Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Friday, June 3, 2016

#1486 - Cara Untuk Hilangkan Stress Dengan Mudah

Hye Readers,



Stress merupakan salah satu simptom yang tak boleh dipisahkan daripada manusia. Setiap orang boleh mengalami stress atas sebab yang berbeza seperti keluarga, kewangan, cinta, kerjaya dan lain lain. 

Stress sebenarnya boleh dielakkan dan kali ini aku nak kongsikan dengan korang cara yang boleh membantu korang hilangkan stress dan ianya boleh dilakukan hari-hari setiap kali korang stress. korang boleh pilih beberapa cara berikut mengikut kesesuaian personaliti masing masing.

1) Dekatkan diri dengan Tuhan.
- Bagi mereka yang bergama islam, membaca al quran sebenarnya boleh membantu korang untuk menghilangkan stress. bagi mereka yang bukan beragama islam, korang boleh baca apa apa kitab mengikut agama yang anda anuti. 

2) Berjalan
- Definasi berjalan ini bukan bercuti tau. Walaupun bercuti tu dapat menghilangkan stress tapi kalau setiap hari nak pergi bercuti boleh bangkrap dibuatnya. Cuba ambil sedikit masa dan pergi berjalan di taman-taman berhampiran rumah anda. Selain dari menyihatkan badan, ia juga memberi ketenangan.

3) Meditasi
- Ini cara yang jarang aku gunapakai tapi orang kata ianya salah satu bara yang baik bagi menghilangkan stress. Fokus pada pernafasan anda dan cuba bayangkan tempat yang membuatkan anda gembira. Cuba tarik nafas sebanyak 6 saat dan hembus kembali selama 7 saat. Cuba ulang kembali langan tersebut untuk beberapa kali dan semua bebas dari memikirkan benda yang stress.

4) Muzik
- Kadang kala, bila aku stress, muzik serba sedikit membantu aku untuk menghilangkan stress, cuba dengar kepada lagu-lagu yang boleh memberi anda ketenangan. Muzik juga kekadang boleh membantu kita untuk memotivasikan diri.

4) Coklat
- Mengikut apa yang aku baca (klik sini) coklat antara makanan yang membantu untuk menghilangkan stress. Tapi anda perlu berhati hati kerana terlebih makan boleh membuatkan anda obesiti. 

5) Ubah Fokus
- Jika anda sedang mengalami stress tentang sesuatu perkara, cuba ubah sekejap fokus anda daripada masalah tersebut. Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengalih fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi.(untuk sementara saja). Ini termasuk dengan membaca buku atau majalah. Kebiasaanya kalau aku stress aku akan luangkan masa sekejap untuk menonton movie dan ianya tak semestinya dilakukan di pawagam.

Ada yang berpendapat bahawa shopping juga boleh menghilangkan stress tapi aku tak galakkan untuk guna cara itu kerana jika ia tidak dikawal, ia mampu memberi anda stress pada hujung bulan. Shopping untuk menghilangkan stress tu boleh dilakukan jika anda seorang yang betul-betul berdisiplin dalam menguruskan kewangan anda secara harian dan bulanan.

Aku harap dengan tip yang diberikan, ia dapat membantu anda untuk menghilangkan stress. Stress kebiasaanya datang dari masalah yang dihadapi dan kadang kala, anda perlu mencari sedikit ketenangan untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Regards,
-Strider-


Thursday, May 26, 2016

#1482 - Cara Untuk Menikmati Hidup Tanpa Memerlukan Banyak Duit

Hye Readers,

Mewah, Bergaya, Kereta,


Kaya sebenarnya adalah sesuatu yang sangat subjective dalam hidup ini. Ada orang yang mempunyai harta berjuta-juta tapi masih belum merasakan diri mereka kaya dan sentiasa berusaha untuk menambahkan pendapatan mereka.

Tapi adakah cara untuk kita merasai kekayaan tanpa mempunyai banyak harta? Sebenarnya ia boleh dilakukan dengan beberapa cara. Anda tidak semestinya kena kumpulkan harta berjuta untuk menikmati hidup yang indah ini.

Tapi sebelum anda boleh menikmati keindahan hidup ada beberapa benda yang ada perlu lakukan seperti berikut:-

1) Belajar Menerima Diri Sendiri
- Sebenarnya susah bagi sesetengah orang untuk menerima bahawa duit itu bukan segalanya walaupun hakikatnya semua memerlukan duit. Ini merupakan salah satu elemen penting jika anda ingin menikmati hidup anda. Jika korang dapat sejuta ringgit pada hari ini dan ianya hilang keesokkan harinya tidakkah itu akan memberi tekanan hidup kepada korang?

2) Jadilah Seorang Yang Kreatif
- Anda kena jadi kreatif terutamanya dengan pengurusan kewangan sendiri. Contohnya jika anda tidak mempunyai kewanganyang banyak carilah sesuatu aktiviti atau benda-benda kecil yang mampu membuatkan anda gembira. Seperti contoh, ada sesetengah orang berasa gembira dengan hanya melukis.

3) Menerima Hakikat
- Kadang kala kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak mampu memiliki segalanya di dalam dunia ini. Even orang paling kaya pun belum tentu mereka mempunyai segalanya. Jika kita belajar untuk menerima hakikat, kita akan mendapat ketenangan jiwa sekaligus dapat menikmati hidup yang sedang dilalui.

4) Jaga Perhubungan Anda
Jaga dan hargailah perhubungan anda dengan mereka yang ada disekeliling anda. Bila anda menghargai perhubungan anda dengan orang sekeliling, Bila anda menghargai perhubungan anda dengan orang sekeliling anda mungkin satu hari nanti mereka membantu anda untuk menikmati sesuatu yang mungkin anda tidak miliki dengan sendiri.

5)  Jadi Pemurah
- Banyak cara untuk anda jadi pemurah walaupun anda tidak memili wang yang banyak. Bagi aku konsep pemurah itu sangat luas dan tidak terhad kepada memberi duit sahaja. Ia merangkumi banyak aspeki seperti memberi bantuan dari segi tenaga, idea-idea yang bernas, dorongan motivasi dan lain lain lagi. Anda tidak perlu menjadi kaya raya untuk menjadi seorang yang pemurah kerana pemurah dan penderma adalah dua benda yang berbeza. Jika anda seorang yang pemurah, anda akan dikelilingi dengan aura positif di sekeliling anda sekaligus anda boleh menikmati hidup yang lebih baik.

