Thursday, August 22, 2013

#1129 - Nahas Tragedi Bas Genting Highland

Hye Readers,

Semalam aku ade update tentang nahas tragedi Bas Genting Highland yang terjunam ke dalam gaung. Nahas tersebut telah mengorban 37 nyawa dan 16 yang lain mengalami kecederaan dimana 14 dilaporkan kritikal. Jadi jumlah penumpang yang terlibat adalah 53 orang.



Sebanyak 450 anggota pasukan pencari dan penyelamat terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat dan operasi tersebut tamat sekiat jam 9.30 malam. Menurut laporan Sinar harian saksi mendakwa bas tersebut megalami masalah brek sebelum terjunam di dalam gaung.



Hopefully bas tersebut mempunyai kotak hitam supaya mereka pihak berwajib dapat mengenal pasti punca kemalangan. Ini bukan kemalangan pertama yang melibatkan masalah brek pada pengangkutan awam seperti bas.


Kemalangan memang tak dapat dielakkan tetapi jumlah kematian mampu dikurangkan jika syarikat bas tersebut tidak membawa penumpang yang berlebihan. 53 orang untuk dalam satu bas bagi aku  merupakan satu jumlah yang banyak.

Apa-apa pun takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan aku harap pihak-pihak yang terlibat menjadikan tragedi ini sebagai satu pengajaran.

Regards,
-Strider-

Wednesday, August 21, 2013

#1128 - Bas Terjunam Dalam Gaung Di Genting Highland

Hye Readers,

Update: Kemalangan tersebut melibatkan 49 mangsa dan kerja kerja menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat...




Sebentar tadi aku ade menerima berita dari kawan tentang sebuah kemalangan yang terjadi dekat KM3 Genting Highland. OCPD Bentong Mohd Yusri Hassan Basri telah mengesahkan kejadian melalui akhbar The Star tetapi masih belum dpt mengesahkan berapa ramai yang terlibat serta punca kejadian.

Berikut merupakan gambar yang aku dapat melalui internet.



Update akan menyusul (Jika Sempat)

Sumber Foto : Jab Bomba Dan Penyelamat

Regards,
-Strider-

#1127 - Oh Anakku (10 Gambar)

Hye Readers,

Anak sememangnya satu anugerah tuhan yang tak ternilai sebab itu bagi sesetengah parent apa sahaja yang dilakukan oleh anak mereka itu dianggap sebagai satu memori..Jom layan perangai anak-anak mat saleh nie..













Regards,
-Strider-