Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Monday, April 21, 2014

#1397 - Kastam Perang Rokok Seludup

Hye Readers,

First sekali bagi mereka yang baca previous entry aku, mostly kandungan dalam entry itu adalah benar cuma ada beberapa ayat dan fakta yang sengaja diperbesar besarkan untuk menjadikan cerita itu lebih sedap untuk dibaca. Maklumlah, aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa...

Okay, now we go to the next topic, bagi mereka yang mempunyai account 8Share atau Say.my mesti korang aware yang sekarang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang memerangi kes rokok seludup yang semakin lama semakin berleluasa. (Klik Sini)

JKDM juga telah mengisytiharkan 2014 sebagai tahun memerangi Rokok Haram dengan pelancaran Kempen Ops Outlet Pada 6 Mac Lalu. Ia juga dilancarkan dengan sasaran untuk mematahkan rangkaian penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok haram dengan menumpukan kepada peniaga serta peruncit

Aku menyokong sepenuhnya kempen untuk memerangi kes penyeludupan rokok haram ini cuma aku rasa JKDM sepatutnya menyasarkan kepada pengedar rokok terbabit dan bukan hanya sekadar peruncit dan peniaga sahaja.


Aku tak nafikan yang penjual serta peruncit memang merupakan golongan yang paling mudah untuk diberkas namun bagi ia tidak mencukupi kerana jika ada peniaga yang ditangkap, maka akan ada peniaga yang lain timbul kerana pengedar akan terus memerlukan peruncit/peniaga yang baru bagi menjual rokok seledup milik mereka.

Oleh itu, in my humble opinion, gerakkan memerangi rokok seludup ini harus dijalan hingga ke peringkat akar umbi, termasuk membuat siasatan jika ada segelintir penguatkuasa JKDM yang menyalahgunakan kuasa mereka dalam membantu penyeludupan rokok haram ini.

Sebagai rakyat pula, sudah menjadi tanggungjwab kita untuk melaporkan jika kita tahu ada sebarang aktiviti penjualan rokok seludup di kawasan sekitar kita. Sampai sini sahaja laa, serba sedikit mengenai kes rokok seludup ini. Kalau korang nak baca lanjut mengenai apa rancangan KDRM dan liku-liku yang mereka hadapi ketika memerangi rokok seludup itu, korang boleh baca kat Sini

p/s: Kepada yang ada facebook mintak tolong korang Like Strider Buzz okay tak? Thanks kepada yang dah like..Nanti kalau ade topik kita berdiskusi di sana. :D

Regards,
-Strider-

Friday, April 11, 2014

1387 - Dua Anggota Polis Ditembak Penjenyah

Hye Readers,


Dua orang anggota polis yang sedang menjalankan tugas telah di tembak oleh 2 orang penjenayah dalam satu kejadian pada jam 11 pagi tadi, Anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki yang bertatu 'Harimau' di Lembah Maju, Ampang.

Anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan. Lelaki yang menaiki motorsikal Yamaha LC 135 itu memberhentikan motorsikalnya untuk diperiksa oleh kedua-dua anggota polis tersebut. Ketika itu datang pula seorang lagi lelaki berbaju kemeja kelabu dan berseluar jeans biru sambil memegang topi keledar.

Apabila lelaki tersebut mendapati rakannya itu sedang diperiksa oleh polis, lelaki kedua itu kemudian bertindak cuba melarikan diri dan kedua-dua anggota polis berkenaan cuba mengejar suspek. Dalam usaha untuk menahan lelaki berkenaan, berlaku satu pergelutan dimana 2 das tembakkan dilepaskan ke arah anggota polis tersebut.

Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis. Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran. 


Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu dan mengikut maklumat terkini pihak polis telah pun mengedarkan gambar suspek (seperti diatas) kepada pihak media

Berikut meupakan gambar-gambar kejadian yang aku ambil dari sini.







Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diatas, anda diminta untuk melaporkanya di balai polis berhampiran..Aku harap semoga anggota polis tersebut akan cepat sembuh dan penjenayah ini dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.

Credit: Harian Metro

Regards,
-Strider-

Friday, February 7, 2014

#1353 - Along Simbah Cat Merah Pada Bank

Hye Readers,


Simbah cat berwarna merah sinonim dengan amaran yang selalu dikeluarkan oleh Along jika ada peminjamnya yang tidak membayar kembali duit yang dipinjam. Tapi apa kes pulak jika Bank disimbah cat merah? Adakah bank juga meminjam duit dari Along?

Kejadian yang berlaku di ipoh ni sebenarnya berlaku apabila Along gagal mengenal pasti sasaranya. Mula-mula aku baca agak kelakar gak laa. Ini mesti kerja-kerja Along yang tak berpengalaman. Menurut berita yang aku baca, Dua lelaki dipercayai  Along mahu menyimbah cat merah ke premis sebuah syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan.

Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran bank sebelum dua lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank walaupun sasaranya adalah syarikat yang bersebelahan dengan bank tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Aku rasa Along tu mesti kena marah ngan bos dia lepas mereka baca berita ini.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 19, 2013

#1317 - 4 Pengkhianat Malaysia Diberkas

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca berita kat NST tentang rampasan dadah yang dilakukan oleh polis Pulau Pinang yang bernilai lebih dari RM 200K dalam 2 serbuan berasingan. Ini bukan rampasan yang pertama dilakukan oleh pihak polis dan aku tak tahu berapa ratus kali polis harus lakukan operasi sebegini.

Untuk makluman Malaysia merupakan salah satu pusat transit yang popular untuk kegiatan dadah di asia tenggara ini (klik sini)Tetapi segala usaha untuk memerangi dadah itu ibarat sia-sia jika masih ada pengkhianat negara masih bebas melakukan apa saja.

Pengkhianat yang aku sebutkan ini ialah 4 pegawai Jabatan Kastam yang merupakan antara 11 orang yang ditangkap kerana didakwa terbabit dalam dua sindiket antarabangsa yang diseludup RM14 juta dadah ke Malaysia. Itu merupakan berita NST bertarikh semalam. (klik sini)



Sebagai rakyat jangan pula kita salahkan Jabatan Kastam kerana mereka ini hanyalah sebilangan kecil pegawai yang telah melanggar ikrar mereka sebagai seorang penguatkuasa? Kadang-kadang aku pelik apa yang mendorong mereka untuk melakukan kerja sebegini?

Ini merupakan satu tindakan yang patut dipuji kerana jika meraka tidak diberkas, kejayaan polis membenteras kegiatan dadah secara domestik tidak membawa makna kerana bekalan dadah itu akan terus masuk melalui pintu-pintu negara yang dah dibeli.

Syabas diucapkan kepada anggota PDRM dan Jabatan Kastam Negara yang terlibat dengan serbuan terbabit. Ini menunjukkan bahawa rakyat masih boleh bergantung kepada pasukan keselamatan negara dalam usaha menyekat kemasukkan dadah di dalam negara ini.

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 18, 2013

#1313 - Pendatang Asing Serang Polis

Hye Readers,

Mula-mula aku baca berita ini aku pun kurang percaya. Nampaknya pendatang semakin berani sampai polis pun mereka nak serang. kejadian ini berlaku di Betong, Sarawak apabila sekumpulan pendatang asing menyerang anggota polis yang datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk.


Menurut laporan Metro dalam kejadian itu, seorang anggota polis berkenaan dipercayai telah tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri. Difahamkan pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan dan Pasukan Gerakkan Am (PGA) telah dikerah ke lokasi untuk mengawal keadaan.

Aku sendiri tak paham macam mana mereka yang mencari rezeki di bumi Malaysia nie terpikir nak serang anggota polis guna parang. Adakah mereka ingat anggota polis Malaysia ini pakai chota?

