Saturday, July 20, 2013

#1126 - Blogger dan Android

Hye Readers



Ini merupakan satu eksperimen utk aku membuat posting menggunakan Blogger droid iaitu sebuah app untuk blogger-blohger macam aku nie..hopefully menjadilah hendaknya...

Seperti yang korang tengok kat screenshot kat atas, actually aku ade 2 apps untuk blogging nie..salah satunya apps blogger yg dibangunkan oleh google..

Tapi apps blogger tu aku rasa macam kurang mengancam dan simple sangat..nak baca komen yang ditinggalkan pun tak boleh..aku tak sure memang tak boleh atau aku tak tahu...

Sebenarnya apps yg aku guna sekarang nie pun aku x nampak lagi cara utk aku baca komen yang tinggalkan..so bile tak baca susah laa sikit aku nak balas kunjungan yg diberi..

Okay laa..itu jer yang aku nak cerita kat kodang weekend nie...korang semua tau tak kalau ade apps utk blogger yang best2..share laa skal ngan aku..saje je nak menggatal guna device lain..

So kepada yg drop comment tu nnt bila aku bukak pc akan ku reply dan terjah blog kawan2 semua..until than selamat berhujung minggu semua...

Regards,
-Strider-
posted from Bloggeroid

Friday, July 19, 2013

#1125 - Punca Ashraf Muslim Berkhawin di Thailand

Hye Readers,

Sekarang nie banyak betul kes-kes yang menjadi topik pebualan hangat.. Salah satu daripanya ialah kes Ashraf Muslim khawin lagi satu kat Thailand...kat facebook aku rata-rata ramai yang mengutuk dia dan bersimpati dengan nasib bini pertamanya..


Korang nak tahu apa punca sebenar yang membuatkan dia berkhawin lagi satu di thailand??puncanya ialah peningkatan harga ayam yang sedang meningkat di pasaran...nak buat kenduri nanti mahal so dia khawin jer kat Thailand..hahahaha

Sebenarnya aku pun tatau apa punca dia khawin kat Thailand...Tak payah sibuk-sibuk laa hal keluarga orang lain especially yang belum khawin..aku tengok sesetengah perempuan blajar pun tak habis dan dah pandai cakap macam perempuan yang ada anak 3..

Okay laa..itu jer aku nak update pasal Ashraf Muslim nie..Aku tahu ramai yang tak suka dia khawin lagi satu or maybe lebih kepada tak suka cara dia khawin lagi satu..Ntah laa..masing masing ade pendapat yang tersendiri.

Regards,
-Strider-

Thursday, July 18, 2013

#1124 - Salam Ramadhan Dari Strider

Hye Readers,



Hampir 2 bulan since last post aku kat blog nie...seperti biasa isunya banyak tapi masa yang selalu membataskan penulisan aku kat sini dan tak dilupakan tahap kemalasan yang melampau..Sekarang nie pun dah masuk bulan Ramadhan dan tak lama lagi umat islam akan menyambut hari raya.

So entry pendek aku ini hanyalah untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat islam yang membaca blog ini..Walaupun macam dah lambat tapi its better late than never kan?? Okay laa..aku nak sambung buat keje sikit sambil BW ke blog rakan-rakan yang lain..

Regards
-Strider-