Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, May 30, 2016

#1483 - Kerabat Raja Dan Bolasepak

Hye Readers,

Baru-baru ini kecoh dilaman media sosial tentang penahanan individu yang didakwa menghina penaung pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.



Ia dikatakan bermula dari sekeping gambar yang mempamerkan TMJ sedang menikmati seekor gajah sejurus selepas pahang tewas 6-0 pada johor baru-baru ini. Akibat daripada gagal mengawal perasaan suspek telah didakwa mengeluarkan menghina TMJ menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Namun, dia telah dibebaskan selepas permohonan untuk melanjutkan tahanan reman terhadap beliau dibantah oleh Penolong Pendaftar Majistret Johor Bahru, Nuriza Mustafa. Menurut peguamnya jika ada tuduhan atau perlu ambil keterangan dia akan panggil semula,

Ini bukan kali pertama kejadian kerabat raja yang terlibat dalam bolasepak dihina, Pada tahun 2015 ketika perlawanan Sultan Ahmad Shah yang kebetulan membabitkan JDT bertemu Pahang, segelintir penyokong Pahang yang kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melabuhkan tifo seekor anjing yang memakai suit rasmi FAM



Walaupun mesej yang ditunjukan tidak jelas, namun ramai yang mengetahui bahawa tifo itu ditujukan kepada Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan kerabat diraja Pahang (klik sini)

Dalam kejadian tersebut, 12 orang telah ditahan  selama 5 hari oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Dalam kejadian itu juga, TMJ juga mengeluarkan kenyataan kesal dengan sikap penyokong yang dianggap keterlaluan. 

Kerabat Raja atau orang kebanyakkan, tindakan negetif tak seharusnya berlaku dalam kancah bolasepak tempatan. Bolasepak adalah satu permainan yang penuh emosi. Sejujurnya aku sendiri pernah memaki hamun kepada pasukan yang aku sokong dan juga pihak lawan tapi semuanya dalam berbentuk verbal dan personal. 

Peminat bolasepak harus bijak menjaga perilaku di tempat umum dan juga dilaman sosial bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Bukan kita tidak dibenarkan mengkritik seseorang atau sesebuah persatuan namun ianya harus dilakukan secara berhemah. 

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 18, 2016

#1478 - Cukai Peniaga Online 2017

Hye Readers,



Semalam Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sedang mengkaji untuk mengenakan cukai atas talian (online) kepada peniaga yang menjalankan perniagaan mereka secara online pada tahun hadapan.

Kutipan cukai ini harus dilakukan jika tidak ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital katanya kepada pemberita semalam.

Situasi ini pasti akan membuatkan ramai peniaga online merasa gelisah terutamanya kepada mereka yang sedang berjinak-jinak menjalankan perniagaan online dan masih belum mempunyai foundation business yang kukuh. Aku berpendapat ia perlu dikaji dengan supaya ia tidak membebankan peniaga tersebut.

Ada beberapa sebab orang berniaga secara online dan kebanyakkannya bermula sebagai pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi. Tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan online ini akibat kekurangan modal untuk menyewa kedai sendiri.

Namun benda ini masih dalam kajian dan para peniaga online tidak seharusnya risau kerana masih belum ada garis panduan yang dikeluarkan. Bersama-sama lah kita nantikan apa keputusan dari Kementerian Kewangan nanti. 

Regards,
-Strider-

Thursday, May 5, 2016

#1475 - Football Malaysia LLP Kejam

Hye Readers,

Kejam...Itulah perkataan pertama yang terlintas di fikiran aku bila kali pertama membaca kenyataan official yang dikeluarkan oleh Football Malaysia LLP ini. Ini semua gara gara perlawana akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Selangor PKNS.


Kenapa aku kata kejam? Ini kerana tiada peruntukkan harga bagi kanak-kanak jadi harga tiket untuk kanak-kanak dan dewasa adalah sama. Sudah la harga tiket naik sebanyak RM10 dari musim lepas dan ketiadaan harga tiket kanak-kanak pastinya akan membebankan mereka yang ingin membawa anak mereka untuk menonton perlawanan bolasepak.

Cuba bayangkan berapa kos yang perlu ditanggung oleh satu keluarga bersama 2 anak dari Johor untuk menonton perlawanan akhir ini. Situasi macam ini tak seharus berlaku kerana sukan bolasepak bukannya sukan bagi orang dewasa sahaja. 

Kita sepatutnya menerapkan minat menonton bolasepak di stadium sejak dari kecil lagi tapi dengan keadaan ekonomi semasa tambahan pula harga yang terlalu mahal, pasti ramai kanak-kanak terpaksa melupakan hasrat untuk menonton bolasepak secara live di stadium.