Regards,
-Strider-

Thursday, November 28, 2013

#1271 - Mencuri Kerana Terdesak

Hye Readers,



“Saya mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kerana terdesak, selain dianiayai rakan. Itu merupakan pengakuan oleh seorang lelaki yang di dapati bersalah oleh Mahkamah kerana mencuri. Berita tersebut disiarkan oleh Sinar Harian

Tertuduh mengaku bersalah telah mencuri satu unit Sony PS2 Console-controller; satu unit Xbox 360 slim 4 GB Console-controller; satu unit WII-GS-Korea WII Game set Korea VER Console-WIImote-Nunc; satu unit TV LCD Samsung 32 inci dan dua unit Government integrated Radio Network (GIRN) milik pejabat Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di Jalan Air Jernih.

Apa yang membuatkan aku pelik, tiada satu pun barang yang dicuri itu menunjukkan dia terdesak. Jika dia dianiaya oleh rakan itu lebih sesuai. Aku pernah terbaca tentang seorang lelaki yang terpaksa mencuri susu formula kerana terdesak dan bagi aku, itu adalah tindakkan yang terdesak.

Terdesak atau tidak, mencuri itu tetap salah. Kalau kita mempunyai masalah, kita sepatutnya meminta pertolongan dari orang lain daripada mencari jalan senang dengan mencuri. Hopefully, tertuduh berasa menyesal dengan tindakkannya dan tidak mengulanginya lagi...

Regards,
-Strider-

Thursday, November 21, 2013

#1255 - Penipuan Kerja Dari Rumah.

Hye Reader,

Dengan keadaan ekonomi seperti sekarang sudah pasti ramai di antara kita yang mencari pendapatan sampingan. Kerja dari rumah merupakan salah satu pekerjaan yang semakin popular kerana ia boleh dilakukan dari rumah disamping masa yang di gunakan adalah flexibel.

Sebenarnya bukan semua jenis pekerjaan dari rumah yang menipu. Masih terdapat kerja dari rumah yang beroperasi secara jujur tapi kita harus berhati hati dengan tawaran yang diberikan. Berikut merupakan modus operandi dan nasihat dari PDRM tentang penipuan kerja dari rumah.


Modus Operandi
1. Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk menarik perhatian mangsa
2. Suspek menggunakan alamat palsu / tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan
3. Orang yang tertarik boleh terus hubungi syarikat terbabit melalui telefon bimbit atau SMS
4. Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk mengirimkan borang pendaftaran
5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos
6. Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem
7. Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri

Nasihat polis
1. Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS
2. Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia
3. Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4. Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan

Kegiatan ini merupakan teknik penipuan oleh sindiket untuk menjerat mangsa yang ingin mencari rezeki sampingan, suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga dan individu yang mudah tertarik dengan tawaran lumayan.Oleh itu kepada mereka yang berminat untuk mencari pendapatan melalui kerja dari rumah anda dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Regards,
-Strider-

Monday, November 11, 2013

#1238 - Misi Mencari Joeomar Omar

Hye Readers,

Dikehendaki oleh pihak Polis
Semalam hasil maklumat orang awam serta intipan pihak polis telah berjaya memberkas Ardi Hamzah yang merupakan suspek utama kes pembunuhan pegawai Ambank. Hari ini akhbar-akhbar utama pula melaporkan yang pihak polis sedang mencari lagi seorang suspek yang bersubahat dengan Ardi Hamzah.

Identiti suspek kedua itu adalah Joeomar Omar (gambar) dan melalui apa yang aku baca dari blog Mazidul, suspek menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Osman bin Salleh (840713-12-5207) dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad yang digunakan tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan Mazidul juga berjaya mendapatkan maklumat dan gambar supek melalui laman FB miliknya,Status facebooknya juga tidak dikemaskini sejak 23 Oktober iaitu tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati.

