Kali ini aku nak ceritakan mengenai percutian aku ke negeri sabah baru baru ini. Aku memilih penerbangan yang berlainan untuk pergi dan pulang dari sabah. Untuk ke Kota Kinabalu aku terbang menggunakan penerbangan MAS MH2612 yang bertolak pada pukul 8.25 pagi.
Untuk harga tambang menggunakan penerbangan MAS, harga yang aku dapat boleh dikatakan agak murah memandangkan tiket dibeli pada November 2013 iaitu pada harga RM 135.00. Hanya aku dan seorang kawan aku sahaja yang terbang menggunakan flight MH2612 manakala yang lain ada yang terbang menggunakan other flight MAS dan Airasia mengikut kesesuaian waktu mereka.
Seperti biasa selepas mendapatkan boarding pass dan check in segala barang supaya tak lambat kita #Selfie dulu...hahaha. Time ini muka nampak excited walaupun sebenarnya penat sebab malam sebelum tu kitaorang tidur agak lewat.
Seperti yang dijangka, penerbangan dengan MAS berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kelewatan. Hospitaliti yang diberikan oleh crew mereka juga cukup memuaskan and walaupun tiket mereka agak mahal compare to low cost airline tapi memang worth it la..
Sepanjang penerbangan aku tak ada rasa boring sebab MAS ade menyediakan ruang interaktif untuk setiap penumpang mereka. Sambil dengar lagu, makan nasi lemak yang kini tak berapa telanjang (bak kata Chef Wan) sambil menikmati pemandangan awan biru dah 2 jam kemudian, Hello Kota Kinabalu!!!!..
Sampai di Kota Kinabalu seperti biasa kita selfie dulu sementara tunggu beg sampai. Walaupun kami semua naik flight yang berbeza namun sebenarnya kali sampai lebih kurang pada waktu yang sama iaitu pada tengah hari. memandangkan kami seramai 9 orang jadi kami sewa 2 buah kereta untuk memudahkan perjalanan kami.
Harga mungkin berbeza mengikut jenis kereta tapi memandangkan salah seorang daripada kami merupakan orang sabah jadi dia dah adjust kereta ini dengan harga RM 100 sehari. Macam couple pulak aku tengok kereta ini. Kalau korang bijak laksana yang mana jantan dan yang mana betina?
Sampai di sana kami terus check in ke Promenade Service Apartment yang terletak tak jauh dari airport. Sorry,tiada gambar yang dapat aku berikan dalam hotel tu sebab aku terlupa mungkin sebab kepenatan.Basically, tempat tu takde laa luxury sangat tapi berbaloi dengan harga govt rate yang kitaorang dapat iaitu RM 100 semalam untuk satu studio suite dengan 2 katil single.
Tapi apa yang menarik kat sini, kat level GF banyak kedai-kedai runcit, 7E, kedai makan, Mcdonalds,Bar & Restaurant, Kedai urut kaki dan pelbagai jenis kedai lagi. Pendek kata kalau setakat untuk keperluan asas turun bawah jer, semua dah ada dan ia juga walking distance to Kota Kinabalu Centerpoint dan juga Waterfront.
So sampai disini dulu entry aku pasal percutian ke Sabah, segala aktiviti yang aku lain yang aku buat di sabah seperti gambar diatas ini akan aku update dalam entry berasingan nanti. Insyallah aku akan update tak lama lagi atau mungkin aku akan selang seli dengan entry Liebster Award memandangkan masih ada lagi entry yang belum aku buat.
Regards,
-Strider-
Best bila jalan2 makan angin ni.. Nurul pun kalau balik kg, selalu trperuk je bawah ketiak mak.. hihi... urmm..Keta yang ade spoiler tu la lelaki agaknye.. betol tak?
ReplyDeleteAssalammualaikum...strider,
ReplyDeletemselim3 tak pernah gi sabah nie... mselim3 tak nak keluar daripada semenanjung nie.. malu pulak. Mesti best visit2 sabah nie...
mselim3
Welcome to Sabah.
ReplyDeletememang betul, area pusat bandar tu memang heaven dengan urut kaki/badan. port mak nyah pun dalam walking distance jugak!