Aku harap FAM dan Football Malaysia LLP dapat memberikan sedikit kouta bagi kanak-kanak kerana ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang sudah bekeluarga.

Regards,
-Strider-

Monday, April 25, 2016

#1472 - Datuk Vida Patah Hati Dengan Pasukan Kelantan

Hye Readers,


Hari ini aku ada baca berita Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Datuk Vida) mengenai tidak menolak kemungkinan beliau menarik diri daripada menaja skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Bunyinya seakan pasrah dengan prestasi yang tidak menentu dari pasukan Kelantan.

Sebagai seorang ahli perniagaan, aku tahu pulangan bagi setiap pelaburan ada satu elemen yang penting. Aku harap sebelum dia membuat pelaburan keatas skuad Kelantan, beliau telah melakukan beberapa penyelidikan mengenai business model sebuah kelab bolasepak.

Pada pendapat aku, kedudukan pasukan Kelantan pada musim ini tidaklah begitu teruk. Dengan menghuni tempat kelima selepas 9 perlawanan, keputusan itu dianggap tidak terlalu teruk memandangkan Kelantan sedang mengalami penstrukturan semula.
Kedudukan selepas 9 Perlawanan

Sebenarnya Datuk Vida perlu bersabar dalam usaha untuk mendapatkan pulangan hasil dari pelaburan yang dilakukannya. Jika dilihat contoh pasukan-pasukan lain baik dari dalam dan luar negara, kejayaan yang mereka kecapi kebanyakkan mengambil masa. 

Chelsea, Man City, dan JDT antara beberapa kelab yang mengambil masa untuk berjaya selepas melakukan perstukturan semula. BH Online melaporkan yang Datuk Vida berkata Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk 'memenangi' semula hatinya.

Jadi sama-samalah kita nantikan keputusan baki 2 perlawan bagi menentukan prestasi pasukan Kelantan untuk pusingan pertama Liga Super. Bagi penyokong Kelantan, teruskan berada dibelakang pasukan anda kerana mereka memerlukan anda disaat-saat penting ini.

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 19, 2016

#1469 - Datuk Vida Eksekutif PQPTRW

Hye Readers,

Datuk Vida meminta untuk dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bermula musim baru ini. Itu apa yang aku baca melalui laman web Sukanstar. Katanya jawatan itu diwujudkan supaya Dato Vida lebih mudah berinteraksi dengan pemain.


Ini merupakan salah satu dari 35 syarat yang dipersetujui oleh KAFA setelah menerima penajaan sebanyak RM16 juta dari Datuk Vida. Sebenarnya aku speechless bila baca artikel ini. Aku langsung tak paham kenapa dia perlu ada berada dengan pemain ketika perlawanan sedang dijalankan.

Bagi sesetengah penyokong terutamanya penyokong Kelanan benda ini bukan merupakan satu isu yang besar kerana mereka percaya Datuk Vida tak akan melakukan perkara yang akan menjatuhkan pasukan Kelantan tapi ada juga yang risau kehadiran akan menggangu taktikal pasukan.

Pada pendapat aku la, kawasan bangku simpanan ini elok dibiarkan kepada team technical pasukan sahaja. Apa yang paling penting Datuk Vida kena pantau KAFA supaya mereka dapat menjelaskan hutang-hutang tertunggak serta tidak over spent dalam budget untuk 2016.

Namun segalanya bergantung kepada Datuk Vida da KAFA sendiri. Hopefully pasukan Kelantan dapat mempamerkan aksi yang menarik bagi kempen Liga Super 2016 kerana walaupun ia belum bermula, pasukan Kelantan mendapat banyak tumpuan dari orang ramai.

Regards,
-Strider-

Tuesday, August 5, 2014

#1460 - Boikot atau Sekadar Trend?

Hye Readers,

Sekarang ini tak kira di mana platform social media, mesti heboh diperkatakan mengenai boikot barang Israel. Semalam kat twitter pun ramai orang cerita pasal boikot dan paling popular ialah restoran makan segera iaitu McDonalds.

Aku sebenarnya tak menghalang orang nak boikot malah menyokong mereka yang boikot dengan cara yang betul. Boikot tak semestinya kita perlu meletakkan adab kita ditepi bagi meluahkan perasaan marah terhadap rejim Zionis.

Sumber Gambar : Twitter
Pakai songkok, pegang Mafla Palestine, tapi sayangnya kemarahanya tangan dia yang tak dapat nak kawal..adakah ini cara orang islam? ini belum masuk lagi aku nampak orang text mengutuk mereka yang bekerja di Mcdonalds macam mereka ini bersubahat dengan Israel.

