Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

#1484 - Conjuring 2 Lebih Seram

Hye Readers,

Selepas kejayaan dalam filem Conjuring yang ditayangkan pada 2013, peminat filem seram pasti menantikan sekuel kedua filem tersebut yang akan ditayangkan pada 9hb Jun 2016. Filem sekuel terbaru ini masih berdasarkan kes sebenar yang dalam fail Ed dan Lorraine Warren.

Filem Conjuring 2 ini mengisahkan Ed dan Lorraine Warren yang terbang ke London bagi membantu seorang ibu tunggal menyelesaikan misteri anaknya yang dirasuk makhluk halus. Walaupun hanya seorang daripada anaknya Janet 11, yang diganggu makhluk halus namun seluruh anggota keluarganya menderita akibat daripada kes ini.

Antara gangguan yang diterima oleh Janet ialah apabila dia secara tiba tiba sedar yang badanya terapung. Selain daripada Janet, adik beradiknya yang lain juga seperti Margaret, 12 tahun, Johnny, 10 tahun, and Billy, 7 tahun turut mengalami gangguan namun kebanyakkanya berbentuk bunyi bunyian.

Sebenarnya ada beberapa lagi babak yang dianggap menarik dan ianya tunjukkan melalui trailer filem tersebut. Memandangkan bukan semua yang membaca ini merupakan peminat cerita seram jadi aku memberi pilihan kepada korang. Kalau nak tengok sipnosis filem tersebut atau nak tahu part mana yang seram korang boleh (klik sini)

Regards,
-Stider-

Wednesday, June 11, 2014

#1431 - Movie Review : Blended

Hye Readers,



First of all terima kasih kepada pihak Nuffnang yang memberikan aku 2 keping ticket untuk preview screening filem Blended yang bertempat di TGV One Utama semalam. Where do i start? best..best dan sangat best sebenarnya cerita ini. 

Basically cerita ini mengisahkan Jim yang merupakan seorang duda anak tiga (semua perempuan) dan Lauren seorang janda anak dua (semua lelaki) yang jatuh cinta secara tak sengaja ketika sedang bercuti dengan keluarga masing-masing di Afrika Selatan.

Cerita ini sangat kelakar dari permulaan cerita sehingga habis sampaikan aku pun krem mulut sebab ketawa sambil mengunyah pop-corn. Walaupun cerita ini merupakan cerita komedi namun cerita ini mempunyai pengajaran yang tersendiri especially kepada single parent dan semua parent diluar sana.

Konsep kekeluargaan menjadi elemen utama cerita ini walaupun pada awalnya aku menganggap bahawa elemen cinta akan menjadi elemen utama. Pendek kata cerita ini mengisahkan bagaimana 2 keluarga ini "blended" dan akhirnya menjadi satu family yang bahagia.

Walaupun aku anggap cerita ini best dan sangat kelakar namun aku harus nasihatkan yang viewers desecration is advised kerana terdapat beberapa lawak/scene dirty jokes dalam filem ini. Namun bagi aku ia adalah perkara biasa bagi adult viewers.

So far, aku rasa movie ini merupakan antara movie romantic comedy yang terbaik aku pernah tengok dan aku amat sarankan korang tengok dekat wayang.Untuk movie ini rating yang aku berikan ialah 9/10 dan sebenarnya aku sanggup untuk membayar tiket dan meyaksikannya filem ini buat kali kedua.

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 4, 2014

#1424 - Filem Review : Abang Long Fadil

Hye Readers,



Lama dah rasanya aku tak update blog ini. Lately aku busy skit dengan ada satu projek yang bakal dijalankan. Insyallah kalau jadi nanti aku update laa kat sini. 2 Hari lepas aku sempat pergi menonton cerita Abang Long Fadil iaitu filem terbaru Syafiq Yusuf yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusof.

Sebelum ini, aku mendapat mix review mengenai filem ini, ada yang kata its a good movie dan ada juga yang kata filem ini mengarut.So lepas menonton sendiri aku pun tak tahu nak tulis macam mana sebab ada kekuatan dan ada juga kekurangan dalam filem ini.



Filem ini merupakan kesinambungan dari filem cerita KL Gangster dan ia mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil ketika sahabat baiknya Malik berada di dalam penjara.. Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani .

Kampung Berani adalah satu kawasan di kampung di tengah tengah Kuala Lumpur yang itu dipegang oleh seorang gangster besar yang tidak diketahui identitinya . Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil untuk menakluk Kampung Berani. Jadi aku akan share kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam filem ini mengikut pendapat peribadi aku.

