Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

#1344 - Cara Menjaga Password Anda.

Hye  Readers,

Untuk posting kali ini aku akn bercerita pasal Password sebab dalam dunia online nie menjaga password itu adalah sangat penting. Mengikut data yang dikumpulkan oleh SpalshData berikut merupakan 10 password yang teruk untuk tahun 2013.



Walaupun password korang bukan terdiri daripada 10 password diatas tapi jangan terlalu yakin yang password anda tidak boleh dicuri. Bila berbicara mengenai password ada 2 elemen yang penting iaitu Membina Password yang kukuh dan juga Menjaga Password yang ada.

Membina Password.
Ada beberapa tips sebenarnya dalam membina password yang kuat. Secara umumnya makin panjang password anda maka makin kukuh laa ia. Tetapi menggabungkan antara Huruf, Nombor dan Simbol juga memainkan peranan dalam membina password yang kukuh. Berikut merupakan grafik secara kasar berapa lama masa yang perlu diambil untuk memecahkan password korang.



Menjaga Password
Menjaga dan membina adalah 2 perkara berbeza..kadang-kadang walaupun password kita dah kuat  tapi masih ada lagi orang yang berjaya mencuri password kita, kenapa ini berlaku??Kadang kadang tanpa kita sedari kita sendiri yang meletak password apabila diminta.

Oleh yang demikian jika terdapat apa-apa website yang meminta anda untuk meletakkan password cuba double check. Aku pernah jumpa satu website dimana ia keluar satu pop up meminta aku sign in kepada google account sedangkan pada waktu itu aku memang sudah sign in dengan account google.

Kesimpulan
Apa yang aku boleh simpulkan ialah berhati hati dengan password anda. cuba gunakan beberapa password untuk beberapa account berlainan contohnya, jangan gunakan password yang sama untuk internet banking dan juga social media. Sila ambil maklum yang pihak bank tidak akan pernah meminta anda untuk update apa-apa info melalui email.

Hopefully tips ini berguna untuk korang semua. Pasal entry pasal Date or Hangout tu, aku akan buat entry untuk autopublish esok sebab aku ade training selama 2 hari bermula esok.

Regards,
-Strider-

Friday, October 11, 2013

#1277 - Google.my Kena Hack

Hye Readers,

Mereka rasa mereka perlu 'alert' orang awam. Apa yang mereka buat bukan atas dasar benci, Mereka tidak membenci sesiapa bahkan mereka terdiri dari golongan yang suka kepada sifat kemanusiaan. Apa pun sebab mereka stamp google.my ianya bermula di sini.

Inline image 1

Madleets claim tujuan mereka hack Google.my adalah atas dasar security reason dan hanya untuk menunjuk kelemahan web tersebut. Apa apa pun ini bukan satu isu besar sebab google.com masih boleh digunakan. Tak lama lagi okay laa tu.

p/s: BW time...

Sumber Klik Sini

Regards,
-Strider-

Friday, September 6, 2013

#1139 - Escape Bersama Jackie Chan

Hye Reader,

Korang pernah tengok tak iklan kat tv yang menampil aksi Jackie Chan yang nak buat reservation hotel? Sebelum ini aku tak tahu apa maksud iklan itu sebab dalam iklan itu ia seorang receptionist sedang menonton aksi lawan Jackie Chan.


Rupa- rupanya Escape itu adalah sebuah website online streaming yang aku rasa mampu menyaingi  laman web TONTON oleh  yang disediakan oleh Media Prima? dengan Escape anda boleh tonton filem, rancangan TV, LiveTV dan acara-acara secara 'streaming' di smartphone, tablet, laptop & PC di mana jua dan bila-bila masa!

Ini sudah tentu memberi persaingan yang sihat antara Tonton dan Escape. Sejauh mana kemampuan Escape tu hanya masa yang akan menentukan. So kalau korang seorang yang minat untuk menonton rancancan secara onlike ko0rang boleh register bersama Escape (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

Thursday, March 28, 2013

#1112 - Menyampah Dengan Berita Tv3

Hye Readers,

Lately ramai gak aku dengar orang yang rasa kurang senang bila tengok berita kat TV3 sebab asyik citer pasal politik jer..Tapi tak boleh nak salahkan mereka gak la sebab sekarang tengah musiom politik..Mungkin demand untuk berkisar politik lebih tinggi.

Entry kali ini bukan pasal berita kat Tv3 yang malam-malam tu tapi lebih kepada account twitter TV3..Kenapa aku rasa menyampah pulak???ini sebabnya..