Ada juga yang keterlaluan apabila menyuruh pekerja Mcdonalds berenti and cari kerja lain...Memang aku tak nafikan rezeki di tangan Allah SWT tetapi kalau dah ditakdirkan itu punca rezeki dia, siapa kita untuk menghalangkan??? Basically aku bukan menentang orang yang nak boikot ini, tapi ia perlu dilakukan dengan betul dan bijak.

Pada pendapat aku majority orang sekarang ikut boikot Mcdonalds sebab ia satu trend. Kenapa aku kata camtu? sebab aku dah pernah lihat benda yang sama berlaku ketika Malaysian nak boikot Mcdonalds time Amerika serang Afghanistan dan Iraq dahulu.

Jadi mari kita lihat sama ada boikot Mcdonalds ini hanyalah satu trend atau memang kita sudah bersedia untuk memboikot Mcdonalds. Untuk makluman korang seingat aku, hanya Sekinchan Ikan Bakar jer yang berjaya diboikot oleh orang Malaysia nie.

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 18, 2014

#1377 - [5 Gambar] Model Gerabak MRT Dipamerkan

Hye Readers,

Penduduk Lembah Kelang terutamanya yang berada di jajaran Sungai Buluh dan Kajang sudah tentu menantikan perkhidmatan MRT yang sedang giat dibina. Ia dijangkan akan menjadi antara sistem pengangkutan awam yang efisien kerana ia akan diintergrasikan dengan beberapa buah stesen LRT dan juga Bus Hub sekitar Lembah Kelang.

Orang ramai berpeluang melihat secara dekat tren sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang dipamerkan di balai ketibaan Ekspres KLIA, KL Sentral bermula hari ini hingga 18 Mei dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Tetapi bagi mereka yang tak berkesempatan jom tengok gambar-gambat yang pihak MRT Corp sediakan.







Terdapat 31 stesen di sepanjang jajaran ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah. Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, akan beroperasi pada akhir 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasi pada Julai 2017 dan ini akan membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Update: Saya tak dapat menjalan aktiviti BW buat ketika ini. Sy akan kembali BW ke blog anda secepat mungkin.

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 5, 2014

#1371 - Boikot Bolasepak Tempatan

Hye Readers,

Aku sambung balik kes pasal Ultras Malaya dekat Stadium tempoh hari. Berdasarkan last entry aku pelbagai komen yang aku dapat (klik sini), ada yang bersetuju, ada yang tidak dan ada juga yang tak tahu pun. Its okay, benda ini satu yang subjective dan tiada yang salah atau betul dalam kes ini.

Buat mereka yang tidak mengikuti bolasepak tempatan dan tidak tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh UM ni korang boleh baca link ini. Apa yang terjadi sudah terjadi, sudah tiada guna kita menunding jadi terhadap apa yang berlaku tempoh hari. Apa yang penting mesej UM adalah jelas dan aku rasa ia sampai ke pengetahuan FAM.


Tapi adakah mesej yang disampaikan oleh UM itu akan mendapat maklum balas dari pihak FAM? Itu semua hanya FAM yang mampu menjawabnya. Kini sudah tiada cara lagi yang boleh UM lakukan untuk menarik perhatian FAM melainkan memboikot semua perlawanan liga tempatan dan juga perlawanan melibatkan Harimau Malaya.

Berbicara tentang boikot ianya bukan satu perkara yang boleh dilakukan dalam masa sehari/satu perlawanan kerana walau UM tidak lagi ke stadium pasti akan ada orang akan ke stadium tapi apabila mendapati stadium tidak meriah seperti dahulu, ,maka secara perlahan mereka akan berhenti pergi ke stadium.

Ultras dah membuktikan yang mereka menyokong dikala stadium kosong
Picture Credit: AzuanZahdi.com
Apabila orang berhenti pergi menonton bola di stadium maka ia akan memberi tamparan yang besar terhadap FAM tetapi adakah UM sudah bersedia untuk memboikot perlawanan. Sebenarnya ramai dah penonton yang memboikot perlawanan Liga Malaysia ini cuma tiada gerakan dan kempen rasmi yang dijalankan kerana ia merupakan gerakan secara individu atau kumpulan kecil.