Itu antara 5 point yang boleh aku berikan. Walaupun apa yang aku tulis boleh ditafsirkan berbeza namun aku tidak menyuruh anda supaya hanya berserah dan menerima saja hidup yang anda nikmati sekarang tanpa perlu berusaha untuk mendapat lebih.

Kita harus berusaha untuk mendapatkan hidup yang lebih baik tetapi usaha itu tidak serahusnya membuatkan kita tidak menikmati hidup yang sedang dilalui. Kita hanya diberi peluang untuk menikmati hidup kata hanya sekali, oleh itu gunakan masa yang ada itu sebaiknya disamping mereka yang tersayang.

Regards,
-Strider-


Thursday, April 28, 2016

#1474 - Cara Memohon Jawatan Kosong Dengan Betul

Hye Readers,



Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat tmpat aku bekerja. Namun ketika menerima permohonan dari calon-calon yang ingin memohon, aku dapati ramai mereka tidak mempunyai etika yang sepatutnya ketika ingin memohon jawatan.

Untuk entry ini aku akan cerita cara-cara yang betul untuk memohon jawatan kosong. Zaman sekarang agak sedikit berbeza ngan zaman dahulu. Mungkin dulu ketika kita mempunyai Ijazah, itu dah merupakan satu kelebihan namun ia berbeza dengan zaman skarang dimana ramai lagi calon-calon yang mempunyai kelayakkan yang sama oleh itu "first impression" sangat penting ketika ingin memohon sesuatu jawatan.

Etika atau cara mohon jawatan kosong terbahagi kepada beberapa perkara yang antaranya seperti berikut:-

1) Penulisan Resume
Pastikan setiap resume yang dihantar tidak mempunyai spelling error terutamanya jika resume anda dalam bahasa  inggeris kerana itu telah menujukkan kelemahan anda dalam penulisan bahasa inggeris.

2) Cover Email.
Banyak jawatan kosong sekarang boleh dipohon melalui atas talian(online) oleh itu cover email merupakan sama penting dengan cover letter. Jangan amalkan menghantar dengan menulis email, attach resume dan terus email. Amalkan untuk menyatakan niat anda untuk memohon jawatan di syarikat mereka.

3) Format Resume
Format yang bukan bermaksud cara korang menulis resume. Cara korang menulis mungkin berbeza mengikut keselesaan masing-masing tapi ia lebih kepada format application yang korang save, Cuba amalkan untuk menghantar resume korang dalam bentuk pdf. Setiap orang mempunyai aplikasi microsoft yang berbeza jadi mungkin kat PC korang benda tu nampak elok tapi bila sampai kepada orang yang menerima, formatting ia akan menjadi lain.

Itu antara 3 elemen yang penting dalam memohon jawatan kosong. Secara ringkasya, anda perlu nampak professional bagi membolehkan anda dipanggil untuk interview. Anda perlu ingat bahawa persaingan untuk mendapatkan sesuatu jawatan kosong makin lama makin sengit dan first impression juga memainkan peranan penting supaya anda boleh dipanggil untuk temuduga.

Itulah beberapa tips yang aku boleh kongsikan bagi korang yang mungkin sedang mencari pekerjaan. Mungkin lepas ini kalau ada masa aku cerita puak tatacara yang sopan ketika masa temuduga. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan aku wish all the best dan semoga perkongsian in bermanfaat kepada anda.

Regards,
-Strider-

Tuesday, August 5, 2014

#1460 - Boikot atau Sekadar Trend?

Hye Readers,

Sekarang ini tak kira di mana platform social media, mesti heboh diperkatakan mengenai boikot barang Israel. Semalam kat twitter pun ramai orang cerita pasal boikot dan paling popular ialah restoran makan segera iaitu McDonalds.

Aku sebenarnya tak menghalang orang nak boikot malah menyokong mereka yang boikot dengan cara yang betul. Boikot tak semestinya kita perlu meletakkan adab kita ditepi bagi meluahkan perasaan marah terhadap rejim Zionis.

Sumber Gambar : Twitter
Pakai songkok, pegang Mafla Palestine, tapi sayangnya kemarahanya tangan dia yang tak dapat nak kawal..adakah ini cara orang islam? ini belum masuk lagi aku nampak orang text mengutuk mereka yang bekerja di Mcdonalds macam mereka ini bersubahat dengan Israel.

Ada juga yang keterlaluan apabila menyuruh pekerja Mcdonalds berenti and cari kerja lain...Memang aku tak nafikan rezeki di tangan Allah SWT tetapi kalau dah ditakdirkan itu punca rezeki dia, siapa kita untuk menghalangkan??? Basically aku bukan menentang orang yang nak boikot ini, tapi ia perlu dilakukan dengan betul dan bijak.

Pada pendapat aku majority orang sekarang ikut boikot Mcdonalds sebab ia satu trend. Kenapa aku kata camtu? sebab aku dah pernah lihat benda yang sama berlaku ketika Malaysian nak boikot Mcdonalds time Amerika serang Afghanistan dan Iraq dahulu.

Jadi mari kita lihat sama ada boikot Mcdonalds ini hanyalah satu trend atau memang kita sudah bersedia untuk memboikot Mcdonalds. Untuk makluman korang seingat aku, hanya Sekinchan Ikan Bakar jer yang berjaya diboikot oleh orang Malaysia nie.

Regards,
-Strider-

Friday, May 2, 2014

1403 - Adakah Malindo Air Pilihan Terbaik??

Hye Readers,

Selamat Hari Jumaat semua. Kalau ikutkan hati aku nak update pasal pengalaman aku dikelilingi oleh gadis-gadis kat Flora Cafe pada Hari Buruh semalam. Tapi aku simpan laa dulu cerita itu untuk sambung pasal Malindo Air punya cerita ini memandangkan awal pagi esok aku akan berangkat ke Kota Kinabalu.

