Seperti yang korang tahu pemimpin tertinggi DAP yang bersuara lantang iaitu Karpal Singh telah meninggal dunia dalam satu kemalangan awal pagi tadi. Kematianya itu memang mengejutkan dan bagi penyokong Pakatan Rakyat, pemergianya itu merupakan satu kehilangan besar pada negara.
Selain Karpal Singh, turut terkorban dalam kemalangan itu adalah pembantu peribadinya dan juga nilai kemanusiaan segelintir orang. Kenapa aku cakap nilai kemanusian turut terkorban?Kerana ada manusia tak boleh berhenti bermusuh walaupun lawanya itu sudah mati.
Ini merupakan screenshot dari twitter Zulkifli Noordin yang jelas menghina pemergian Karpal sehingga membuatkan Khairy Jamaluddin turut campur tangan dalam menegur tindakan Zulkifli Nordin ini. Tindakkanya itu dikecam oleh ramai pihak yang masih mempunyai nilai-nilai kemanusiaan.
Aku tak nak menulis panjang entry ini kerana aku tak mahu dicop sebagai penyokong Karpal kerana secara jujurnya aku tidak menyukai Karpal Singh ini. Tapi aku buang ideologi politik, aku buang sentimen agama sebentar bagi memberi laluan kepada sifat kemanusiaan yang masih ada dalam diri. Takziah diucapkan kepada keluarga Karpal Singh atas pemergian orang yang tersayang.
Regards,
-Strider-