Kekuatan pada filem ini adalah pada CGi yang digunakan. Banyak jugak babak CGi yang nampak agak real pada mata aku, In fact kalau compare dengan CGi filem-filem tempatan aku rasa ini yg terbaik aku pernah saksikan walaupun ade few yang nampak kartun.


Dari segi jalan cerita pulak, still not bad bagi aku sebab ia lebih menekankan kepada konflik nilai kekeluargaan dan juga persahabatan. Filem ini sebenarnya adalah filem yang 80% lawak dari awal sampai habis, jadi jangan letakkan harapan untuk menonton secara serius.

Kelemahan filem ini pula adalah pada lawaknya, Aku tak paham kenapa orang cakap citer tu kelakar sangat. Adakah mereka tak tengok Maharajalawak Mega ataupun expectation aku terhadap lawak dah semakin tinggi. Ada satu scene tu secara tiba-tiba ada babak Bohsia, KL Drift, Gerak Khas dan babak-babak filem skop production. dan scene tu takde kena mengena dengan cerita.


Kelemahan lain dalam filem ini ialah  Zizan terlampau banyak sangat bercakap dengan penonton sampaikan kadang-kadang rasa annoying dan juga watak tambahan yang sangat kaku dan ntah apa-apa. Casting pun agak teruk kerana antara watak Zizan, Emaknya dan adik perempuanya tak nampak macam satu family. Aku rasa mereka patut gunakan muka awek yang muka melayu sebab zizan dan mak dia langsung tak nampak muka Pan Asian.

Secara keseluruhan cerita ini agak okay laa, Kalau aku diminta untuk menonton kali kedua pun, ia mungkin sebab pelawaan dari rakan ataupun sebab kebanyakkan shooting yang dilakukan di Kampung Berani itu ialah di Kampung Baru..

Tahniah diucapkan kepada Syafiq Yusuf kerana berjaya membawa sedikit perubahan dalam industri perfileman Malaysia. Jika kemunculannya filem pertamanya (SAM) dia cuba membawa sesuatu yang agak berat, tetapi pada kemunculan buat kali keduanya ini membawa sesuatu yang berunsur komedi dan mudah untuk difahami kepada penonton tempatan yang malas berfikir..hahaha

Regards,
-Strider-

Thursday, May 22, 2014

1417 - Filem Tempatan Tidak Berkualiti

Hye Readers,


Lama gak aku tak buat cerita based on Nuffang punya keywords so, tadi aku pergi laa check today punya keyword kat nuffnang. Dalam banyak banyak keywords, ada satu yang menarik perhatian aku disitu. Adakah filem tempatan tidak berkualiti?

Sku pernah membuat entry mengenai drama/filem tempatan yang tidak mempunyai kekuatan (Klik Sini). Korang boleh untuk tidak bersetuju dengan aku dalam hal ini tapi sebenarnya, inilah pendapat peribadi aku. Filem/Drama tempatan bagi aku memang kurang berkualiti dan aku tak sentuh bab-bab teknikal. Ini hanyalah gambaran umum dari luaran sahaja.

Kenapa aku kata ia kurang berkualiti? Kerana filem melayu sangat streotype sebenarnya. Filem yang paling senang untuk dijual ialah filem Cinta dan juga Lawak jenaka. Aku rasa ampir 80% filem dan drama zaman moden ini menggunakan elemen cinta ataupun lawak yang berlebihan dalam filem mereka.

Sebenarnya banyak lagi filem tempatan yang berkualiti cuma kurang diketengahkan dan kurang mendapat sambutan. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin kerasa penonton filem tempatan begitu selesa dengan jalan-jalan cerita Cinta dan Lawak ini sehingga mereka susah untuk menerima idea dan konsep baru.

So, itu jer laa pendapat aku mengenai industri perfileman kita sekarang. Please be advice yang pendapat ini merupakan pendapat peribadi aku yang tak semestinya betul. In a meantime, korang ada terpikir tak citer tempatan yang best tapi tanpa ada elemen cinta & lawak yang keterlaluan?

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 4, 2014

#1369 - Kualiti Filem Tempatan.

Hye Readers,

Kalau semalam aku tulis pasal bila, hari ini aku tulis pasal filem pulak. Aku bukan seorang yang dari industri perfileman atau hiburan. Aku juga bukan pengkritik filem tapi apa yang bakal aku taip ini adalah 100% daripada pendapat aku sendiri sebagai seorang pengguna yang membayar tiket untuk menonton filem tempatan.