Kepada mereka yang baca mengenai entry Oh Malindo Air aku sebelum ini mesti dah tau permasalahan yang aku lalui dalam trip aku ke Sabah minggu depan.Terima kasih untuk semua pandangan serta feedback korang mengenai kes itu. Baru-baru ini Malindo Air telah menghantar mesej melalui facebook dan email kepada aku 


Sebenarnya aku ada forward entry Oh Malindo Air itu sebagai luahan hati seorang penumpang yang merasakan diri dia teraniaya. Nasib baik laa, kawan aku ini jenis seorang yang redha dengan apa yang terjadi jadi aku batalkan niat aku nak memanjang isu ini kepada customer service mereka.

Kawan-kawan aku yang kerja airlines pun memang ade menjelaskan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan mereka memang boleh reschedule flight seawal begitu bergantung kepada jenis masalah yang mereka dihadapi termasuk runway full, weather problem, etc...

Mengapa aku katakan adakah Malindo Air merupakan pilihan terbaik? Ini kerana masih ada low cost airline lain yang mungkin boleh memberikan anda pilihan lain sekiranya perkara macam ini berlaku. Malindo mempunyai beberapa option yang salah satunya merupakan penjelasan terhadap apa yang sebenarnya berlaku  kerana secara tak langsung ia merugikan penumpannya dari segi masa dan kewangan.



Aku amik contoh seperti Air Asia, jika penerbangan mereka reschedule sehingga menggangu program penumpang mereka, Air Asia akan membenarkan penumpang sama ada untuk mengekalkan nilai tambang dan sebagai kredit dan menggunakan semula dalam masa 3 bulan mengikut kalender penerbangan Air Asia atau mereka boleh naik penerbangan seterusnya tanpa melibatkan sebarang penambahan kos.

Manakala Malindo Air pula, mereka hanya memberitahu yang penerbangan itu dijadualkan semula sambil menyuruh anda redha dengan ketentuan takdir. Nasib baik laa, kawan aku ini jenis yang tak berapa cerewet sangat. Since flight kitaorang bertukar jadi morning nampaknya terpaksa laa kami buat plan lain.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Actually kami pergi seramai 6 orang dan yang mengalami masalah dengan Malindo ini hanya aku dan kawan aku. Yang mana book pergi balik nak MAS nampaknya boleh stay lama sikit dekat sana. So next time kalau rasa nak book ticket, pastikan anda membuat pilihan tepat.

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 16, 2014

#1391 - Halal atau Tidak

Hye Readers,

Entry ini sebenarnya merupakan kesinambungan dari entry kak Diana Rashid yang bertajuk "Yang Kau Makan Ni Halal Ke". Aku rasa kalau ko kat tempat kak Diana tu pun mesti korang panas sebabnya..yang tu korang kena baca sendiri.



Hari ini aku nak sentuh sikit bab Haram dan Halal dalam mencari makanan. Kepada mereka yang biasa baca entry aku, jarang sebenarnya aku update mengenai topik-topik yang islamic nie. Bukan sebab aku tak tahu pasal islam cuma aku rasa ilmu di dada nie tak cukup nak bercerita tentang agama.

So berbalik kita kepada topik ini tadi, Mencari sesuatu yang Halal itu adalah satu kewajipan sebenarnya (Klik Sini). Mencari sesuatu yang Halal dan mencari Sijil Halal adalah satu benda yang berbeza sedikit kerana bukan semua kedai yang ada kat Malaysia ini mempunyai sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Kalau tak silap aku hanya restoran-restoran yang besar, Hotel, Franchais makanan yang ada sijil Halal.

Tetapi, jika tiada sijil Halal, adakah bermakna ia Haram?jawapanya tidak sama sekali kerana jika anda berfikiran tiada sijil halal itu haram, maka anda telah mengharamkan makanan yang dijual oleh mak cik nasi lemak di tepi jalan, mereka yang berniaga di pasar malam, kedai-kedai makanan bawah pokok, kebanyakkan medan selera di Malaysia dan untuk lebih tepat, peniaga-peniaga kecil.

Betulkan jika aku salah tapi pada pendapat aku, selagi kita yakin dengan cara penyediaan sesebuah menu makanan ia tetap halal dimakan walaupun tanpa "Sijil Halal" dan jika kita was-was dengan cara penyediaan tersebut maka kita perlu mengelakkan daripada memakan makanan tersebut.

Tapi apa yang aku tulis nie merupakan pendapat peribadi aku jer, dan pendapat aku ini tak semestinya salah. Sometimes kita jangan terlalu cepat dalam menghukum kedai/restoran/tempat makan yang tidak mempunyai sijil Halal.

Jadi berbalik kepada entry Kak diana tadi, lain kali kalau kita dah tau orang yang makan tu seorang muslim, jangan la dipertikai apa yang dia makan kerana sebagai seorang muslim sudah tentu dia tahu yang mana Halal dan yang mana Haram.

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 22, 2014

#1345 - Date or Hangout? [Part2]

Hye Readers,



Untuk membaca entry Part 1 sila klik sini. Terima kasih kerana mereka yang sudi share pendapat korang mengenai topik ini. Topik ini sebenarnya sebuah realiti kehidupan dimana seorang lelaki mungkin boleh mislead tujuanya ketika mempelawa seseorang wanita keluar. Ini pernah gak terjadi kepada aku.

So sebelum itu mari kita tengok sikit apa kata kata rakan blogger kita mengenai topik ini;

Sheila Salim
Assalamualaikum awak. isu ni, dah lupa la camne nak huraikan. hehe rasanyalah, kalau kawan lelaki ajak keluar, sheila anggap hang out. Kalau pakwe/suami ajak keluar, date la. hihi (",)

Amanda Suria
For me senang je...if lelaki ajak keluar its just a first hangout...if dh lama kawan skit...baru boleh claim its a date...for SA la..mcm SA ngan cik abg la...dh kawan dah beberapa kali keluar then dia ajak dating on the special date...masa tu declare couple...until today...cuma kami belum meterai dengan ikatan kekeluargaan.

