Untuk posting kali ini aku akn bercerita pasal Password sebab dalam dunia online nie menjaga password itu adalah sangat penting. Mengikut data yang dikumpulkan oleh SpalshData berikut merupakan 10 password yang teruk untuk tahun 2013.
Walaupun password korang bukan terdiri daripada 10 password diatas tapi jangan terlalu yakin yang password anda tidak boleh dicuri. Bila berbicara mengenai password ada 2 elemen yang penting iaitu Membina Password yang kukuh dan juga Menjaga Password yang ada.
Membina Password.
Ada beberapa tips sebenarnya dalam membina password yang kuat. Secara umumnya makin panjang password anda maka makin kukuh laa ia. Tetapi menggabungkan antara Huruf, Nombor dan Simbol juga memainkan peranan dalam membina password yang kukuh. Berikut merupakan grafik secara kasar berapa lama masa yang perlu diambil untuk memecahkan password korang.
Menjaga Password
Menjaga dan membina adalah 2 perkara berbeza..kadang-kadang walaupun password kita dah kuat tapi masih ada lagi orang yang berjaya mencuri password kita, kenapa ini berlaku??Kadang kadang tanpa kita sedari kita sendiri yang meletak password apabila diminta.
Oleh yang demikian jika terdapat apa-apa website yang meminta anda untuk meletakkan password cuba double check. Aku pernah jumpa satu website dimana ia keluar satu pop up meminta aku sign in kepada google account sedangkan pada waktu itu aku memang sudah sign in dengan account google.
Kesimpulan
Apa yang aku boleh simpulkan ialah berhati hati dengan password anda. cuba gunakan beberapa password untuk beberapa account berlainan contohnya, jangan gunakan password yang sama untuk internet banking dan juga social media. Sila ambil maklum yang pihak bank tidak akan pernah meminta anda untuk update apa-apa info melalui email.
Hopefully tips ini berguna untuk korang semua. Pasal entry pasal Date or Hangout tu, aku akan buat entry untuk autopublish esok sebab aku ade training selama 2 hari bermula esok.
Regards,
-Strider-