Apakah kualiti filem tempatan sekarang bagus dan berbaloi dengan harga yang korang bayar? Adakah korang rasa puas menonton filem setelah mengeluarkan purata RM13-RM15 setiap kali menonton filem di wayang? Jawapan aku sebenarnya lebih berat kepada tidak.


Mengapa ini terjadi? Adakah ia berpunca daripada penerbit-penerbit yang mengeluarkan filem yang tidak berkualiti atau masyarakat sendiri mahukan filem yang kurang berkualiti. Apa yang aku tengok sekarang ada beberapa faktor yang menjadikan filem itu box office walaupun filem itu sebenarnya tidak mempunyai kualiti yang bagus.

Populariti Pelakon
- Populariti pelakon sentiasa menjadi senjata utama kepada penerbit. Sebagai contoh, Filem Kongsi (2011) lakonan Shaheizy Sam berjaya mencatat kutipan RM 8.09 juta walaupun filem itu mendapat review yang negetif dari pengkritik tempatan. Seriously aku sendiri rasa tak berbaloi menonton filem itu di wayang. Begitu juga dengan filem Hantu Bonceng (2011) yang berjaya mengutip RM 8.53 juta dengan hanya menjual populariti Zizan walaupun cerita itu mempunyai jalan cerita yang teruk.

Genre Cerita
- Ini merupakan salah satu eleman yang penting dalam menjual filem. Adakah korang tahu yang sehingga Mac 2013,  3 filem bercorak komedi berjaya menduduki carta top 5 kutipan filem tertinggi. Filem tersebut ialah Hantu Bonceng (2011) Ngangkung (2010) dan Kongsi (2011) manakala lagi 2 filem adalah filem bergenre aksi iaitu KL Gangster (2011) dan satu filem berunsur cinta iaitu Ombak Rindu (2011)

Itu merupakan antara 2 eleman yang membuatkan sesebuah filem itu mendapat kutipan tinggi di Malaysia. Elemen-elemen lain seperti jalan cerita, teknik penjanaan imej berkomputer (CGI), populariti pengarah dan lain-lain merupakan elemen tambahan sahaja kerana tanpa ada 2 elemen di atas tak mungkin sesebuah filem boleh mendapat kutipan yang tinggi.

Sebenarnya bila aku tengok kutipan filem daripada website FINAS aku pun pelik dengan carta yang ditunjukkan (klik sini). Bagi aku ada filem yang berkualiti tapi tak mampu mencapai kutipan yang tinggi. Tapi itu semua subjektif dan bergantung kepada majority penonton. Penerbit akan sentiasa menghasilkan filem mengikut kehendak penonton supaya mereka mendapat kutipan yang tinggi.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 12, 2013

#1297 - Justin Bieber Gantikan Paul Walker Dalam Fast & Furious 7

Hye Readers,


Adakah Justin Bieber akn menjadi pengganti Paul Walker dalam  filem Fast and Furious 7  yang akan datang? Itu antara apa yang aku baca di beberapa media Hollywood (klik sini). Universal Studio sedang meneliti shot yang pernah dilakukan oleh Paul Walker dan masih mencari di scene yang mana mereka harus mematikan character Brian O'Connor

Justin Bieber juga dilaporkan mendapat sokongan dari rakanya Ludacris yang merupakan salah satu daripada pelakon FF7. Walaupun aku rasa Justin Bieber sudah nampak lebih matang sekarang tetapi aku tidak yakin tentang isu ini. 


Sebuah thriller palsu mengenai FF7 juga telah tersebar dimana ia menampilkan Justin Bieber didalam itu. Mengikut laporan Hollywood Life video tersebut telah dibuat sebelum kematian Paul Walker yang menguatkan lagi khabar angin ini. Video ini juga telah dimuatnaik pada 2 Julai 2013 iaitu 4 bulan sebelum Paul Walker menemui ajal.



Secara jujurnya aku tak tahu sejauh mana kemampuan Justin Bieber dalam bidang lakonan ini. Setakat ini masih tidak ketahui adakah Justin Bieber akan membawa watak Brian O'Connor atau dia akan melakonkan watak baru. Aku rasa kalau dapat pun dia elok jadi watak adik Brian O'Connor.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa yang layak untuk gantikan watak Brian O'Connor ini. Hopefullt Universal Studio akan mematikan watak terbabit dan menggantikan dengan watak yang lain. Watak Brian O'Connor itu memang susah diganti.