Nuranne (formerly simplyseoul)
emm kalau hangout can lead to date juga tu. it''s like a trial before dating. haha.. xpasti pula buddy.

Sobri Yacob
bagi aq ok saja ajak wanita kluar..tapi tiba2 trus tringat stament ustaz azhar idrus..haram mgajak wanita itu kluar kalau x de niat nak kahwini dia... errr.....:) mcm mana plak kes lelakiajak kluar..adakah akan dicop gay :) ksimpulanya..smuanya atas niat :)

Vee Sandi
pendapat sis mudah jer . klu sebelum pelawaan tu berlaku , hubungan yg terjalin sekadar kawan , maka hangout lah . Tapi kalau sebelum pelawaan tu berlaku , dalam hati sudah ada taman , maka jadi datelah . cuma taman dlm hati tu pada salah seorg saja atau keduanya . Kalau satu pihak jer , maka satu pihak akan anggap sebagai date dan satu pihak lagi akan anggap hangout . Kesimpulannya , selagi xde lafaz , pelawaan tu sekadar hangout jer . tapi ada gak yg salah faham ... heheheee ^_ ^

Affy Afiqah
date or hangout ea...terpulang kepada macam mana seseorang tu define juga laa kan lan...macam ika....kalau date, ika anggap itu pelawaan yang serious...kalau hangout, setakat chill2 biasa dengan kawan2..susah laa nak describe in words adehhh T_T. pada ika tengok pada cara lelaki tu pelawa juga laa....rasanya dari situ kita boleh tahu dia ajak date ke hangout...kut hahahahha..tp bukan senang juga nak "baca" pelawaan dr lelaki or vice versa..

Ain Diyana
kacang bin goreng je,,, kalau kuar hang out, expenses sendirian berhad .. kalau dating,, tgk movie dia belanja.. makan dia belanja... boling dia belanja... hantar balik plak bebetul semudah2nya untk org yg dia nk ngorat.. kalau hangout, bye2 kat lokasi tersebut n bawa haluan memasing... & bila dh balik tu.. kalau org tu sms "dh smpai umah?" haaaa.. jeng jeng jeng... ada makna lah tu.. normally kalau hang out.. lantak la dh smpai umah ke belum.. hehehehe

So itu antara beberapa pandangan orang lain mengenai Date or hangout ini. korang boleh baca komen-komen lain melalui link yang aku bagi kat atas tadi. Sebenarnya ini satu benda yang boleh dikatakan subjektif kerana ia bergantung kepada personaliti seseorang.

Memandangkan aku tak dapat nak bagi pandangan untuk pihak lelaki dan perempuan jadi aku kemukann pendapat aku dari pihak perempuan, jadi kepada lelaki pandai-pandai la korang improvise ayat ini ek. sama ada hangout atau date itu bergantung kepada beberapa perkara seperti, berikut:

Its a Date
  • Jika pelawaan dia itu memang jelas berunsur date seperti "Jom makan malam bersama saya" ataupun "Jom dating minggu depan"
  • Jika ia datang menjemput kat rumah sambil membawa bunga (jarang orang buat) atau membawa buah tangan seperti coklat.
  • Jika lelaki membawa ia makan ke tempat yang eksklusif atau fancy restoran dengan suasana yang romantik.
  • Jika dia menghantar perempuan itu balik dan juga text selamat malam sebelum tidur. 
  • Semua aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut telah dirancang lebih awal, normally ia dilakukan oleh lelaki 
Its a Hangout.
  • Dia ajak korang "tag along" dalam aktiviti yang dia dilakukan. Kalau lelaki ajak perempuan teman dia pergi bermain/tengok bola than its a hangout.
  • Jika ia cerita tentang perempuan lain yang diminati.
  • jika dia ajak untuk berjumpa dengan kawanya selepas korang makan.
  • ketika berjalan di keep a distance a bit dan berjalan tidak terlalu rapat.
Jadi itulah serba sedikit pendapat aku mengenai date or hangout ini. Lain kali kalau korang tak sure sama ada lelaki ajak date or hangout, tanya jer terus terang supaya tak berlaku sebarang misleading intent. Kalau segan nak tanya secara serius, korang leh tanya dalam nada yang bergurau.

Regards,
-Strider- 

Monday, January 20, 2014

#1342 - Date or Hangout? [Part 1]

Hye Readers,



Untuk kali ini aku nak buat entry yang santai skit. Tajuk dia pun aku gunakan bahasa Inggeris sebab kalau translate bahasa melayu jadi tak berapa best untuk dibaca. Entry ini sebenarnya dah lama ade dalam draft cuma aku edit sikit-sikit mengikut kesesuaian.

Aku nak tanya pendapat korang semua tentang satu perkara. Setiap kali seseorang lelaki ajak seorang perempuan keluar, bagaimana kita nak define (terangkan) sama ada pelawaan lelaki tersebut adalah satu date ataupun its just normal hangouts??

Motif aku tanya sebab in realiti, kekadang ade perempuan yang sukar nak membezakan sama ada seorang pelawaan seorang lelaki itu bersifat "dating" atau pun "hangout". Lelaki pun ade gak yang keliru macam mana nak buat satu perlawaan bersifat hangout tu tak nampak macam "date".

Aku sebenarnya ada idea dan pendapat aku mengenai isu ini. jadi sebelum aku kemukakan pendapat aku, sekali sekala aku nak dengar pendapat korang dahulu..Jadi sila-sila laa drop komen anda semua, and nanti kita share pendapat masing-masing..hehe 

Regards,
-Strider-

Thursday, January 2, 2014

#1325 - Mutfi Perak Batu Api

Hye Readers,


Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak baru-baru ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi. Aku mengambil keputusan untuk menyambut di Pulau Pinang dan tak berapa pasti apa yang berlaku di Kuala Lumpur

Namun melalui apa yang aku baca dari portal Malaysiakini Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

Ilmu agama aku tak ada laa tinggi macam mufti ni tetapi aku rasa belum ada ayat al-quran yang mengatakan yang kita perlu mengikut sahaja arahan daripada pemerintah tanpa boleh membangkang. Aku rasa mereka ini berhimpun lebih kepada salah satu cara untuk mengadu kepada kerajaan tentang apa yang sedang terjadi di jalanan.