Korang perasan tak hampir kesemua tulisan twitter  nie dalam bentuk Caps Lock??correct me if im wrong tapi kebiasaanya dalam "text ethic" caps lock digunakan untuk 2 perkara iaitu untuk tajuk seseuatu dan juga text ketika marah..

Sebenarnya benda-benda macam ini yang buat aku rasa menyampah nak baca..Rasa macam kena marah plak..hehehe..korang pulak macam mana??ada yang jenis suka guna CAPS LOCK sepanjang masa??hehehe

Sekian Terima Kasih,

Regards,
-Strider-

Thursday, February 28, 2013

#1085 - Googleplex - Ibu Pejabat Google Yang Baru

Hye Readers,



Stylo tak gambar atas tu?Kalau korang nak tahu minggu lepas Google dan announce pasal pembinaan  Googleplex iaitu Ibu pejabat Google yang baru..Google dah merangkan satu massive expension terhadap Ibu pejabat mereka di California dan ia akan menjadi satu pejabat yang awesome...

Kompleks tersebut akan dibina di atas tanah seluas 1.1-million kaki persegi di  Mountain View, dan dijangka akan siap dalam tahun 2015...Konsep garden on the roof akan bina dekat kompleks baru dan google berkata jarak antara satu pekerja kepada satu lagi ialah kurang dari 2.5 minit..

Aku rasa dorang nie nak bersaing dengan Apple yang sedang membina di atas tanah berkeluasan 2.8 juta kaki persegi yang mampu memuatkan seramai 13,000 pekerja.Gambar kat bawah nie pulak merupakan gambar Google punya ibu pejabat sekarang...






Syok giler kan kalau dapat bekerja dalam suasana macam tu..Dah rupa macam university pun ade gak..hehehe..Kenapa aku kata kompeks baru dorang akan awesome??Sebab current office dorang pun dah stylo..yang baru mesti lagi stylo kan???

Regards,
-Strider-

Thursday, February 7, 2013

#1057 - Twitter Trending #10TurnOns

Hye Readers,


Sebenarnya aku takde idea apa nak tulis..tapi tangan menggatal jugak nak buat entry so bile aku bukak twitter tadi aku ade perasan hashtag #10TurnOns so aku baca laa...Well, some of them are good and i kindda agree with them..

Turn On sebenarnya bukan bersikap sexual semata-mata..Ia adalah sesuatu yang mampu menaikkan semangat seseorang..Aku sendiri ade beberapa benda yang buat aku turn on seperti telur mata yang kuning dia cair, Internet yang sangat pantas, girls with boot dan few others laa...

So let me list the #10TurnOn yang aku pilh ketika dekat twitter tadi..maybe of of this suits dengan diri korang..

1) #10TurnOns guys who share their food with me. Oooooh :')

2) #10turnons guys who care about school, & have goals in their life.”

3) #10TurnOns knowing how to make me feel better no matter what mood I'm in

4) #10TurnOns guys with a sense of style and nice shoes. I'm so attracted to guys shoes.

5) #10TurnOns 1 is when your company has a nice website.

6) #10turnons when a guy always make an effort to text or talk to you"

7) #10turnons Girls who play drums.

8) #10turnons someone who likes to joke around as much as I do

9) #10TurnOns Someone who remembers and appreciates little things.

10) #10TurnOns Guys who can cook. "Other than instant noodles." Haha.

Jadi itu laa 10 benda yang mampu membuatkan seseorang tu turn on..Tweet nie aku campur lelaki dan perempuan punya..yang aku rasa best aku share ngan korang..Enough with me what about you, ada tak salah satu benda diatas yang turn you on atau korang ade benda lain yang aku tak share kat sini.. :D

Regards,
-Strider-

Monday, August 27, 2012

Mentaliti Di Alam Maya

Hye Readers,


This is a tweet from an artist..Kenapa aku tak reveal nama dia??sebab actually dia takde masalah pape pun ngan aku and aku tak follow dia pun..aku nama terbaca tweet dia bila ade follower aku retweet dan aku rasa tak bersetuju skit ngan dengan statement tu..

For your info account tu bukan laa account yang private..its a public account dimana semua orang boleh membaca sama ada follower dia ke atau bukan..pada pendapat aku statement macam nie tak berguna kalau kita keep our profile tu public..

Secara umum jika kita mempunyai sesuatu akaun social networking tak kira laa twitter, facebook, blog, myspace or apa yang yang visible to public kita harus ada etika dalam membuat sesuatu statement...Walaupun aku pemilik blog nie tapi ia tak bermaksud aku boleh tulis sesuka hati kat sini..

