Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

#1450 - 5 Gambar Penceroboh Padang Sepanjang Piala Dunia 2014

Hye Readers,

Piala Dunia sememangnya menjadi perhatian dunia. Tak kira walau dimanapun ia diadakan pasti berjuta-juta mata akan tertumpu kepada kejohanan ini. Bagi sesetengah orang, ia juga merupakan satu masa tang terbaik untuk mendapat perhatian dunia, sama ada untuk diri sendiri mahupun tujuan lain.

Untuk kali ini sekali lagi aku akan share dengan korang semua gambar-gambar penceroboh padang (pitch invaders) sepanjang Piala Dunia 2014 yang bertempat di Brazil ini.


Pemain Ghana mengiringi seorang penonton keluar dari padang ketika perlawan menentang  Jerman di Caselao Arena Fortaleza pada 21 Jun 2014



Tidak diketahui apa yang diperkatakan oleh penonton itu tetapi pemain Perancis Olivier Giroud kelihatan ketawa apa seorang penonton ditangkap oleh Marshall ketika pertemuan dengan Switzerland 20 June 2014



Muller meminta seorang penonton meninggalkan padang ketika perlawanan bertemu Amerika Syarikat



Steward berjaya menangkap seorang peminat ketika perlawanan suku akhir diantara Brazil dan Colombia pada 4 Julai 2014


Seorang peminat diiring keluar dari padang ketika perlawanan antara pasukan Jerman bertemu Algeria

Itu adalah 5 gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Piala Dunia ini. Untuk perlawanan final nanti masih tidak diketahui ada tak lagi peminat yang buat perangai nak masuk padang. Tapi apa yang penting mereka telah menjadi tumpuan buat sementara waktu ketika Piala Dunia.

Regards,
-Strider-

Tuesday, April 15, 2014

#1389 - Harga Sekeping Gambar

Hye Readers,

Famous gak entry aku pasal harga sebuah tudung yang aku post sebelum ini. Macam-macam pandangan aku dapat baca and aku rasa semuanya tak salah pun.Lain orang lain pendapat mereka dan walaupun kita tak bersependapat tapi kita kena respect juga pandangan orang lain.

Kali ini aku nak cerita harga mengenai sebuah gambar pulak. Ada yang suka bergambar dan ada juga yang tak suka. Ada yang suka mengambil gambar orang dan tak kurang juga yang mengambil gambar sendiri. (Selfie)



Selain daripada sentimental value, sebenarnya sesebuah gambar mempunyai harganya yang tersendiri. Kebiasaany, lagi lama tempoh gambar itu diambil lagi tinggi nilainya dan juga ia bergantung kepada subjek dan senario gambar itu.

Begitu juga dengan gambar kita sendiri, Thanks to Alliance Memory Keeper kini gambar-gambar lama anda ketika di tadika mempunyai harganya yang tersendiri. Kepada mereka yang berminat untuk tahu bagaimana gambar lama-lama anda boleh menjadi berharga anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di website Alliance Memory Keeper

INFO: Sebagai salah seorang sponsor saya ingin menjemput anda semua untuk menyertai GA yang dijalankan oleh Diana Rashid. More info (klik sini)

Regards,
-Strider-

Friday, November 1, 2013

#1216 - Dimana Silapnya?

Hye Readers,

Gambar ini aku dapat melalui email yang dikirimkan oleh seorang kawan aku melalui group email. Jangan tanya dari dekat mana gambir ini diambil sebab kami pun tak tahu..Tapi boleh korang kesan dekat kat mana silapnya?



Kalau macam ini siapa nak disalahkan?

Regards,
-Strider-

Monday, September 30, 2013

#1159 - 10 Gambar Bersejarah di Dunia

Hye Readers,

10 gambar yang merupakan peristiwa sejarah dalam kehidupan manusia.

1. Pada tahun 1956 binatang mula digunakan sebagai satu kaedah terapi.



2. Seorang gadis bermain dengan anak patung setelah rumahnya hancur akibat letupan bom pada 1940 di London



3. Seorang askar berkongsi sebijik pisang bersama seekor gambang ketika perang Saipan 1944



4. Seekor chimpanzi bergambar apabila berjaya pulang selepas melaksanakan misi angkasa lepas pada tahun 1961



5. Ujian terhadap baju kalis peluru pertama dilakukan pada tahun 1923



6. Walter Yoe merupakan manusia pertama yang menjalankan pembedahan plastik.



7. Seorang ibu malu apabila gambarnya diambil, Dia cuba untuk menjual anaknya pada tahun 1948 di Chicago.


8. Inilah hasilnya apabila Sweeden menukarkan aliran trafik dari kiri ke kanan pada 3 September 1967.



9.  Seorang kanak-kanak menerima sepasang kasut baru ketika perang dunia kedua



10. Seorang gadis Evelyn McHale terjun dari tingkat 83 bangunan Empire State dan mendarat diatas sebuah kereta milik UN pada tahun 1947


