Thursday, June 28, 2012

Internet Hoax - Back To The Future

Hye Readers,

Dah beberapa hari dah aku tak update entry..Bukan malas semata-mata tapi lebih kepada penat dan juga kekurangan masa lapang...kan best kalau aku boleh cakap jer and keyboard tu taip sendiri...hehehe..tapi PC aku spec tak cukup gempak nak buat camtu..

Selit skit euro nyer citer..Congratulation to Spanish team and spanish fan...well, of course im a spanish fan...Just one more step untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi 4 tahun lepas..Germany or Italy??bring it on!!!hahaha

Well, baru-baru ini ramai yang tertipu dengan gambar photoshop yang mengatakan hari ini merupakan hari Doc and Marty Mcfly menziarahi masa depan dari tahun 1985..Siapa mereka tu??mereka merupakan karekter dari movie "Back To The Future" yang famous satu masa dulu..

Back to the Future Fake

Sebenarnya dalam movie tu mereka set untuk pergi ke tarikh 21 Oktober 2015..Aku tak tahu ape tujuan gambar nie tersebar kat internet..I guess it`s just for fun...Menurut ape yang aku baca gambar nie ade kat Facebook page of craft company Colour Me Fun pada awal pagi rabu..Gambar ini juga telah mendapat 10,000 shares, hampir1,000 Likes dan 300 comments

Ramai gak yang kena tipu pasal tarikh ini...hehehe..seriously, kalau aku tak baca aku pun akan tertipu..hehehe...So i guess i see you in my next entry..hehehe..

Regards,
-Strider-

Tuesday, June 19, 2012

Didenda Sebab Seluar Dalam

Hye Readers,

Display: Nicklas Bendtner pulled up his shirt to reveal Paddy Power pants

Musim Euro nie macam berita yang kita dapat diikuti..Yang paling baru berita yang mampu membuat aku ketawa kecil..Ia mengenai penyerang Denmark Nicklas Bendtner yang telah didenda sebanyak 100,000 euros dan digantung satu perlawanan di peringkat antarabangsa..

Ini susulan tindakannya mengangkat jersi sehingga menampakkan jenama seluar dalamnya..Aku tak tengok game tu so aku tak sure laa sama ada kejadian itu disengajakan atau tidak..Menurut komen-komen yang aku baca di Daily Mail ramai yang menganggap hukuman tu macam tak masuk akal...

Ntah laa..Mungkin nie cara UEFA nak cari duit sampingan kot..hahaha..tapi bagi aku kesalahan dia tu xde laa besar mana..At least dia pakai seluar dalam kan??hehe..Mungkin gak dia tak pakai seluar dalam yang UEFA sponsor..hahaha

Regards,
-Strider-


Monday, June 18, 2012

Jangan Ganggu Pacarku

Hye Readers,

Aku mengambil masa jap dari buat keje untuk post satu entry yang takde manfaat...Ini disebabkan selalu sangat dengar lagu Jangan Ganggu Pacarku nyayian Aliff Aziz tu..Sedap ker??Aku rasa mesti ramai yang minat kalau tak takkan radio tiap-tiap hari mainkan lagu tu..

Nasihat aku kalau ade orang ganggu pacar korang jangan ikut nasihat Aliff Aziz tu..Kalau ade orang ganggu pacar korang tumbuk je muka dia...hahahaha..Kalau ade yang nak nanyi lagu Aliff Aziz nie  lirik dia...hehehe


Lirik Lagu Jangan Ganggu Pacarku – Aliff Aziz

Memindai laman Facebook mu
Kadang buat ku cemburu
Baru saja engkau update
Ramai lelaki berkomen
Tak sedikit yang merayu

Tapi ku percaya kamu
Kau juga yakinkan aku
Tetap saja aku ingin bicara

Chorus
Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

Bukan hanya itu
Kerna ku tahu
Dia hanya cinta caraku mencintainya

Ulang chorus 2x

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

Hahaha..Okay laa..Aku nak sambung buat keje jap..Nanti aku update entry lain..hehehehe

Regards,
-Strider-

Tuesday, June 12, 2012

Share Maklumat Yang Tepat

Hye Readers,

Aku takde gi memana pun..still berada kat sini..Untuk cuma lately nie aku kekurangan masa nak update entry..terima kasih kepada mereka yang tanya..hehehe :) Sebenarnya banyak isu yang aku nak tulis start dari my last entry tapi masa tu xde..kalau nak cerita sekarang pun isu tu dah basi..hehehe..

Terbaru aku nak menyentuh sikap prihatin rakyat Malaysia yang kadang-kadang kurang kena pada tempatnya..Semalam kecoh apabila seorang artis veteran yang dilaporkan meninggal dunia oleh sebuah portal hiburan..Siapa lagi kalau bukan saudara Osman Kering

Ini bukan kali pertama benda-benda macam nie berlaku..Kalau korang masih ingat Bob Ku2 juga pernah mengalami nasib yang sama apabila tersebar berita yang mengatakan yang beliau sudah meninggal dunia wahal beliau masih bernyawa lagi ketika itu..masih Korang masih ingat gambar dibawah??

bob kuman
Dalam Kenangan - Al Fatihah
Ini adalah soft reminder kepada mereka yang membaca supaya tidak terlalu mempercayai portal-portal hiburan atau blog-blog peribadi seperti blog aku bila melibatkan benda-benda yang serius nie..Kalau setakat gosip A bercinta dengan B tu lain la..

So kalau nak Retweet, Broadcast or share maklumat-maklumat yang serius macam nie pastikan sumbernya sahih dahulu..

Mungkin terdapat kesilapan teknikal atau salah faham mengenai info yang disampaikan..Tapi kerana ghairah nak jadi orang pertama yang keluarkan berita maka jadilah kekeliruan macam nie..

Apa-apa pun marilah dita mendoakan supaya keadaan Osman Kering akan pulih seperti biasa..dan itu je laa dulu setakat nie..hehe..dan kepada geng-geng blogger aku dont worry, aku masih mengikuti perkembangan korang secara senyap-seyap..kira stalker laa nie..hahahaha

Regards,
-Strider-