Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

#1435 - Mana Pergi Kelindan Bas Sekolah?

Hye Readers,

Hari ini aku nak bukak komen sikit mengenai satu insiden yang dilaporkan dalam Harian Metro semalam. Berita mengenai Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar bas sekolah mini yang dinaikinya.

Bayangkan jika yang terbaring itu merupakan anak anda.

Menurut laporan berita, kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain. Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu.

Persoalanya sekarang dimanakah kelindan Bas Sekolah yang sepatutnya memastikan kanak kanak semua turun dari bas sekolah dengan selamat. Aku masih ingat ketika aku menggunakan perkhidmatan bas sekolah dulu, terdapat seorang kelindan yang akan membantu pelajar melintas jalan (jika perlu).


Di California, setiap pemandu bas DIWAJIBKAN membantu kanak-kanak melintas

Tapi sekarang mungkin khidmat kelindan bas sekolah tak lagi diperlukan. Mungkin ini merupakan kes terpencil dan tak banyak kemalangan seperti ini berlaku. Tapi ia tak bermakna pengusaha bas sekolah boleh mengambil sambil lewa keselamatan murid-murid yang dibawanya. 

Aku rasa dah sampai masa kerajaan mengenakan syarat untuk mewajibkan semua pengusaha bas sekolah supaya menyediakan kelindan bagi menjamin keselamatan murid-murid terutamanya ketika melintas jalan. Peningkatan harga tambang bas sekolah juga harus diselaraskan dengan mutu perkhidmatan yang mereka sediakan.

Regards,
-Strider-

Friday, December 6, 2013

#1289 - Rita Tuntut Nafkah RM5,392 Sebulan Daripada Aidil

Hye Readers,

Satu masa dahulu
Beberapa hari yang lepas telah keluar satu cerita mengenai tuntutan nafkah bernilai RM5,392.00 daripada Rita Rudaini terhadap bekas suaminya Aidil Zafuan (klik sini). Lumrah menjadi orang popular ni, habis semua cerita akan keluar, sehinggalah pengakuan Aidil yang gajinya bersama JDT hanyalah RM10,000.

Bagi Aidil tuntutan Rita itu agak melampau kerana berkata jumlah diminta Rita Rudaini melampaui perbelanjaan asas sebenar kedua dua anaknya. Bila kita berbicara tentang berbelanja nie ia satu benda yang subjektif sebenarnya. Aku yakin Aidil tahu cara Rita berbelanja sebelum dia mengambil keputusan untuk mengahwininya.

Korang rasa berdasarkan situasi yang di hadapi oleh mereka adakah tindakkan Rita itu diketegorikan sebagai melampau?adakah dakwaan Aidil mengenai Rita yang menghantar anaknya ke Prince Medical Centre sebagai satu tidakkan yang tidak wajar?Itu terpulang pada pendapat masing-masing.

Pada pendapat aku jumlah itu tidak terlalu melampau sangat. Kalau dibahagikan kepada 2 orang anak, seorang anak hanya menerima sebanyak RM2696 dan memandangkan bapanya juga seorang pemain bolasepak yang terkemuka aku yakin itu satu jumlah yang boleh dibayar.

Tapi itu semua daripada luaran sahaja. cerita dalamannya hanya mereka sekeluarga sahaja yang tahu. Apa-apa pun aku harap mereka dapat menyelesaikan isu ini dengan baik. Aku yakin Aidil juga sayang kepada anaknya sepertimana Rita menyayangi mereka.

Nota kaki : Ini membuatkan aku suka kepada wanita yang beberlanja secara sederhaha,

Regards,
-Strider-

Thursday, November 28, 2013

#1274 - Pasangan Ini Tidak Dapat Melahirkan Anak Atas Kesilapan Ibu Bapa Mereka 20 Tahun Yang Lepas

Hye Readers,

Gambai Hiasan
Mengikut sumber, kisah yang aku ingin cerita ini merupakan satu kejadian yang benar - benar berlaku di China. Siapa sangka mahligai indah yang dibina oleh sebuah pasangan yang diberi nama Wei (lelaki) dan Qing (bukan nama sebenar) hancur akibat kesilapan ibu bapa mereka 20 tahun yang lepas.

Wei dan Qing membesar di sebuah bandar yang terletak di Wilayah Jiangxi. Mereka tinggal berhampiran antara satu sama lain dan telah mengenali antara satu sama lain sejak dari kecil.. Wei yang 4 tahun lebih tua daripada Qing dan sentiasa menjaga beliau seperti seorang adik. Hubungan mereka secara beransur-ansur mula berubah dan akhirnya menjadi hubungan romantis.