Menurut laporan, Joemar yang juga warganegara Indonesia disyaki menyimpan wang hasil rompakan itu dan juga merupakan dalang bagi kes romapakkan tersebut.,

Jadi marilah kita bersama-sama membantu pihak polis dalam mengesan suspek kedua ini kerana kita tidak tahu apa yang sanggup dilakukan demi untuk menyelamatkan diri. Jika anda terlibat kelibat suspek, sila hubungi balai polis berdekatan.

Regards,
-Strider-

Sunday, November 10, 2013

#1234 - Pembunuh Pegawai Ambank Diberkas.

Hye Readers,



Pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek pembunuh pegawai bank yang dikehendaki polis bagi kes rompakan tersebut telah berjaya diberkas di Johor Bharu, awal pagi tadi.

Mengikut laporan rasmi PDRM, Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013

Suspek yang menggunakan kad pengenalan palsu bernama Ardi Hamzah itu telah berjaya melarikan wang sebanyak RM450.000 dari bank berkenaan. Syabas diucapkan kepada PDRM atas tangkapan tersebut dan semoga suspek menerima hukuman yang setimpal atas perbuatanya.

Regards,
-Strider-

Saturday, November 9, 2013

#1232 - Penculikkan Bayi Berusia 20 Bulan Di Bangsar

Hye Readers,

Freddie Diculik Pada Petang Jumaat
Petang tadi telah berlaku satu kes penculikkan yang melibatkan seorang kanak-kanak  ketika berada di rumahnya yang terletak di Jalan Terasek Bangsar. Seorang guru bahasa Sarah Joseph  38, mendakwa seorang lelaki telah menceroboh rumah mereka lalu melarikan anaknya.

Mengikut rakan keluarga mangsa lelaki itu telah meyerbu masuk rumah sarah dan melarikan anaknya Freddie yang berumur 20 bulan. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 6.20 petang. Pada ketika itu Sarah sedang makan malam di "porch" rumahnya.

Lelaki tersebut telah masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat tersebut lalu mengambil Freddie daripada kerusinya. Lelaki tersebut kemudiannya berlari keluar dari rumah dan menaiki sebuah kereta Toyota Camry berwarna putih, yang hanya dapat dikenal pasti dengan nombor plat BKP 48xx.

Menurut dari laporan yang aku baca, kelibat telaki tersebut mula dikesan pada pukul 6 petang melalui CCTV rumah jiran mangsa. Lebih kurang pukul 6.20 kereta Toyota tersebut berhenti sebelum seorang lelaki keluar dan memakai cermin mata serta "baseball cap" sebelum dia masuk mengambil Freedie.

Penculik juga dikatakan lebih dari 2 orang kerana terdapat seorang lagi lelaki yang berada dalam kereta tersebut untuk membuka pintu ketika penculik dan bayi tersebut menaiki kereta. Sarah hanya mampu berlari sambil menjerit "pulangkan anak saya"

Dua pejalan kaki yang terserempak  kemudian pergi untuk membantunya dan berjaya menarik Freddie separuh daripada kereta. Bagaimanapun, penculik tersebut itu keluar dari kereta dan mengancam mereka dengan parang sebelum melarikan diri..

Sarah yang juga merupakan seorang expatriate (warga asing yang menetap di Malaysia) dikatakan telah berpisah dengan suaminya dan masih dalam keadaan trauma untuk menjawab soalan dari media. Apa-apa pun aku harap agar kes ini dapat diselesaikan oleh pihak polis dalam masa terdekat.

Ramai antara rakan-rakan bloger aku yang sudah mempunyai anak sebaya atau mungkin lebih tua dari Freddie. Aku ingin mengingatkan supaya sentiasa kunci pintu rumah anda bagi mencegah kes-kes sebegini berlaku.

Aku tak tau sama kejadian itu telah dirancang atau kebetulan penculik itu sedang mencari mangsa lalu mendapat peluang. Tapi apa yang aku boleh bagi tau tak ramai menyangka kes macam ini boleh berlaku di situ kerana nak lari dari kawasan bangsar petang-petang macam tu bukan senang.