Dalam kes di atas aku tak tahu langsung apa yag terjadi dan aku tak berminat nak amik tahu pun..Dont get me wrong, aku bukan tak suka kat orang camni cuma aku rasa kita tak  patut ade mentaliti "akaun aku suka hati mak bapak aku laa nak tulis apa"..

p/s: you have the right to disagreed with me..

Regards,
-Strider-

Thursday, June 28, 2012

Internet Hoax - Back To The Future

Hye Readers,

Dah beberapa hari dah aku tak update entry..Bukan malas semata-mata tapi lebih kepada penat dan juga kekurangan masa lapang...kan best kalau aku boleh cakap jer and keyboard tu taip sendiri...hehehe..tapi PC aku spec tak cukup gempak nak buat camtu..

Selit skit euro nyer citer..Congratulation to Spanish team and spanish fan...well, of course im a spanish fan...Just one more step untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi 4 tahun lepas..Germany or Italy??bring it on!!!hahaha

Well, baru-baru ini ramai yang tertipu dengan gambar photoshop yang mengatakan hari ini merupakan hari Doc and Marty Mcfly menziarahi masa depan dari tahun 1985..Siapa mereka tu??mereka merupakan karekter dari movie "Back To The Future" yang famous satu masa dulu..

Back to the Future Fake

Sebenarnya dalam movie tu mereka set untuk pergi ke tarikh 21 Oktober 2015..Aku tak tahu ape tujuan gambar nie tersebar kat internet..I guess it`s just for fun...Menurut ape yang aku baca gambar nie ade kat Facebook page of craft company Colour Me Fun pada awal pagi rabu..Gambar ini juga telah mendapat 10,000 shares, hampir1,000 Likes dan 300 comments

Ramai gak yang kena tipu pasal tarikh ini...hehehe..seriously, kalau aku tak baca aku pun akan tertipu..hehehe...So i guess i see you in my next entry..hehehe..

Regards,
-Strider-

Sunday, January 29, 2012

FBI Bakal Disaman

Hye Readers,

FBI bakal disaman???Bukan Faizal bin Ismail yang pengacara tu ekk tapi Federal Bureau of Investigation (FBI) yang kat US tu nak kena saman..Dengan siapa??Khabarnya founder megaupload nak menyaman FBI atas kehilangan beribu-biru data dari penutupan laman web Megaupload..



Usaha itu sedang diterajui oleh Pirates of Catalonia dan kumpulan Pirate Party atau Pirates International...Kenyataan itu juga dikeluarkan sendiri di laman web Pirates of Catalonia (klik sini)...Perghh..siap ada kumpulan pirate lagi..mesti Jack Sparrow jadi tulang belakang nie..hehehe

Mereka juga sedang menyiasat sama ada kes ini boleh dibawa ke mahkamah dan sedang mengumpulkan beberapa bukti sebelum mula menyaman FBI...

Sebenarnya ramai yang tak tahu selain dari meyimpan movie/audio ramai yang menggunakan laman web berbentuk file hosting seperti Megaupload untuk menyimpan personal data...Infact ade beberapa kawan aku di alam maya ini kerugian sebab banyak file2 yang disimpan dekat Megaupload hilang..

So the saga continues..dan kita tengok je laa nanti ape plak yang akan terjadi untuk episod akan datang..Apa yang aku nampak founder Megaupload nie nak mengaku kalah macam tu jer sebelum fight...hehehe

Regards,
-Strider-

Sunday, January 1, 2012

Twitter Crash Pada Malam New Year

Hye Readers,


Aku mulakan entry tahun baru nie dengan citer pasal tahun baru jugak..bagi sesapa yang ade account twitter aku sebenarnya aku try anta tweet dari Bukit Bintang smalam..aku jugak try untuk reply balik beberapa wish yang aku dapat tapi tak lepas..

Rupanya twitter mengalami gangguan teknikal pada malam tahun baru atau kita bleh kata application dia crash sekejap...ini kerana mereka tak menjangka yang begitu ramai orang menggunakan twitter pasa malam tersebut..

Mereka mula menjangka program tu akan crash apabila Jepun start menyambut tahun baru iaitu sejam lebih awal dari kita..ia juga mencipta rekod apabila sebanyak 16,197 tweet direkod dalam masa sesaat..pergh..banyak giler tu...