So bagi mereka yang minat filem nie, adakan pemilihan Justin Bieber itu sesuai??kalau tak siapa agaknya yang sesuai untuk membawa watak sebagai seorang pelumba haram ini?

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 10, 2013

#1295 - Review Filem: Captain Philips

Hye Readers,



Alhamdulillah berakhir sudah training aku selama 2 hari bermula hari isnin yang lepas. Facilitator dia agak menarik kerana pernah bekerja dengan Sunway dan MAS, so banyak jugak laa aku belajar macam mana Sunway naik dan kenapa performance MAS semakin menurun.



Entry aku kali ini adalah untuk memenuhi hajat bro SM Botak kita yang mintak aku review filem Captain Philip yang aku tengok last weekend. So aku akan review sikit pasal filem ini berdasarkan pendapat aku.

Aku rasa tak perlu aku cerita pasal sinopsis dia sebab info tu berlambak dalam internet. Tapi secara ringkasnya filem ini mengisahkan tentang usaha menyelamat Captain Philip yang telah diculik oleh lanun Somalia ketika berada di tengah lautan.

Captain Philip ini merupakan sebuah cerita "true event" dimana kejadian itu benar-benar berlaku dan diceritakan semula.Basically 90% cerita ini dekat atas laut tetapi disebabkan citernya diolah dengan baik maka cerita ini tidak memboringkan.

Lakonan Tom Hanks dalam cerita ini amat baik sekali, dan aku rasa ini memang watak-watak yang sesuai denganya. Satu sebab kenapa korang kena tengok cerita ini adalah sebab korang kena tahu betapa susahnya nak menyelamatkan nyawa seseorang ditangan 4 orang lanun.

Kalau dalam cerita-cerita lain Navy Seal nie senang jer nak tembak orang, tapi disebabkan ia merupakan kisah benar jadi mereka kena cerita betapa payahnya sebenar usaha itu. Tidak senang seperti yang kita tengok dalam filem-filem Hollywood lain.

So far citer ini menarik untuk korang tengok. Kalau korang meminati lakonan Tom Hanks aku rasa korang mungkin tidak kecewa. Bagi aku filem ini best walaupun ade cerita lakonan Tom Hanks yang bagi aku tak best seperti Castaway. 


p/s: Aku ade sponsor hadiah giveaway untuk korang. kalau nak tau sila klik sini

Regards,
-Strider-

Saturday, December 7, 2013

#1292 - Nasib Fast & Furious 7

Hye Readers,

Paul Walker, Fast & Furious
Paul Walker (1973 - 2013)
Baru baru ini kita ade menerima berita tentang kemalangan jalanraya yang dialami oleh Paul Walker yang juga merupakan watak utama dalam  series Fast & Furious. Kemalangan tersebut telah meragut nyawanya dan juga seorang rakannya.

Bagi peminat filem Fast & Furious macam aku nie, korang mesti tahu yang filem itu masih dalam pengambaraan dan dijadual untuk ditayangkan sekitar tahun hadapan. Tapi apa yang berlaku selepas ini terhadap filem itu apabila teraju utamanya sudah tiada.

Menurut laman web Paultan. Produksi Fast & Furious telah dihentikan sehingga satu tempoh yang tidak dinyatakan. Universal Studio,krew penerbit, para pelakon dan sesiapa yang terlibat telah mengambil keputusan untuk menyokong keluarga Paul Walker dalam mengharungi situasi yang sukar sekarang ini.

Pada masa ini Universal Studio merasakan ia adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghentikan pengambaran Fast & Furious 7 untuk satu tempoh masa supaya mereka boleh menilai semua pilihan yang ada selepas ini.

Fast & Furious 7

Segala maklumat akan dikemas kini dan disampaikan kepada semua peminat Fast & Furious.Buat masa sekarang, nampaknya skrip cerita tersebut perlu diolah tetapi pihak produksi masih belum mengetahui sejauh mana ia akan diolah. Secara jujurnya aku tak tahu adakan F&F7 akan sama lagi selepas ketiadaan Paul Walker.

So itu sahaja perkembangan pasal filem Fast & Furious 7 yang aku boleh cerita kat korang. Mungkin cerita ini akan ditunda tayanganya dari 2014 ke 2015. Ade sesiapa peminat cerita Fast & Furious kat sini?