Gambar Hiasan

Mereka telah berkahwin dan menjalani kehidupan yang cukup baik bersama-sama. Kawan-kawan pula sering bergurau dengan mengatakan mereka kelihatan sama. Kalau di China apabila suami dan isteri yang mempunyai muka serupa dianggap sebagai tanda bertuah.

Tuah yang cari namun Jebat yang datang membela...(Iklan jap)

Setahun yang lepas (2012), mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ibu Wei telah meninggal dunia ketika dia masih kecil. dan bapanya telah memberi persetujuannya kepada mereka untuk berkhawin itu. Di sebelah Qing pula,  Ibunya menyukai Wei, tetapi bapanya diam tanpa berkata apa-apa.

Setahun selepas itu (2013), pasangan itu memutuskan untuk mempunyai anak. Secara tiba-tiba, Bao Jen (bapa kepada Qing) telah mendedahkan satu rahsia yang dipegang selama lebih kurang 20 tahun. Rahsia ini amat mengejutkan pasangan tersebut.

Gambar Hiasan
20 Tahun yang lepas, ketika Bao masih bujang, dia mempunyai hubungan sulit dengan ibu Wei. Bao tinggal berjiran ibu bapa Wei, Ketika itu bapa Wei sering berkerja di luar dan meninggalkan ibu Wei keseorangan. Ibu Wei mula berkawan Bao dan daripada kawan ia bertukar menjadi kekasih. Hubungan mereka bertahan selama kira-kira dua tahun. Selepas ibu Wei mengandungkannya, Bao bertemu orang lain, berkahwin, dan mempunyai bayi yang diberi nama Qing.

Bao mengaku bahawa dia tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu mereka mengenai kisah ini dan atau cuba mengelakkan perkahwinan ini diteruskan walaupun beliau merasakan ade kemungkinan yang kuat bahawa Wei ialah anaknya

Gambar Hiasan
Wei dan Qing bagaikan tidak percaya terhadap apa yang mereka alami dan telah membuat ujian DNA bagi memastikan hubungan sebenar antara mereka. Hasil daripada ujian tersebut, kebarangkalian mereka ini adik beradik adalah 99.9% tepat.

Pada 20 November yang lepas, ketua di Pusat Forensik, Dr Huang Jian berkata mereka tidak tahu bagaimana pasangan ini akan meneruskan kehidupan mereka. Beliau percaya bahawa sikap tidak bertanggungjawab Bao Gen ini bukan sahaja mencemarkan keperibadianya tetapi juga amat menyakiti anak-anaknya.

Begitulah kesudahan bagaiman hidup sebuah pasangan bahagia yang musnah akibat kesilapan Ibu Bapa mereka. Apa yang terjadi seterusnya tidak diketahui. Aku rasa walaupun mereka boleh melahirkan anak tetapi perasaan itu tidak akan sama seperti sebelum ini.

Regards,
-Strider-


Tuesday, November 26, 2013

#1266 - Bila Suami Maki Isteri

Hye Readers,



Kepada mereka yang yang ade facebook, mesti korang ade perasan screenshot ini yang sering berlegar di wall anda. Menurut apa yang orang kata ia merupakan status seorang suami yang ditujukan kepada isterinya. 

Ramai yang mengutuk tindakan lelaki ini yang dianggap membuka pekung didada. Sebenarnya aku juga sangat tidak bersetuju dengan tindakkan ini kerana ia satu benda yang kurang sihat. Aku lebih percaya kepada perbincangan secara berhadapan.

Tapi dikala kita asyik menyalahkan lelaki ini jangan lupa satu perkara penting. Orang putih kata "it takes two to tango" kalau orang melayu pulak mungkin peribahasa kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. jangan kita sering menunding jari ke sebelah pihak tanpa mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak.

Mungkin tindakan emosi dari lelaki ini akibat dari perbuatan yg si isteri tak mendengar kata walaupun dah ditegur 100 kali dia buat tak tahu jer dan apabila hubby letak kat FB ia berakhir dengan suami dan isteri mendapat malu.