Namun keadaan kembali sediakala selepas beberapa jam dan ade gak twitterian yang melawak dengan tweet berbunyi "Azam tahun baru twitter ialah pastikan mereka tidak over capasity tahun depan"

Sumber: Daily Mail

Regards,
-Strider-

Monday, November 21, 2011

Peringatan Untuk Pengguna Google Account

Hye Readers,



Nampak tak screen capture itu??kalau ade antara korang yang dapat email macam tu sila abaikan..itu bukan mesej dari Google team sebab kalau ade ape perubahan kepada google account kebiasaanya mereka akan notify secara official..

Regards,
-Strider-

Thursday, November 3, 2011

Motif Entry Sebelum Nie..

Hye Readers,

First aku nak mintak maaf kalau ade yang terkena dengan entry aku yang sebelum nie..(klik sini)Tadi aku kat opis so tak boleh nak tulis entry panjang2..

Sebenarnya tu laa yang aku rasa time aku blogwalking tadi..Isi tajuk entry blogger nie lain..tapi isi lain..bile dia suh aku klik sini dengan  harapan aku dapat membaca ape yang aku nak baca..rupanya iklan say.my..lebih memburukkan keadaan aku iklan tu takde faedah dan xde kene mengena pun ngan tajuk dia..

Nak beriklan tu tak salah tapi ade etikanya..Ade 2 jenis iklan yang tak patut kita lakukan dan ia boleh di anggap tidak bermoral...

1) Menipu: menipu nie memang da terang lagi nyata salah..tak kisah ape jua alasan yang diberi ia tetap salah...MUKTAMAD... :)


2) Meyimpang: atau dalam bahasa orang putih/amerika/english nya ialah mislead..Mislead nie apabila sesatu yang disampaikan berbeza dengan sesuatu yang ditawarkan..contoh apabila aku kata klik sini untuk dapatkan hadiah percuma..tapi bila orang klik rupanya pergi fan pages blog dia..itu sebagai contoh laa..tak pernah lg aku jumpa orang yang mislead sampai camtu..hehehe

Sebenarnya tadi aku terkena dengan iklan mislead macam nie..tajuk entry dia movie review..bile dia cakap nak baca review klik sini rupanya link tu adalah iklan says yang suh like fan pages..mula-mula aku igt dia suh klik sini sebab nak backlink other blogger..hmm...

Tapi sebab dia tu blogger muda (dari profile) aku buat tak tau jer laa..walaupun follower dia ramai dari aku tak bermaksud aku tk leh nak tegur dia..hehe..aku klik iklan tu sampai 5 kali lagi dengan harapan dapat laa dia Rm1.00..hahaha...

Sebenarnya banyak kali da terkena tapi time plak rasa nak buat entry..beriklan laa cara yang betul..jangan buat orang meyumpah dekat kita..nanti kita gak yang terkena...So kalau ade yang nak beriklan pastikan laa anda tak menyakiti readers anda..takkan sebab 20sen kita nak buat orang sakit hati ngan kita..hehehe

p/s: nak blajar ngan kak diana cara buat kotak iklan..senang skit..bleh gantung smpai 6 iklan says.my aku..boleh kan kak??hehehehe

Regards,
-Strider-

Tutorial Tukar Background Image Google

Hye Readers,

Hari ini aku nak share simple tutorial..Lebih kepada orang yang suka jadikan google sebagai hompage mereka..Mungkin ada yang da tahu tapi mungkin ade yang tak perasan...hehe..Tutorial untuk tukar background image untuk google...macam dalam gambar kat bawah nie...


1) Gambar kat bawah ini adalah gmbar asal setiap kali kita pergi google.com.kat bawah belah kiri ade tulis change background image



2) Kemudian pilih yang mana satu yang anda suka dan pilih select..Korang leh pilih sama ade nak pakai public image, gmbar yang ade dalam Picassa atau nak upload sendiri...


Dah abis..itu je laa step nya..sangat mudah..kalau korang tak paham try and error pun mesti boleh  jadi punya..hehehe..till my next entry..

Regards,
-Strider

Wednesday, November 2, 2011

Korang Pernah Check??

Hye Readers,

Hari ini aku nak cerita pasal internet..sebab majority blogger mesti ade line internet sendiri kan??Korang subscribe line ape??Tmnet??Unifi??P1, Yes, Umobile atau ade provider yang aku tak sebut??Korang selalu check tak bape speed yang korang dapat??

