Wednesday, August 29, 2012

Apa Sebenarnya Gangnam Itu??

Hye  Readers,

Smalam aku ade post satu video yang viral kat internet skunk nie..Video tu merupakan video clip K-Pop star yang bertajuk Gangnam Style..Ade gak member-member aku yang bila plak aku amik tau perkembangan K-pop nie??hahaha..Releks bro, Klu 65 Juta view dalam masa sebulan tak kan ko tak nak tau sikit pun kan??Lady Gaga pun tak pernah buat rekod camtu..hahaha

Okay..Skunk kita citer apa plak itu Gangnam.,..Kalau aku search kat google "apa itu Gangnam Style" yang keluar video clip jer..pastu yang blog suma bukan k-pop fans macam aku gak..Info tentang gangnam hampeh..at the end dia bgtau benda orang dah tau..Kalau tanya fans k-pop bukan dorang paham pun..

Gangnam nie sebenarnya merupakan sebuah kota kat Seoul Korea..So kalau ade adik2, anak sedara atau makcik2 sebut Gangnam don't worry laa, benda tu takde pape pun..Apa yang membuatkan Gangnam Style nie ramai sangat orang nak tengok??Kerana fenomena "horse riding style" yang digunakan oleh penyanyinya


Terms Gangnam Style(Gaya Gangnam) adalah kata baru Korea terutamanya dikaitkan dengan fesyen mewah dan gaya hidup mewah yang dikaitkan dengan trend di daerah Gangnam Seoul...Jadi kalau masyarakat barat ade gaya Swag atau Yolo dekat korea dorang ade gaya baru iaitu Gangnam yang sekarang dah membuka mata dunia tentang fesyen korea..



So secara basic dia itu laa fenomena Gangnam Style yang melanda bukan sahaja negara ini tapi satu dunia..Yang bertanggungjawab menyebarkan video ini dah tentu laa media-media barat gak seperti ABC News, CNN, even Wall Street Journal pun terlibat sekali..

Aku tulis nie bukan sebab aku mengikuti perkembangan K-Pop tapi bila dah ramai yang bertanya apa itu Gangnam so ambil sedikit masa untuk goole dan pahamkan sendiri motif lagu nie..lagu ini sebenarnya membawa gaya hidup mewah orang Korea jer..Mana tau satu hari nanti kita ade video clip "Damansara Style" ker??who knows???

Regards,
-Strider-

Sumber Rujukan: Know Your Meme, Wikipedia

Monday, August 27, 2012

62,561,425 Juta Views Dalam Masa Sebulan

Hye Readers,



Ini merupakan video dari artis Korea..atau nama glamer dorang K-pop..Fyi, aku bukan peminat K-Pop walaupun mereka nie terdiri dari artis yang cantik-cantik dan kacak-kacak..Aku pun tak tau mengenai kemujudan artis K-pop nie..

Tapi bila dah orang asyik dok bercerita pasal Gangnam Style nie aku pun tergerak hati nak check video dia aritu..Agak terkejut laa jugak bila time tu dah lebih 61 juta orang view video clip dia..So apa yang menarik??ntah laa..aku tak paham sepatah haram pun ade meaning lagu nie..

Tapi what can i say video ini agak unik laa..especially bab tarian dia..Mungkin sebab nie kot video nie jadi viral kat internet..Untuk yang belum tengok korang bleh laa layan video clip nie..hehehe

Regards,
-Strider-

Mentaliti Di Alam Maya

Hye Readers,


This is a tweet from an artist..Kenapa aku tak reveal nama dia??sebab actually dia takde masalah pape pun ngan aku and aku tak follow dia pun..aku nama terbaca tweet dia bila ade follower aku retweet dan aku rasa tak bersetuju skit ngan dengan statement tu..

For your info account tu bukan laa account yang private..its a public account dimana semua orang boleh membaca sama ada follower dia ke atau bukan..pada pendapat aku statement macam nie tak berguna kalau kita keep our profile tu public..

Secara umum jika kita mempunyai sesuatu akaun social networking tak kira laa twitter, facebook, blog, myspace or apa yang yang visible to public kita harus ada etika dalam membuat sesuatu statement...Walaupun aku pemilik blog nie tapi ia tak bermaksud aku boleh tulis sesuka hati kat sini..

Dalam kes di atas aku tak tahu langsung apa yag terjadi dan aku tak berminat nak amik tahu pun..Dont get me wrong, aku bukan tak suka kat orang camni cuma aku rasa kita tak  patut ade mentaliti "akaun aku suka hati mak bapak aku laa nak tulis apa"..

p/s: you have the right to disagreed with me..