Aku tidak mahu menyalahkan isteri atau suami dalam kes-kes macam nie. Tapi kepada mereka yang dah berkhawin, pasti mereka setuju jika aku katakan yang toleransi itu perlu dalam perkhawinan. Aku pun tak mahu komen lebih-lebih sebab ini kes peribadi orang dan aku sendiri pun belum berkhawin lagi.

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 20, 2013

#1254 - Aktiviti Di Bukit Fraser

Hye Readers,

Pemandangan indah di tengah-tengah hutan hujan Pahang adalah salah satu pemandangan di Bukit Fraser ini. Bukit Fraser sebenarnya agak menarik bergantung kepada apa yang anda cari.Hasil tinjauan aku beberapa hari di sana, kebanyakkan tempat tinggal merupakan kawasan Bunglow dan ia merupakan tempat yang paling sesuai jika anda mempunyai keluarga yang ramai.

Untuk kunjungan kali ini, Aku bersama lagi 5 adik beradik yang sudah bekeluarga (kecuali aku) menginap di sebuah bunglow yang diberi nama Sri Damai. Ia terletak tidak jauh daripada  "Clock Tower" Bukit Fraser. Sepanjang 4 hari kami di sana, kebanyakkan masa diisi dengan program sendiri yang telah dirancang.

Sebenarnya sepanjang 4 hari kami disana, kebanyakkan aktiviti yang kami lakukan adalah benda yang dirancang dari KL lagi, Ia merangkumi sukaneka, lucky draw, jungle trekking, BBQ, board games and few others  activities.

Aku share ngan korang beberapa aktiviti aku di sepanjang aku disana dan after this aku beritahu korang apa aktiviti lain yang boleh dilakukan di bukit Fraser.


Day 1: Budak-budak kalau dapat tinggal satu rumah dengan cousin dorang memang seronok.


Day 1: Inter frame jap..Berangan nak jadi model untuk kakak aku.



Day 2: Group A untuk Sukaneka. Yang paling kecik tu paling seronok sebab dia duduk atas guni sambil orang lain tarik.


Day 2: Untuk Sesi malam kami memilih untuk BBQ daripada makan di luar. Niat nak buat kat openspace tapi sebab takut hujan jadi kena buat under garaj.



Day 3: Siapa nak asah bakat dalam putting buleh datang ke taman permainan Bukit Fraser. Mereka ada sewakan bola golf and putter..murah jer, kalau tak silap aku dalam RM6 for 1/2 Hours


Day 3: Jungle Trekking at Rompin Trail. Ini antara laluan yang paling senang



Day 4 : Sebahagian daripada yang tinggal. Ade 2 Family terpaksa pulang awal kerana ade komitmen lain.

Itulah sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4 hari kami berkampung di sana. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti selain daripada apa yang kami buat ini. Terdapat banyak lagi aktiviti  menarik kat Bukit Fraser ini.

Bukit Fraser sebenarnya sangat popular bagi mereka yang berminat dalam kegiatan berasaskan alam semula jadi seperti 'trekking', memerhati burung, menunggang kuda, memancing, dan juga perkhemahan. Kalau nak trekking pun terdapat beberapa route yang boleh dipilih. sama ada korang nak trekking 15 minit ataupun sejam setengah.

Jadi kepada mereka yang tak pernah pergi atau dah lama tak pegi aku rekemenkan korang untuk datang ke sini. Cuma jangan compare Genting Highland atau Cameron Highland kerana suasana di sini amat berbeza. Kalau sama pun mungkin dari segi kesejukkan jer..

Regards,
-Strider-

Thursday, November 14, 2013

#1246 - Mengapa Lelaki Curang

Hye Readers,

curang, kecewa, masalah rumahtangga


Entry aku kali ini bukan nak back up kenapa ade sesetengah lelaki curang dalam perhubungan tapi lebih kepada untuk menyampaikan fakta berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang kaunselor iaitu  M. Gary Neumann yang telah membuat kajian terhadap 200 suami untuk mendapatkan maklumbalas tentang kecurangan seorang lelaki.

Hasil kajian mendapati 48% lelaki curang terhadap pasangan kerana rasa tidak puas hati  dari segi emosi dan menjadikan alasan ditipu sebagai sebab utama. Apa yang mereka mahu ialah supaya dihargai oleh isteri-isteri dan mereka mahu wanita untuk memahami bagaimana susah mereka cuba untuk mendapatkan perkara yang terbaik untuk isteri mereka.

