Hari sabtu ini kalau buat rancangan Melodi sendiri pun best jugak. Tapi Melodi versi aku nie lain skit sebab aku tak interview artis. Aku nak gunakan balik apa-apa statement yang pernah dikeluarkan. Kali ini aku nak cerita pasal kontroversi Shah Iskandar dan Diana Nasir.
Ia bermula dengan kenyataan facebook Diana Nasir (gambar) yang berbau cinta terhadap Shah Iskandar. Namun Shah dalam satu kenyataannya menyebut bahawa dia dan Diana hanyalah sekadar berkawan biasa tapi mengakui yang mereka ade keluar lepak bersama.
Kenyataan itu membuatkan adik Diana iaitu Anzalna tampil bersama Melodi TV3 bagi membuktikan bahawa kakaknya itu bukan bertepuk sebelah tangan. Ternyata Shah pernah menghantar mesej cinta kepada Diana dan Shah sendiri tidak menafikan kandungan mesej tersebut.
Namun Shah dalam kenyataan yang aku petik dekat Beautiful Nara hari ini menyalahkan dirinya sendiri atas kontroversi yang berlaku. Sebagai seorang lelaki yang matang, dia tidak kisah untuk mengalah dalam hal ini dan aku bersetuju sebab berdasarkan apa yang berlaku dia memang bersalah.
Sebagai lelaki, dia tak sepatutnya menggunakan ayat-ayat cinta terhadap perempuan yang dia sendiri tak pasti cinta ke tak?Adakah dia mengaku bersalah sebab dah tak ada jalan keluar dari kontroversi ini? Itu semua terpulang pada pendapat korang sendiri.
p/s: Semua sumber dipetik dari Beautiful Nara
Regards,
-Strider-