ReplyDelete-pergh, sekali dia ber`selfie' dengan monopod...!
tak naik gunung ke bro?
ReplyDeletemenyeronokkan percutian awak ye, bilalah mama dapat ke sana.. errmm...
ReplyDeleteIsh Lan nia syik berjalan je. Jealous aaa! Nad tak pernah pun lagi sampai Sabah sana haa
ReplyDeleteBW sambil FOLLOW Sini
ReplyDeleteWah bestnyerr dapat melawat ke SABAH ...
Satu perkongsian yg baik untuk kita2 yang nak melawat Sabah ...
Jom singgah http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
ha.ha.. aku setuju aku tgok nasi lemak dia dah x berapa telanjang dah.dah ada udang telur ok la tu..x sia2 cheff komen.. btw aq x sampai mosopiad lg..nanti boleh la share apa yg best dkat situ :)
ReplyDeleteklikx3
ok la ceff wan komen.. nampak dah x telanjang sangat nasi tu..ada telur..udang..
ReplyDeletebtw nanti boleh share cerita yg best2 apa yg ada kat monsopiad culture..aq x sampai kat situ
Sabah oh sabah... aku tak abis pusing sabah lagi ni...nanti nak gi sana lagi... dapat lepak sana seminggu mmg best tp duit ler kena standby banyak...ekekekekeke.... tak sabar tunggu next entri pasal sabah ni... :D
ReplyDeletewahhh..dah melawat sabah.. melekat awek sabah sorang dah kot?? :p
ReplyDeletehusna teka yang sebelah kiri jantan dan sebelah kanan betina..:)
Menarik perjalanan & santai2 mcm tu.. best. Lama dah aku tak ke Sabah ni bah.. :D
ReplyDeletewah... sambal udang tu nasi lemaknya... sudah "up" sikit menu nasi lemak dia... hehe ;3
ReplyDeletemenabung~ ^^
MAS punya hopitality memang proven. Is always my first choice. Cuma sedih sikit bila macam-macam problem dia orang kena go thru lately..Hopefully dia orang boleh buat comeback..
ReplyDelete2 X Libresse for you..
ReplyDeleteplease share ye.. sbb bulan 9 nnti sy pun nk ke sana... hehehe
ReplyDeletesalam. oo..bercuti ke Sabah rupanya :) macam seronok ja percutian tu..
ReplyDeletehamba teka ya? yang betina tu ada plat 'P'.. perempuan... hahaha....
ReplyDeletehaihh... rindunya sabah.... mmg syiok pegi sana.. syorga makanan seafood....!
dekat ngan kedai2 tu senang la kehdupan harian bercuti kann.... yg pakai skirt tu betina hehehehe
ReplyDeletekiri jantan, kanan betina.. iye dok? hehe.. btw happy holiday lan.. :)
ReplyDeletewaahhh sabah..dah lama bermimpi nak ke sabah..sampai skg tak kesampaian....mimpi tinggal mimpi jelah... haha
ReplyDeleteTempat lan stay dekat ngan waterfront?wuaaa..kta org pnya plan xtau lg nk duduk mana nih..huhu..tp korg utk la dpt gov rate..nak masuk dlm list jugak la apartment tu nanti..
ReplyDeleteAkak macam confuse plak Lan...ko makan ke sambal udang? bukan mo x makan seafood ke...hahaha...larikkkkkkkk
ReplyDeletetak pernah faham yg kes nasi lemak tu. sebab spjgn bertahun naik MAS, suka nasi lemak dia. sedap apa. hehehe.. cuma tak pernah plak dpt kacang yg berpaket tu. selalu elok je ikut portion masing2.
ReplyDeleteBila lah dpt smp ke sana..
ReplyDeletewah...menarik sekali...tunggu entri anda selanjutnya/...
ReplyDeleteteddiaa.. "ke sabah ke kite?" hehehe
ReplyDeletebest nya sabah teringin nak ke sana
ReplyDeleteSekali je sampai Sabah... KK-Kundasang-KK... rasa nak pegi lagi sbb x puas jalan last time ...
ReplyDeletelawak la kereta saga pun ada jantan betina.. hehehe.. nampak mcm best je apart yg lan stay tu.
ReplyDelete