Untuk merombak FAM sebenarnya adalah satu cabaran yang besar untuk peminat bolasepak. Aku sebenarnya tak yakin dengan cara pemberontakkan boleh mengubah FAM kerana ia memerlukan pihak FAM untuk menurunkan ego mereka bagi mendengar pandangan peminat bolasepak. Tapi pendapat aku ini tidak semestinya 100% tepat. Ini hanyalah pandangan peribadi aku yang tidak mewakili mana-mana pihak.

p/s: dapatkan tiket percuma konsert teaterikal "Suara Kita" anda di sini 

Regards,
-Strider-

Monday, March 3, 2014

#1368 - Smoke/Flare Show Ultras Malaya

Hye Readers,

Sabtu lepas telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Malaysia bertemu Filipina yang berakhir dengan keputusan seri 0-0. Aku tak mahu bercerita pasal cerita ion the field tapi lebih kepada cerita off the field yang melibatkan penyokong yang digelar Ultras Malaya (UM).

Pic Cdt : Berita Harian
Pada hari perlawanan, mereka telah melakukan 30 minutes of silence sebagai satu simbolik 30 tahun kepimpinan FAM yang tiada kemajuan. Selepas 30 minit berlalu mereka bermula chant dan disusuli dengan persembahan smoke dan flare show yang akhirnya membuatkan perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil selama 8 minit bagi tujuan keselamatan.

Dihadapan puluhan ribu penyokong di stadium dan jutaan peminat yang menonton di TV, pelbagai reaksi yang aku baca di media-media social seperti twitter, facebook etc. Ada yang menyokong penuh tindakan Ultras Malaya dan tak kurang juga mereka yang mengecam tindakan mereka.

Pic Cdt: NST
Sejujurnya aku sendiri kagum dengan semangat yang ada pad UM terhadap bolasepak Malaysia tetapi aku kurang bersetuju dengan tindakkan mereka membakar smoke ketika perlawanan sedang berlangsung kerana ia boleh mengganggu rentak perlawanan yang sedang berlangsung disamping faktor2 kesihatan penonton lain terutama mereka yang membawa anak kecil. 

Walaupun apa pun yang terjadi, tujuan mereka adalah jelas dan aku rasa majority penyokong bola sepak setuju dengan apa yang mereka perjuangkan walaupun ada segelintir yang tak bersetuju dengan cara mereka dan mesej ini harus dipandang serius oleh FAM.

Walaupun Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata penyokong UM ini adlah samseng, bagi aku itu adalah kenyataan yang kurang tepat kerana UM hanya mahu perubahan dalam FAM dan itu juga dituntut oleh semua penyokong bola sepak sama ada mereka terdiri daripada Ultras atau tidak.

Bagi mereka yang tak berapa faham apa yang UM ini perjuangkan nanti aku akan share dalam entry akan datang. Sementata itu UM dengan rendah hatinya telah memohon maaf andaikata ada tindakkan mereka yang memberi kesan kepada anda baik dari sudut kesihatan/fizikal ataupun emosi klik sini.

Kepada semua Ultras Malaya diluar sana, teruskan perjuangan anda dalam usaha untuk merombak kepimpinan FAM yang dianggap gagal bekerja selama ini.

Regards,
-Strider-

Friday, February 21, 2014

#1364 - Rembat Sampai Gol

Hye Readers,


Rembat Sampai Gol merupakan salah satu program yang membicarakan tentang bola sepak tempatan. Konsep rancangan ini sebenarnya berbentuk santai sesuai dengan set  program ini yang nampak menarik dan nampak fresh.

Last week aku ada menonton rancangan ini dan sebagai peminat bolasepak tempatan sudah aku menyokong program-program mengenai bolasepak tempatan sebab bagi aku kita kekurangan program mengenai rancangan bola sepak tempatan walaupun ia merupakan acara sukan yang paling popular di Malaysia.

Dalam program ini terdapat 3 pengacara yang akan tampil setiap minggu bersama 2 orang tetamu undangan. Minggu lepas kalau tak silap aku Alif Satar dan seorang lagi aku dah lupa. Isu yang dibacarakan minggu lepas juga agak menarik kerana mereka membicarakan tentang pengharaman topeng di stadium Sarawak.

Bagi mereka yang minat pada bolasepak tempatan dan yang rasa nak menonton rancangan ini korang boleh mengikutinya secara live pada setiap Jumaat pada pukul 11.30 malam dia TV1.

Majulah Bola Sepak untuk Semua!!!!

Regards,
-Strider-

Thursday, February 20, 2014

#1643 - Mentality Penyokong Bolasepak

Hye Readers,

Segelintir penyokong dan juga ultras di beberapa negeri tidak bersetuju dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini yang melarang mereka membawa tiang atau objek keras ke dalam stadium untuk mengikat bendera. Walaupun aku tak suka dengan kepimpinan FAM tapi dalam isu ini aku rasa aku bersependapat dengan mereka.