68% daripada lelaki tidak pernah terfikir untuk menjadi setia, dan hampir semua daripada mereka berharap agar mereka tidak pernah curang. Neumann berkata rasa bersalah sebenarnya tidak cukup untuk menghentikan seorang lelaki dari curang. "Lelaki mempunyai kawalan yang baik terhadap perasaan serba salah ini," Neuman menerangkan. "Mereka boleh simpan kepada perasaan itu dulu dan berhadapan denganya kemudian."

77% peratus lelaki yang curang akan mempunyai kawan yang curang juga. Melepak bersama  kawan yang begitu akan membuatkan curang itu kelihatan biasa dan nampak tak salah. Lelaki itu juga akan menerima mesej dia separa sedar memberitahu dirinya sendiri: "Kawan saya adalah seorang lelaki yang baik yang kebetulan menjadi curang pada isterinya". dan itu dianggap tidak salah.

Itu merupakan 3 sebab tertinggi kenapa seorang lelaki boleh curang dengan pasangannya. Sebenarnya curang itu sendiri merupakan satu aktiviti yang tidak sihat. Aku menulis ini pun berdasarkan dari apa yang aku baca plus pengalaman orang-orang yang dekat dengan aku. Namun aku rasa mungkin ada beberapa benda elok yang boleh kita ambil dari kajian ini.

Regards,
-Strider-

Sumber: WebMD

Tuesday, October 29, 2013

#1205 - 10 Tanda Suami Curang

Hye Readers,

Suami, Curang

Sebenarnya aku takde idea nak publish entry untuk malam nie. Jadi aku amik keputusan nak republish entry tahun 2011 daripada blog aku yang lagi satu (Klik Sini). Entry ini pun daripada koleksi email aku yang dulu dan aku hanya meyampaikan balik..Antara 10 tanda suami korang curang ialah :

1) Banyak email atau urusan yang perlu diselesaikan di luar waktu pejabat terutamanya ketika hujung minggu,

2) Mula menjawab panggilan di luar rumah atau bilik yang berasingan.

3) Mula membawa phone kemana sahaja dia berada. Kalau dulu dia berjogging boleh tinggalkan phone kat rumah tapi sekarang dah tak boleh. Itu nak kena jaga-jaga

4) Semakin kerap menjalankan business trip dan lebih mencurigakan apabila dia tak ingat butir-butir mengenai meeting yang lepas seperti di mana tempatnya, bila dia keluar dan dengan siapa dia berjumpa.

5) Bila dia berada di luar untuk business trip, dia tidak membalas pesanan atau angkat phone sebaliknya hanya menjawab atau membuat panggilan kepada anda pada waktu malam,

6) Dia mungkin berminat dengan seks tapi tidak romantik seperti dulu ( Ini aku tak nak ulas sebab aku pun tak kawin lagi) hehe

7) Dia semakin kurang berminat untuk meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.

8)  Secara tiba tiba, dia tak suka kepada masakkan korang, tak suka dengan citarasa muzik atau restoran korang dan tidak suka kepada sebarang aktiviti yang korang cadangkan.

9) Semakin kerap marah-marah atau angin tak berapa baik walaupun ia berpunca dari kesalahan kecil.

10) Dia tidak mahu berbicara tentang masalah yang melanda diri dan sering menjadikan masalah pejabat sebagai alasan untuk tidak bercerita mengenainya.

Secara dasarnya itu mungkin 10 tanda-tanda suami korang curang. Tapi jangan laa disebabkan satu tanda yang aku mention korang terus pergi tuduh suami korang curang pulak. Seelok eloknya korang berbincang jika ada masalah yang melanda.

Ade apa-apa yang nak tambah atau ade yang korang tak setuju? Benda ini sebenarnya subjektif, jangan risau. Lontarkan pendapat anda untuk kebaikkan semua.

Regards,
-Strider-

Tuesday, September 10, 2013

#1141 - Ibu Bapa Jenis Apakah Anda?

Hye Readers,



Entry aku kali ini pendek jer..One day if korang semua ada anak-anak yang sudah bersekolah which type of parent yang korang akan jadi??yang seperti komen di atas atau dibawah???

p/s: Dah tgk thriller Paranoia yang akan keluar di pawagam khamis nie??Kalau belum sila Klik Sini

Regards,
-Strider-

Wednesday, August 21, 2013

#1127 - Oh Anakku (10 Gambar)

Hye Readers,

Anak sememangnya satu anugerah tuhan yang tak ternilai sebab itu bagi sesetengah parent apa sahaja yang dilakukan oleh anak mereka itu dianggap sebagai satu memori..Jom layan perangai anak-anak mat saleh nie..