Bagi aku biarlah pihak berkuasa sahaja yang uruskan hal perhimpunan ini kerana mereka lebih berpengalaman dan professional. Jika mufti perak ingin menegakkan isu "menghalal darah" ini dia boleh mula dengan membanteras gejala murtad.

Sy rasa isu perhimpunan ini, dah pun ada undang-undang tertentu dan biarkan tindakkan diambil oleh mereka yang layak.Sebagai Mufti saya rasa dia ni tak perlu tambah minyak tanah ke atas kemarahan orang yang datang berhimpun atau pendek kata menjadi batu api antara pihak berkuasa dengan golongan ini.

Regards,
-Strider-

Friday, December 27, 2013

1323 - Rap Pasar Perosak Bahasa

Hye Readers,

Beberapa hari lepas ketika aku dekat Johor, aku ada terbaca satu artikel daripada Berita Harian tentang Rap Pasar Rosakkan Bahasa Melayu. Artikel tersebut ditulis oleh Sasterawan Negara dan pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA

Antara benda yang dikupas oleh penulis ialah penerapan bahasa pasar yang akan menyerlahkan penulis liriknya kepada dua situasi berikut. Pertama, kecenderungannya melayan ‘selera rendah’, ertinya tidak mahu memilih bahasa yang lebih baik. Kedua mungkin ia tiada upaya berbahasa Melayu tinggi, ertinya tiada kebolehan memilih diksi yang berkesan.

Korang boleh baca selanjutnya artikel melalui link yang aku dah berikan, ade few point dan pendek kata penulis berpendapat yang  bahasa Melayu mempunyai begitu banyak kata perbandingan dan kiasan yang baik. Mengapa lirik lagu rap kita masih memilih bahasa pasar?



Rap Sebagai Muzik Jalanan
Aku bukan seorang rappers mahupun ahli muzik tapi aku seorang peminat muzik dan aku rasa kebimbangan sasterawan tersebut langsung tidak berasas. Ini kerana aku berpendapat yang muzik hip hop ini merupakan muzik yang berasal dari jalanan dan menggunakan bahasa jalanan (street word)

Kemunculan rap mula di kesan di kawasan Bronx New York, dimana penduduknya yang majoriti berkulit hitam memulakan rap bagi meluahkan perasaan atau menceritakan kepada masyarakat apa yang terjadi di jalanan. Kebanyakkan lagu nie menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di dunia realiti dan disebabkan itu penggunaan bahasa pasar itu lebih sesuai. Sape cakap ngan kawan-kawan guna bahasa formal? 

Penyalahgunaan Bahasa.
Sasterawan tersebut sepatutnya lebih menumpukan perhatian terhadap penyalahgunaan bahasa yang lebih bersikap professional. Sepatutnya mereka perlu menegur pemimpin/politician yang menggunakan bahasa ketika ditemuramah oleh media.

Penggunaan perkataan seperti "Bajet" yang menggantikan belanjawan baru-baru ini boleh dikatakan sebagai satu penyalahgunaan bahasa kerana kita semua tahu yang perkataan "bajet" itu dimelayukan dari perkataan bahasa inggeris iaitu "Budget". Ada beberapa lagi perkataan macam ini dan aku rasa korang pun tahu.

Bahasa Pasar Realiti Kehidupan
Rap sebenarnya merupakan satu genre muzik untuk rakyat. Kalau korang perasan kebanyakkan lagu rap sebenarnya menceritakan tentang realiti kehidupan dan apa yang kita tutur di jalanan, itu yang dimuatkan dalam sesebuah lagu rap. ia juga termasuk pencampuraan bahasa inggeris dan melayu.

Namun realitinya ia bukan saja berlaku dalam lagu rap tetapi aku percaya dalam sesetengah novel juga ada menggunakan bahasa pasar supaya pembaca lebih senang untuk menghayati apa yang sedang diceritakan oleh penulis novel tersebut.

Kesimpulan
Sama ada dalam lagu rap atau novel, benda ini bagi aku bukan satu isu yang besar kerana ianya bukan satu medium yang rasmi untuk pembelajaran. Dalam industri muzik, penggunaan bahasa kebangsaan lebih sesuai jika ia berbentuk irama traditional tapi dimanakah komposer muzik tradisonal?

Penggunaan bahasa pasar dalam lagu rap bukanlah satu benda yang wajib, tapi ia perlu supaya pendengar lebih senang menghayati masej yang sedang cuba disampaikan dalam sesebuah lagu rap.

Jadi kalau ada yang merasakan rap pasar ini perosak bahasa, cuba berkomunikasi di rumah/tempat kerja tanpa menggunakan bahasa pasar. Tengok sama ada kawan korang boleh hayati tak apa yang korang nak cakap. 

p/s: PC aku masih sakit jadi aktiviti blogging agak terhad buat masa ini. 

Regards,,
-Strider-

Monday, December 16, 2013

#1305 - Rasional Di Sebalik Kenaikkan Tambang LRT & Monorel

Hye Readers,

Entry aku kali ini mungkin dianggap "bias" oleh sesetengah pihak kerana aku merupakan salah seorang yang berkerja dalam industri pengangkutan awam. Tapi apa yang tulis ini hanya pendapat peribadi aku sepanjang penglibatan aku dalam pengangkutan awam termasuk industri Rel.

Baru baru ini pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini yang menyatakan untuk mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.Kadar tambang LRT dijadualkan naik berdasarkan peningkatan tarif elektrik 15 peratus bermula Januari 2014.

Ini bermakna tambang baru untuk LRT & Monorel adalah bergantung kepada tariff elektrik nanti. Pihak operator akan mengkaji semula kos operasi mereka dan akan hantar kepada SPAD untuk penilaian. Jumlah tambang baru itu akan diputuskan oleh SPAD sendiri.