Tapi aku harap pengharaman panji itu hanya bersifat sementara sehingga mentaliti penyokong bolasepak tempatan kembali pada keadaan yang baik.Kebanyakkan penyokong tempatan sering mengaitkan kenapa dekat eropah mereka tak mengharamkan penggunaan tiang ini?


Hanya satu jawapan sahaja untuk persoalan ini. Adakah mentaliti kita sudah bersedia untuk membawa masuk sesuatu yang boleh dijadikan senjata ke dalam stadium? Apa yang terjadi kepada tiang dan object yang dibawa jika penyokong gagal mengawal emosi?

Saksikan 3 gambar penyokong tempatan ini yang gagak mengawal emosi ini.




Adakah wajar untuk kita mempercayai mereka dengan benda yang boleh dijadikan senjata jika mereka gagal mengawal emosi. Mentality ini melibatkan hampir semua penyokong bola sepak sebenarnya tanpa mengira pasukan. Aku tak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Aku rasa FAM patut bertindak lebih tegas terhadap penyokong yang menimbulkan kekacauan di dalam stadium termasuk mendenda pasukan bermain tanpa kehadiran penyokong, sekiranya kekacauan masih berlaku di dalam stadium. Biar penyokong merasa sekali hukuman yang dikenakan. Mungkin dengan cara ini penyokong akan berpikir panjang sebelum melakukan tindakkan melulu.

Walaupun aku memang tak suka ngan kepimpinan FAM yang bagi aku lemah tapi ada kalanya aku tak boleh menafikan ada juga tindakkan mereka yang wajar dilakukan demi meningkatkan mutu bola sepak tempatan. Akhir kata majulah bolasepak untuk semua..

Regards,
-Strider-

Thursday, February 13, 2014

#1358 - Setahun Selepas Lahad Datu

Hye Readers,


Aku terbaca artikel ini tadi melalui akaun tweet rasmi  PDRM. Ceritanya sangat straight forward iaitu mengenai perasaan pilu yang dihadapi oleh seorang wanita yang kehilangan suami yang mempertaruhkan nyawa bagi melindungi kita semua. Untuk makluman suaminya terkorban ketika bertugas di Lahad Datu.

Penceroboh yang terlibat telah pun ditahan oleh pihak berkuasa ketika mereka menawan semula Lahad Datu setelah beberapa hari bertempur dengan pengganas tetapi setahu aku, dalang disebalik kejadian hitam ini masih dibawa ke muka pengadilan.


Menurut akhbar Utusan bertarikh 20 Mei 2013, Dalang di sebalik kejadian hitam ini sudah pun dikenalpasti. dalam artikel tersebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga orang pemimpin (pembangkang) itu didakwa mahkamah nanti.

Selepas setahun apakah yang telah terjadi kepada dokumen dan maklumat tersebut?Bukankah satu pendakwaan sepatutnya dilakukan bagi mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Adakah benar khabar angin yang kes Lahad Datu itu merupakan satu mainan politik?

Sebagai rakyat Malaysia aku rasa kita patut tahu siapa sebenarnya yang menjadi dalang sehingga pihak pengganas berani menceroboh perairan kita. Aku juga tidak mahu ada lagi rakyat Malaysia yang menjadi korban semata-mata kerana agenda politik. Cukup laa, politik memecah belahkan rakyat Malaysia.

Ini bukan bicara politik atau kempen politik. Aku hanya mahu mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira mereka berada di pihak yang mana.

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 11, 2014

#1354 - Sambungan Drama JDT & T-Team

Hye Reders,

Drama antara JDT dan T-Team nampaknya masih belum selesai lagi. Nampaknya pihak pengurusan dan pemain T-Team masih dengan kenyataan awal mereka tentang apa yang terjadi di dalam terowong Stadium Larkin walaupun sebelum ini pemain T-Team kelahiran Johor Ifran Abd Ghani menyatakan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku (klik sini).

Credit : Harian Metro
Menurut laporan Metro, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Antara mereka yang mengangkat sumpah ialah penolong jurulatih, Azlan Johar dan pemain tengah T-Team, Khairan Ezuan Razali.

Menteri Besar Terengganu itu berkatan sumpah ini penting bagi membuktikan keterangan daripada pemain dan pegawai T-Team adalah benar kerana implikasi daripada sumpah ini sungguh besar. Sumpah ini juga dibuat kerana sudah timbul dua pendapat berbeza daripada T-Team dan JDT.

Namun kelibat Irfan Abd Ghani tidak kelihatan pada malam tersebut walaupun dia diminta berbuat demikian. Aku rasa antara sebab dia tak datang adalah kerana dia telah membelakangi pasukannya dengan membuat kenyataan tanpa persetujuan dari pihak pengurusan T-Team.

