Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

#1281 - Free Pop Up Party Tiket

Hye Readers,

Entry kali ini adalah terhad kepada mereka yang berminat dengan kumpulan K-Pop..Kepada yang tidak berapa berminat tu, tunggu entry aku seterusnya. Anak-anak buah aku sure suka bila aku tulis pasal kop2 nie..hehe

Untuk entry kali ini Celcom akan membawakan Pop Up Party yang akan berlangsung pada 6 Disember 2013 bertempat  Menara Kuala Lumpur bermula pukul 8.00 mlm. Acara ini juga akan diceriakan dengan dengan kehadiran artis luar & tempatan antaranya :-

* Boys Republic
* Daichi, 
* Aizat Amdan, 
* Elecoldxhot dan
*  Aweera



Dan yang paling menarik, anda boleh menyaksikan persembahan ini dengan percuma. Jadi kepada semua kpopers semua jangan lupa untuk datang dan memeriahkan acara ini. Mungkin tahun depan Celcom akan membawa lebih banyak lagi artis kpop. Bagaimana cara untuk redeem 2 pass ini??anda hanya perlu click icon dibawah.



Regards,
-Strider-

Wednesday, March 13, 2013

#1100 - Secrets Magic at Downtown Kg Baru

Hye Readers,

Menanti Persembahan
Sebenarnya tajuk tu adalah hasil dari 2 persembahan dekat Downtown Kg Baru minggu lepas..Untuk satu malam 2 persembahan hebat telah disediakan untuk penunjung Downtown Kg Baru...Ia bermula dari persembahan dari Secrets Crew dan disusuli dengan persembahan hebat dari "Ejik The Magic"

Persembahan dimulakan dengan tarian adik-adik dari Secrets Crew...Mereka merupakan finalist bagi program Asto Superstar yang disiarkan oleh Astro 611..

Entrance with Dry Smoke

Tarian Traditional Melayu
Mereka sebenarnya sangat telented dn boleh menari tradisional dan juga moden.tak silap aku mereka merupakan junior kepada Bounce Stepperz yang merupakan favorite crew aku time rancangan showdown dulu..

Mereka mempersembahkan 5 set tarian pada malam itu.

Hip Hop, K-Pop?? Bring it on

Sebenarnya Secrets Crew juga ade membuat kejutan malam itu dengan memangil kumpulan Gemersik Tari yang juga merupakan Juara untuk Superstar bagi memeriahkan suasana..



Persembahan malam tu diteruskan dengan pertunjukkan silap mata oleh "Ejik The Magic"..Bukan setakat kanak-kanak jer tapi orang dewasa pun sama..

Entrance yang sungguh grand.

Ejik dan Pembantunya
Kepada sesiapa yang tak tahu Ejik nie dah berada dalam bidang ini lebih kurang 10 tahun dan dia juga merupakan seorang yang kelakar di atas pentas..Selain dibantu oleh pembantunya sebahagian trick yang ditunjukkan juga memerlukan bantuan penonton.

Antara penonton yang membantu Ejik dalam trick beliau

Ejik The Magic
Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak upload kat sini tapi jenuh pulak korang nak scroll..tapi kalau korang nak tengok gambar-gambr yang lain korang leh (Klik Sini). Sebenarnya event ini merupakan event yang tergempar kerana ade event yang cancel last minit..

Aku ade dapat komen-komen yang memberansangkan pasal event kali ini dan insyallah aku akan usulkan kepada pihak management untuk panggil mereka sekali lagi...untuk update tentang weekly event korang leh check kat sini (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 5, 2013

#1091 - Downtown Kg Baru Digegar!!!

Hye Readers,

Last week Downtown Kg Baru ade menjalankan beberapa event yang menarik sepanjang 3 hari disana..Tapi actually aku sempat cover story untuk jumaat dan sabtu jer sebab ahad tu aku lebih banyak bersantai dan berbincang untuk next event.

Event hari Jumaat diceriakan dengan celoteh DJ dari Bapakku Fm sebab pada hari itu mereka broadcast siaran mereka dari Downtown Kg Baru.Ia disusuli dengan gathering dari pemilik motor scrambler dan beberapa aksi freestyle mereka...jom layan beberapa keping gambar...

Sebahagian Aksi Freestyle

Pilih yang mana sau..semua gempak.

Acara penyampaian sijil penyertaan
Ia diikuti dengan events hari sabtu iaitu persembahan kumpulan The Mute dan juga pertandingan menari (theme k-pop) yang disertai oleh remaja yang masih bersekolah.Pada hari yang sama juga Secret Crew datang untuk menghiburkan penonton.

Secrets Crew sebelum perform

Orang Ramai Terhibur dengan Pertandingan Menari

Gabungan 3 Crew yang Bertanding


Tak cukup dengan itu 2 buah kelab kereta viva juga datang untuk menjayakan malam tersebut.Mereka terdiri daripada Viva Extreme Motorsport dan juga Republic of Viva...Kebanyakkan mereka melepak kat sana sambil memberi info tentang modifikasi kereta...

Viva Extreme Motorsport

Barisan Viva Yang Dipamerkan

Stylo beb kereta ini.

Untuk event hari Ahad mereka ade pertandingan Kopi Tarik yang juga turut dimeriahkan oleh pelawak lagenda negara A.R Badul...Untuk event ini aku tak sempat nak ambil gambar sebab aku busy dengan tugasan lain....