Regards,
-Strider-

Wednesday, May 22, 2013

#1122 - Buruk Baik Ibu Tetap Ibu

Hye,


Kebelakangan ini banyak aku baca cerita pasal Afiq Muiz..Cerita pasal dia, ibunya dan kekasihnya Eyna Azman memang banyak sampaikan Ayu Jean pun dah muak membacanya...Aku tau AJ bosan melalui luahan twitternya...hehehe

Tapi hari ini aku tertampil nak buat entry sebab aku ade baca luahan hati Afiq yang berkata dia lebih rela mati dari hidupnya disumpah oleh ibunya...Isk..isk...Sekali baca macam statement orang tak cukup agama plak..Ilmu agama aku pun tak tinggi mana tapi aku tahu yang itu tak sepatutnya kuar dari mulut seorang anak.

Bagi aku ibu dan bapa ialah segala-galanya dalam dunia ini..Kalau nak kira pengorbanan dia mengandungkan kita dan membesarkan kita memang tak terbalas.Tanyalah mana-mana perempuan yang pernah melahirkan anak..pelbagai dugaan melanda diri...

Dari rasa mual-mual 3 bulan bertama sehinggalah bertarung nyawa ketika melahirkan kita ibu tak pernah mengadu pada kita sebaliknua Ibu tetap bersabar bahkan gembira, kerana menyangka Ibu akan melahirkan seorang anak yang akan memberi kebahagiaan dan membelanya...

Sepatutnya sebagai seorang anak Afiq haruslah tampil menjadi pembela pada ibunya...Aku mengaku kekadang mungkin ada tindakan yang kita rasa betul tapi tidak disukai ibu tapi itu bukan alasan untuk kita memusuhi ibu..

Jika kita rasakan Ibu ada kekurangan....kitalah yang tampil melengkapkannya..Jika kita rasa Ibu keras dan kasar....kitalah yang tampil melembutkannya..Jika kita merasakan Ibu tersasar..kitalah yang tampil membetulkannya.

So itu je laa entry aku pasal kali ini..sebenarnya entry ini bersifat general cuma aku gunakan kes Afiq ini hanya sebagai contoh sahaja...Akhir kata kekasih akan bersilih ganti...tapi ibu tak akan mungkin ade pengganti sampai kita mati.

Regards,
-Azlan-

Wednesday, May 9, 2012

Semua Kerana Ira

Hye Readers,



Kepada sesiapa yang ada account social network seperti Facebook atau Twitter mesti tau pasal video nie..Maklum laa video nie merupakan tajuk yang popular untuk hari ini..Video apa nie??Nie video seorang wanita yang dikatakan bernama Ira sedang mendera budak kecik tu...

Kalau korang nak tgk video nie log on jer dekat account social network korang..Pasti ramai orang yang share video nie dengan ghairah memaki hamun samaada Ira ini atau orang yang rakam video nie..Aku malas nak share video nie sebab aku tak tahu statusnya...

Status ape yang aku maksudkan??Status Ira nie sendiri..Ada yang kata ini merpukan video yang lama dan pelakunya telah djatuhi hukuman tapi takde satu pun sumber-sumber yang boleh dipercayai..Baru atau lama takde satu justifikasi pun untuk kegiatan macam nie..

Penderaan tetap salah!!!tapi siapakah kita nak judge dia berdasarkan satu video yang kita sendiri tak tahu ape statusnya..Tapi aku harap agar pelakunya dijatuhi hukuman yang setimpal dengan perbuatanya...Cuma jangan laa kita terlalu ghairah mencaci/mencemuh sesuatu yang kita sendiri tak pasti..

Korang ade info ke pasal kes nie??kalau ade info pasal kes-kes dera nie terus laa laporkan kepada pihak berkuasa,..Kasihani laa budak yang di dera tu..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 14, 2012

Wajarkah Gaji Minimum Amah RM 700.00

Hye Readers,

Berita dari akhar Utusan Malaysia hari ini agak menarik(Klik Sini)...Ia mengenai gaji minimum untuk pembantu rumah dekat sini...ramai yang minta Kerajaan mengkaji persetujuan yang dicapai dengan kerajaan Indonesia mengenai penetapan pemberian gaji minimum kepada pembantu rumah di negara ini.