Mengikut laporan akhbar kali terakhir tambang dinaikkan ialah 10 tahun yang lepas dan disebabkan itu mari kita lihat salah satu sejarah Syarikat Swasta yang mengendalikan pengangukatan awam rel di Malaysia,



Putra LRT
Kalau kita lihat balik sejarah, Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd. (Putra LRT) telah diarah tutup oleh Mahkamah kerana pelbagai masalah pengurusan dan kewangan Petisyen menutup Putra LRT dibuat kerana kegagalannya menyelesaikan hutang berjumlah RM1,158,332,666.82.(klik sini)


STAR LRT
Sistem Pengangkutan Laju Ringan (Star LRT), juga mengalami nasib yang hampir sama apabila mereka terpaksa menjual syarikat mereka akibat bebanan hutang yang besar.mengikut laporan mStar Online pada tahun 2006 kerajaan telah berbelanja besar bagi menyelamatkan syarikat terbabit (klik sini)

Sekarang selepas mengetahui serba sedikit mengenai sejarah kedua dua syarikat tersebut, cuba bayangkan apa yang terjadi kepada operator LRT sekarang iaitu RapidKL jika mereka terus menanggung kerugian semata-mata untuk memberi perkhidmatan kepada warga lembah kelang.

Walaupun tiada kenaikkan tambang dalam masa 10 tahun tapi aku rasa korang semua boleh lihat bagaimana intergrasi antara perkhidmatan yang telah dijalankan dan juga bagaimana Rapid KL Aliran Kelana Jaya menukar keretapi 2 gerabak mereka kepada 4 gerabak bagi memenuhi permintaan penumpang yang semakin banyak.



Untuk makluman korang kadar tambang bagi pengangkutan awam TIDAK boleh dinaikkan sesuka hati dan harga tersebut perlu diluluskan oleh pihak kerajaan. Aku rasa sebab itu tiada syarikat swasta yang mampu untuk mengambil alih urusan operasi LRT kerana ia satu bisnes yang merugikan.

So jadi kalau korang rasa kenaikkan ini merupakan satu keuntungan, maka mungkin korang silap disitu. Aku rasa kenaikkan ini hanya untuk memastikan RapidKL tidak mengalami nasib yang sama seperti Putra & Star LRT

Bila bercerita tentang perkhidmatan pulak, aku akui masih terdapat kelemahan yang boleh dibaiki oleh pihak RapidKL tapi itu aku tak boleh nak komen banyak. Ibarat if you pay for nasi lemak, you dont expect to get Rib Steak.

Jadi itu sahaja pendapat aku mengenai isu ini. Aku juga tidak bersetuju dengan pelbagai kenaikkan sejak kebelakangan ini. Apa lagi yang nak dinaikkan lagi selepas ini? Jangan terkejut kalau selepas ini pemandu teksi juga demand untuk kenaikkan tambang. Namun semuanya bergantung kepada SPAD untuk meluluskannya.

Regards,
-Strider-

Friday, December 13, 2013

#1300 - Proton Accord Yang Hampeh

Hye Readers,

Entry kali ini aku tulis secara santai sikit sebab aku nak condemn Proton Perdana yang baru. Untuk makluman korang, semalam telah berlangsung satu upacara penyerahan Proton Perdana yang baru kepada YB Perdana Menteri kita tapi aku lebih suka menggelarkannya Proton Accord. 



Mengapa aku panggil dia Proton Accord adalah kerana mengikut apa yang aku baca dari laman web Paultan, Proton Perdana ini adalah berdasarkan generasi Honda Accord yang sebelumnya dan seperti Honda Accord, Proton Perdana ini boleh didapati sama ada dengan enjin 2.0 liter dan 2.4 liter, kedua-dua diperoleh daripada Honda

Sebenarnya aku tak tahu apa development yang Proton dah buat sepanjang 30 tahun company ini ditubuhkan. Sebenarnya ia sesuatu yang memalukan sebab lepas 30 tahun, Proton masih lagi amik model yang orang lain tak nak pakai dan brand dengan nama mereka.

Proton tak ada design team sendiri ke untuk design kereta sendiri? Kemana hilangnya duit Research & Development (R&D) yang kerajaan bagi selama ini? Adakah ini hasil terbaik yang proton dapat? Akhbar The Star pada tahun 2011 (klik sini) melaporkan yang Proton mengeluarkan budget sebanyak RM90 & RM100 juta setahun untuk projek R&D

Kalau ade sesiapa kerja proton terbaca entry ini, aku minta maaf laa, aku bukan nak condemn korang tapi lebih kepada higher management korang. Aku faham perasaan staf-staf biasa Proton. Mereka hanya mengikut arahan.

Itu jer laa bebelan aku hari ini. Aku tak dapat bayangkan apa jadi dengan Proton andaikata kerajaan stop amik kereta Proton sebagai kereta rasmi kerajaan.

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 30, 2013

#1207 - Jangan Hukum Mereka Yang Tidak Bersalah

Hye Readers,

Baru baru ini FB milik pak guard yang kejam membunuh seorang pegawai bank telah berjaya di dedahkan. Melalui fb itu juga banyak gambar-gambar suspek yang lebih jelas telah berjaya diedarkan. Secara jujurnya aku menyokong tindakkan menyebar gambar suspek supaya kita tidak lupa akan wajahnya itu.

Entry ini berkait rapat dengan entry aku beberapa minggu lepas tentang Keghairahan Menyebarkan Maklumat oleh masyarakat. Melalui pendedahan FB itu juga ramai blogger telah memuat naik gambar suspek dan keluarganya termasuk anak-anaknya.

Benda ini juga menjadi perhatian blogger terkenal Ben Asaahari yang seakan tidak bersetuju dengan penyebaran gambar kanak kanak tersebut melalui FB miliknya.  Aku bersependapat dengan Ben dalam isu ini kerana aku merasakan kanak-kanak itu tidak bersalah dan yang bersalah ialah bapanya.



Ada yang berpendapat penyebaran gambar itu perlu sebagai pengajaran kepada penjenayah lain supaya tidak melakukan jenayah kalau mereka sayang pada keluarga. Ade juga yang percaya penjenayah itu akan menyerah diri apabila butiran keluarganya tersebar.

Bagi aku tindakkan sebegitu tidak mendatang apa-apa makna. Aku sendiri tidak pernah melihat polis menyebarkan gambar-gambar keluarga suspek dalam usaha mereka untuk memburu mana-mana penjenayah.Kalau tak percaya pergi lawat laman web rasmi polis.