Regards,
-Strider-

Saturday, November 23, 2013

#1260 - Review Filem: Kisah Paling Gangster

Hye Readers,


Minggu lepas aku sempat untuk menonton wayang bertajuk "Kisah Paling Gangster" lakonan Shaheizy Sam.. Kalau tengok dari poster cerita ini macam best jugak untuk ditonton.Jadi sebelum aku bagi personal personal review aku meh baca dulu sikit pasal sipnosis cerita ini.

Remy (Shaheizy Sam)seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar..

Sebenarnya bagi aku cerita ini kurang kemas walaupun idea untuk filem ini menarik. Filem ini tidak terlalu serius dan ade part kelakar. Aku rasa the best part bagi filem ini adalah pada part kelakar sahaja. Dari segi kesan bunyi memang tak masuk akal langsung,

Jalan penceritaan yang dipaparkan sedikit berterabur.Walaupun filem ini mengandungi unsur "twist" di penghujung cerita tapi aku tidak dapat menghayati sepenuhnya. Nasib baik para pelakon dalam cerita ini dapat menghayati watak yang diberi..

Overall kalau korang rasa tak ada movie nak tengok, cerita ini boleh laa dijadikan sebagai salah satu pilihan. Walaupun teruk tapi aku pernah tengok filem yang lebih teruk dari ini.

Rating: 2.7/5

Regards,
-Strider-

Saturday, November 16, 2013

#1250 - Kontroversi Filem Laga

Hye Readers,



Pertama sekali maff kalau ade diantara korang menganggap imej diatas menggangu. Sebenarnya itu merupakan sebahagian daripada adegan intim antara Marsha & Wan Hanafi Su dalam f filem Laga yang akan ditayangkan pada Januari 2014.

Mengikut apa yang aku baca pengarah filem tersebut iaitu Ismail Yaacob menjelaskan Adegan tersebut bukan dibuat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita. 

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri". - Ismail Yaacob

Persoalanya perlu ke adegan simbolik kasih sayang yang kuat antara suami isteri di intepretasikan sebegitu? Kasih sayang suami isteri bukan sekadar seks semata tapi ia lebih dari itu. Jika itu yang cuba ditonjolkan dalam filem melayu maknya filem kita dan Holywood tidak jauh beza (adegan panas jer laa)

Aku tak tahu sejauh mana Lembaga Penapisan Filem akan menapis filem ini dan apa pula klasifikasinya. Kita hanya tunggu la sehingga filem ini di tayang kelak.

p/s: Ini merupakan auto published entry..Once aku dapat inernet connection insyallah aku akan mengjeguk blog korang. Have a nice weekend.

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 6, 2013

#1227 - Dirasuk Ketika Menonton Filem Highland Tower

Hye Readers,

Baru-baru ini aku ade buat entry bertajuk Review Filem Highland Tower yang diterbitkan oleh MIG Production. Itu merupakan personal review aku dan hari ini satu video telah dimuat naik di youtube dimana seorang wanita dikatakan telah dirasuk ketika menonton filem ini (Klik Sini).

Footage ini juga telah dimuatnaik melalui page Vyrec di facebook dan kalau ko tanya aku memang aku akan kata benda ini hanya sekadar promosi. Bukan niat nak menjatuhkan filem tempatan tetapi just nak bagi clear picture kepada penonton. Jadi mari kita tengok beberapa komen menarik yang aku amik dari page Vyrec.

Komen dari facebook
Persoalan aku kali ini bukan nak memburukkan filem ini tapi aku lebih nak mendapatkan feedback dari korang. Sejauh mana kepercayaan korang terhadap insiden ini? Makhluk halus memang wujud dan tak dinafikan tetapi adakah dengan menonton filem yang let say real footage, adakah ia mampu merasuk diri orang yang menonton.

Pihak MIG memberi nasihat supaya mereka yang lemah supaya tidak nenonton filem ini tetapi nasihat aku jika korang percaya kepada Allah s.w.t maka, teruskan la menonton jika aku tak rasa real footage memberi kesan terhadap diri anda kerana aku telah menoton banyak filem seram yang mendakwa menggunakan real footage.

Regards,
-Strider

Monday, October 28, 2013

#1200 - Filem Review : The Reluctant Fundamentalist

Hye Readers,

The Reluctant FundamentalistFilem The Reluctant Fundamentalist ini merupakan salah satu filem GSC International Film. Aku tak berapa sure nak describe ketegori yang macam mana tapi berdasarkan daripada website GSC, Filem International Screen ini merupakan filem-filem non mainstream yang memenangi beberapa anugerah.

