalam lagu rap bukanlah satu benda yang wajib, tapi ia perlu supaya pendengar lebih senang menghayati masej yang sedang cuba disampaikan dalam sesebuah lagu rap.

Jadi kalau ada yang merasakan rap pasar ini perosak bahasa, cuba berkomunikasi di rumah/tempat kerja tanpa menggunakan bahasa pasar. Tengok sama ada kawan korang boleh hayati tak apa yang korang nak cakap. 

p/s: PC aku masih sakit jadi aktiviti blogging agak terhad buat masa ini. 

Regards,,
-Strider-

Thursday, December 26, 2013

#1321 - Johan As'sari : Dulu Cinta, Sekarang Kawan

Hye Readers,


Sepanjang aku kat Johor Baru banyak pulak cerita-cerita best yang keluar. Antara salah satu berita yang menarik perhatian aku ialah berita tentang Johan As'ari yang dilaporkan putus cinta dengan Lana Nordin. Ia dikatakan berpunca daripada keluar Johan yang tidak merestui perhubungan mereka. klik sini

Tapi kenyataan Johan As'ari yang mengatakan yang dia tak pernh menganggap Lana Nordin sebagai kekasih dan hanya kawan biasa yang rapat sebenarnya agak melampau laa..Jom tengok kenyataan Johan sebelum ini dan terbaru..

Johan As'ari statement end of November
- Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.

Johan As'ari statement end of December 
- Johan As’ari berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan biasa yang rapat dengan dirinya.

Kebodohan Johan As'ari juga terserlah dengan statement macam ini sebab aku rasa korang pun setuju kalau aku kata belum pernah ada kawan biasa main-main lamar korang kan??Tapi dalam statement berasingan Lana Nordin redha dengan apa yang terjadi.

Dia juga boleh menjangka benda-benda macam ini berlaku sebab apabila dilamar selepas berkenalan selama 3 hari, dia memberi peluang kepada Johan untuk menunaikan janji-janji manisnya tetapi sayangnya dia mengalah selepas sebulan.

Regards,
-Strider-

Saturday, December 14, 2013

1302 - Perkembangan Sebenar NFA Untuk Kes Adi Putra

Hye Readers,


Semalam Adi Putra telah mengumumkan dalam satu sidang media yang beliau bebas daripada pertuduhan beliau terhadap berkaitan skandal beliau baru baru ini yang dikatakan melibatkan Noraida Abd. Mutalib yang juga seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor selepas polis mengklasifikasikan kes skandal beliau sebagai No Further Action (NFA)

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra menegaskan yang kes ini sudah selesai dan tidak ada kene mengena lagi dengan dirinya selain meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal ini.

Di dalam sidang media berlainan, Suami kepada wanita tersebut, Amiruddin Othman mendakwa pegawai penyiasat kes ini iaitu Inspektor Fergie anak Din adalah tidak telus dan berat sebelah. Gambar yang ditunjukkan oleh Amiruddin di atas menunjukkan bahawa Adi Putra telah bertemu dengan pegawai tersebut.


Melalui akbar mStar Online Peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut dan mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baru

Hasil daripada comparing beberapa artikel baru aku tahu melalui ondscene.my yang tindakan NFA diambil ke atas Adi Putra adalah kerana pegawai peyiasat kes terbabit mendapati terdapat unsur "Suka Sama Suka" dalam kes tersebut. 


Tapi dalam banyak-banyak gambar sidang media mereka berdua gambar dari Oh Bulan yang nie paling win sekali...hahaha..Jangan kata Adi Putra jer, kebanyakkan lelaki akan terpikir nak "try" kalau Noraida pakai macam tu. Mungkin ade asasnya juga laporan pegawai penyiasat tersebut.

Namun masing-masing ade hak untuk mempertahankan kes mereka. Selagi ia tak melanggar undang-undang, i think Amiruddin has the right to defend her wife, walaupun mungkin isterinya juga turut bersalah dalam hal ini. Aku suka berpegang kepada ayat "it take two to tango" dalam kes-kes macam ini.

Untuk next entry aku akan give a better perspective mengenai kenaikkan tambang LRT & Monorel yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Aku tahu ramai yang tak setuju dengan kenaikkan itu tetapi.....tunggu jer laa nanti aku cerita.

Regards,
-Strider- 

Sunday, December 8, 2013

#1293 - United State of Pop 2013

Hye Readers,

Bagi mereka yang meminati muzik, pernah tak korang dengar lagu mash up United State op Pop DJ Earworm?? Lagu mash up ini merupakan koleksi lagu-lagu hit sepanjang tahun yang di mix oleh DJ Earworm. Sebenarnya DJ Earworm telah memulakan koleksi mash up sebegini sejak dari tahun 2007 lagi.