Anak kepada suspek itu masih kecil dan tidak memahami apa-apa pun. Kenapa kita perlu memberi tekanan pada kanak-kanak tersebut. Jangan biarkan mereka dihukum atas kesalahan bapa mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Pendek kata kita sebagai seorang blogger harus tahu akan etika untuk menyebarkan maklumat. Aku yakin pihak polis sedang berusaha keras untuk memburu penyenayah itu. Kita sebagai masyarakat boleh membantu dengan memberi maklumat jika ternampak kelibat penjenayah ini.

Regards,
-Strider-

Monday, October 28, 2013

#1202 - Kebahagiaan Boleh Dibeli

Hye Readers,

Happiness, Kebahagiaan


Kebahagiaan boleh dibeli? Adakah korang bersetuju dengan kenyataan itu? Sebenarnya isu ini satu isu yang subjektif tapi tak bermaksud kita tak boleh bincangkan dekat sini. Semalam aku ada terbaca tweet dari seorang gadis yang menyatakan walaupun dia bukan meterialistik tetapi dia merasakan yang kemewahan/kesenangan itu sebenarnya membantu dalam mencapai kebahagiaan.

Sebenarnya isu macam ini bergantung kepada definasi kita tentang maksud "kebahagian " itu sendiri. Andai kata kita diberi pilihan untuk berbulan madu di Paris atau di Langkawi  dengan pasangan kita, mana satu membuatkan korang bahagia? adakah itu membuat anda gembira atau bahagia? ade perbezaan dekat situ.

Pada pendapat aku, kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan apa jua nilai. Kemewahan mungkin memberikan kita kegembiraan tapi belum tentu ia mampu menjamin kebahagian. Kalau kebahagiaan kita pun boleh dibeli, apa lagi yang tinggal untuk diri kita?

Tetapi sekiranya kita memang ditakdirkan tidak bahagia, maka aku bersetuju jika orang mengatakan lebih baik kita menangis dalam kereta BMW daripada menangis atas basikal. Apa pendapat korang pulak? bersetuju atau tidak? atau mungkin ade benda yang nak ditambah.

Regards,
-Strider-

Thursday, October 24, 2013

#1195 - Keghairahan Menyebarkan Maklumat.

Hye Readers,

Suspek Kes Rogol, Pegawai Bank Ditembak

Menyebarkan maklumat adalah satu benda yang bagus. Dalam dunia IT sekarang memang mudah untuk kita mendapatkan maklumat tetapi kadang kala dalam keghairahan kita menyampaikan maklumat kita lupa satu prinsip penting iaitu sensiviti.

Aku ingin merujuk kepada 2 kes yang setakat ini aku ingat, kes pertama ialah penyebaran gambar suspek kanak-kanak yang didakwa merogol beberapa bulan yang lepas. Wajah suspek kanak-kanak sepatutnya di dilindungi dahulu sebelum ia boleh dipublish supaya ia tidak melanggar akta kanak-kanak 2001. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai isu itu di blog milik saudara Hazrey

Semalam pula telah berlaku satu rompakan bank dimana seorang pegawai bank telah ditembak dimuka menggunakan sebuah pump gun. Wajah mangsa 70% hancur akibat tembakkan. Dalam keghairahan kita menyebar maklumat, ade sesetengah tanpa segan silu memuatnaik gambar tersebut tanpa melindungi wajah mangsa.

Dari segi undang-undang aku tak sure mengenai penyebaran gambar mangsa sebegini tapi dari sudut kemanusiaan ia adalah satu benda yang tidak baik. mereka menyebarkan gambar itu mungkin untuk memberi maklumat, mengejar traffic tetapi adakah mereka terpikir apa yang dilalui oleh keluarga mangsa jika mereka melihat foto itu?

Adakah kita sanggup ketepikan perasaan keluarga mangsa/suspek hanya kerana ingin menyebarkan maklumat atau mengejar traffic? 

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 23, 2013

#1194 - Harapan Budget 2014 Anda

Hye Readers,



Petang Jumaat ini Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan membentangkan budget 2014.  Budget kali ini juga dianggap menarik bagi aku selepas beberapa isu yang timbul sebelum ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil beberapa inisiatif yang baik seperti menjalankan kajiselidik mengikut laman web rasmi http://www.1malaysia.com.my

Berikut disenaraikan 5 perkara penting yang akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia melalui kaji selidik yang yang  dijalankan di laman web tersebut.

  1. Kos Sara Hidup
  2. Perumahan Dan Kehidupan Di Bandar
  3. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
  4. Pengangkutan Dan Infrastruktur
  5. Pekerjaan

Antara 5 perkara di atas yang menjadi tumpuan aku sudah tentu mengenai kos sara hidup. Bagi aku ia merupakan satu elemen penting bagi memacu negara kearah kestabilan politik dan ekonomi.Anda pula bagaimana? Cuba pilih satu daripada perkara diatas dan mengapa ianya menjadi pilihan anda?

Kalau anda nak undi dan lihat full list mengenai kaji selidik ini anda boleh pergi ke laman web yang tertera diatas untuk mengundi.

p/s: Autopublished Entry
Regards,
-Strider-


Friday, October 18, 2013

#1185 - Sakit Mental atau Alam Ghaib?

Hye Readers,


Seorang lelaki tergamak membunuh ayahnya sendiri dengan alasan ia merupakan arahan dari suara ghaib yang didengarinya. Dalam  kejadian  pada jam 2 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, seorang lelaki Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditikam anaknya sendiri.

Adakah suspek mengalami simptom penyakit mental yang dipanggil "auditory hallucination" iaitu sejenis halusinasi pendengaran apabila seseorang boleh mendengar suara ghaib dalam bentuk bisikan atau percakapan padahal pada waktu tersebut tiada orang yang bercakap dengannya.

Pesakit schizophrenia juga dikatakan biasa mendengar suara ghaib yang menyakitkan hati seperti mendengar suara sekumpulan manusia yang mengkritik apa sahaja perbuatan yang mereka lakukan. Seperti contoh semasa mandi, ada suara ghaib mengejek pesakit sedang mandi dan kemudiannya ketawa beramai-ramai.

