Friday, May 27, 2011

Rahsia Mata Wanita

Hye Reader,

Aku ade dapat email mengenai rahsia perempuan melalui mata..aku nie actually xde laa suka sangat nak percaya benda camni tapi kadang2 orang kata beul gak..

So ape kata korang baca nie pastu gi tengok mata perempuan yang lain..kepada yang ade GF anda dinasihati untuk melihat mata GF sendiri..kang mengamuk plak dia sebab korang gi usha perempuan lain..haha..jom kita baca skit…

RAHSIA MATA WANITA
Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga
mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini
hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia
pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan
bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin
sekadar kebetulan semata-mata....


SIFAT MATA WANITA SIKAP WANITA
Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi
bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar 
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa
fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi
boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


Mata selalu berkedip Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.Wanita ini baik
Mata jarang berkedip 
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia,
adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung 
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup 
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati,
kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Matanya seolah tersembul keluar Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin
tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu
syahwatnya.


Haaa..so pasni gi laa compare..haha..tapi kena ingat benda nie bukan 100% betul..sekadar buat reference suka2 boleh laa..hehehe..anyway till my next entry…

P/S: Teringin Nak Pegi Bali??? Klik SIni

Regards,
-Strider-

10 comments :

  1. waaa..nak try jgk la even btl @ tak..
    haha..lan tlg tgk mata echa la..
    hahaha :)

    ReplyDelete
  2. mate den tgh ketumbit la ni.. x derk erk kategori utk mate cm ni..hahahha .. fes time mai sini..

    ReplyDelete
  3. echa: bleh kalo nak tolong echa tp xjumpa laa ketegori "mata yang cantik" dlm nie..hehehe..

    lamp: mata ketumbit nyer personality still dlm process..nnt kalo da ade i bgtau..anyway..thanks 4 dropping by.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Nak caye cikit-cikit muleh la kan?

    hihi

    =D

    ReplyDelete
  5. rahsia mata...
    kene check r lepas ni...
    huuhuhhuhu

    ReplyDelete
  6. faten: bole2..ape salahnya..hehe..

    Wan: yup..pasni ko check suma mata2 wanita yang ada..hehehe

    Sue: aku try gak cari tp mata ko xde dlm list laa sebab dia xde tulis personaliti untuk "mata yang cantik"..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. dari kerana mata..wewitt..haha :P

    ReplyDelete
  8. ayin: uiks..da 3.20am ayin x tido lg??hehehe.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. mcm ni pun ada... boleh... tapi seronok mbacanya..
    drop by baca entry dn klik2 utk tabung.
    salam perkenalan dan sama2 jana tabung nffng k...
    daa~

    ReplyDelete