Wednesday, January 20, 2016

#1470 - Review Filem - The Forest

Hye Readers,



Sebenarnya lambat jugak aku buat review filem untuk cerita 'The Forest" nie sebab cerita tu pun dah dekat seminggu lebih kat wayang. Hari tu aku berkesempatan tengok cerita nie kat wayang. Genre cerita ini ialah seram. Sebelum aku mulakan dengan review kita baca dulu jalan ceritanya.

SINOPSIS

Cerita ini mengisahkan Sara Price yang mendapat berita dari Polis Jepun mengenai kematian adiknya yang dikatakan pergi ke hutan Aokigahara untuk membunuh diri. Aokigahara merupakan kaki bukit Gunung Fiji yang terkenal dengan aktiviti membunuh diri. Namun Sara percaya yang adik kembarnya masih hidup dan ingin mencarinya di Aokigahara.  Pencarian Sara tidak mudah kerana hutan tersebut mempunyai ramai roh-roh yang tidak tenteram.

REVIEW

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada check rating kat IMDB dan seperti dijangka, rating dia tak begitu tinggi, mungkin sebab bukan semua orang gemar filem bergenre horror ini. Namun bagi aku cerita ini "worth to watch" kalau korang penggemar filem seram, selain daripada beberapa scene yang mampu membuatkan jantung korang berdegup laju, jalan ceritanya pun tak mengecewakan.

Namun ada satu dua scene yang sebenarnya tak related to the movie pun tapi senjaga dibuat supaya korang terkejut. Dari segi seram plak, cerita nie tak banyak hantu yang hodoh sangat cuma seram dia akan buat korang terkejut. 


Overall cerita ini okay dan masih berbaloi untuk korang beli tiket atau download. Personally aku rasa cerita ini best tapi macam biasa la, taste aku ngan taste orang berbeza. Mungkin ada orang yang tak suka tengok cerita-cerita macam nie.

Ketika aku sedang tulis ini, cerita ini masih ditayangkan dipawagam cuma show dah tak banyak. Kalau korang nak tengok cerita ini tapi tak sempat nak pergi wayang, boleh laa download cerita ini kat mana-mana website yang korang tahu.

Regards,
-Strider- 

14 comments :

  1. Azlan da tengok kan? so macam mana? adik dia hidup lagi tak??

    ReplyDelete
  2. Rasa nak menonton pulak ni... saya minat cerita2 seram ni. Thanks sharing bro Strider... :)

    ReplyDelete
  3. Belum berkesempatan nak tgk...lama dh x singgah sini :)

    ReplyDelete
  4. Takmo comment pasal The Forest! Lannn mana Lan menghilang oh selama ni? Hahhaha. Nasib masih sudi nak comment dekat blog Nad! :D

    ReplyDelete
  5. Welcome back bro.... Lama menghilangkan diri.... Anyway, bab cerita seram nie, teman tak berapa minat sangat... Teman lebih sukakan filem aksi dan sains fiction.

    ReplyDelete
  6. Welcome back.... Lama menghilangkan diri.... Anyway, teman tak berapa suka sangat menonton cerita seram nie... Teman lebih suka pada filem aksi dan sains fiction.

    ReplyDelete
  7. Ade gak bace org kata tak best. Hehe. Tnggu sendiri tgk la baru tau best ke tak. Hehe

    ReplyDelete
  8. Sinopsis menarik! menimbulkan keinginan utk menonton :)

    ReplyDelete
  9. Izin berkunjung dan nyimak langsung artikelnya gan?

    ReplyDelete
  10. Izin berkunjung dan nyimak langsung artikelnya gan?

    ReplyDelete