Korang confident ker ape yang kita dapat ialah ape yang kita bayar??Sebagai contoh bagi yang melanggan pakej 1mb/s kita kena check speed yang kita betul-betul dapat..adakah dia memang seperti yang kita langgan atau performance dia makin kurang..

banyak orang yang ambil ringan benda nie termasuk aku jugak..hehehe..hari ini jom kita buat simple test..mula mula kita pergi kat

http://speedtest.streamyx.com.my/index1.php?213844796

pastu check download speed anda..sebagai contoh kalau yang melanggan speed 1 mb/s pastikan speed anda dalam lingkungan 100kb/s..Kalu way below than 100 kb/s atau masa donlot dapat below 100kb/s silalah komplen kepada Internet provider masing-masing..

Bukan nak kata service provider nak tipu kita tapi kadang-kadang kalau ade problem dengan line dorang tak sedar selagi kita tak complain..

Aku pun tak expert pasal internet nie tapi ape yang aku tahu aku share laa ngan korang..hehe..Setakat nie line internet kat rumah aku masih lagi di tahap yang memuaskan..hehehe..till my next entry..

Regards,
-Strider-

Monday, October 31, 2011

Flickr

Hye Readers,

Pernah dengar pasal flickr tak??Ia adalah salah satu lawan web sharing photo yang agak terkenal dan ia juga merupakan salah satu anak syarikat Yahoo.Inc..tapi kali ini aku bukan nak citer pasal laman web nie tapi nak bawak korang pergi jenguk office mereka..enjoy the photos..












Sempoi jer kan office dia..sekali tengok macam opis-opis kat malaysia nie..sebenarnya itu jer yang aku nak tunjuk..hehe..by the way kalau korang rasa nak save photo online korang leh register kat www.flickr.com.

Sponsored Stories
Kindergarten Percuma untuk anak anda melalui program kerajaan

Enjoy 1000 Great Lunch Deals & More Nationwide.

Regards,
-Strider-

Friday, October 28, 2011

Jangan Membuhun Perniagaan Sendiri

Hye Readers,

Jangan salahkan orang kalau bisnes tak laku dan jangan salah rakan peniagaan kalau dia kata kita punca produk tu tak laku..Kenapa aku cakap macam nie??jom tengok screen capture nie jap..Seperti biasa klik pada gambar kalau nak tgk dengan jelas..



ni adalah satu sontoh spam dan ape itu spam??hasil dari pencarian aku kat dalam internet spam adalah:-

1) Maksud spam ialah satu perbuatan melakukan iklan sesuka hati tanpa melakukannya di tempat yang sepatutnya.

2) Email spam, also known as junk email or unsolicited bulk email (UBE), is a subset of spam that involves nearly identical messages sent to numerous recipients by email

3) Spam is flooding the Internet with many copies of the same message, in an attempt to force the message on people who would not otherwise choose to receive it



Ini adalah contoh-contoh spam yang dihantar melalui email.Aku tak tau bape ramai antara kita yang suka check email..ade sesetengah orang tak suka check email dan ade yang suka menggunakan email..So ape yang aku nak beritau ialah jangan membunuh perniagaan sendiri atau orang lain hanya melalui email.

Kenapa aku cakap macam tu??Sebab majoriti yang menerima email ini akan meyumpah setiap kali dapat dan apa jua perniagaan uyang kita buat tak akan jadi..so kalau nak berniaga atau promosi gunalah cara yang betul tanpa membuat orang meyumpah kita...

Di sebalik itu spamming juga akan membunuh produk yang dijual..secara tak langsung orang akan anggap produk nie dan produk spam nie susah nak berkembang..kebiasaan time dapat orang delte tanpa membaca dengan habis tentang produk itu..

Dalam kes kat atas nie..Mereka menipu diri sendiri hehehe Selalunya cakap masuk beribu sehari - kalu ler kaya raya - pergi jer relax kat Barbedos atau Hawaii....tak payah ler nak spam org lagi  sebab org tak suka danorg menyumpah kat kita....lama2 asyik kena sumpah jer tiap2 hari - mula ler datang penyakit....

Spam juga merbahaya sebab kita tak tau sape yang kita tengah spam...klau kena dengan orang yang tak kisah kita kira nasib baik laa tapi kalau kita salah spam macam nie laa jadinya..

Ini adalah contoh dari kenalan aku yang sangat benci kepada spammers..klau dia dapat je spam tanpa banyak citer dia akan report kat Google, Yahoo dan tak lupa kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM)..Buat masa sekarang kuasa SKMM amat terhad dan tak banyak tindakan boleh di ambil oleh mereka tetapi mereka sedang menggubal satu akta yang melindungi maklumat peribadi penerima email.