Tapi upacara sumpah ini tidak akan mengubah apa-apa keputusan yang berlaku. Hanya mereka yang berada di tempat kejadian sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Bagi aku, Irfan tak seharusnya masuk campur dalam urusan ini kerana ia melibatkan majikkanya (T-Team) dan juga negeri kelahiranya Johor.

#StriderSays - Apa jadi kalau kita campak Maya Karin dan Shaheizy Sam dalam hutan? klik sini

Regards,
-Strider-

Thursday, February 6, 2014

#1352 - Felixia Yeap Ditekan Pendakwah Bebas

Hye Readers,


Semalam aku ada terbaca satu luahan hati mengenai Felixia Yeap yang merupakan seorang hijabster yang non muslim. Kalau gambar tu tak clear korang boleh baca di sini. Dulu aku pernah membawa cerita mengenai Felixia Yeap, seorang playboy bunny yang kini selesa bertudung. (klik sini)

Selepas itu aku semakin jarang mengikuti perkembanganya sehinggalah semalam apabila ada kawan forward printscreen luahan hatinya. Daripada apa yang aku baca dia agak tertekan dengan segelintir orang yang menjadi pendakwah bebas secara online yang tidak sabar untuk mendengar dia mengucapkan kalimah syahadah.

Tanpa mengetahui latar belakang Felixia yang merupakan seorang gadis yang degil, pendakwah -pendakwah bebas ini terus memberi tekanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada gadis ini. Antara tekanan yang diceritakan ialah bagaimana dia didesak untuk mengucap kalimah syahadah kerana kematian tidak akan menunggu sesiapa.

Selain itu ada juga pihak yang mendesaknya untuk memadamkan gambar-gambar seksinya walaupun Felixia mempunyai pandanganya sendiri terhadap gambar-gambar tersebut. Dan yang paling famous ialah mereka yang copy paste terjemahan ayat-ayat quran untuk dibaca oleh Felixia.

Sebenarnya pada pendapat aku berdakwah itu adalah sesuatu benda yang amat baik tapi harus kena pada masa, tempat dan situasi. Aku yakin yang Felixia mempunyai kawan muslim yang sedang mendidiknya dalam mendalami agama islam secara perlahan-lahan.

Aku harap golongan ini akan stop spamming facebook/blog Felixia dengan tekanan yang tidak sepatutnya. Aku pernah belajar dulu kat sekolah yang tiada paksaan dalam memeluk agama islam. Islam tak pernah mengajar kita untuk mendesak dan memaksa untuk orang memeluk islam.

p/s: Sementara itu, korang dah tengok top video untuk Chinese New Year tahun ini? Klik Sini

Regards,
-Strider-

Thursday, January 16, 2014

#1339 - FAM Bakal Berbelanja Besar Untuk 2014

Hye Readers,

Adakah dia mampu mengubah scenario bolasepak negara?

Tahun 2014 nampaknya akan dimulakan dengan perbelanjaan besar oleh FAM untuk mendapatkan Philippe Troussier sebagai jurulatih Harimau Malaya setelah kontrak Rajagopal tidak disambung pada penghujung Disember lalu.

Menurut laporan Metro setelah mengadakan beberapa sesi pertemuan Semuanya kini bergantung kepada kesediaan Philippe Troussier sama ada mahu menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana khabarnya Tunisia juga mempunyai minat untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkenaan.

Pada 6 Disember yang lalu Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan yang bekas jurulatih skuad Piala Dunia Jepun 2002 merupakan calon utama untuk menggantikan Rajagopal dan sebulan selepas itu benda lain pula yang jadi. (klik sini)

Menurut laporan Star pada November yang lepas Troussier hanya akan mempertimbangkan jika mendapat tawaran bernilai US$1.52mil (RM5 Juta) setahun atau US$126,805 (RM407,000) sebulan. Gaji itu memang setimpal kalau mengikut pencapaian Troussier selama ini.

Tapi adakah FAM pelaburan itu akan mendatangkan hasil memandangkan FAM ini merupakan salah satu persatuan yang "untouchable". Adakah Troussier akan berjaya mengubah hala tuju FAM serta memantapkan lagi mutu bola sepak negara?

Tapi itu semua hanya akan terjawab setelah Troussier membimbing skuad negara. Buat masa sekarang belum apa-apa keputusan rasmi tapi khabarnya Troussier lebih berminat untuk melatih Malaysia walaupun menerima beberapa tawaran yang lain.