United State op Pop untuk tahun 2013 telah pun keluar dan sebanyak 25 lagu telah di mash up oleh DJ Earworm. Jom kita dengar mash up untuk 2013



Sebanyak 25 lagi telah dipilih untuk di muatkan menjadi mash up ini dan antaranya ialah :-

Avicii feat. Aloe Blacc – Wake Me Up
Bruno Mars – When I Was Your Man
Capital Cities – Safe & Sound
Daft Punk feat. Pharrell Williams – Get Lucky
Eminem feat. Rihanna – The Monster
Florida Georgia Line feat. Nelly – Cruise
Imagine Dragons – Radioactive
Imagine Dragons – Demons
Jay-Z feat. Justin Timberlake – Holy Grail
Justin Timberlake – Mirrors
Justin Timberlake feat. Jay-Z – Suit & Tie
Katy Perry – Roar
Lady Gaga – Applause
Lorde – Royals
Macklemore & Ryan Lewis feat. Ray Dalton – Can’t Hold Us
Macklemore & Ryan Lewis feat. Wanz – Thrift Shop
Miley Cyrus – Wrecking Ball
Miley Cyrus – We Can’t Stop
OneRepublic – Counting Stars
P!nk feat. Nate Ruess – Just Give Me A Reason
Rihanna – Stay
Robin Thicke feat. Pharrell & T.I. – Blurred Lines
Swedish House Mafia feat. John Martin – Don’t You Worry Child
Taylor Swift – I Knew You Were Trouble
Will.I.Am feat. Britney Spears – Scream And Shout

Jadi itu laa entry aku untuk kali ini..Kepada mereka yang mereka yang teringin nak dengar mash up untuk tahun-tahun yang lepas, sila klik link dibawah.


Enjoy the weekend. Okay laa, aku pun nak spend time sikit masa untuk BW sebelum pergi makan tengah hari. Dah pukul 2.00pm and tengah hari pun aku tak makan lagi.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 5, 2013

#1286 - Kehebatan Lana Nordin

Hye Readers,

Pic Credit: Roti Kaya
Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri kan? Begitu juga dengan diriku. Apa yang aku bakal tulis bukan bersifat untuk menjatuhkan artis yang diberi nama Lana Nordin ini cuma masih terkejut bagaimana dalam masa 3 hari dia mampu memikat hati Johan As'ari sehingga Johan mengambil keputusan untuk mengahwininya.

Aku ade berbincang dengan rakan-rakan tentang isu ini dan jika "Jodoh" dijadikan alasan, aku mengaku kalah kerana jodoh itu ketentuan tuhan. Aku rasa Lana Nordin sudah pasti mengetahui yang Johan As'ari menpunyai kekasih (Shila Amzah) yang sedang bekerja di China dan tidakkah dia terpikir apa yang bakal dialami oleh Shila atas tindakkanya itu?

Aku bukan bercerita atas tajuk cinta tapi lebih kepada moral. Adakah ia merupakan satu moral yang baik untuk seseorang itu bertemu dengan kekasih orang dan kemudianuya mengambil masa 3 hari untuk menerima lamaran tanpa memikirkan benda-benda yang lain di sekeliling.

Apa -apa pun jika betul Johan As'ari mampu untuk mengubah diri Lana menjadi insan yang lebih baik seperti yang dinyatakan olehnya (klik sini) maka tahniah kepada Johan As'ari. Teteapi jika tiada perubahan yang berlaku selepas Lana bersama Johan ini bermakna Lana seorang gadis yang hebat kerana mampu menundukkan lelaki dalam masa 3 hari sahaja.

p/s: Penampilan Lana di Anugerah Skrin tempoh hari merupakan satu benda yang positif.

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 4, 2013

#1282 - Erma Fatima Bayar Saman Guna Duit Syiling

Hye Readers,

Kali ini aku nak cerita sedikit hal dunia hiburan kita. Kalau korang masih ingat, dulu syarikat Samsung pernah membayar saman kepada Apple berjumlah USD 1 billon. Cara mereka membayar saman ialah dengan menghantar 30 truck yang diisi dengan wang 5sen.

Kini scenario yang sama berlaku apabila Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatima yang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.

Cdt Picture : Roti Kaya
Sekitar bulan Julai lalu, aktres jelita, Rabecca Nur Al-Islam telah menang kes saman produksi milik pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd kerana mendakwa syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu.