Sumber : The Star

Regards,
-Strider-

Thursday, October 24, 2013

#1196 - 2 Orang Maut Ditikam Oleh Penghantar Rokok.

Hye Readers,

2 pelajar maut ditikam
Credit : MyOndscene
Aku mula-mula baca maklumat mengenai kejadian di atas melalui twitter MyOndscene dan agak terkejut juga la. 2 hari lepas kita dikejutkan dengan "Cosmos Play Murder", semalam kejadian rompakan bank dan hari ini pelajar maut ditikam pula.

Akhbar Star melaporkan kejadian berlaku lebih kurang jam 11.20 tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. Suspek cuba melarikan diri dengan memandu van tersebut sebelum melanggar sebuah toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.

Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian dan telah berjaya ditahan oleh orang awam yang berada disekitar sementara menunggu ketibaan polis.

Berhati-hatilah dimana jua anda berada kerana jenayah sekarang berada dimana-mana tanpa mengira tempat dan masa.

Regards,
-Strider-

Thursday, September 12, 2013

#1145 - [TERKINI] Kes Tembak Menembak Di Tesco Melaka

Hye Readers,

Aku ade membaca laporan mengenai kejadian tembak menembak telah berlaku di Tesco Cheng Melaka Sekitar jam 9-10 pagi tadi,  diantara pasukan polis dan 3 orang penjenayah yang menaiki sebuah perodua Myvi. 

Setengah jam kemudian kedengaran bunyi ambulan yang berbegas ke lokasi kejadian untuk mengesahkan 3 orang penjenayah yang mati akibat terkena das tembakan  punca kejadian masih belum dikenalpasti namun khabar angin menyatakan ia berkait dengan kes anggota kongsi gelap.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku dapat.







Sumber: Cari

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 10, 2013

#1116 - Pembuli Yang Perasan Kuat

Hye Readers,



Korang ade perasan video tentang kes buli yang sedang viral di internet baru baru ini..Video itu jelas membuktikan dakwaaan sesetengah pihak yang pembuli nie sebenarnya datang dari golongan orang yang bodoh dan juga perasan kuat..

Kenapa aku cakap macam tu?Sebab yang pertama mereka agak bodoh kerana merakam aksi mereka tu dengan penuh bangga..Meaning dorang tak pernah terpikir apa akan terjadi dengan tindakan mereka itu disamping persepsi masyarakat terhadap kes buli ini.

Kedua, mereka tu perasan mereka kuat walaupun pada hakikatnya tak, walaupun pembuli cuba meniru beberapa gerakkan yang mereka tonton dalam filem namun gerakkan itu tak berhasil langsung sebab aku tengok budak yang kena pukul tu relax jer...Aku respect kat budak yang kena pukul tu.

Aku rasa budak yang kena pukul tu kalau melawan mesti semua pembuli pun berterabur lari..namun itu hanya pendapat peribadi aku berdasarkan maklumat yang aku dapat melalui blog khas (Klik Sini) yang ditujukan untuk pembuli nie.

Secara dasarya kalau tengok gambar dan detail mereka aku tak rasa mereka nie jahat/gangster sangat tapi mungkin terpengaruh dengan filem atau drama yang berunsurkan gangsterisme.Secara jujur aku pun pernah buli orang kat sekolah tapi tak pernah sampai memukul/mencederakan orang..Yes, aku menyesal bila terkenang balik.. :(

Sekian Terima Kasih,

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 20, 2013

#1105 - Dirogol atau Minta Dirogol?

Hye Readers,

Gambar Hiasan
2 hari lepas aku ada terbaca satu arikel menarik dekat sinar harian mengenai tajuk rogol..sebenarnya   setiap
kali aku baca pasal kes rogol nie aku suka tengok detail kejadian tu..Pada pendapat aku zaman sekarang ade 2 jenis kes rogol iaitu dirogol dan minta di rogol..

