Friday, November 1, 2013

#1216 - Dimana Silapnya?

Hye Readers,

Gambar ini aku dapat melalui email yang dikirimkan oleh seorang kawan aku melalui group email. Jangan tanya dari dekat mana gambir ini diambil sebab kami pun tak tahu..Tapi boleh korang kesan dekat kat mana silapnya?



Kalau macam ini siapa nak disalahkan?

Regards,
-Strider-

#1215 - INTI Cycle 1 Degree Campaign

Hye Readers,



Alhamdulillah pagi tadi aku menerima lagi satu CPUV dari Nuffnang. Terima kasih yer Nuffnang untuk CPUV aku yang terbaru. CPUV aku yang sebelum ini merupakan INTI rebranding campaign. Bagi yang berminat untuk tengok sambung belajar di INTI University anda boleh (Klik Sini)

Kali ini INTI datang lagi dengan campaign terbaru mereka iaitu "INTI Cycle 1 Degree Campaign"  Untuk makluman korang INTI University ini ada menawarkan pengajian di dalam bidang yang berkaitan seperti Program Pra Universiti, Engineering, Art & Design, Komputer & IT, Program Law dan Hospitality.

Kalau korang berminat untuk mendaftar atau ade sedara mara/kawn/adik or sesiapa saja yang ingin menlanjutkan pelajaran, INTI University adalah salah satu daripada kolej yang menjadi pilihan. Inti University juga mempunyai kolej di Kuala Lumpur, Subang, Penang dan Sabah.

Terima kasih kepada  pihak INTI University dan Nuffang atas CPUV ini dan tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa meyokong aku sepanjang aku berblogging dari dulu sampai laa sekarang. 

Regards,
-Strider-

#1214 - Patuhi Etika Seorang Blogger

Hye Readers,



Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet (Klik Sini). Tapi artikel tersebut lebih kepada menyampaikan isu isu politik. Entry aku kali ini lebih bersifat general.

Bukan semua blogger adalah wartawan, jadi mereka tidak terikat dengan etika kewartawanan tetapi seorang blogger yang bertanggungjawab, mereka perlu mempunyai etika. Berikut merupakan beberapa etika yang aku rasa boleh dicontohi.

  • Tidak menerbitkan entry plagiat
  • Kenalpasti sumber rujukan korang. Pembaca korang berhak untuk mengetahui dari mana sumber yang anda dapat dan kesahihanya.
  • Memastikan semua entry yang diterbitkan tidak lari daripada cerita yang cuba disampaikan.
  • Jangan sekali-kali memutarbelitkan kandungan gambar tanpa mendedahkan apa yang telah berubah
  • Jangan terbitkan kandungan yang masih boleh diragui. Jika ingin menyampaikan berita yang diragui, pastikan pembaca korang tahu yang berita itu masih belum disahkan.
  • Menjadi lebih sensitif kepada mangsa/keluarga mangsa apabila menerbitkan mangsa yang terbabit dengan tragedi.
  • Bertanggungjawab terhadap artikel yang diterbitkan. Ini termasuk menukar semula artikel asal jika terdapat sebarang perubahan fakta.

Jika korang menerbitkan entry bersifat peribadi, aku rasa benda-benda diatas tidak mendatangkan masalah tetapi jika entry tersebut melibatkan penyebaran maklumat jadi aku rasa etika diatas patut dipatuhi supaya pembaca korang mendapat info yang tepat.

Ini bukan satu bentuk undang-undang blogger tetapi ia akan membentuk personaliti penulis. Adakah mahu dikenali sebagai blogger yang bertanggungjawab atau hanya sekadar blogger yang menyampaikan cerita panas tanpa fakta yang tepat. Pilihan di tangan anda.

Regards,
-Strider-