Regards,
-Strider-


Monday, January 6, 2014

1329 - Maksud Sebenar POYO

Hye Readers,


Sebenarnya draft entry ini dah lama siap. Kalau tak silap aku dari tahun lepas lagi tapi disebabkan ia merupakan entry tak berapa penting jadi aku peram dulu. Maklumlah sekarang nie waktu blogging aku limited jadi aku dahulukan yang mana penting. Ayat macam poyo jer kan aku nih...hahaha..

Pernah tak korang guna perkataan POYO terhadap seseorang??Poyo merupakan perkataan yang tiada dalam kamus dewan bahasa tetapi telah dicipta dan dipopularkan oleh generasi baru. Ia boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan generasi moden terutama remaja Malaysia

Sebenarnya Poyo ini adalah ringkasan untuk "Proud Of Your Own" atau terjemahannya ialah berbangga dengan apa yang anda ada.That's why keluar perkataan "ko tengok Lan nak poyo dengan phone baru dia laa tu" hahahaha

Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat namun ada yang mengatakan Poyo ini lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu

So far pada pendapat aku poyo bukanlah satu perkataan yang abusive walaupun definasi dia lebih kepada bersifat negetif. Kalau korang nak tau Poyo itu sesuai untuk mengorat "sesetengah gadis". Seriously aku ade kawan yang poyo (pengakuan dia sendiri) tapi ramai perempuan semua suka kat dia.

Poyo sebebenarnya bukanlah satu kesalahan yang besar bagi aku tapi kalau kerap dilakukan ia boleh menimbulkan perasaan meluat daripada kawan-kawan anda. Jadi kalau sekali sekala nak poyo tu takpe lah asalkan jangan jadikan satu habit.

Benda yang aku cakap nie sebenarnya subjektif dan entry nie untuk santai-santai jer. Tapi korang ade definasi lain untuk poyo? Or korang ade benda paling poyo yang pernah korang buat and nak share ngan aku..jangan tipu..jangan tipu..korang pun mesti pernah poyo kan???hahaha

Regards,
-Strider-

Monday, November 25, 2013

#1262 - [SAH] Kontrak Rajagopal Tidak Disambung

Hye Readers,



FAM akhirnya telah mengumumkan bahawa kontrak rajagopal yang berakhir pada 31 Disember 2013 tidak akan disambung. Dalam sidang media, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata selepas diteliti, pihaknya sepakat untuk menyambung kontrak Kim Swee selaku jurulatih Harimau Muda untuk tempoh yang akan ditentukan kemudian, namun nasib sebaliknya bagi Rajagobal.

Benda ini bukan la stu keputusan mengejut jika diambil kira prestasi pasukan kebangsaan sekarang. Jika proses pemilihan jurulatih baru mengambil masa lama, Kim Swee diberi amanat untuk mengetuai pasukan untuk perlawanan dengan Yaman, Mac depan

FAM juga masih dalam proses memilih jurulatih baru, sama ada jurulatih import atau tempatan ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. Lebih 30 calon yang FAM ade jika merujuk kepada kenyataan , Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin  pada September lalu (klik sini)

Salah seorang daripada calon tersebut ialah bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun, Philippe Troussier, yang membantu pasukan jepun mara ke pusingan kedunia Piala Dunia 2002 ketika Jepun menjadi penganjur bersama dengan Korea Selatan.

Antara nama lain yang disebut-sebut sebagai pengganti Rajagobal ialah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts dan bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan yang kini membimbing pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Selamanya Harimau Malaya

Regards,
-Strider-

Saturday, November 23, 2013

#1259 - Hot Fm Penipu & Penjelasan Dari Hot FM

Hye Reader,

Malam semalam stesen radio no 1 Malaysia Hot FM telah mencetuskan satu kontroversi gara-gara peraduan melalui twitter Hot FM Sejuta yang menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah. Sebenarnya apa yang terjadi? Berikut merupakan kronologi kes tersebut.

Pemenang berjaya menjawab dalam masa 60 saat.

1. HOT FM buat contest

2. So ada budak ni dapat menjawab soalan yang diberikan tapi ia bercanggah dengan jawapan yang ade di wikipedia tentang tarikh Hot FM mulakan siaran.

3. Issue bertambah panas apabila akaun twitter account pemenang tu baru create 3 hari yg lepas, so peminat yang lain merasakan bahawa akaun  tebabit adalah FAKE dan orang-orang HotFM saja create akaun tu.

4. Tu yang kecoh tak tentu pasal sampai trending #HotFMPenipu

Ini pula penjelasan rasmi dari pihak Hot FM yang dipetik melalui laman web rasminya.