Gambar Hiasan
Aku juga bersetuju dengan pendapat mereka yang aku rasa kalau gaji minimum pembantu rumah dinaikkan kepada RM700 ia akan menjadi satu beban kepada keluarga tersebut..Sebenarnya majikan bukan tanggung gaji amah saje tapi segala kebajikan dia pun ditanggung majikan pulak..

Memang ade jenis majikan yang mengabaikan amah nie tapi bila masuk bab-bab itu ia lebih menjurus kepada personality majikan tu sendiri..hehehe...Kalau betul gaji minimum nie jadi maksudnya majikan kena tanggung cost lebih kurang Rm1300.00 sebulan...Breakdown seperti dibawah:-

Gaji $700
Makan free - kata ler 30 x $10 = $300
Tempat tinggal free = $300 (fully furnished lodging with free electricity/water)
= $ 1,300 sebulan utk jadi amah Indon.

Breakdown nie aku amik dari hasil discussion kat group email tadi..hehe..Aku punya time nanti tatau laa cammana..Hopefully aku mampu tanggung future wife supaya dia tak perlu kerja cari extra income..hehehe..Korang plak cammana??  :)

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 6, 2012

JImmy Shanley Kaki Tampar

Hye Readers,

Tak patut aku menilai orang yang aku tak kenal tapi melalui apa yang aku baca kat mStar Online itu laa yang aku rasa pasal pengacara Trek Selebriti iaitu Jimmy Shanley..Ye laa mana tak aku anggap dia nie kaki tampar lepas dia mengaku menampar bekas isteri bukan sekali tapi beberapa kali..


Sebelum itu memetik kenyataan dar mStar Online

“Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami.


“Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham,


Kita tak boleh dengar sebelah pihak jer..Mungkin Norsuhaila (Isteri Jimmy) juga telah membuat sesuatu yang menguji kesabaran Jimmy..Apa-apa pun kita doakan je la yang terbaik buat mereka berdua nie...Kesian plak aku bila tengok masalah rumah tangga jadi perbualan umum tapi nak wat cammana??Artis laa katakan..

Regards,
-Strider-

Saturday, January 21, 2012

Tinggalkan Anak Berseorangan Selama 5 Hari

Hye Readers,

Besar tangggung jawab bile dah ade anak nie..Anak bukan benda yang boleh buat main-main..Namun ade seorang perempuan di UK yang berumur 28thn telah didenda oleh makhkamah selama 18bulan kerana meninggalkan anaknya berseorangan di rumah selama 5 hari..

Natalie Terry has been jailed for abuse after she left her young daughter home alone for five days
Natalie serta kediamananya di UK
Natalie Terry meninggalkan anaknya yang berumur 6 tahun berseorangan selama 5 hari di rumah hanya berbekalkan air, yoghurt dan potato chips sebelum budak tu ketuk rumah jiran dan beritahu yang mak dia tinggalkan dia berseorangan selama 5 hari dan belum balik..

Ketika pihak polis menahan Natalie dia hanya mengeluarkan kenyataan ringkas iaitu ""I neglected my daughter . . . end of."..senang betul alasan dia..namun Natalie tak pernah beritahu ke mana dia pergi untuk 5 hari tu...

Aku harap takde laa lagi orang buat perangai macam nie..Kalau betul2 terpaksa tinggalkan laa dengan orang lain atau sedara sendiri..jangan biarkan anak anda tinggal berseorangan walaupun terpaksa..

Sumber: dailymail.co.uk

Regards,
-Strider-

Sunday, January 15, 2012

Studio Apartment Yang Stylo!!!

Hye Readers,

Hujung minggu nie aku nak share skit gambar-gambar interior design untuk sebuah studio apartment..Studio apartment di New York ini ini telah dihias oleh JPDA Architect..Tema yang digunakan oleh mereka ialah konsed modenyang sesuai untuk dijadikan rumah dan office ..enjoy the picture!!!hehehe..














Studio Apartment, atau lebih dikenali sebagai studio flat (UK), adalah satu apartment kecil 1 bilik  yang menggabungkan  ruang tamu,bilik tidur, dan kitchenette dalam satu ruang...Studio apartment nie biasanya dihuni oleh orang yang bujang memandangkan ruangnya tak cukup besar untuk menempatkan satu keluarga..