Regards,
-Strider-

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya

Hye Readers,


Assalamualaikum semua...Selamat Hari Raya kepada semua umat islam yang membaca posting..and for those non muslim Happy Holiday to you..Raya nie mesti ramai orang yang amik cuti panjang kan??hehehe

Oleh itu aku ingin memohon maaf andai ade posting aku sebelum ini yang mengguris hati korang secara langsung atau tak langsung..hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, August 6, 2012

Mengecewakan: Kempunan Ganjaran 4 Juta

Hye Readers,

Rasanya semalam majoriti perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada perlawanan antara jaguh badminton kita Dato Lee Chong Wei dan juga pemain no satu dunia Lin Dan bagi merebut pingat emas di sukan Olimpik London 2012.

Umum mengetahui yang Dato Lee Chong Wei (DLCW) ewas kepada Lin Dan dalam satu perlawanan yang sengit dan aku boleh katakan yang DCLW tewas tipis jer..Sejurus lepas kekalahan beliau ramai yang mengucapkan tahniah melaui pelbagai platform yang ada atas pingat perak yang dimenanginya.

Namun apa yang aku baca kat akhbar online kosmo(gambar) pagi tadi amat mengecewakan. Editor lebih memandang ganjaran yang DLCW terlepas daripada aksi yang 100% diberikan olehnya semalam??


Even dekat account twitter dan FB aku pun takde yang sorang pun mention mengenai ganjaran yang chong wei terlepas melainkan rakyat Malaysia yang telepas makan ice cream percuma dari Baskin Robin. Kalau nak letak tajuk yang catchy baik pakai "Rakyat Malaysia Kempunan Ice Cream Percuma"

Apa-apa pun tahniah kepada DLCW kerana telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menewaskan Lin Dan..Sepanjang 10 tahun karier dia aku berharap agar ada atlet yang mampu mengikut jejaknya...

Regards,
-Strider-

Thursday, August 2, 2012

Pain Is Inevitable, Suffering Is Optional

Hye Readers,

Lama dah rasanya aku tak blog something..as usual cerita tu banyak, cuma time jer yang agak membataskan aku sekarang nie..Kepada yang beragama islam terlebih dahulu aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada korang semua...

Actually aku takde ke mana-mana pun, xde benda interesting pun jadi kat aku...Kalau sapa yang ada communicate ngan aku thru twitter, fb or bbm mungkin perasan..sama je boring cam dulu..hehehe...

Untuk entry kali ini aku nak amik satu english quotes yang aku anggap menarik especially kalau korang baru lepas putus cinta dan susah nak get over si dia..quotes dia berbunyi something like this :-

Pain Is Inevitable, Suffering Is Optional

Kalau ikut bahasa google translate meaning dia akan jadi sumthing like this "Kesakitan tidak dapat dielakkan, Penderitaan Apakah Pilihan"..berterabur gile ayat tapi meaning dia tak banyak lari sangat pun..Bagi orang yang baru lepas putus cinta atau yang lebih tepat lagi kena tinggal, ayat nie seharusnya menjadi sesuatu yang korang  kena pegang..

Kenapa aku cakap macam tu??Kerana apa yang cuba disampaikan ialah keperitan/sakit hati pilu dan sebagainya memang tak dapat nak dielakkan..Kalau dah kena tinggal tu memang tinggal jugak laa...kau tulis laa "i want you back" 1000 kali pun belum tentu dia datang balik..

Tetapi Suffering is optional bermaksud kesengsaraan tu adalah pilihan korang..Kenapa aku kata pilihan??sebab bila terjadi perkara macam nie ade dua benda je korang leh buat..

1, Meratap/merayu/menagis/dengar lagu2 sedih
2. Move on dan mula hidup/perhubungan yang baru...

Jadi yang mana satu korang akan pilih??itu terpulang laa kepada korang untuk buat keputusan..Aku tau cakap senang daripada mengalaminya tapi what to do??itu dah memang nature game of love..Somebody will get hurt..bukan semua ending dengan fairy tale..

So tu je dulu entry aku untuk kali ini...aku bercerita dari segi general dan aku bukan tulis sebab aku putus cinta..Kalau aku putus cinta tatau lagi laa cammana aku nak hadapinya..hopefully korang ade untuk advise aku nanti...hehehe

Regards,
-Strider-