Click to Enlarge

Hot FM menjelaskan yang mereka menajalani ujian transmisi pada 15 Januari hingga 5 Februari 2006 dan mula bersiaran secara rasmi pada 6 Februari 2006. Untuk makluman wikipedia menyenaraikan tarikh siaran rasmi Hot.fm pada 5 Febuari 2006.

Tipu atau tidak tiada siapa dapat mengesahkan kerana seriously, siapa ingat tarikh Hot FM mula beroperasi. Apa yang pasti peraduan ini telah mencalarkan sedikit reputasi Hot Fm berdasarkan tweet peminat Hot FM yang aku baca.

Regards,
-Strider-

Friday, November 15, 2013

#1248 - Daftar Ahli Parlimen Belia Malaysia

Hye Readers,



Aku sebenarnya nak mendaftar sebagai Ahli Parlimen Belia malam ini tapi website dia macam offline jer. Kalau korang nak tahu pada April 2014 Ahli Parlimen Belia akan memulakan persidanganya yang pertama dan aku bukan nak bertanding untuk Ahli Parlimen dia pun, cuma aku ingin mendaftar sebagai pemilihnya sahaja.

Sebenarnya mereka yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun layak untuk menjadi pemilih dengan hanya mendaftar lam web rasmi  Parlimen Belia Malaysia. Manakala belia yang berumur 18 hingga 30 tahun dan berkelayakan serta memiliki potensi kepimpinan yang cemerlang boleh dicadangkan oleh pemilih sebagai calon Ahli Parlimen Belia mengikut kawasan masing-masing.

Walaupun nama dia Parlimen Belia tapi ahli parlimen dia tak dipecahkan mengikut kawasan Parlimen yang sebenar tapi ia satu ahli parlimen akan mewakili satu negeri. Setiap negeri yang mempunyai 100,000 pengundi akan diwakili oleh satu ahli parlimen. Jika sesebuah negeri mempunyai 200,00 pengundi maka negeri terbabit akan di wakili oleh dua orang ahli parlimen, satu ahli parlimen untuk 100,00 pengundi.

Apa yang menarik tentang Parlimen Belia Malaysia ini ialah ia akan menjadi saluran kepada orang-orang muda untuk memberi idea kepada kerajaan dan perkara yang dibincangkan dalam PBM akan dibawa serta diberi perhatian dalam Jemaah Kabinet.

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 13, 2013

#1244 - Khairy, Jamal & FAM

Hye Readers,



Bila Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamalludin semlam (klik sini) ramai gak yang tak berapa paham apa yang berlaku, Ini termasuk kawan-kawan aku di sekeliling. Ia sebenarnya mengenai kemelut antara Khairy Jamalludin, Datuk Jamal Nasir dan FAM

Aku rasa aku ade baca artikel-artikel mengenai isu ini dari awal dan seingat aku, jadi aku recap sikit berita pasal isu nie. Kalau nak baca penuh korang boleh klik kat link yang aku bagi. Kalau tak baca summary jer laa yer..hehe

Sinar Harian - 9 November 2013
- Dalam kenyataan Sinar Harian, Khairy Jamaluddin menyifatkan sikap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak mahu mengakui kesilapan sendiri dan enggan menerima teguran sebagai 'baling batu sembunyi tangan'.Jamal mendakwa bahawa Khairy berdendam dengan FAM apabila kerap mengkritik badan induk sukan bola sepak negara itu menerusi media sejak kebelakangan ini.

Utusan Malaysia - 10 November 2013
- Dalam Kenyataan Ustusan Malaysia Khairy Jamaluddin mengakui, beliau sudah bosan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disifatkannya tidak boleh menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak. Dia juga menafikan yang kenyataanya adalah untuk membalas dendam kepada sesiapa pun yang berada di dalam kepimpinan FAM.

Berita Harian - 11 November 2013
- Datuk Jamal Nasir Ismail yang mencuri tumpuan gara-gara keberanian mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan tindakannya itu bukan didalangi atau menjadi ‘budak suruhan’ pemimpin tertentu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Berita Harian - 12 November 2013
- Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan. Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.

Itu antara kemelut yang melanda Datuk Jamal Nasir, Khairy Jamaluddin dan FAM. Sebelum ini memang Khairy ada membuat teguran secara terbuka terhadap FAM tapi bagi aku itu satu benda yang positif kerana untuk menjadi lebih baik FAM perlu ditegur.

Bagi aku tiada istilah biadab dalam isu ini, cuma benda itu mungkin diperbesarkan oleh pihak media bagi melariskan akhbar mereka.Hari ini Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. bahawa mereka akan menemui Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan kemelut ini.

Regards,
-Strider-