Definasi rogol adalah ialah satu bentuk jenayah serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa melakukan hubungan seksual tetapi untuk gadis bawah umur hubungan seks secara rela pun dianggap satu jenayah rogol..Berbalik kepada 2 jenis rogol tadi meh sini aku terangkan..

Dirogol:
- Contoh kes baru-baru ini apabila seorang pelancong diculik menaiki teksi dari Damansara dan dibawa ke satu tempat di Sepang..Mangsa memang tiada niat langsung untuk melakukan hubungan seks dengan mana-mana suspek.

Minta Dirogol:
-Kes nie terpencil tapi memang berlaku..Kebiasaan kes nie melibatkan mangsa yang suka ikut suspek yg baru dikenali, Ikut balik rumah, masuk dalam bilik, jumpa kat hotel..atau pendek kata mangsa yang memberi peluang kepada suspek untuk merogol...

Sebenarnya rogol ini merupakan satu jenayah yang memerlukan masa dan ruang yang tertentu...Kejadian rogol akan menjadi lebih senang untuk suspek jika mangsa memberi mereka peluang untuk merogol..Jadi, jangan bagi penjenayah nie masa dan ruang...

Akhir sekali aku jenis yang kurang percaya bab cara perempuan berpakaian antara punca utama mereka dirogol..Tempat kerja aku nie bersepah perempuan pakai seksi tapi tak pernah terlintas dalam hati aku untuk merogol mereka..tapi tak dinafikan ia mampu menaikkan nafsu seorang lelaki.

Regards,
-Strider-

Thursday, March 14, 2013

#1101 - Reputasi Teksi Malaysia Semakin Teruk

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Reputasi teksi Kuala Lumpur nampaknya semakin teruk dengan kes yang terbaru ini..Ia melibatkan seorang warganegara Amerika yang telah diculik, rompak dan dirogol oleh seorang pemandu teksi.,Mangsa diculik ketika menaiki teksi dari Mutiara Damansara dan bawa sehingga ke Sepang...

Sebenarnya reputasi teksi kat Kuala Lumpur boleh dikatakan teruk oleh mata dunia...Website London Cabs pernah menyenaraikan Malaysia sebagai top 10 dalam perkhidmatan teksi yang teruk.Website tu bukan laa mengambil statistic yang rasmi tapi lebih kepada guideline untuk pelancong.

Pada dasarnya apa yang mereka katakan memang terjadi kat sini seperti tidak menggunakan meter, suka ikut jalan yang jauh bagi mendapatkan bayaran lebih dan juga keadaan teksi Malaysia yang dikatakan telah uzur.

Aku harap agar penjenayah macam dapat diberkas kerana ia mampu membunuh pemandu teksi yang jujur dan amanah terhadap pekerjaan mereka. Kepada wanita diluar sana, berhati-hati lah sebelum menaiki  teksi..Kalau ade something yang mengcurigakan terus jer keluar dari teksi tu tanpa berfikir 2 kali.

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 12, 2013

#1098 - Bila Pelajar Ditipu

Hye Readers,

Mangsa Membuat Aduan (Credit Metro)
Setelah hampir 2-3 hari aku tak update blog, kini aku tampil nak share pendapat aku mengenai satu berita yang aku baca..Before this bukan aku tak nak update tapi disebabkan aku tiada masa yang lapang untuk update entry..hehehe

Hari ini, aku nak share ngan korang satu berita yang aku baca kat Metro tadi tentang seorang pelajar berumur 21 tahun yang telah ditipu secara online sebanyak Rm76,100...Satu jumlah yang banyak untuk seorang pelajar tapi macam mana dia boleh kena tipu??

Ini kerana dia percaya dengan tawaran penjualan iPhone 5 yang sangat murah iaitu bernilai Rm900 seunit..Tak cukup dengan seunit, dia pergi order sampai 75 unit hanya berdasarkan testimoni seorang kawanya yang berjaya membeli 10 telefon bimbit tersebut..