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 4, 2012

Kes Amalina: Marahkan Anak Ibu Dipersalahkan

Hye Readers,

Marahkan Anak Jangan Libat Mak
Malas sebenarnya aku nak tulis pasal benda ini tapi sebab melihatkan ibu yang mungkin tak bersalah menjadi mangsa membuatkan aku tergerak untuk tulis..kan bagus kalau aku tak terbaca komen tu..ia sambungan dari entry aku petang tadi pasal statement ibu Amalina..(klik sini)

Aku pelik kenapa ade orang nak salahkan pulak ibu dia walaupun statement ibunya itu ibarat backing anak sendiri..Peliknya comment tu rata-rata datang dari anak muda..Mereka suka menganggap statment itu adalah tindakan membela anak sendiri..

Ibu mana tak sayang anak..Aku terus tertanya-tanya ape yang mereka nak ibu Amalina nie buat??buang dia dari keluarga??memohon maaf sebab tak reti jaga anak??atau mereka mengharap Ibu Amalina nie menghentam anak sendiri seperti bagaimana mereka lakukan..

Mungkin mereka ni tak pernah melakukan kesalahan tanpa berpikir kadang kala si ibu sanggup melihat orang mengutuk dirinya daripada mengutuk anak yang dikandung..kita sendiri tak tahu deep inside apa perasaan mak dia...

Yang pasti kasih ibu tiada sapa yang dapat menilai..segala tindakan baik atau buruk seseorang ibu hanya Allah s.w.t. yang mengerti..Maaf laa kalau ade yang tak bersependapat tapi aku masih cuba untuk melihat sesuatu dari sudut yang baik..

Nota: Mintak-mintak laa krisis begini dijauhkan dari keluarga kita..amin!!!

Regards,
-Strider-

Pengorbanan Seorang Ibu

Hye Readers,

Mungkin aku pernah melakukan sesuatu yang tidak banggakan oleh ibuku namun aku bersyukur kerana mempunyai ibu yang tak jemu membimbing sambil menanggung kesalahan bagi pihak aku...Thank you Mum..I Love You..


Mana hilang rasa sensitif kita terhadap ibu yang sanggup menanggung malu demi anak tersayang..Hanya tuhan saja yang tau pengorbanan dan tindakan seorang ibu..

More stories tonight.....

Regards,
-Strider-

Monday, January 2, 2012

Ibu Dan Isteri

Hye Readers,

Entry ini diolah dari entry yang berbahasaInggeris..untuk original artikel (Klik Sini)


Tak kisah laa kau siapa??  

Mungkin kau Raja di Dunia..

Mungkin Oorang yang paling bahaya..

Gambar Hiasan
Mungkin kau berdikari...  

Mungkin kau pemerintah dunia yang lain...

Mungkin kau disayangi oleh semua orang..

Sama ada kau seorang Lelaki Budiman...

Atau mungkin orang paling berbahaya di dunia...

Tapi kenyataanya..

Bila di rumah...

Ibu dan isteri adalah dua orang perempuan yang penting dalam kewujudan kau di muka bumi ini..Seorang ialah orang yang bertanggungjawab melahirkan kau ke dunia ini

Seorang lagi akan membantu kau pada waktu ini dan waktu-waktu yang akan datang

Jadi hormatilah mereka dan percaya laa yang meraka akan menghormati kau jua !!!!!. 


Sekali baca bila guna perkataan 'kau" nampak cam kasar..tapi bunyi lagi sedap daripada kalau guna perkataan "awak"...hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, October 31, 2011

Buat Apa Kerja Keras??

Hye Readers,

Ade yang suka buat kerja sampai lewat malam tak???orang lain abis kerja pul 6.00 tapi dia balik pukul 12.00 tgh malam???walau macammana busy pun kerja jangan lupa balik rumah yer..kat sini aku nak share sebab menyebab kenapa kadang kala kita perlu balik awal..

1) Kerja tu benda yang tak habis - Kerja memang sampai bila-bile pun ade..so jangan cuba nak habiskan semua sekaligus..

2) Kepentingan keluarga adalah melebihi dari kepentingan pelanggan(client)

3)Kalau kita gagal dalam hidup bos atau pelanggan tak akan ambil kisah..akhirnya yang menolong kita adalah keluarga dan kawan-kawan

4) Kitaran hidup bukan hanya untuk pergi kerja,balik kerja dan tido..ade banyak lagi benda dlm kehidupan ini seperti kehidupan social, hiburan, beriadah dan lain-lain..(jangan lupa beribadat)

5) Orang yang selalu stayback(balik lewat) bukan lah seorang yang bekerja keras tetapi adalah orang yang jenis tidak tahu membahagi waktu kerja..kebiasaanya orang nie tak mempunyai social life.