So pendek citer kalau rasa nak berniaga/promosi guna laa cara yang betul..jangan menggunakan spam sebagai satu cara untuk mempromosi kerana ia cara yang salah dan tak beretika..Kalau perlu beriklan gunakan saluran yang betul..aku percaya ramai di antara blogger-blogger yang menyediakan ruang untuk beriklan..till my next entry...

Sponsored Stories
Kindergarten Percuma untuk anak anda melalui program kerajaan

Enjoy 1000 Great Lunch Deals & More Nationwide.

Regards,
-Strider-

Thursday, October 20, 2011

Google+ Kini Dibuka Kepada Umum

Hye Readers,

Pernah dengar google+ x??dulu time launch banyak orang kata ia akan menggugat Facebook dan kerana itu kita tengok sekarang facebook asyik tukar interface untuk membuat semua user dia tak rasa bosan..

Actually its normal laa untuk sesebuah laman web sosial untuk menerima pesaing pada suatu masa seperti yang terjadi pada Friendster, Myspace, dan banyak lagi..ade yang bertahan dan ade yang tak..


Ini bukan google+ tapi email dari google yang menjemput aku untuk menyertai google+..actually benda nie aku register dari dulu lagi..sebelum dorang launch to public..ingatkan masa tu nak try tengok best ke tak google+ nie tapi rupanya dorang still process untuk mengumpul user mereka..

So tadi lepas aku belek2 untuk beberapa jam aku dapati google+ ini ade potential nak jadi top..interface dia ngan facebook tak banyak beza cuma google+ nie menggunakan ayat cirle untuk menggantikan add friend seperti yang digunakan oleh facebook.

Tapi untuk pengguna Google yang setia macam aku google+ ni boleh dikatakan best jugak laa sebab gambar-gambar yang ade dalam picassa akan secara automatik link dengan google+ tapi as usual korang still leh adjust privacy gambar-gambar tu..hehe :P

So since aku pun baru-baru try nak pakai jadi tak elok laa kalau au nak komen lebih2..aku just bagitau kat korang ape yang aku paham..yang lain kalau nak tau korang leh try explore sendiri..hehehe..till my next entry...

p/s: ade sape-sape lagi yang dah register google+???

Regards,
-Strider-

Thursday, June 16, 2011

Portal Rasmi Malaysia Kena Hack???

Portal Malaysia kena hack ker??sampai sekarang aku still tak boleh access website tu..ini menimbulkan tanda tanya sama ada ia telah di hack atau pengendali portal tu shut down website tu untuk sementara waktu…

Tapi pada masa aku tengok ade beberapa lagi website milik kerajaan telah diceroboh…Mereka berbendapat tindakan kerajaan menyekat laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks tidak boleh dimaafkan...ia sama seperti menafikan hak asasi manusia

Ni sccren capture yang aku dapat dari email tentang website yang effected by the attack



Tu je laa buat masa nie..sempat tulis entry sikit pagi nie sebab aku halfday..nak kena uruskan masalah smalam (klik sini)..By the way aku ade dengar rumors yang local website yang offer download service macam jiwang.net pun ade terima ancaman nak kena hack gak..but so far takde apa2 lagi..so till my next entry

Regards,
-Strider-

10 Website Yang Goverment Block

Hye Readers,

Aku ingat nak offline tadi tertiba plak baca tentang discussion pasal 10 website yang kena block dengan government kita..macam-macam gak laa yang kitaorang bincang..ade yang sokong and ade gak yang tak sokong..1st of all list website yang kena block is

Tapi aku nak tanya pendapat korang laa..patut tak kerajaan block website tu for whatever the reason..national security bukan laa priority utama sebab website tu harmless..Cuma banyak illegal download jer..

One more thing, kalau ade rakyat yang ade account premium one of these ape akan jadi??dorang tak leh access website tu macam mana dorang nak retrieve files dorang..bukan semua orang guna website ini untuk download..i believe ade yang guna website ni utk benda lain..

Esok kalo aku ade masa share skit ngan korang cara nak access website tu walaupun da kena block dengan ISP..buat masa serang pengguna TMnet je yang tak dapat access website tu ..yang lain shoub be okay..

BTW anonymos crew kata dorang nak hack Malaysian nyer official website untuk tunjuk protes terhadap tindakan nie..aku tak tahu laa berjaya ke tak dorang ni but based on their experience hack Sony Playstation Network anything could happen..till my next entry

Regards,
-Strider-