Aku tak paham kenapa dia perlu percaya dengan tawaran yang murah sebegitu??Memang tak dinafikan memang ade barangan yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah di luar negara tapi itu berlaloi kalau korang pergi sana beli dan bawak balik seunit untuk diguna pakai.

Aku sebenarnya rasa kesian apabila baca orang kena tipu macam nie tapi bila tengok orang kena tipu pasal benda-benda tak patut nie, tahap kesian aku tu kurang..mungkin sebab aku nampak tiada keperluan untuk seorang pelajar menggunakan Iphone 5 tu..

Ini merupakan satu pengajaran yang berguna untuk pelajar tu dan kepada kita semua..jangan pernah jadikan satu kehendak tu sebagai satu keperluan kerana orang jahat akan sentiasa akan jadikan orang macam nie sebagai mangsa penipuan mereka.

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 19, 2013

#1071 - Rompak Depan Pondok Polis

Hye Readers,

BULATAN (kiri) menunjukkan pondok polis yang terletak bertentangan dengan kedai emas (kanan)
Pagi tadi aku ade baca berita yang jarang-jarang kita dengar...Berita tentang semua kedai emas yang dirompak hanya 20 meter dari sebuah pondok polis..mereka bertindak berani merompak dan melarikan tiga dulang berisi sejumlah rantai leher dianggarkan bernilai RM200,000 daripada sebuah kedai emas tersebut.

Mungkin perompak itu beranggapan yang "tempat yang paling bahaya adalah tempat yang paling selamat" dan disebabkan itu mereka memilih untuk merompak kedai tersebut..nak salahkan anggota polis kat situ pun xboleh gak sebab takkan mereka nak monitor keadaan di luar 24 jam kan??

Apa-apa pun perompak telah pun mencabar kredibiliti polis dan aku harap pihak polis berjaya menangkap mereka secepat mungkin sebelum meka merompak lagi sekali..Zaman sekarang orang dah terdesak untuk hidup senang sehinggakan sanggup mengambil risiko sampai macam tu sekali...

Regards,
-Strider-

Monday, February 18, 2013

#1069 - Anda Mungkin Bunuh Diri

Hye Readers,



Setelah weekend yang busy minggu lepas tadi aku ada bw kat blog Jna...dia masih belum update entry baru lagi melainkan pengalaman dia dan orang bunuh diri..Kalau rasa nak baca (Klik Sini). Sebenarnya dari hari tu aku rasa nak update entry nie tapi tak sempat nak tulis..

Kita track back kes bunuh diri yang terbaru iaitu kat Times Square hari itu(Klik Sini) ...Rata-rata orang komen mesti kenapa harus bunuh diri hanya kerana cinta??Well, since mangsa dah meninggal dunia jadi kita tak akan tahu kenapa sebab sebenar dia terjun..

Tapi tahukah anda sebenarnya kes bunuh diri tak terjadi atas satu faktor tunggal..Dalam kebanyakkan kes bunuh diri, mangsa mempunyai pelbagai jenis masalah terkumpul yang berlaku serentak seperti putus cinta, masalah ekonomi, masalah berkaitan penyakit, masalah jenayah, mengelakkan rasa malu dan pelbagai lagi..

Apabila semua masalah diatas datang secara serentak dan mangsa sudah tidak mampu lagi berfikir, maka  mangsa akan berfikir yang bunuh diri mampu menyelesaikan masalah mereka..apa yang diperlukan mangsa  perlu ialah satu sebab sebagai pencetus untuk mereka membunuh diri..

Aku berpendapat putus cinta mampu menjadi pencetus sebab apabila timbul pelbagai masalah orang yang terakhir yang kita akan pergi adalah keluarga dan orang yang kita sayangi..Jika keluarga tidak mengendahkan tambahan orang yang kita sayang pun tinggalkan kita kepada siapa lagi nak mengadu nasib?