Filem ini dibintangi oleh pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Riz Ahmed (Changez) , Kate  Hudson (erica) , Liev Schreiber (Bobby)  dan Kiefer Sutherland (Jim Cross). I mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki muslim yang berubah selepas kejadian 9/11 yang melanda Amerika Syarikat.

Filem ini teknik frame iaitu berkisarkan suatu petang di sebuah kedai kopi di Lahore Pakistan antara Changez dan seorang wartawan bernama Bobby. 

Changez telah dituduh terlibat dalam satu kes penculikan seorang pensyarah sebuah Universiti di Lahore. 80% cerita ini berkisarkan flash back tentang kehidupan Changez dalam usaha wartawan itu mendapatkan maklumat mengenai pernculikan tersebut.

Overall cerita ini not bad dan agak menarik, bergantung kepada genre filem yang korang suka. Jalan ceritanya tidak terlalu berat dan tidak terlalu straight forward. Kepada mereka yang rasa nak tengok korang boleh ke pawagam GSC Mid Valley, 1 Utama, Gurney Plaza and Pavilion kerana International screen hanya ditayangkan di tempat tersebut.

Regards,,
-Strider-

Saturday, October 12, 2013

#1279 -Review Filem Longkai

Hye Readers,



Pertama kali aku tengok thriller cerita longkai ini ialah pada pari aku pergi tengok pra tonton filem Lagenda Budak Hostel. Penuh dengan aksi padat mengingatkan aku pada filem KL Gangster.

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang penarik kereta. Jalan cerita dia aku rasa okay dah best la tapi ia sedikit mengecewakan kerana kekurangan aksi seperti yang aku harapkan.

Tapi nasib baik mutu lakonan pelakon dalam filem nie tak membosankan. Overall cerita nie okay jer la da masih berbaloi kalau nak ditonton.mungkin expectation aku terhadap movie tinggi kot.

Regards,
- Strider -

posted from Bloggeroid

Thursday, October 10, 2013

#1175 - Klasifikasi KL Gangster 2

Hye Readers,

First of all biar aku tekan yang sebagai seorang yang dewasa dan meminati filem aksi , aku suka dengan filem KL Gangster ini. Aku rasa cerita kali ini lebih bagus dari yang dulu dan walaupun ade yang tak suka cerita ini itu terpulang kepada mereka. Yang penting semuanya bermula disini......

Aku tak perasan sangat tentang Klasifikasi filem ini sehingga terbaca kes Sharifah Amani bergaduh dengan Syamsul Yosof di twitter baru baru ini.(Klik Sini)  Sharifah Amani seakan tidak bersetuju dengan klasifikasi filem KL Gangster 2 iaitu PG13 dan bukannya 18 tahun ke atas.


Aku faham apa yang cuba disampaikan oleh Amani tu walaupun ade yang beranggapan cara dia itu tidak sesuai atau pun over. Tapi aku setuju dengan Amani kerana filem ini tidak sesuai dengan remaja terutamanya pelajar sekolah kerana ia mereka mudah terpengaruh.

Aku takut remaja akan salah anggap tentang masej cerita ini dan berpendapat Its okay to join gangster kalau niat yang baik seperti membantu keluarga and berhenti sebelum tertangkap. Betulkan jika silap, tapi setahu aku niat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun tujuan kita yang baik tapi kalau salah ia tetap salah.

Mungkin benda-benda macam ini yang pihak FINAS terlepas pandang. Tapi overall its a good movie dan dari segi bahasa dan lakonan tu aku tak nak comment laaa. Kalau gangster berborak guna perkataan " saya" dan "awak" nanti aku pulak yang tak nak tengok.

Ini bukan isu cerita KL gangster sahaja tapi merujuk kepada overall citer aksi tempatan. Next week MIG akan release cerita "Longkai" yang berkisarkan kehidupan mereka yang berkerja dengan "Tow Truck". Aku nak tengok jugak apa Klasifikasi cerita itu.

Okay laa, itu jer yang aku nak cerita dengan korang semua. Anak buah aku yang tengah sekolah pun aku tak bagi tengok cerita ini tapi kalau mereka curi-curi tengok memang tak boleh nak buat apa laa. Cuma aku harap lepas ini FINAS akan lebih peka time bagi rating dan bukan merujuk kepada aksi sahaja.