6)Tujuan utama untuk kita belajar dengan kuat dahulu bukan laa untuk dijadikan mesin bekerja dan bukan juga untuk melalui hidup tanpa arah tujuan


7) Kalau bos suruh keje gak bagi dia baca nie..mungkin dia pun nak jadikan hidup dia lebih bermakna lepas ini..hehehe

Jangan salah anggap plak ek statment nie..bukan tak bagi kita kerja keras tapi kita kena pandai bahagikan masa..jangan abiskan usia kita hanya kerana kerja sahaja..bahagikan masa untuk keluarga, kawan-kawan adn kekasih hati jugak..bukan apa mereka pun berhak untuk berada dalam hidup kita..

Bagi yang ada keluarga sendiri kemewahan bukan laa faktor utama dalam membahagiakan keluarga..walaupun banyak mana duit yang kita dapat ia belum tentu dapat membeli kasih sayang anak-anak..

Setup your video download library with Maxis Home

Enjoy 1000 Great Lunch Deals & More Nationwide.


Regards,
-Strider-

Wednesday, October 26, 2011

Ape Bakal Terjadi Pada Anak Kita??

Hye Readers,

Ape bakal terjadi pada anak kita??Itu satu persoalan yang kita tak akan dapat jawab melainkan kita ade bakat untuk meramal masa hadapan..Oleh kerana kita tak ada mesin tu kita hanya boleh merancang dan mengharapkan yang terbaik untuk anak kita..

Kenapa aku buka topic sebegini??kawin pun belum ada hati nak cerita pasal anak..hehe..Sebenarnya topic ni aku terpikir apabila berbincang dengan member-member tentang jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak baru-baru nie..So aku share laa sedikit pendapat mereka kat blog aku nie..

Semalam kita dikejutkan dengan tajuk akhbar 4 Jahanam oleh Harian Metro(klik sini)..Ia mengenai seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang telah dirogol oleh kawan-kawan sekolah mereka yang rata-rata baru berusia 10-13 tahun..Macam tak percaya pun ade..

Ape yang dah jadi ngan budak-budak selepas zaman milenium nie..Aku sendiri tak ingat ape yang aku lakukan ketika aku berusia 10 tahun..Seingat aku kenakalan aku terhad kepada curi-curi keluar rumah, main game kat pusat hiburan(bukan disko), atau pun mandi sungai dan mungkin curi buah makcik sebelah rumah aku..tak terpikir aku tentang sex ketika umur 10 tahun.

Adakah pada zaman sekarang kanak-kanak yang se-awal usia 10 tahun dianggap tak cool jika tiada pengetahuan tentang sex hingga membuatkan mereka tergamak untuk merogol kawan sendiri hanya kerana inginkan pengalaman melakukan hubungan sex??

Antara penyebab atau punca kegiatan nie berlaku kerana meterial tentang sex lebih mudah untuk didapati??gambar-gambar gadis yang berahi mudah untuk kita dapatkan..tak perlu layari web lucah..pergi je mana-mana kedai buku atau buka sahaja laman web hiburan, confirm ade gambar yang mampu membuat kanak-kanak ini teruja.

Bukan nak mencari salah tetapi ade segelintir gadis-gadis kecil ini yang cari penyakit sendiri terutama dengan cara pemakaian, pertuturan dan lain-lain..Tak percaya?? korang pergi je ka Times Square KL, atau KLCC dan lihat lah gadis-gadis nie melepak, perhatikan cara mereka berpakaian..da macam orang dewasa sampai kadang-kadang aku nak mengorat pun takut nanti salah orang..hahaha.. :P

Tapi kita patut bersyukur kerana kes-kes macam nie masih lagi terkawal dan tak banyak lagi..(setahu aku)..dan aku berharap ia dapat dibendung demi masa depan anak-anak kita..Bagi yang ade anak-anak terutama perempuan ambil laa masa untuk bercerita tentang batas-batas pergaulan dengan lelaki..ape yang boleh dan ape yang tak boleh..usik mengusik tu pastikan berbatas..jangan sampai terlebih usik.. :)

So tu je laa dulu setakat ini...aku harap kejadian-kejadian sebegini tak menimpa ahli kerluarga kita atau anak-anak kita nanti insyalllah..so till my next entry..

Regards,
-Strider-