Hye Readers,
Dulu aku pernah buat entry pasal curang kan, so ini adalah sambungan dari part 1..kepada yang nak baca part 1 boleh klik sini..Kali ini aku nak share ngan korang cara untuk mengelak diri daripada terlibat dengan situasi macam nie..
1. Elakkan berurusan dengan berlainan jantina - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada kaum sejenis..Seperti contoh klu aku tak tahu nak edit sumthing its better aku mintak pertolongan dari seorang lelaki daripada seorang perempuan..takut nanti bleh tangkap feeling..hehehe
2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang yang berlainan jantina, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
3 Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara juga antara salah satu benda yang boleh membuatkan seseorang tertarik terhadap kita..
4. . Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.
5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team campuran. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
dan satu lagi jika perlu untuk buat discussion buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional..Itu antara beberapa tip yang aku dapat olah dari internet..
Pendek kata benda nie semua datang dari diri sendiri..Kalau baru bercinta itu boleh laa lagi nak kata “keep option open” tapi yang dah kawin tu ingat laa..tanggungjawab anda berat..baik lelaki atau wanita..so until my next entry!!!
Regards,
-Strider-
Kenapa Allah Mencipta Makhluk Jahat?
3 days ago
setuju sgt!
ReplyDeletetak boleh amik mudah hal2 gini..kalau betul nak bahagia selamanya dgn psgn kita.
Org yg peramah salunye terlibat dgn industri percurangan nih..hahaha
ReplyDeletekadang2 dalam relationship tu kita tak curang pasangan kita yang curang..secara tak sengaja atau dengan sengaja..huhu
ReplyDeletetp kan lan,bidang jat ni kalau g meeting 2,jat seorg je pmpuan.yg lain semua laki.huhu.belum trun ke site 2.hihi
ReplyDeleteUjie: hehe..betul tu..hehehe
ReplyDeleteKak Diana: yang suka menggoda tu yang nak kena elak nih..hehe..
Shinju: hehe..maybe laa..tapi selalunya peramah itu di salah erti..hehe
Finaz: it happen both way..tp nak wat cammana??kadang2 dah takdir kita camtu..hehehe
Jat: hehe..normally setakat nie engineer yg lan jumpa semuanya strictly professional..tp pompuan dlm dunia eng nie mmg selalu berhadapan dgn lelaki..hehehe
Regards,
-Strider-