Friday, March 25, 2016

#1471 - Selamat Hari Polis

Hye Readers,





Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis Malaysia yang ke 209. Kita tak boleh nafikan bahawa Polis merupakan salah satu dari institusi yang menjadi asas kepada pembangunan sesebuah negara.

Apa yang aku perasan, cabaran polis ketika ini dan cabaran mereka yang aku sering dengar jauh berbeza. Jenayah memang tak akan pernah luput dari muka bumi ini. Belum pernah ada negara yang 100% bebas dari jenayah,

Cabaran polis akan sentiasa bertambah tanpa kita sedari. Jika dahulu mereka sibuk mempertahankan negara dari jenayah sivil dan ancaman pengganas(komunis), kini mereka menerima cabaran untuk mempertahan negara dari ancaman (IS) dan tak lupa juga jenayah sivil.

Ancaman siber merupakan ancaman baru bagi pihak PDRM. Walaupun ancaman siber tak sehebat ancaman pihak bersenjata namun ia tidak harus dipandang ringan kerana ia mampu membuat rakyat berpecah belah dan hilangnya kepercayaan terhadap pihak polis.

Namun PDRM tidak berseorangan, dengan adanya agensi pihak berkuasa lain seperti Suruhanjaya Koperasi dan Multimedia (SKMM), ancaman siber seperti penyebaran khabar angin dan hasutan mampu dicegah dari peringkat awal.

Seiring dengan dunia digital ini, anggota PDRM juga diuji dari kesabaran mereka, Anggota PDRM sering diawasi oleh masyarakat baik dari segi sikap ataupun salahlaku. Silap sikit jer skarang orang dah mula rekod video tentang kesalahan yang dilakukan oleh anggota PDRM dan kebiasaanya ia akan menjadi viral.

Namun pada pendapat aku integriti anggota PDRM malaysia masih ditahap terbaik walaupun ada sesetengah kes dimana salahlaku anggota PDRM menjadi tumpuan. Aku masih percaya PDRM mampu menjaga keamanan dan keselamatan negara. Terima kasih kepada semua anggota PDRM.

Regards,
-Strider-