Wednesday, December 4, 2013

#1282 - Erma Fatima Bayar Saman Guna Duit Syiling

Hye Readers,

Kali ini aku nak cerita sedikit hal dunia hiburan kita. Kalau korang masih ingat, dulu syarikat Samsung pernah membayar saman kepada Apple berjumlah USD 1 billon. Cara mereka membayar saman ialah dengan menghantar 30 truck yang diisi dengan wang 5sen.

Kini scenario yang sama berlaku apabila Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatima yang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.

Cdt Picture : Roti Kaya
Sekitar bulan Julai lalu, aktres jelita, Rabecca Nur Al-Islam telah menang kes saman produksi milik pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd kerana mendakwa syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu.

Aku tidak berpihak kepada sesiapa dalam kes ini sebab aku tidak begitu mengikuti perkembangan kes ini, Apa-apa pun cara Erma Fatima membayar saman ini agak pelik jugak dan jarang orang buat,

Regards,
-Strider-

#1281 - Free Pop Up Party Tiket

Hye Readers,

Entry kali ini adalah terhad kepada mereka yang berminat dengan kumpulan K-Pop..Kepada yang tidak berapa berminat tu, tunggu entry aku seterusnya. Anak-anak buah aku sure suka bila aku tulis pasal kop2 nie..hehe

Untuk entry kali ini Celcom akan membawakan Pop Up Party yang akan berlangsung pada 6 Disember 2013 bertempat  Menara Kuala Lumpur bermula pukul 8.00 mlm. Acara ini juga akan diceriakan dengan dengan kehadiran artis luar & tempatan antaranya :-

* Boys Republic
* Daichi, 
* Aizat Amdan, 
* Elecoldxhot dan
*  Aweera



Dan yang paling menarik, anda boleh menyaksikan persembahan ini dengan percuma. Jadi kepada semua kpopers semua jangan lupa untuk datang dan memeriahkan acara ini. Mungkin tahun depan Celcom akan membawa lebih banyak lagi artis kpop. Bagaimana cara untuk redeem 2 pass ini??anda hanya perlu click icon dibawah.



Regards,
-Strider-

#1280 - Kehilangan 4 Hari

Hye Readers,



Rindu aku kat korang semua nih...Kehilangan aku pada 4 hari yang lepas sebenarnya bukan satu benda yang dirancang. Tapi masalah kesihatan yang melanda diri ini sehinggakan tiada kekuatan untuk menaip di hadapan pc.

Pada ketika itu juga aku menerima satu musibah apabila telefon bimbit aku hilang.Sehingga hari ini aku masih belum retrieve balik no lama aku dan mungkin aku akan lakukan di waktu petang nanti.

Walaupun banyak cerita menarik berlaku sepanjang aku tak online tapi aku tak nak bercerita banyak untuk kali ini kerana banyak kunjungan balas yang harus aku lakukan.

Terima kasih kepada mereka yang sudi menjenguk sini ketika ketiadaan aku...

Regards,
-Strider-