Wednesday, March 2, 2011

Dua orang kaya dan pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

-Strider-

Tuesday, March 1, 2011

Top 20 Password Yang Tak Selamat Digunakan

hey guys..tadi balik keje aku buat blogwalking kejap..pastu singgah kat satu blog nie..aku suka gak baca blog brader nie sebab blog dia banyak info2 yang berguna untuk aku bercerita ngan kawan-kawan..sampai sana aku ade baca salah satu entry dia..da lama gak dia post tapi aku baru baca tadi..so aku rasa since yang tengok \post nie pun suma guna IT and ade password aku rasa xsalah kalau aku share top 20 password yang tak selamat..the nominees are:-

Senarai 20 Password Paling Lemah Yang Dikenalpasti

1. 123456
2. 12345
3. 123456789
4. Password
5. iloveyou
6. princess
7. zuarxpdc(guna password nama website sendiri)
8. 1234567
9. 12345678
10. abc123
11. Nicole
12. Daniel
13. babygirl
14. monkey
15. Jessica
16. Lovely
17. michael
18. Ashley
19. 654321
20. Qwerty

So kalau korang ade password yang rupanya macam nie da boleh-boleh laa tukar sebab hackers suka dengan pasword macam nie..kalau nak tips buat password yang strong korang leh pegi kat website dia..aku ade backlink skali kat bawah nie..

-Strider-

Sumber : zuarxpdc.com

Kisah Amukan Ali

Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya....

Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu.

Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! "

Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!"

Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu.

Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?"

Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu...Ali pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu

-Strider-