Monday, May 30, 2011

SOROK MAYAT ISTERI SELAMA 10 TAHUN

HILLSBOROUGH: Seorang pesara menyembunyikan mayat isterinya dalam peti sejuk selama 10 tahun, merahsiakan kematian wanita itu supaya dia boleh terus menuntut bayaran perlindungan sosialnya.

Hal itu terbongkar selepas Allan Dunn, 86, mati kerana membunuh diri dan mahkamah membenarkan seorang rakan memasuki apartmennya untuk menguruskan hal ehwal peninggalannya.

Carol Kingsbury yang mula berkenalan dengan lelaki tua itu beberapa tahun sebelum kematiannya, menemui mayat Margaret Dunn dalam peti sejuk dalam apartmen di Pusat Sun City, kawasan komuniti di Hillsborough County, Florida.

Gambar hiasan

Mayat itu sudah reput kerana bekalan alektrik diputuskan sejak sembilan bulan lalu selepas Dunn mati setelah menembak dirinya pada Ogos 2010.

“Dia tidak pernah memberi gambaran mengenai kewujudan mayat isterinya. Saya tidak menyangka dia akan berbuat demikian,” kata Carol.

Penyiasat percaya Margaret yang membeli apartmen itu pada 1994 mati akibat sakit biasa pada 2000.

Menurut jiran yang mengenali pasangan itu, Dunn memberitahu mereka bahawa Margaret berpindah ke sebuah pusat jagaan orang tua di timur laut Amerika Syarikat.

Tetapi, penyiasat percaya, dia menyembunyikan mayat Margaret dan berterusan mengambil bayaran keselamatan sosial isterinya daripada pihak berkuasa.

Pemeriksa perubatan Hillsborough County masih belum membuat pengecaman secara rasmi terhadap mayat berkenaan.

Bagaimanapun, bedah siasat awal yang dilakukan menunjukkan kematian wanita itu bukan berpunca daripada perbuatan jahat.

Dengan Dunn yang tidak mempunyai keluarga yang boleh dijejaki, apartmennya kekal kosong sehingga minggu lalu apabila Carol, dan adiknya, Ellen Miller, yang menjaga Dunn sejak dua tahun lalu diberikan kebenaran untuk memasuki rumah itu. 

Cehh!!!aku igt mula sorok sebab terlalu sayangkan isteri..rupanya nak kebas duit bini dia..da mati pun nak cilok lg..jantan camni pun ade ker??hehe

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. mak aih!!sebab duit je pun..
    teruk betul lelaki ni..

    ReplyDelete
  2. gila scary dia dok simpam mayat bini bub nak kebas duit -,-

    ReplyDelete
  3. Kak Diana: tu laa..ape jenis teruk nyer laki..x takut hantu bini dia dtg mrh dia ker??haha

    lyna: tu laa.smpai 10 tahun simpan..xtakut pape pun..isk..isk..

    nelly: kerana duit banyak org sanggup buat macam2..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. seram nohhh..selamba duk 1 umah.selama 10 tahun.dengan org yg da mati

    ReplyDelete
  5. biar betollll... mak aih... cemana la rope mayat bini kan, huhuu

    ReplyDelete
  6. afifa: tu laa..asl dia xseram ek..physo kot..hahaha

    naz: ntah tanpa pengawet yang betul x dpt aku nak bayangkan rope dia..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. yelaa dah tua kot..
    nak kerje tak larat.

    sian atuk tue..

    ReplyDelete
  8. qamarul: hahaha..ye laa tu tp sian plak ngan bini dia kan??da mati pun laki dia nak amik kesempatan lg..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. gile lah. 10 thn die smpn..adoii..semata sbb duit..hehee

    ReplyDelete
  10. ain: tu laa..kalo sebab cinta nak gak rasa kesian..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. bila pk wang adalah segalanya... apa pun leh buat..
    last2 apapun tak boleh..

    ReplyDelete
  12. kak sofya: tu laa..sib baik ayah mak ngan mak dia pun dia xsorok..heheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. mak ai.. sepicis apakah manusia itu ?? huhu sungguh tamak haloba... wuuu.. takutnya.. hope tak dapat laki cam tu la.. tak amo... sob3

    ReplyDelete