Friday, February 22, 2013

#1077 - Keretapi Sarong

Hye Readers,



Bagi yang berada di Lembah Kelang, Esok ade satu event yang bakal berlaku di Stesen LRT Pudu dan Tiriwangsa (Aliran Ampang) iaitu event keretapi Sarung yang mana orang ramai akan menaiki keretapi dan berkumpul di stesen yang aku mention tadi...

Event Keratapi Sarung ini sebenarnya Malaysian version untuk "Worlds No Pants Day" iaitu satu hai dimana orang keluar tanpa memakai seluar panjang..Since pakaian camtu tak sesuai nak pakai kat Malaysia jadi kita tukar dengan kain sarung..nampak molek sikit...

Sebenarnya ade yang tak bersetuju dengan idea ini sambil mengatakan ia satu acara yang membuang masa dan tak mampu mempromosi sarong sebenarnya..Tapi bagi aku ia satu idea yang bagus kerana secara tak langsung budaya berkain sarong tu tak pupus ditelan zaman.

Jujurnya aku sendiri tak tahu dapat pergi ke sebab ade komitmen kat benda lain tapi yang aku tahu setiap tahun event nie mendapat sambutan dari orang ramai dan organisasi tertentu..Kepada yang tak duduk KL pergi laa ke kedai2 runcit berhampiran memakai kain sarong dan kain batik bagi wanita..hahaha :D

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. hahaha. part last tu dah gelak2..moh ler kita pakai kain sarong dan kain batik bila ke kedai runcit berhampiran...kalau ramai pakai idak ler segan ye dak. haha.

    aku pakai tyme dok rumah je.. :D

    ReplyDelete
  2. macam ni, balik boleh la terus singgah solat maghrib kat surau depan rumah...

    ReplyDelete
  3. tak yah tunggu event.. hari2 dah mmg sarung kain.. kekeke.. lg selesa utk bersantai dirumah.. :P

    ReplyDelete
  4. tak pernah degar sahabat huu... sy jauh tak dpt kesana heehee..

    ReplyDelete
  5. simpan habis dah kain batik kat dlam kotak..lepas pantang besalin tak de dah nak pakai kain batik ni..suami akak je la pakai kain sarong pi semayang jumaat.akak tak suka pakai sebab malas kejap2 kena betulkan..klau pakai dengan tali pinggang ok la..hehe

    ReplyDelete
  6. Hahaha. Baru la nampak sejati sikit kemelayuan tu. Awak p la try. hihi.

    Sy kat kedah. Kedah belum ada event mcm tu , so tak yah try. haha
    (ceh, alasan)

    ReplyDelete
  7. LRT pudu? itukan tempat ramai kaum cina. relavan ke pemilihan tampat tu :P

    ReplyDelete
  8. Kalau perempuan bolehlah... pakai kebaya dengan kain batik tu...
    Kalau lelaki pakai kain sarong esok, nampak peliklah pulak... Hhehehhehe...

    ReplyDelete
  9. hahah..pastikan pakai seluar panjang kat dlm tu..kan tercabut xpasal2..hehe

    ReplyDelete
  10. erk.....macam pelik je...tapi betullah boleh promote sarong....=

    ReplyDelete
  11. hehehe... dah hapdet pasal ni

    http://www.projeksosial.com/2013/02/keretapi-sarong-2013.html

    ReplyDelete
  12. akhirnya....male cousin kila sendiri yang join kempen nie..
    kuang3~~

    ReplyDelete