Datuk Vida meminta untuk dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bermula musim baru ini. Itu apa yang aku baca melalui laman web Sukanstar. Katanya jawatan itu diwujudkan supaya Dato Vida lebih mudah berinteraksi dengan pemain.
Ini merupakan salah satu dari 35 syarat yang dipersetujui oleh KAFA setelah menerima penajaan sebanyak RM16 juta dari Datuk Vida. Sebenarnya aku speechless bila baca artikel ini. Aku langsung tak paham kenapa dia perlu ada berada dengan pemain ketika perlawanan sedang dijalankan.
Bagi sesetengah penyokong terutamanya penyokong Kelanan benda ini bukan merupakan satu isu yang besar kerana mereka percaya Datuk Vida tak akan melakukan perkara yang akan menjatuhkan pasukan Kelantan tapi ada juga yang risau kehadiran akan menggangu taktikal pasukan.
Pada pendapat aku la, kawasan bangku simpanan ini elok dibiarkan kepada team technical pasukan sahaja. Apa yang paling penting Datuk Vida kena pantau KAFA supaya mereka dapat menjelaskan hutang-hutang tertunggak serta tidak over spent dalam budget untuk 2016.
Namun segalanya bergantung kepada Datuk Vida da KAFA sendiri. Hopefully pasukan Kelantan dapat mempamerkan aksi yang menarik bagi kempen Liga Super 2016 kerana walaupun ia belum bermula, pasukan Kelantan mendapat banyak tumpuan dari orang ramai.
Regards,
-Strider-
oo baru tahu pasal ni al maklum la kalau bab bola ni kurang ambik tahu
ReplyDeleteDato vida seorang yang sangat bernotivasi, mungkin banyak kelebihan yang dia mampu kongsikan dengan pemain untuk diterapkan dalam permainan. Sukan ni sebenarnya terlalu banyak permainan kotor politik didalamnya. Sebab tu sukan di Malaysia sangat sukar nak maju ke depan.
ReplyDeletelama tak jumpa..
ReplyDeleteselamat kembali
ReplyDeletepada pendapat saya, kuasa memilih pemain ni sewajarnya diberi pada para coach dan manager..kalau penaja dan pemilik masuk campur, huru-hara lah team tu.rindu nak tengok TRW kembali power macam dulu.harap OK lah semuanya
ReplyDeleteoh wow seriously? baru tau... huhuh, taktik pemasaran produk yang baru mungkin, macam2 gaya ada...
ReplyDeleteHaha macam-macam.
ReplyDeletenak buat macam mana. dah dia yg sponsor dan KAFA accept.
ReplyDeletePower ilmu kepala agong... ada pitih jale sokmo... :D
ReplyDeleteMungkin ada baiknya lari dari kebiasaan.. Nurul percaya, Datuk Vida akan melakukan yang terbaik untuk 16jutanya dan Malaysia amnya tu..in shaa Allah
ReplyDelete