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi aku tak boleh nak share sebab penat korang nak scroll nanti..Tapi kalau nak tengok yang tlain korang leh Klik Sini...So itu saja setakat ini..Kalau korang nak tau ape akitiviti mereka setiap minggu korang leh jer tanya kat FB mereka (Klik Sini)

So itu je laa entry aku dulu...Kepada yang minat kereta tu jangan kecewa sebab khabarnya 16 March 13  Downtown akan buat satu Autoshow tersebesar mereka (setakat ini) dengan mengumpulkan lebih kurang 100 biji kereta pelbagai konsep..So nantikan pengumuman mereka...

Regards,
-Strider-

Monday, February 25, 2013

#1079 - Autoshow at Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Dah dua hari aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang update..Bukan sebab malas tulis atau tak ada idea tapi sebab ade commitment lain..Malam minggu yang lepas bertempat di Downtown Kampung Baru berlangsung acara autoshow selama 3 hari dari kelab-kelab yang berbeza...


Kereta-kereta yang dipamerkan kebanyakkan adalah kereta tempatan yang telah diubahsuai mengikut citarasa pemilik..Pemilik kebiasaanya akan menghabiskan lebih kurang RM 15K-30K dalam usaha menjadikan kerata mereka unik di jalan raya..


Sambutan pada malam tu amat menggalakkan dan khabarnya mereka akan kembali lagi semula ke Downtown bagi menjalankan satu pertandingan Autoshow berkekuatan 60 buah kereta dari pelbagai ketegori..Info mengenai event tu akan aku update kalau tarikh dah confirm atau kalau sempat..

In a meantime bagi korang yang nak mengetahui aktiviti yang ade dekat downtown ini atau teringin nak jalan aktiviti kat sini korang boleh berinteraktif bersama mereka di twitter : Downtownkgb atau pun facebook mereka : Malaytown Kampung Baru

Regards,
-Strider-

Friday, February 22, 2013

#1077 - Keretapi Sarong

Hye Readers,



Bagi yang berada di Lembah Kelang, Esok ade satu event yang bakal berlaku di Stesen LRT Pudu dan Tiriwangsa (Aliran Ampang) iaitu event keretapi Sarung yang mana orang ramai akan menaiki keretapi dan berkumpul di stesen yang aku mention tadi...

Event Keratapi Sarung ini sebenarnya Malaysian version untuk "Worlds No Pants Day" iaitu satu hai dimana orang keluar tanpa memakai seluar panjang..Since pakaian camtu tak sesuai nak pakai kat Malaysia jadi kita tukar dengan kain sarung..nampak molek sikit...

Sebenarnya ade yang tak bersetuju dengan idea ini sambil mengatakan ia satu acara yang membuang masa dan tak mampu mempromosi sarong sebenarnya..Tapi bagi aku ia satu idea yang bagus kerana secara tak langsung budaya berkain sarong tu tak pupus ditelan zaman.

Jujurnya aku sendiri tak tahu dapat pergi ke sebab ade komitmen kat benda lain tapi yang aku tahu setiap tahun event nie mendapat sambutan dari orang ramai dan organisasi tertentu..Kepada yang tak duduk KL pergi laa ke kedai2 runcit berhampiran memakai kain sarong dan kain batik bagi wanita..hahaha :D

Regards,
-Strider-

Monday, February 11, 2013

#1062 - Event at Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Ini bakal menjadi entry bergambar yang panjang berjela-jela...hehehe..Last week pihak Malay Nadi Event Club selaku pengurus Downtown Kampung Baru telah menjemput aku untuk cover gambar untuk  weekend event yang mereka anjurkan pada malam minggu..

Untuk minggu nie Malay Nadi telah meyediakan dua buah persembahan untuk pengunjung downtown iaitu persembahan kebudayaan dari Artis Cilik Setiawangsa  dan juga persembahan dari sebuah band yang diberi nama "The Mute"

Jom kita roll gambar....

Aksi Adik-Adik Cilik Diatas  Pentas

Bakal mewarisi tarian kebudayaan Melayu

Ini merupakan kali kedua mereka membuat persembahan dekat sini.

Sound Check sebelum Start Performance


The Mute

Kali pertama beraksi di pentas Downtown

2 Orang Dj kacak..Nak mintak lagu atau ucapan carilah dorang

So itu antara gambar ketika event malam tu..sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang aku ambil tapi tak larat laa aku nak upload semua...hehehe..So, lepas tu aku pun pergi laa merayap dan usha-usha kedai lain yang sebelum nie mungkin aku tak sempat nak jenguk..lets roll again...























Untuk next week kalau aku tau apa event yang akan berlangsung aku akan update awal sikit..Ini pun aku tau last minute. Kepada mereka yang tak tahu downtown nie kat mana, ia terletak berhampiran dengan Kelab Sultan Sulaiman.

So thats all for now...sebenarnya ade lagi few event yang bakal berlangsung kat sini tapi aku belum boleh sebut lagi sebab masih belum confirm lagi..hehehe..but in the meantime kalau korang ada apa-apa pertanyaan mengenai downtown nie korang boleh tanya direct dekat Malay Nadi event Club melalui official email mereka malaynadieventclub@gmail.com ataupun social network mereka..

Twitter : MalayNadi Event Club
Facebook : Malaytown Kampung Baru 

Regards,
-Strider-