Aku tidak berpihak kepada sesiapa dalam kes ini sebab aku tidak begitu mengikuti perkembangan kes ini, Apa-apa pun cara Erma Fatima membayar saman ini agak pelik jugak dan jarang orang buat,

Regards,
-Strider-

Friday, November 29, 2013

#1277 - Kisah Johan As'ari & Lana Nordin

Hye Readers,



Berita mengenai Johan As’ari yang melamar Lana Nordin baru-baru ini sedang hangat diperkatakan. Ada yang menerima keputusan Johan As'ari untuk berkhawin dan ada pula yang tak suka. Johan dalam satu kenyataan yang dipetik media berkata dia yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

Johan As'ari meyifatkan Lana sebagai seorang yang sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Johan sendiri sebenarnya terkejut, Mungkin tiga hari terlampau awal untuknya menyelami hati seseorang. tetapi Johan As'ari yakin cinta mereka akan terus bersemi selepas kahwin”

Lana pula berkata yang dia nampak ketulusan hati Johan As'ari. Walaupun terkejut, dan sebak apabila Johan As'ari menyatakan alasan mahu menjadikannya isteri. "Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan” jelas Lana Nordin

Aku harap agar mereka dua bahagia dengan pilihan yang telah dibuat. Mungkin ini satu petanda yang baik untuk Lana Nordin berubah setelah aku berjaya membongkar "Identiti Sebenar Lana Nordin" tak lama dahulu.

Regards,
-Strider-

Sumber


AUTO PUBLISHED ENTRY


Monday, November 25, 2013

#1264 - Zed Zaidi Mencuci Tahi Orang

Hye Readers,



"Saya ibarat mencuci tahi orang lain". Itu merupakan luahan hati Zed Zaidi terhadap isu jawatan Presiden yang ditarik balik oleh mahkamah baru-baru ini (klik sini). Menurut Zed Zaidi, kesilapan kepimpinan Seniman sebelum ini menyebabkan berlakunya kemelut ini. 

Menurut berita yang aku baca dari Beautiful Nara, kenyataan Zed Zaidi itu diambil ketika Zed Zaidi tampil bersama lebih kurang 50 orang ahli Seniman yang lain di Finas untuk menjelaskan isu tersebut.Sebelum ini Seniman adalah di bawah kepimpinan Harun Salim Bachik.


Berikut merupakan antara petikan kenyataan Zed Zaidi yang aku baca melalui Beautiful Nara:-

*Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya. Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya

Aku tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mencuci tahu tersebut.Tapi memang aku tak dinafikan sejak dia memegang jawatan Timbalan Presiden Seniman lagi memang banyak isu diutarakan. Ade yang aku tidak setuju seperti isu cermin gelap untuk kereta artis (klik sini)

Tapi ade juga isu yang bagus dibangkitkan oleh Zed Zaidi nie seperti isu meminta Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) agar mendedahkan kemasukan artis-artis dari luar negara benar-benar mengikuti peraturan yang sah di negara ini. (klik sini)

Apa-apa pun aku harap Zed Zaidi tabah menerima keputusan mahkamah baru-baru ini dan jika para-para arits di bawah Seniman fikir dia layak untuk memegang jawatan sudah pasti mereka akan memilih semula Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman

Regards,
-Strider-

Saturday, November 23, 2013

#1259 - Hot Fm Penipu & Penjelasan Dari Hot FM

Hye Reader,

Malam semalam stesen radio no 1 Malaysia Hot FM telah mencetuskan satu kontroversi gara-gara peraduan melalui twitter Hot FM Sejuta yang menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah. Sebenarnya apa yang terjadi? Berikut merupakan kronologi kes tersebut.

Pemenang berjaya menjawab dalam masa 60 saat.

1. HOT FM buat contest

2. So ada budak ni dapat menjawab soalan yang diberikan tapi ia bercanggah dengan jawapan yang ade di wikipedia tentang tarikh Hot FM mulakan siaran.

3. Issue bertambah panas apabila akaun twitter account pemenang tu baru create 3 hari yg lepas, so peminat yang lain merasakan bahawa akaun  tebabit adalah FAKE dan orang-orang HotFM saja create akaun tu.

4. Tu yang kecoh tak tentu pasal sampai trending #HotFMPenipu

Ini pula penjelasan rasmi dari pihak Hot FM yang dipetik melalui laman web rasminya.

Click to Enlarge

Hot FM menjelaskan yang mereka menajalani ujian transmisi pada 15 Januari hingga 5 Februari 2006 dan mula bersiaran secara rasmi pada 6 Februari 2006. Untuk makluman wikipedia menyenaraikan tarikh siaran rasmi Hot.fm pada 5 Febuari 2006.

Tipu atau tidak tiada siapa dapat mengesahkan kerana seriously, siapa ingat tarikh Hot FM mula beroperasi. Apa yang pasti peraduan ini telah mencalarkan sedikit reputasi Hot Fm berdasarkan tweet peminat Hot FM yang aku baca.

Regards,
-Strider-