Selepas beberapa hari tak update rasa rindu makin kuat pulak dekat blog nie..Kepada sesiapa yang tahu last week aku bertolakke bangkok dengan hajat untuk mencari shopping laa konon...Tapi trip aku tu rupanya jatuh pada Tahun Baru untuk rakyat Thailand or lebih dikenali sebagai perayaan Songkran.
Songkran Water Festival adalah satu perayaan dimana orang Thai menyambutnya dengan menyimbah air antara satu sama lain. Perayaan ini juga merupakan salah satu perayaan yang penting kerana selain dari cuti umum, ramai juga rakyat thai yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan ini bersama keluarga.
So, sepanjang 3 hari aku disana kebanyakkan kedai kat sana tutup dan sekaligus menutup nafsu aku untuk bershopping...Dah laa kat sana susah nak cari kedai yang jual barang lelaki, bila 50% kedai tutup korang bayangkan laa macam mana susah aku nak barang kan???
But it was a good journey sebab itu merupakan pertama kali aku berada di bangkok dan perayaaan Songkran nie something yang different. Aku igtkan dorang main simbah-simbah air ini di tempat tertentu jer tapi jangkaan aku memang meleset.
Almost setiap jalan ade jer orang simbah air..Aku sampai dah tak terkira berapa kali aku kena simbah dengan air..Tapi aku tak berdiam diri kerana selepas setengah hari kena simbah aku pun pergi beli water gun dan memulakan peperangan air dengan rakyat thai...
Seriously rakyat Thai memang sporting bab-bab simbah air nie sebab one of them tak marah bila kena simbah..Even yang tengah otw pergi keje/class/ etc pun hanya senyum bila kitaorang tembak air ke arah mereka.
Disebabkan time tu penggunaan air terlalu banyak dan mostly bila keluar aku akan basaah jadi aku tak bawak pun camera keluar dari hotel untuk bergambar but incase kalau korang nak tau macam mana situasi Songkran Water Festival tu, aku attach beberapa keping gmbar yang aku dpt dari internet.
![]() |
| Jabatan BOMBA mereka pun turut memeriahkan suasana |
![]() |
| Mat saleh memang suka pesta-pesta macam nie. |
![]() |
| Senyum jer kena simbah |
![]() |
| Simbah Air tahap takde hati.. |
![]() |
| Acara simbah bersar besaran macam |
So thats all for now...Nanti aku akan update lagi cerita pasal Bangkok nie...Hari ini aku ingat nak concentrate dengan BW blog kawan-kawan yang dah lama tak singgah..Kepada yang dah follow blog Downtown aku tu thanks a lot..kepada yang belum lagi sila laa (Klik Sini) yaaa..
Sekian Terima Kasih,
Attention Iexa: since i cant access ur blog because its been private, so which one should i go coz i forget ur other blog address..Let me know yaa.. hehe :D
Regards
-Strider-