Regards,
-Strider-


Monday, September 2, 2013

#1133 - Blogger Bunuh Filem Melayu

Hye Readers,

Last entry aku ade posting pasal filem "Tanda Putera" yang sedang ditayangkan di pawagam. Walaupun ade yang mintak aku ulas apa kontroversi filem tu tapi aku rasa aku tak nak tulis la sebab kontroversi dia lebih bersifat political. Tapi kalau nak tau google search jer " Kontroversi Tanda Putera dan macam-macam link tersedia untuk dibaca,



Kali ini aku nak cerita pasal filem melayu lagi, dan sikap para blogger yang suka membunuh filem melayu. Apa yang aku cuba sampaikan ialah blogger-blogger yang sedang hot menyebarkan link filem KL Gangster 2 yang sebenarnya belum lagi ditayangkan.

Walaupun mereka bukan upload dan hanya sekadar berkongsi link untuk filem tersebut tetapi mereka sebenarnya memberi ruang kepada orang lain untuk download filem tersebut. Tujuan mereka sangat mudah iaitu mendapatkan traffic yang tinggi untuk blog/web mereka.

Tindakkan mereka itu sebenarnya merugikan industri filem tempatan. Aku tak berapa kisah kalau orang nak share filem antarabangsa atau filem-filem lama yang mungkin sukar untuk didapati. Tapi untuk filem yang tempatan yang masih belum ditayangkan itu yang aku tak boleh terima.

So kalau ade kenal sesiapa yang share-share link untuk download filem melayu boleh boleh laa nasihat mereka berhenti. Kualiti atau tak, siapa lagi yang mahu menyokong filem tempatan kalau bukan kita sendiri..Betul tak??

Kalau nak tgk Premier KL Gangster 2 Klik Sini

Regards,
-Strider-

Friday, August 30, 2013

#1132 - Filem Tanda Putera " Epic Fails"

Hye Readers,

First sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua yang membaca posting ini. Sempena Hari Merdeka nie korang ade kibar Jalur Gemilang tak? Hari ini bukan aku nak cerita pasal Jalur Gemilang tapi cerita mengenai sebuah filem "Tanda Putera yang Mula ditayangkan semalam.

Aku ade terbaca kat Malaysian Insider yang filem Tanda Putera hanya merekod 12 orang penonton sahaja pada first screening mereka. Aku tatau laa benda nie normal atau filem kontroversi ini memang diboikot oleh ramai pihak.

Gambar dipetik dari Malaysian Insider
Tapi aku rasa ade sebab kenapa ia hanya merekod 12 penonton. Salah satunya adalah disebabkan jumlah tersebut diambil sewaktu tayangan pada hari Khamis jam 11 pagi..Mungkin tidak ramai yang berpeluang untuk menonton filem itu pada waktu berkenaan.

Aku juga ade terjumpa kat FB tentang "epic fails" tanda putera seperti gambar yang korang tengok dibawah nie. Ade sesetengahnya agak kejam kalau kita kritik sebab smoke detector dan CCTV tu tak kan nak suh krew produksi tanggalkan semata-mata nak shoot filem nie kan??

Sumber dari FB
Tapi ade beberapa memang boleh dielakkan seperti gambar yang dipertuan agong, kereta iswara yang diletakkan di tepi jalan..itu semua boleh diperbaiki untuk menjadikan filem ini lebih real.So kepada yang berkesempatan nak tengok kat wayang nanti pergi laa tengok filem ni..

Ini bukan review filem dan sejujurnya aku sendiri tak begitu teruja untuk menonton filem ini. Tapi disebabkan kontroversi filem ini aku rasa kalau ada masa terluang mungkin aku akan pergi menonton filem nie..Korang plak bagaimana??Minat filem sejarah macam ini???

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 12, 2013

#1099 - Yusof Haslam Ambil Kesempatan Kes Lahad Datu

Hye Readers,

Gambar dari Astro Awani
Semalam aku ada baca kat Astro Awani mengenai cerita Yusof Haslam yang ingin menerbitkan kisah pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu..Yusof Haslam sebenarnya memang terkenal dengan menerbitkan cerita-cerita pasal kepolisan seperti Gerak Khas dan Roda Roda Kuala Lumpur.

Aku juga tahu cerita nie akan menceritakan pahit maung pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara cuma aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk Yusuf Haslam untuk mengumumkan tentang rancangannya itu..