Oleh sebab itu jangan laa kita beranggapan kita tak akan membunuh diri akibat cinta kerana kita tak dapat meramal masa depan..Mungkin sesetengah orang boleh survive akibat ditinggalkan kekasih tapi kalau masalah yang bertimpa melanda diri, lepas tu kena tinggal plak dengan kekasih mungkin anda akan berfikir untuk menamatkan riyawat korang..

Dari segi agama yang islam sudah tentu tahu hukum hakamnya tetapi if im not mistaken, kristian dan yahudi juga melarang perbuatan membunuh diri ini..Moral of the story, selesaikan masalah anda satu persatu supaya korang tak tertekan suatu hari nanti dan mengambil tindakan tidak bermoral ini...

Regards,
-Strider-

Friday, January 4, 2013

#1018 - Menghukum Sebelum Didapati Bersalah

Hye Readers,

Gambar Tak Kena Mengena
Korang ade baca news pasal kes seorang budak berusia 13 yang didakwa cuba merogol seorang wanita baru-baru ini di sebuah stesen minyak.Kalau belumbaca korang leh baca news tu kat sini (Klik Sini). Apa yang aku nak tulis hari ini bukan citer balik apa yang terjadi tu tapi pasal respon pembaca dalam artikel tu.

Rata-rata ramai orang yang marah dengan perilaku budak tu..Bagus laa, ini menunjukkan rakyat malaysia perihatin. Tapi aku tengok ramai yang marah giler ngan budak nie tanpa memikirkan kronologi dan situasi cerita ini..Sebenarnya kes ini bukan straight away kes rogol.

Tanpa mendengar statement dari budak itu kita terus menghukumnya. Secara logik macam tak masuk akal budak 13 tahun nak merogol seorang wanita dewasa di tempat public tetapi bak kata seorang pembaca dalam artikel tu, "nafsu tak mengenal usia" dan aku setuju dengan statement tersebut.

Aku sebenarnya pun pelik gak bila wanita tesebut terus update kisah yang terjadi melalui status facebooknya kerana kebanyakkan wanita yang mengalami kes cubaan rogol nie biasanya akan trauma dan susah nak bercerita apatah lagi kepada public.

Apa yang aku cuba sampaikan ialah bukan niat aku nak membela budak lelaki tersebut tetapi kita tak seharusnya menghukumnya tanpa memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan diri. Biar polis siasat dan mahkamah menentukanya. Andaikata dia didapati bersalah baru laa kita boleh menghukumnya.

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 23, 2011

Dibuli, Dipukul Dan Dibogelkan..


Satu trio(bukan trio datuk2 tu yee) telah memukul, membogelkan dan memaksa seorang remaja berjalan di sekeliling  gelanggang tenis dengan berkeadaan telanjang satu malam di Singapura pada April tahun lepas.

Mereka juga membuat dia memakai seluar dalam di atas kepalanya sambil menjerit: 'Underwear King' dalam bahasa Mandarin.at least budak tu adagak gelaran king daripada dorang bertiga...perangai mengalahkan king kong..hahaha

Semua ini kegiatan ini telah dirakam pada salah satu daripada telefon bimbit penyerang.

Mangsa itu kemudian diperintahkan untuk menyerahkan S $800 (RM2, 000) malam seterusnya atau ketiga-tiga mereka akan datang selepas ini...

mangsa pun  pergi buat laporan polis dan akhirnya pada bulan Oktober, Ang QuanYang, Benson Lim Wei Sheng dan Edric Heng Yo Peng mengaku bersalah melakukan peras ugut di mahkamah daerah.

Pada hari Selasa lepas, Ang, 19, yang juga mengaku menyebabkan kecederaan, dan Lim, 20, dijatuhi hukuman latihan bersifat memperbaiki.yang aku rasa ringan gak laa utk kesalahan dia tu...

Ahli ketiga, Edric Heng Yi Peng, 18, ​​akan dihukum pada 17 Dis. Beliau menghadapi caj tambahan bagi menahan secara haram..(macam tahan org tanpa kuasa laa)..

Regards,
-Strider-