Hye Readers,
Di dalam bilik sebuah hospital terdapat 2 orang pesakit yang masing-masing mengalami penyakit yang serius. Salah seorang dari mereka yang katilnya terletak bersebelahan dengan jendela bilik tersebut perlu duduk pada setiap petang. Manakala pesakit yang seorang lagi terpaksa berbaring sepanjang masa. Mereka sering bersembang tentang pelbagai cerita.
Setiap petang pesakit di sebelah jendela akan sentiasa menceritakan kepada rakannya keindahan yang dilihatnya di luar melalui jendela itu.Rakannya sentiasa merasa bertenaga dan ceria apabila membayangkan keindahan yang diceritakan sambil memejamkan mata dan membayangkan suasana dan pemandangan yang indah permai itu. Jendela ini mengadap sebuah taman tasik yang sungguh indah yang dikelilingi pepohon dan bunga-bunga yang berwarna-warni. Pemandangan di sana saujana mata memandang.Masa terus berlalu.
Pada satu pagi, jururawat bertugas telah mendapati bahawa pesakit yang bersebelahan jendela itu telah meninggal dunia dalam tidurnya. Dengan rasa sayu jururawat itu telah memindahkan mayat pesakit itu ke bilik lain. Beberapa hari selepas itu, pesakit yang kini keseorangan meminta izin jururawat agar beliau dipindahkan ke katil yang di sebelah jendela itu. Jururawat itu memenuhi permintaannya.
Setelah itu, pesakit tadi dengan perlahan-lahan mengangkat badannya untuk melihat pemandangan di luar jendela yang pernah diceritakan oleh rakan sebiliknya dahulu. Setelah melihat keluar jendela itu beliau bingung kerana jendela itu sebenarnya mengadap sebuah dinding batu yang kosong. Beliau hairan dan bertanya kepada jururawat bertugas. Apakah yang telah mendesak rakan saya untuk menceritakan semua keindahan dan keajaiban yang berlaku di luar jendela ini sedangkan jendela ini hanya mengadap sebuah dinding kosong? Jururawat itu menjawab, sebenarnya rakan awak itu buta dan tidak dapat melihat apa-apa walaupun dinding itu. Mungkin dia hanya ingin memberi awak kekuatan dan kata-kata perangsang! Kegembiraan yang kita rasakan akan berlipat ganda, apabila kita menggembirakan orang lain.
Cerita aku aku dapat dari e-mail baru-baru nie..agak best jugak la cerita ini bagi aku..moralnya walaupun orang tu dalam ketegori kurang upaya(buta) tapi dia masih mampu memberi semangat kepada orang lain..bagaimana pula kita??bila last kita beri semangat kepada orang lain??hehe..till my next entry!!!
Regards,
-Strider-
kalau x salah jat kan,ada movie yg lebih kurang cmni tau.ke citer hndustan eh?lupa la..
ReplyDelete1st time dengar cerita ni....mengharukan! that's right. kita mesti sentiasa bg dorongan & doakan utk kesihatan org lain wlupun kita tgh sakit..
ReplyDeletemcm penah dgr citer ni..mmg very good story.
ReplyDeletebesar kan kesan semangat itu kepada kita.. semoga kita saling memberi semangat untuk diri sendiri dan org lain juga..
ReplyDeletehati mereka cerah..hati mereka kdg2 lebih jelas dari kita yg celik...
ReplyDeleteakak selalu bg kata2 semangat kat asben akak tgh2 laut sana,n sama la dia pun.nak2 tak dpt puasa n raya skali tahun ni..kena ada semangat lebih!~
menarik n3 ni =)
smoga trus aktif menulis blog..(ni kira bg semangat gak ni)heheheh
ReplyDeletecerita tu mendalam lah. mcm yg buta masih boleh mennikmati keindahan, yg celik pulak membuta kan diri untuk menikmati keindahan. tapi tak tau mcm mana nak describe kan huhu.
ReplyDeletewahh..terharu lak baca post ni..huhu..
ReplyDeleteok, kata2 smgt sgt penting utk meneruskan hidup dan lbh bersmgt lg.. :)