Ini kerana Kes di Lahad Datu ini masih belum selesai sepenuhnya dan tindakanya itu ibarat ingin mengambil kesempatan terhadap is Lahad Datu yang sedang hangat diperkatakan.Tapi mungkin juga dia ade sebab tertentu kenapa dia umumkan tentang rancanganya itu..Entah laa, kita tunggu jer laa perkembangan selanjutnya nanti

Regards,
-Strider-

Friday, May 4, 2012

Chow Kit Tak Ada Climax

Hye Readers,


Semalam aku pergi menonton filem Chow Kit dekat Midvalley..Since cerita melayu apa salahnya support..Chow Kit tu pun sebelah Kg Baru jer..hehehe..Habis jer movie member aku okay laa not bad..citer dia macam ala-ala art gitu..cerita atas cerita..

Tapi bagi aku tak best langsung...Aku tak paham ape motif dan visi yang cuba disampaikan melalui cerita tu...Plot cerita dia tak berkembang langsung..Isu yang cuba dicungkil tak abis-abis pasal kemiskinan, dadah, pelacuran, rogol...

Bagi aku banyak lagi isu boleh diketengahkan dalam cerita Chow Kit nie..Orang kat Chow Kit nie bukan semua jahat-jahat belaka..Ade je budak2 chowkit yang aku kenal dan berjaya dalam hidup...hehe..Mungkin expectation aku terhadap cerita nie tinggi kot...

Tapi yang penting cerita nie takde climax..So bagi korang yang sukakan cerita yang ade climax cerita ini mungkin akan membosankan diri korang..Patut laa dalam wayang semalam orang tak ramai..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Sunday, April 1, 2012

Menjual Bakat Zizan Semata-Mata

Hye Readers,



Dah 2 hari aku tak update entry since isu pasal lagu Bawaku Pergi..Actually ade benda aku nak cerita tapi biar laa dulu..Benda aku nak cerita tu bukan ade kene mengena sangat pun..hehehe..This weekend jadual aku agak sibuk..Dengan ade kenduri khawin, kakak aku nak pindah so this weekend entry aku update tak banyak..

Tapi semalam aku sempat gak gi tengok wayang kat Midvalley..Cerita Jangan Pandang-Pandang..Seriously walaupun berulang kali thriller dia aku tengok ia tak menarik minat aku untuk tengok..Since dah tak ada cerita lain plus ade member yang aku yang minat zizan aku follow jer laa...Zizan pun not bad..mesti lawak cerita dia..

Jangkaan aku tak meleset..cerita dia memang lawak especially zizan yang memang dah terkenal dengan lawak tapi jalan cerita hancur berderai..Aku sikit pun tak paham motif misi dan visi cerita tu..Jalan cerita macam korang tengok drama kat Astro Ceria (611)...

Filem tu nampak sangat nak menjual bakat zizan semata-mata..Aku tak tau laa kot2 cerita tu memang saje nak test market Zizan atau nak tengok sejauh mana Zizan boleh berlakon filem sebagai watak utama..pendek kata out of 5 start aku leh bagi 1 1/2 jer..itu pun banyak kat lakonan Zizan...

Tapi itu ikut taste aku laa..taste orang lain mungkin berbeza..So, kalau korang tak tengok lagi cerita tu masih ade kat pawagam lagi..sampai bila tu aku tak sure..so that all for now..malam nanti kalau sempat aku update satu lagi entry.. :)

Regards,
-Strider-

Sunday, March 18, 2012

Bunohan Gagal??

Hye Readers,

Bila cakap pasal filem aku rasa benda yang paling penting adalah promosi..tanpa promosi yang baik aku rasa itu adalah punca kenapa sesebuah filem tu gagal..Korang pernah dengar citer tentang Bunohan??Pernah tengok iklan dia kat TV,,Pernah terpikir kenapa nak kena tengok??


Kalau jawapan korang tak bermaksud ape yang aku cakap tadi partly betul..Aku pernah terpikir nak tengok cerita nie tapi terlupa plak nak tengok..Maybe esok lusa aku pergi laa pawagam tengok sebab lepas konterversi Bunohan (Klik Sini) dulu teringin gak nak tengok..betul ke best citer nie??

Mengikut apa yang aku baca kat Roti Kaya 2 hari lepas..Filem nie hanya berjaya mengutip RM330,000 untuk 6 hari tayangan..Bunohan masih jauh dari angka kos pembikinan filem penuh seni ini, RM1.81 juta..Tapi memandangkan orang kata filem ini lain dari yang lain apa kata kita saksikan di pawagam..

Regards,
-Strider-