Hye Readers,
Last entry aku ade posting pasal filem "Tanda Putera" yang sedang ditayangkan di pawagam. Walaupun ade yang mintak aku ulas apa kontroversi filem tu tapi aku rasa aku tak nak tulis la sebab kontroversi dia lebih bersifat political. Tapi kalau nak tau google search jer " Kontroversi Tanda Putera dan macam-macam link tersedia untuk dibaca,
Kali ini aku nak cerita pasal filem melayu lagi, dan sikap para blogger yang suka membunuh filem melayu. Apa yang aku cuba sampaikan ialah blogger-blogger yang sedang hot menyebarkan link filem KL Gangster 2 yang sebenarnya belum lagi ditayangkan.
Walaupun mereka bukan upload dan hanya sekadar berkongsi link untuk filem tersebut tetapi mereka sebenarnya memberi ruang kepada orang lain untuk download filem tersebut. Tujuan mereka sangat mudah iaitu mendapatkan traffic yang tinggi untuk blog/web mereka.
Tindakkan mereka itu sebenarnya merugikan industri filem tempatan. Aku tak berapa kisah kalau orang nak share filem antarabangsa atau filem-filem lama yang mungkin sukar untuk didapati. Tapi untuk filem yang tempatan yang masih belum ditayangkan itu yang aku tak boleh terima.
So kalau ade kenal sesiapa yang share-share link untuk download filem melayu boleh boleh laa nasihat mereka berhenti. Kualiti atau tak, siapa lagi yang mahu menyokong filem tempatan kalau bukan kita sendiri..Betul tak??
Kalau nak tgk Premier KL Gangster 2 Klik Sini
Regards,
-Strider-
Sambutan Hari Psoriasis Sedunia
19 hours ago