Ingin mencipta sejarah untuk diri anda sendiri? Klik Sini

Regards,
-Strider-

Friday, September 20, 2013

#1148 - Ular Guni Buruk Dijumpai

Hye Readers,



Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam. Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Itu merupakan apa yang aku baca kat forum CARI tadi..tapi lepas beberapa lama aku dipahamkan yang ia merupakan sejenis ular yang dikenali sebagai "Ular Guni Buruk". Sudah la nama buruk, rupa pun buruk kesian aku tengok dia.

Maaf laa yer, kalau image yang aku post nie menggangu korang, bukan apa binatang macam nie memang rare..sepanjang umur hidup aku 1st time aku dengar pasal binatang nie..Al maklum laaa, budak bandar laa katakan..hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, February 25, 2013

#1079 - Autoshow at Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Dah dua hari aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang update..Bukan sebab malas tulis atau tak ada idea tapi sebab ade commitment lain..Malam minggu yang lepas bertempat di Downtown Kampung Baru berlangsung acara autoshow selama 3 hari dari kelab-kelab yang berbeza...


Kereta-kereta yang dipamerkan kebanyakkan adalah kereta tempatan yang telah diubahsuai mengikut citarasa pemilik..Pemilik kebiasaanya akan menghabiskan lebih kurang RM 15K-30K dalam usaha menjadikan kerata mereka unik di jalan raya..


Sambutan pada malam tu amat menggalakkan dan khabarnya mereka akan kembali lagi semula ke Downtown bagi menjalankan satu pertandingan Autoshow berkekuatan 60 buah kereta dari pelbagai ketegori..Info mengenai event tu akan aku update kalau tarikh dah confirm atau kalau sempat..

In a meantime bagi korang yang nak mengetahui aktiviti yang ade dekat downtown ini atau teringin nak jalan aktiviti kat sini korang boleh berinteraktif bersama mereka di twitter : Downtownkgb atau pun facebook mereka : Malaytown Kampung Baru

Regards,
-Strider-

Monday, February 11, 2013

#1062 - Event at Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Ini bakal menjadi entry bergambar yang panjang berjela-jela...hehehe..Last week pihak Malay Nadi Event Club selaku pengurus Downtown Kampung Baru telah menjemput aku untuk cover gambar untuk  weekend event yang mereka anjurkan pada malam minggu..

Untuk minggu nie Malay Nadi telah meyediakan dua buah persembahan untuk pengunjung downtown iaitu persembahan kebudayaan dari Artis Cilik Setiawangsa  dan juga persembahan dari sebuah band yang diberi nama "The Mute"

Jom kita roll gambar....

Aksi Adik-Adik Cilik Diatas  Pentas

Bakal mewarisi tarian kebudayaan Melayu

Ini merupakan kali kedua mereka membuat persembahan dekat sini.

Sound Check sebelum Start Performance


The Mute

Kali pertama beraksi di pentas Downtown

2 Orang Dj kacak..Nak mintak lagu atau ucapan carilah dorang

So itu antara gambar ketika event malam tu..sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang aku ambil tapi tak larat laa aku nak upload semua...hehehe..So, lepas tu aku pun pergi laa merayap dan usha-usha kedai lain yang sebelum nie mungkin aku tak sempat nak jenguk..lets roll again...























Untuk next week kalau aku tau apa event yang akan berlangsung aku akan update awal sikit..Ini pun aku tau last minute. Kepada mereka yang tak tahu downtown nie kat mana, ia terletak berhampiran dengan Kelab Sultan Sulaiman.

So thats all for now...sebenarnya ade lagi few event yang bakal berlangsung kat sini tapi aku belum boleh sebut lagi sebab masih belum confirm lagi..hehehe..but in the meantime kalau korang ada apa-apa pertanyaan mengenai downtown nie korang boleh tanya direct dekat Malay Nadi event Club melalui official email mereka malaynadieventclub@gmail.com ataupun social network mereka..

Twitter : MalayNadi Event Club
Facebook : Malaytown Kampung Baru 

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 27, 2011

GamBar Jambatan Pelik!!!

CAN YOU IMAGINE HOW THIS PHOTOGRAPH HAS BEEN TAKEN........? 


Note: Best Answer is its edited..hehehe.but still need a good skill to do that..hehehe

Regards,
-Strider-