Namun kewujudan gangguan alam ghaib memang tidak boleh diabaikan. Kes-kes seperti histeria atau rasukan ini adalah fenomena yang pada kebiasaannya berlaku di kawasan sekolah, kilang, asrama, tempat kenduri dan sebagainya.

Aku pernah membaca di sebuah blog dimana ade disebutkan tentang pendapat para ulama’ yang bersetuju mengatakan bahawa jin boleh merasuk dan mengganggu otak manusia bahkan boleh melakukan kesakitan pada badan manusia dengan izin Allah

Jadi apa pendapat korang mengenai kes seperti diatas disebab penyakit mental atau gangguan dari alam ghaib? Yang mana satu korang rasa?Mungkin kajian dan penilaian mental secara berterusan diperlukan bagi menentukan punca sebenar kes-kes begini berlaku.

Regards,
-Strider-

Friday, October 4, 2013

#1167 - Ancaman Facebook Pada Negara

Hye Readers,



Ini sebenarnya screenshoot beberapa hari yang lepas apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM)  tidak menolak kemungkinan akan mengharamkan penggunakan media social network seperti Facebook. Untuk berita lanjut korang boleh baca dekat sini.

Sebenarnya tindakan KKM untuk mengharamkan facebook adalah kerana wujud gejala penyalahgunaan oleh masyarakat seperti menghina Agama, Yang di-pertuan Agong dan sebagainya. Setakat ini antara negara yang menyekat penggunaan facebook adalah seperti China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan.

Bagi aku ia merupakan tanggungjawab KKM untuk mengawal aktiviti tidak bermoral itu, Mengharamkan penggunakan media social tidak memberi banyak effect kerana pihak tidak bertanggungjawab akan mencari alternatif lain untuk menyebarkan kebencian mereka.

Lagipun pihak terbabit hanyalah golongan kecil sahaja sementara kebanyakkan orang yang menggunakan media social ini untuk tujuan peribadi dan ade juga yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Kalau media social merupakan satu platform yang teruk mesti kerajaan tidak akan menghabiskan beratus ribu untuk berkempen di twitter dan facebook (Klik Sini)

Aku yakin KKM mempunyai staff yang berkaliber untuk memantau aktiviti yang tidak sihat ini seterusnya mendakwa mereka yang terlibat supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang lain. Apa pula pandangan korang? Adakah korang nampak yang social network ini mampu menjadi ancaman kepada negara??

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 1, 2013

#1160 - Negara Kita Merupakan Negara Terbersih Rasuah

Hye Readers,


Tadi aku ade baca kat akhbar Sinar Harian yang negara kita merupakan negara terbersih rasuah. Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Shahidan Kasim. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

Persoalanyas adakah korang percaya dengan ini? pada pendapat aku, gejala rasuah kat Malaysia nie masih di tahap yang membimbangkan. Bila cerita pasal rasuah ini bukan sekadar dari sudut jer tapi sebenarnya besar skop rasuah nie.

Setiap perkara yang perlukan kelulusan, perlukan bantuan, utk potong queue, to do a favour semua nya akan berlaku rasuah. dari jumlah yang kecil sampailah jumlah yang besar. Bola sepak sekarang pun ade rasuah dan macam mana DS Shahidan kata kita merupakan negara terbersih.

Aku ade pergi check kat website independent tentang survey rasuah ini (Klik Sini) dan nampaknya Malaysia berada di tempat 54. Mungkin survey ini ade bias jugak tapi at least kita ade second opinion.



Secar jujurnya aku sendiri pernah melihat rasuah berlaku depan mata tapi aku tak nak cerita detail. Korang pulak macam mana??pernah rasuah sesiapa atau pernah tengok rasuah??Tak perlu cerita detail sebab aku sebenarnya nak tau jer..hehe

Zaman serba moden nie kadang kita kena berusaha untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan sendiri kerana jika kita malas untuk mencari kebenaran kemungkinan besar kita akan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

p/s: Ini bukan rasuah tapi kalau korang Klik Sini, korang akan dapat best offer untuk Note 3.

Regards,
-Strider-

Monday, April 29, 2013

#1119 - PRU 13..Perlukah Kita Merasa Terancam?

Hye Readers,



Lama gak aku tak menulis something kat sini..Bukan sebab lupa atau tak ada mood tapi  urusan peribadi banyak yang perlu diselesaikan. Hari ini during lunch aku and few friends ade bercerita pasal PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013.

Kepada yang layak sudahkah anda membuat pilihan??Takpe, anda tak perlukan nyatakan pilihan anda kerana itu hak peribadi..Kalau nak nyatakan pun aku tak melarang kerana negara ini mempunyai sistem demokrasi dan aku tak akan bermusuh hanya sebab berbeza pendapat tentang politik.

So berbalik kepada soal PRU 13 tadi, perlukah kita rasa terancam dengan mana-mana pihak yang akan menang? Tadi kawan aku cerita dia ade menerima sms dari persatuan penduduk di tempatnya yang mahu sistem keselamatan diperketat untuk seminggu selepas pilihanraya kerana risau berlaku kekecohan akibat daripada keputusan PRU13 nanti.

Aku bersetuju dengan pendapatnya yang merasakan kita tak perlu takut tentang sebarang ancaman mengenai kekecohan selepas pilihanraya kerana itu semua belum pasti.Ia mungkin satu taktik atau gimik sesebuah parti.

Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keputusan pilihanraya ini kerana kuasa ade ditangan kita.   Sebenarnya ini semuanya adalah ugutan politik sahaja. Tak perlu kita ambil serius kerana aku yakin rakyat Malaysia tidak menyokong tindakan sedemikian.

So, itu jer aku yang aku nak cerita kat korang pasal PRU..hehehe..Kalau korang ade terima broadcast bbm/whatsapp/ twitter/facebook etc tentang ancaman-ancaman sebegini, baiklah korang delete dan tak perlu sebarkan ke orang lain kerana itu hanya akan menceruskan panik...

Sekian  Terima kasih,

Regards,
-Strider-