Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts

Monday, May 30, 2016

#1483 - Kerabat Raja Dan Bolasepak

Hye Readers,

Baru-baru ini kecoh dilaman media sosial tentang penahanan individu yang didakwa menghina penaung pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.



Ia dikatakan bermula dari sekeping gambar yang mempamerkan TMJ sedang menikmati seekor gajah sejurus selepas pahang tewas 6-0 pada johor baru-baru ini. Akibat daripada gagal mengawal perasaan suspek telah didakwa mengeluarkan menghina TMJ menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Namun, dia telah dibebaskan selepas permohonan untuk melanjutkan tahanan reman terhadap beliau dibantah oleh Penolong Pendaftar Majistret Johor Bahru, Nuriza Mustafa. Menurut peguamnya jika ada tuduhan atau perlu ambil keterangan dia akan panggil semula,

Ini bukan kali pertama kejadian kerabat raja yang terlibat dalam bolasepak dihina, Pada tahun 2015 ketika perlawanan Sultan Ahmad Shah yang kebetulan membabitkan JDT bertemu Pahang, segelintir penyokong Pahang yang kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melabuhkan tifo seekor anjing yang memakai suit rasmi FAM



Walaupun mesej yang ditunjukan tidak jelas, namun ramai yang mengetahui bahawa tifo itu ditujukan kepada Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan kerabat diraja Pahang (klik sini)

Dalam kejadian tersebut, 12 orang telah ditahan  selama 5 hari oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Dalam kejadian itu juga, TMJ juga mengeluarkan kenyataan kesal dengan sikap penyokong yang dianggap keterlaluan. 

Kerabat Raja atau orang kebanyakkan, tindakan negetif tak seharusnya berlaku dalam kancah bolasepak tempatan. Bolasepak adalah satu permainan yang penuh emosi. Sejujurnya aku sendiri pernah memaki hamun kepada pasukan yang aku sokong dan juga pihak lawan tapi semuanya dalam berbentuk verbal dan personal. 

Peminat bolasepak harus bijak menjaga perilaku di tempat umum dan juga dilaman sosial bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Bukan kita tidak dibenarkan mengkritik seseorang atau sesebuah persatuan namun ianya harus dilakukan secara berhemah. 

Regards,
-Strider-